20 March 2011

Taib hendak berundur? - Jangan hiraukan janji itu.

Taib Mahmud berkata beliau akan mengundurkan diri sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas kemenangan BN di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan tiba tidak lama lagi. Walau bagaimana pun beliau akan berundur sesudah dapat mencari pengganti beliau yang sesuai. Tidak diberitahu pula kita samada yang sesuai untuk beliau atau untuk rakyat yang inginkan kerajaan yang bersih. Sudah 30 tahun beliau menerajui negeri itu, namun sehingga hari ini beliau masih tidak dapat mencari pengganti beliau. Mungkin rakyatlah yang patut mencari pengganti Taib ini.

Setakat ini beliau hanya mampu untuk membuktikan yang Sarawak tidak ada pemimpin yang boleh memimpin selain dari diri beliau sendiri. Kalau dahulu, dalam keadaan Sarawak mempunyai ramai pemimpin yang boleh menggantikan beliau, Taib tetap tidak mahu berundur. Maka kita tidak nampak sesiapa yang mampu pada hari ini setelah pemimpin yang berkemampuan semuanya telah berhenti dan bersara dari bergiat dalam politik negeri itu.

Di kalangan kepimpinan BN Sarawak khusunya PBB sekarang sedang menghadapi ketandusan kepimpinan dan ‘vacuum’ yang disebabkan keengganan Taib untuk berundur selama ini menjadi masalah yang sangat besar di Sarawak. Jika pilihanraya di adakan dengan bersih sudah pasti Taib dengan BN nya sudah lama jatuh dan tidak berkuasa lagi.

Tetapi oleh kerana Sarawak masih mundur dan ramai di antara pengundinya berada di pedalaman dan miskin mereka akan terus bersama BN apabila Taib dan wang ringgitnya sampai lima tahun sekali bagi membeli belah undi untuk berkuasa selama 5 tahun lagi. Dalam lima tahun itu segala perbelanjaan pilihanraya itu akan dapat digantikan dengan kerja-kerja rasuah dan melalui penebangan hutan belantara negeri itu.

Janji pemimpin rakus seperti ini memang sudah biasa didengar oleh rakyat khususnya mereka yang sudah lama hidup dan banyak pengalaman. Janji pemimpin untuk berundur diri hanya mainan bibir sahaja. Lidah yang lembut itu mudah mengenakan kata-kata manis untuk menabur janji yang akhirnya tidak ditepati.

Di antara yang saya ingat ialah janji Dr Mahathir semasa ucapan penggulungan Perhimpunan Agong UMNO 1981 dahulu semasa mengambil alih kepimpinan dari Datuk Husein Onn. Semasa itu perhimpunan agong tahunan UMNO masih di adakan di Dewan Nirwana Hotel Hilton Kuala Lumpur. Saya mendengar ucapan itu dengan jelas kerana perwakilan dari Bahagian saya duduk di hadapan sekali didalam Dewan Persidangan itu. Dr Mahathir memberi tahu perhimpunan itu agar memberi beliau signal jika ada tanda-tanda yang beliau tidak digemari lagi oleh rakyat dan ahli UMNO, dan beliau akan berundur secara terhormat.

Tetapi apabila ahli-ahli UMNO telah menunjukkan tanda-tanda itu beliau tetap bertahan sehingga beliau memimpin negara selama 22 tahun. Apabila UMNO sudah menunjukkan yang beliau sudah tidak popular lagi beliau menubuhkan parti baru untuk membawa pemulaan baru bagi beliau dan terus memimpin sambil meninggalkan ramai pemimpin yang beliau geruni duduk di luar parti yang baru beliau tubuhkan itu.

Pada tahun 1985 apabila PBS ditubuhkan dengan pantas untuk menyertai pilihanraya negeri Sabah bagi menandingi parti Berjaya pimpinan Ketua Menteri Haris Salleh, Dr Mahathir telah berucap keseluruh negara melalui stesen-stesen TV, Dr Mahathir berkata “I will sink and swim with Berjaya’.

Tetapi apabila Berjaya kalah dan Haris sendiri kalah di tangan Kaduh Agundung Dr Mahathir “swam with PBS and ignored the sinking Berjaya”. Berjaya hanya tinggalkan dalam coretan ahli-ahli sejarah dan kalau tidak silap saya parti itu sudah tidak ada lagi di dalam pendaftar pertubuhan. Dr Mahathir bermain politik mengikut resmi air; dimana lekok di situ beliau berhenti.

Berbalik kita kepada janji Taib Mahmud tadi, lebih elok jangan kita hiraukan janji-janji manis beliau itu sehingga beliau benar-benar berundur. Kita anggap sahaja beliau akan terus duduk di singgahsana kuasa sampai beliau meninggalkan kita semua. Janji-janji seperti ini memang selalu kita dengar. Jarang-jarang janji-janji itu ditepati.

Kadang-kadang ingin rasanya meminta pemimpin kita membuka mulut mereka luas-luas; nak tengok lidah di dalam mulut mereka itu lidah manusia atau lidah…… .

20 comments:

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Repect youlah! You ingat lagi kata-kata Dr M tu ye?

Perwakilan Kota Setar '81

Anonymous said...

Aspan, lengkapkan ayat yang akhir itu.

Hj KBD

Anonymous said...

Aspan,
you punya komen amat tepat,pengundi Sarawak tak payah pikir panjang ....
Fikirkan masa depan rakyat Sarawak dan Malaysia.
Zaman Bahau

Anak Sarawak said...

Finally the long awaited Sarawak elections is upon us. Our beloved Pehin will dissolve the State Assembly tomorrow.
It's right he leads the state to another BN victory.This will be his last hurrah.
Then he will pass the mantle to his successor. That's the right way to go.
Say what you like Aspan, we Sarawakians love the BN and wil vote it again.
Sarawakians are not racists. So we will give the mandate again to BN.
We don't like Anwar Ibrahim who does not champion anyone but himself.
Neither do we like Kit Siang and son, who are the consummate racists.
Hidup BN, Hidup Sarawak.

Anonymous said...

Yes Anak Sarawak, we also don't mind that fellow Sarawakians continue to live in absolute poverty so that BN can enjoy to reap their wealth of the state of Sarawak and masukkan into their own pockets so that we can awe and gawk at the mind boggling luxuries displayed to fellow sarawakians by the BN leaders

Anonymous said...

Lets sarawakians decide their own fate n future... Let democracy take it cozzzzz.

Unknown said...

anak sarawak,
go to hell then with BN

Go keep on drink ur tuak, fck and die...

you are such a pig, only getting 5% oil royalty, why the fk u people need Petronas manage in srwk...

Paloi punya srwk....

Teruskan mundur bersama Najib dan Taib......

Anonymous said...

. "Dr Mahathir bermain politik mengikut resmi air; dimana lekok di situ beliau berhenti."

descripi yang lebih tepat ialah "..dia main politik ular"

Anonymous said...

Dan taktik yang sama (taktik meletakkan penentang di luar parti) telah diimport ke dalam PKR, Dap dan mungkin juga Pas (tak lama lagi).

Fikir-Fikirkan

Anonymous said...

Akhirnya parti yang terjebak dalam nepotisme adalah:

1. PKR -- bapa, ibu dan anak

2. Dap -- bapa, anak dan sepupu sepapat.

3. Pas -- anak dan menantu

Fikir-Fikirkan

Anonymous said...

Setidak-tidaknya CM Sarawak berani membuat aku janji untuk berundur tetapi bagaimana dengan Nik Aziz dan LKS bila lagi?

Anonymous said...

Tahun 2012, nik aziz akan pecahkan rekod 22 tahun pemerintahan mahathir. Selepas tu jika ada umur rekod 30 tahun pemerintahan pehin taib mahmud mungkin berjaya dipecahkan. Tapi mungkin tiada siapa boleh pecahkan rekod Lim kit siang...

Anonymous said...

Sir John Dalberg-Acton once said...
"Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely. Great men are almost always bad men..."

Moga pilihanraya kali ini, rakyat Sarawak dapat membuka mata mereka seluas-luasnya.

DS

Anonymous said...

sdr, biawak sememang nya sudah dilahirkan lidah macam tu...kalau bawa kes ke mahkamah,memang diputuskan sah biawak lidah bercabang..tanpa perlu bukti dna...
tapi untuk buktikan mereka2 yg lidah bercabang ni memang susah lah..bawa queen council sebagai lawyer pun kita tetap kalah..tak apa..biarkan mereka jadi biawak sekadar dalam imaginasi kita.......
apakah ada kemungkinan di akhirat nanti mereka2 ini akan jadi biawak sebagai balasan nya...Allah swt jua maha mengetahui...

Red Alfa said...

@anon 08:24

Record Nik Aziz 21 tahun memerintah Kelantan tak nampak dia telah mengkayakan diri sepertimana record pemerintahan Taib Mahmud dan Mahathir.

Sudah dinampakkan tiada diMalaysia atau mana-mana didunia ini orang termasuk juga semacam diktator-diktator yang tamak boleh memecahkan record Taib Mahmud dan Mahathir dalam menkayakan diri, sanak saudara dan kroni!

Mengapa tentang hal ini kamu tidak perihatinkah atau sengaja membutakan diri?

Desa Mentari said...

Salam Tuan Aspan,

Saya kena tabik kat tuan la. Jika tuan selantang ne pun tak de yang hirau, apa lagi semut halus macam kami ne.

Rasanya komen tuan sudah memadai untuk pemimpin UMNO memandang kebawah, lihat lah dimana bumi dipijak disitu kita akan ditanam.

salam

mo said...

Asalam saudara aspan,,,, Sarawak sayang nya sempit..... Sudah 30 tahun rakyat di sarawak telah di pimpin oleh regime taib dan bn,,, masih yg ramai yg belum dapat menilai y7g mana kaca dan intan ???? bIAR RENONG SEKETIKA ??? Selepas kita 30 tahun di bawah jajahan taib dan bn,,, apakah raKyat sarawak ini tidak ada pemimpin yg layak,,,dalam pbb ramai yg layak,,,seperti abg joe, awg tengah, dan ramai lagi ???? Mengapa hingga 30 tahun taib belum lagi mampu mencari ganti yg secucuk ? ini adalah satu mainan politik yg sangat tidak molek,,,,Apakah jajnji taib boleh di guna pakai,,, sudah berkali kali, nak mencari penganti, tak lah sampai 30 tahun belum dapat jua....? Persoalan yg harus kita beri perhatian,,,,apa salah taib umum secara telus,,,abg joe akan menganti dia, abg joe kini timb president pbb ???? Apakah taib jujur ??? Apakah taib amanah ??? Taib mempunyai agenda sendiri,,, sudah tentu org yg akan menganti nya kelak di kelangan keluarga dan saudara terdekat ????? Mengapa begitu ???? Sudah tentu andai taib tidak di tumbang oleh rakyat pada pilihan raya kali ini,,,sudah tentu agenda selama ini, untuk mekekalkan beberapa generasi keturunan rahman yakub dan taib akan terus memerintahkan negeri swak selama mungkin???? Setelah 30 tahun di bawah taib,,,,taib dan keluarga dan kroni, menjadai begitu kaya ??? Hasil dari mana ???? Kalau tak hasil dari hasil2 di sarawak ???? Cukuplah kita selama ini di jadi alat oleh bn taib,,,,pemimipin dalam bn tidak bisa mengugat kekuasaan taib ???? Melainkan kuasa undi rakyat ???? Rakyat yg waras harus menjadi undi sebagai panah maut untuk taib dan bn ???? Rakyat lah yg semastikan menjadi raja bukan taib dan bn ???? tq

Anonymous said...

TT kata:

jumpa ular jumpa kelinga
ketok kepala madey dulu

Anonymous said...

Red alfa,

Pada pandangan umum sekarang ini, politikus yang secara tup-tup mendapat durian runtuh apabila diberikan kuasa adalah dari kalangan Dap, PKR dan MCA yakni mengalahkan MIC, Umno dan dan beberapa kerat dari kalangan Pas.

Pemerhati Bebas

Mesti adil said...

Bro Aspan

Tak nak tulis ke tentang video Anwar main sex dengan perempuan China?
Satu Malaya dah tahu.
Takkanlah anda nak sorok pula. Kalau orang UMNO atau BN, cepat sahajalah anda hentam.