08 August 2011

Betulkah pemastautin diberi hak mengundi?

Isu besar yang hangat diperkatakan hari ini ialah isu pendatang asing yang menjadi pemastautin telah diberikan kerakyatan dan terus diberikan hak mengundi. Ahli-ahli Parlimen pembangkang telah menghantar surat hari ini untuk mendesak persidangan Parlimen tergempar dipanggil untuk membincangkan isu seramai 1600 orang pemastautin tetap yang dikatakan diberikan kerakyatan penuh untuk memudahkan mereka menjadi pengundi semasa pilihanraya umum yang akan datang.

Jika isu ini benar ia merupakan isu yang sangat besar dan merbahayakan negara serta Sistem Raja Berpelembagaan Negara kita. Kita sedang menghadapi masalah besar di Sabah tentang isu ini dan kita masih lagi tidak mahu belajar dari kesilapan ini semata-mata kerana ingin mempertahankan kuasa yang kita anggap sudah sampai ketepian itu.

Isu pendatang asing menjadi pengundi ini memang telah lama kita dengar malahan ada di antara rakan saya sendiri pernah di tahan kerana dituduh mengeluarkan kad pengenalan palsu untuk kegunaan dalam pilihanraya. Jika apa yang dituduh ini benar ianya serupalah seperti memanggil orang luar untuk membantu memerangi bangsa dan rakyat kita sendiri.

Saya tidak pasti kebenaran tuduhan ini tetapi jika benar maka sesiapa yang mempunyai pemikiran seperti ini adalah rakyat yang paling tidak bertanggungjawab dan tidak ada kata-kata untuk diberikan terhadap mereka ini. Tindakan itu adalah satu tindakan yang sehina-hinanya yang tidak ada tolok bandingnya.

Tetapi jika ada ahli-ahli Parlimen meminta supaya dipanggil persidangan tergempar untuk membincangkan isu ini maka ianya merupakan satu perkara dan isu yang sangat besar yang pada jangka masa panjangnya akan merbahayakan keselamatan negara kita ini.

Membincangkan isu ini di Dewan Parlimen merupakan jalan yang terbaik supaya tidak ada pihak-pihak yang akan menuduh kita melakukan tindakan jalanan untuk membuat tuntutan terhadap sesuatu isu itu. Jika boleh kita tuntut juga supaya persidangan itu di adakan secara langsung bagi rakyat melihat dan membuat penilaian terhadap isu ini.

Jika benar perkara ini di lakukan oleh pihak pemerintah sebagai cara untuk mendapatkan undi dalam pilihanraya nanti, maka ianya memberikan lagi bukti yang pemerintah sekarang sendiri tahu yang mereka sedang ditolak oleh rakyat. Mereka terpaksa menggunakan rakyat negara lain untuk memberikan undi kepada mereka bagi meneruskan pemerintahan cara yang sama-sama kita lihat pada hari ini.

Kita berharap tuduhan ini tidak benar kerana jika benar ianya merupakan signal jelas kepada kita yang parti yang menggunakan pendatang asing untuk dijadikan pengundi secara kilat ini adalah parti yang tidak lagi patut mendapat sokongan rakyat tempatan yang asal.

Tindakan ini jika ada kebenarannya walaupun sedikit akan akhirnya menjadikan politik negara ini sebagai medan pertembungan di antara rakyat asal dan rakyat pendatang. Jangan pula nanti pilihanraya nanti akan menjadi pilihanraya di antara pendatang asing yang di sokong oleh BN dan rakyat asal negara yang disokong oleh Pakatan Rakyat.

Walau bagaimana pun elok kita tunggu persidangan tergempar ini berlalu terlebih dahulu. Nazri Aziz yang telah menerima surat dari ahli-ahli Parlimen pagi tadi menyatakan tidak ada masalah untuk mengadakan persidangan tergempar itu. Surat itu akan di berikan kepada Dato’ Seri Najib selepas berbuka puasa petang nanti.

Marilah kita berdoa supaya negara kita tidak akan menghadapi malapetaka seperti yang dihadapi oleh banyak negara kerana pendatang asing ini.


21 comments:

Anonymous said...

Salam tuan. Dijemput semua penyokong umno untuk membuat lawatan ke pasar-pasar sekitar kota kinabalu (pasar basah, pasar philiphina, pasar malam kg air, pasar ikan masin). Boleh juga berinteraksi dengan sebahagian besar pemandu teksi, bas mini serta bas ekspres di hentian bas inanam. Tidak lupa juga pemborong2 sayur dari kundasang.

Jangan lupa juga ke Tawau dan Lahad Datu untuk mengenali asal usul mereka.

Tuan akan dapati, perniagaan di pasar2 dimanapoli oleh mereka yang berasal dari philipina, pengangkutan awam dimanapoli oleh mereka yang berasal dari indonesia. Ramai dari suku kaum suluk dan bugis telah memanapoli ekonomi sabah.

mahaza said...

Memang kesahihannya sukar dibuktikan dengan mudah tetapi keujudannya memang nyata samada diluluskan (tidak dipastikan) atau ada kong kali kong yang membolehkan pendatang asing mendapat IC Biru aka IC warganegara. Laporan polis JPN serta BPR dibuat tetapi tiada tindakan yang nampak memaksa pelapor membuat laporan polis terus ke Bkt Aman. pemastautin tersebut masih bebas tanpa sebarang tindakan. Oh ya... ini bukan nerlaku sehari dua ini apabila membuat semakan di web SPR tapi telah berlanjutan hampir 3 tahun disebuah daerah di Sgor. Ianya dapat dikenal pasti CUMA melibatkan seorang individu dikenali. Adakah ianya kes terpencil atau banyak lagi? Harap negara tidak digadaikan demi kuasa dan harta.

nick said...

Pak,

What does your gut tells you about this matter? My guess is that you too think that there is some truth in it. Well, logically for people who have no compunction at all for cheating, indulging in gerrymandering, using phantom voters, the eventual use of illegal aliens as their ace in the hole is not to far fetch. In Sabah this issue is still being "investigated" for decades already.

I'm not trying to sound like a broken record or anything but this is none other than UMNO or rather TDM's principle of "The end justifies the means" at play or work or treachery. Clinging to power is their aim and using illegals as the mean to achieve it comes natural and without any guilt and remorse whatsoever. And in their "sick and treacherous" mind they truly believe that they are doing something for "Agama and Bangsa" while conveniently destroying the nation. Not surprising since they are loyal only to TDM's doctrin and UMNO's survival is paramount to their existence. This news made me think of a video showing some "Patroit" members giving their signature RED patriot T-shirt to foreigners during the last BERSIH rally. That incident itself tells us volumes about UMNO and its zombie followers. The truth is I'm really scared for Malaysia and its people. We as a nation has placed our country in the hands of mindless and morally bankrupt people! And as numerous GE went by its getting harder to get it back from them!

Nick.

God Bless and have a blessed Ramadhan.

a.samad jaafar said...

benar atau tidak saya tak pasti.. yg pastinya, pakistan kat tempat saya ini dgn bangga menunjukkan IC birunya..dan dgn sinis berkata," saya berhak untuk mengundi di sini.." MasyaAllah.. saya terkesima !!Baru tinggal 7 tahun dh jadi warganegara.. apakah ini termaktub dlm undang2 negara?

Tuan.. betulkan saya jika saya tidak mengetahui hal ini..

TribunalEkonomiMelayu said...

Pemberian 20 % saham MAS kepada Tony Fernandez oleh kerajaan UMNO bukan sahaja tidak munasabah tetapi menganiayai orang Melayu yang memilih UMNO sebagai suara mereka.

Tony Fernandex adalah seorang Kristian berbangsa India dan jelas sekali kerajaaan yang kita ingatkan selama ini kerajaan Melayu telah dikuasai oleh Kristian2 seperti Idris Jala dan kuncu-kuncu mereka.

Kenapakah UMNO memberi aset kapalterbang bernilai separuh bilion kepada Kristian Tony Fernandex dan membina lapangan terbang untuknya.

Jelas sekali ada golongan Melayu yang mengaut keuntungan dengan pembinaan lapangan terbang yang berharga berbilion.

Ini boleh dilihat dari tindakan Mampu Sulaiman Mahbob yang cuba merompak Sime Darby dengan projek lapangan terbang. Tony Fernandex sebagai kuncu memainkan peranan menekankan kononnya dia tidak ada tempat untuk letak kapalterbang.

Kononnya akan pindah ke bangkok dan lain2. Tetapi ada golongan pengkhianat dalam Khazanah yang tugas mereka adalah mengaut keuntungan dengan penjualan aset negara yang dikuasai oleh UMNO ketika ini. Sebelum UMNO kalah dalam PRU 13 nampaknya Azman Mohtar dan budak2 lain kawan sekolahnya cuba merompak Maybank Investment Bank dengan membeli syarkat Mohzani Mahahtir dan Syaril Shamsuddin pada harga yang tidak munasabah dan tidak dijamin keuntungan.

Pemberian saham 20% MAS kepads Kristian India adalah tidak sah di segi perlembagaan kerana kaum India hanya merupakan kurang dari 10 peratus penduduk Malaysia.. Aset MAS adalaah aset berbayar sebenar, sedangkan kapal terbang Tony Fernandex adalah hutang berpulu bilion yang belum berbayar.

Untuk mencari siapa pengkhianat dan dalang penjualan aset negara kepada India ini, kita perlu adakan Tribunal Ekonomi Melayu untuk menangkap dan membicarakan mereka yang terlibat. Senarai budak2 Melayu yang perlu diberi perhatian selain Azman Mohtar adalah Tengku Zafrul lanun di Maybank Investment yang tiada bisnes tapi di ambil oleh PNB masuk kedalam Maybank. Semua ahli syarikat Binafikir yang mengaut keuntungan dalam rompakan Sime Darby melalui merger yang mengakibatkan Sime Darby kepunyaan orang Melayu rugi berbilion.

MAS juga konon di pulihkan budak2 mentah Binafikir yang membawa kepada kerugian sekarang.

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Apabila menyatakan bahawa penduduk tetap dibenarkan mengundi, memanglah tak betul kerana mereka memegang ic merah. Yang jadi isu di sini ialah bagaimana mudahnya status PR (ic merah) bertukar menjadi warga negara yang sah (ic biru) dan seterusnya layak mengundi seperti warganegara yang lain. Orang yang kurang cermat sahaja menyatakan bahawa PR (ic merah) dibenarkan mengundi, yang saya rasa lebih tepatnya, hak kewarganegaraan diberi dengan mudah/longgar. Perkara ini akan dapat dijawab dengan mudah oleh menteri kdn dengan alasan lahir di malaysia, kawin orang malaysia dan tinggal lama di malaysia.

Keluhan Rakyat said...

Apalagi cara untuk menang Pilihanraya kalau bukan dengan penipuan? Isu polis/tentera ada 2 IC. Isu ribuan orang yang telah mati masih dalam senarai SPR. Isu undi POS yang tak tahu asal usulnya dan kini isu paling besar adalah pemberian KP Biru kepada pendatang dengan sewenang-wenangnya.

Masaalahnya utama sekarang ini adalah kesan dan kos jangka panjang ke atas kebanjiran pendatang ini akan memusnahkan budaya dan ekonomi negara. Untuk kaya cepat, Pendatang akan menghalalkan cara contoh dengan membawa masuk ganja dan dadah, pelacuran, godaaan dan ketakutan ke atas anak2 gadis tempatan, dan pelbagai penyakit sosial yang menanti.

Majoriti pendatang hadir dinegara ini untuk menyedut seberapa banyak hasil yang boleh untuk mereka bawa pulang ke negara asal.

Rakyat peri bumi sudah tidak boleh berkata dan hanya mengeluh apabila melihat kebanjiran pendatang ini.

Tak tahulah apa nak jadi dengan negara ini.

"Keluhan Rakyat"

Anonymous said...

sdr aspan

I see you are very careful in not alleging with all d 'ifs' provisos. It's very difficult to prove but then we can record the electoral rolls now (before) and just before GE13 (after) - if we ever get there. The hike in the numbers will speak for themselves.

Me thinketh; is there a possibility of an alternative power? If 3m pendatangs are indeed a security threat (warranting a sidang tergempar), can it not be a prelude for Mageran II?

Can someone out there move the usul and let the constitution takes its course - HE who commands the confidence of the house should now lead. far fetched?

scrooge

Aspan Alias said...

nick,

It's true that BN has no compunction of cheating in any GE. But they could do it without fear as the power is behind them.

There were cases where hundreds of ic's were held by the BN candidates and all other tricks to avoid people voting against them.

They are so used to committing offense in any election and they take it as their privilege to do whatever they feel like doing.

Umai Lalapan said...

Salam Pak Aspan

Cuba-cuba tanya pemandu-pemandu teksi sekitar Taman Greenwood Gombak yang selalu bawa penumpang ke Putrajaya untuk dapatkan IC. Insya Allah persoalan akan terjawab.

MARTOIRIAT said...

Pak Aspan
Amat malang sekali jika pendatang asing yang menentukan halatuju dan masa depan negara kita. Jika benar, kedaulatan negara sudah terancam dan maruah kita sebagai rakyat sudah tergadai. Pemimpin politik hari ini hanya pentingkan kuasa dengan menghalalkan cara meskipun bertentangan dengan kedaulatan undang-undang. Mereka lakukan begini menunjukkan UMNO tidak yakin mereka boleh menang tanpa mengambil rakyat asing sebagai pengundi.

Apa yang boleh saya katakan UMNO merupakan pengkhianat kepada bangsa dan negara yang tidak boleh dimaafkan.

Anonymous said...

Tuan,

Melawat la Tg. Agas, Pasir Panjang ke , Kg Kukuh ke... habis org kemboja dapat IC biru, dengan tanah2 mereka sapu.

Penduduk tempatan pula yg terpaksa angkat kaki.

Lg satu.. apa perlunya projek pemutihan di swastakan? tak masuk akal langsung.

Sja projek nak bagi makan kroni ke?

Anonymous said...

saya ingin katakan kepada tribunalekonomimelayu bahawa malang sungguh dia lahir ke dunia ini.orang yang rasis perlulah dibuang ke dalam laut sahaja.Kamu harus berterima kasih kepada AirAsia dan saya harap kamu jangan sekali2 naik apa2 penerbangan airasia mulai dari sekarang.Airasia telah membuka peluang kepada ramai orang utk bekerja tidak kira apa bangsa dan agamanya. Begitu juga dengan MAS, jika bukan kerana Idris Jala, MAS dah bungkus tikar.Siapa yang menyebabkan MAS kerugian berjuta2 ringgit? Orang Melayu beragama Islam.faham ke kamu.Jika kamu ini orang rasis, kamu harus malu sebab kenyataan ini.Tetapi saya tak seperti kamu kerana saya bukan rasis. Kerugian sebenar MAS adalah kerana kerajaan sendiri telah memilih orang yang salah dalam mengetuai syarikat besar ini. Jika semua org Melayu asyik2 menuduh bangsa dan agama lain menjatuhkan dan cuba mencuri harta Malaysia, anda harus fikir bagaimana mereka sebenarnya menyelamatkan Malaysia dari terus jatuh merundum disebabkan oleh kuasa-kuasa tamak pemimpin yang dipilih oleh orang Melayu sendiri.Sudahlah bersikap salah dan keji senang2 menyalahkan orang lain.langsung tidak bertanggungjawab.

IbnAbdHalim said...

If there's any truth in the allegations then it's a form of high treason. It could wreck our harmonious society and breakup the nation.

mahaza said...

Pendedahan dancarian terbaru oleh media alternatif - KG BARU layak mengundi. Ni pakat pukul rata ikut jumlah pengundi di Kg Baru ke hape? Malangnya carian di JPN orang lain. Majis apakah yang SPR cuba lakukan TETAPI penafian tak sudah-sudah juga.

Anonymous said...

Saudara Aspan,

This is Selva Raja Subang Jaya. I lost my phone and your number. Can you SMS me your mobile? Thanks

Selva Raja (+6012-2078201)

burn said...

as said by a.samad jaafar. i too know of someone thru a friend. that person, a "pakistani" came to malaysia 20 year plus back. he got a blue ic, and was declare a "malay" with bumiputra status. i too found out a few foreigner have managed to get their blue ic by going under thru gomen ppl that cost more than 10k. true or false on this matter i dare not say much. but one "foreign" guy did admit he went thru that. with money, semua boleh!

salam...

Anonymous said...

AA,

BN will do anything..anything. Desperation makes BN especially the ailing and failing UMNO to get votes.

PR has to get 60 percent support to win the government. 10 percent of BN votes derive from dubious means.

what about you bro? PAS, PKR or DAP?

brahim Man

Selumbar said...

Betulkah pemastautin diberi hak mengundi?

Tak betul tu.... mana mungkin kerajaan boleh beri hak mengundi kepada penduduk tetap atau pemastautin... itu fitnah..!

Kerajaan hanya memberi status warganegara saja pada penduduk tetap. Dan setiap warganegara berhak mengundi bila diadakan pilihanraya umum. Kerajaan tidak salah, malah kerajaan bertindak dilandasan yang betul.....

Kalau tak percaya cuba tanya perdana menteri Datuk Seri Mohd. Najib... Betulkah pemastautin diberi hak mengundi? Jawapan yang boleh diteka keluar dari mulut PM adalah mana ada.....itu tidak betul.

Sebenarnya suasana politik yang diterajui oleh UMNO Baru sudah kucar kacir. Sebelum pilihanraya ke12, pemimpin pembangkang tahu tipu muslihat yang dimainkan oleh SPR, JPN, KDN, Polis dan Kerajaan BN sendiri tentang tipu daftar pemilih dan tipu jumlah kertas undi.

Pembangkang tidak berdaya menentang penipuan tersebut kerana mereka bergerak dalam kelompok yang kecil saja. Kerana itu ramai calon Barisan Nasional telah menang walaupun pada dasarnya mereka orang yang kalah.

Sekrang bukan pemimpin pembangkang saja yang menyelidik dan menyiasat malah ianya disertai oleh rakyat berbilang kaum. Masing-masing mahukan pilihanraya yang adil dan bersih.

Berpuluh bukti telah ditunjukkan... yang membawa maksud bahawa kerajaan BN yang memerintah hari ini adalah sebuah kerajaan haram kerana menipu dalam pilihanraya.

Tapi bolehkah kerajaan BN membenarkan SPR mengaku bahawa pilihanraya yang dilaksanakan selama ini adalah tipu ?

Kita semua sudah tahu bahawa setiap hari ada saja pendatang haram jadi penduduk tetap. Apa tindakan nya ?

Kita semua sudah tahu bahawa setiap hari ada saja penduduk tetap jadi warganegara Malaysia. Apa tindakan nya ?

Kita semua sudah tahu bahawa setiap pendatang haram yang dijadikan warganegara Malaysia diberi hak mengundi. Apa tindakan nya ?

Kita semua sudah tahu bahawa undi pos adalah undi tipu digunakan untuk memenangkan calon BN yang berselindung disebalik nama polis dan tentera. Apa tindakan nya ?

Kita sudah tahu semua pekara, tapi yang kita tidak tahu ialah tindakannya seterusnya. Disebabkan kita tidak tahu mengambil tindakan diatas penyelewengan itu maka SPR, JPM, KDN, terang-terangan meneruskan kerja kotor mereka.

Jangan jadi seperti "anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh tapi anjing hilang suara..."

Anonymous said...

Ustaz saya, yang sering datang kerumah mengajar mengaji Quran, warga negara indonesia, seorang pelajar yang sedang menuntut diUIA. Dia sendiri menceritakan dia dan rakan2 senegaranya ditawarkan IC biru dgn syarat mengundi BN.

cekgu skema said...

pak aspan....

ade sumber2 dari orang imigresen mengatekan bende ni berlaku....negara kita sedang dijual...tak mustahil sabah akan jadik milik filipino....