22 August 2011

Kalau benar Najib dan Muhyiddin tidak sehaluan, atasinya secara demokrasi sebenar

Saya pernah mendengar sedikit tentang masalah yang dihadapi oleh Najib dan Muhyiddin yang mengatakan mereka sudah tidak sehaluan dan tidak selenggang lagi. Pada mulanya tidak pula saya mengambil apa yang saya dengar itu sebagai isu besar kerana saya berpendapat yang mereka tidak akan berpisah kerana UMNO sekarang ini sudah pun di dalam keadaan yang mencemaskan.

Cerita awal perbalahan di antara Musa Hitam dengan Dr Mahathir dinafikan oleh semua pihak tetapi beberapa bulan selepas itu Musa meletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan telah terbongkar segala masalah yang ada di antara beliau berdua. Cerita Anwar tidak bersetuju juga dengan Dr Mahathir dinafikan oleh kedua-dua belah pihak, malahan semasa perayaan kemerdekaan di P Pinang mereka berdua membuat kenyataan yang mereka masih bersatu dan tidak ada perbalahan.

Tetapi hanya tiga minggu selepas itu pemecatan Anwar sudah hampir menjadi kenyataan dan akhirnya Anwar benar-benar dipecat. Semasa isu Mahathir Musa, bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah meletakan jawatan pada Februari 1986 dan kembali menentang Mahathir selepas beliau berada di luar kerajaan.

Tetapi jika benar pergesiran di antara Najib dan Muhyiddin,ianya tentulah berkaitan dengan perselisihan faham tentang cara Najib mengendalikan negara dan kerajaan yang kian hari kian lemah. Berdasarkan kepada pengalaman lama, mereka tentulah tidak akan mewujudkan keadaan yang boleh diragui rakyat kerana Muhyiddin dan ahli jemaah Menteri sepatutnya mengambil ‘accountability’ bersama. Kelemahan Najib adalah juga kelemahan Muhyiddin dan semua jemaah Menterinya. Mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah di antara Najib dengan Muhyiddin merupakan satu keadaan yang amat merbahaya untuk perpaduan rakyat dan negara.

Najib hanyalah seorang pemimpin yang mengetuai kongregasi kepimpinan yang sepatutnya menegur dan mentadbir kerajaan dan negara secara bersama. Jika berlaku juga keadaan yang seperti ini maka kita masih lagi tidak menerima konsep tanggungjawab bersama. Jika ada usaha Muhyiddin dan orang-orangnya untuk menurunkan Najib untuk mengambil alihnya maka ini merupakan keadaan yang tidak sepatutnya wujud.Tindakan itu adalah tindakan 'insubordination' yang amat serius.

Dalam semangat demokrasi, jika seorang ahli jemaah kabinet itu tidak bersetuju dengan cara Najib mengendalikan negara atau apa-apa dasar yang telah dilaksanakan, maka ahli kabinet itu wajar meletakan jawatan seperti yang dilakukan oleh Musa Hitam dahulu.

Selagi Muhyiddin tidak meletakan jawatan maka tanggungjawab bersama itu tetap dipikul oleh beliau. Jika Najib pula yang mengambil tindakan berhenti dahulu maka seluruh kabinetnya mesti meletakan jawatan bersama beliau (Najib) kerana mereka semua adalah pilihan dan jemaah Najib dalam mentadbir negara. Perletakan jawatan Najib itu bermakna perletakan seluruh kabinet lantikan beliau.

Jika Muhyiddin benar-bernar tidak bersetuju dengan Najib beliau harus melepaskan jawatan beliau untuk memisahkan beliau dari tanggungjawab bersama tadi. Muhyiddin tidak boleh melakukan perkara seperti yang dikatakan sebagai telunjuk lurus kelengkeng berkait di belakang Najib. Ini merupakan satu tindakan yang sangat buruk untuk parti UMNO yang mereka ketuai itu dan selanjutnya akan menjejaskan BN yang sudah sedia lemah pada masa ini.

Jika Muhyiddin melakukan tindakan politik peribadi seperti yang dicakapkan oleh beberapa pihak maka tindakan itu merupakan tindakan ‘insubordination’ terhadap kerajaan dan ini merupakan kesalahan yang amat serius. Jika benar Muhyiddin mempunyai sebab yang kukuh untuk menurunkan Najib beliau perlu melakukannya secara demokrasi dan semangatnya sekali.

Apakah dia demokrasi dan semangatnya itu?

Muhyiddin perlu berterus terang dangan bossnya itu. Berbincang segala masalah dengan baik dan jika perlu desak beliau (Najib) untuk bersara dan memberikan peluang mentadbir kepada beliau. Muhyiddin perlu terbuka dalam perbincangan dan minta Najib supaya mengubah cara beliau untuk memperbaiki imej kerajaan di mata rakyat.

Sesudah berdepan dengan telus dan Najib masih lagi tidak berubah maka tindakan selanjutnya jika Muhyiddin serius untuk memperbaiki keadaan ialah dengan meletakan jawatan bagi menunjukan kepada ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya tentang ketidak yakinan beliau terhadap kepimpinan Najib. Muhyiddin dan semua jemaah Menteri yang sama-sama tidak bersetuju itu patut meletakan jawatan.

Setelah melakukan itu barulah Muhyiddin terlepas dari tanggung jawab bersama tadi. Sebagai seorang nombor dua dalam kepimpinan parti maka UMNO boleh mengadakan persidangan tergempar kerana ini perlu untuk mempastikan parti dibawa bersama di dalam proses penyelesaiannya.

Musa Hitam telah meletakan jawatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada awal 1986 dahulu. Semasa perletakan jawatan Musa itu banyak pihak telah mendesak Dr Mahathir untuk memanggil satu perhimpunan khas termasuk bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dan Husein Onn. Tetapi Mahathir tidak mengindahkan seruan ini kerana Mahathir takut jika perhimpunan Khas itu akan mengambil keputusan untuk Musa menarik balik keputusan bersara itu.

Jika keputusan itu berlaku maka Musa akan menjadi kuat dan jika Musa kembali kepada kedudukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri ianya akan menjejaskan kedudukan Dr Mahathir pula. Oleh kerana Mahathir bukan seorang yang mempunyai semangat demokrasi yang tinggi Mahathir tidak berganjak dengan keputusan untuk tidak memanggil perhimpunan agong khas itu. Maka ahli-ahli UMNO telah berpecah belah kerana tidak di selesaikan dengan mandat perhimpuan agong khas itu.

Perpecahan yang di hasilkan oleh isu inilah bermulanya UMNO berpecah sehingga membawa kepada pertandingan bersejarah pada tahun 1987 yang membawa Dr Mahathir untuk menubuhkan UMNO baru tajaan beliau sendiri pada tahun 1988.

Dalam kes Muhyiddin ini, jika beliau benar-benar merasakan yang Najib sudah tersasar dan akan menjejaskan parti serta kerajaan, beliau harus berhadapan dengan Najib dan memberikan pandangan bagaimana Najib patut lakukan untuk berubah, Jika itu gagal dan Najib masih berada di tempat dan jawatannya itu maka satu-satunya tindakan yang beliau perlu lakukan ialah dengan meletakan jawatan bersama mereka yang sehaluan dengan beliau dari jemaah kabinet.

Jika Muhyiddin melakukan ini maka beliau akan nampak bermain-main dengan semangat demokrasi yang tulin. Sesungguhnya bukan tidak ada asas untuk Muhyiddin melakukan gerakan untuk memperbetulkan keadaan dalam UMNO. Hanya beliau perlu melakukannya secara yang betul tanpa melakukan ‘insubordination’ terhadap Najib dengan ‘intrigue’ dan helah politik yang tidak beretika. Lakukan secara gentleman. Jika dilakukan secara gentleman tentulah ada risiko untuk gagal dan itu merupakan fenomena biasa dalam politik berdemokrasi.

Jika Muhyiddin lakukan secara ini, kalah menang adalah biasa tetapi nama beliau akan terpahat sebagai seorang yang serius untuk melakukan kebaikan untuk partinya. Setiap tindakan mesti ada harganya, Tidak ada yang percuma.

Najib di sebaliknya pula perlu juga sensitif terhadap keadaan yang menimpa beliau, Perdana Menteri itu patut meletakan jawatan secara sukarela. Bukan tidak ada contoh yang berlaku dalam sejarah kepimpinan negara. Husein Onn telah mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO setelah beliau dicabar oleh Sulaiman Palestin.

Husein menganggapnya sebagai petanda yang beliau tidak lagi mendapat sokongan bulat dari ahli-ahli di bawah dan jika beliau terus berada di kerusi PM itu beliau takut akan memecah belahkan kepimpinan negara. Contoh ini merupakan contoh yang berlaku di kalangan keluarga Najib sendiri kerana Husein adalah bapa saudara kepada beliau. Tidak ada sebab kenapa Najib tidak mahu menerima contoh yang baik ini semata-mata untuk perpaduan kepimpinan dan rakyat yang ramai ini.

Bagi Muhyiddin jika beliau mahukan semuanya secara percuma, itulah yang menyebabkan politik kita berkecamuk kerana untuk mendapat secara percuma tidak ada jalan lain selain dari melakukan ‘insubordination’ tadi bagi memaksa Najib meletakan jawatan untuk beliau mengambil alih. Itulah yang selalunya menyebabkan parti berpecah belah sehingga menjejaskan rakyat yang ramai.

Kita mesti laksanakan demokrasi dengan semangatnya sekali. Hentikan bercakap tentang demokrasi acuan sendiri untuk menghalalkan tindakan mencemari demokrasi itu untuk kepentingan politik peribadi. Mengambil demokrasi sebenar separuh dan membuang separuh yang tidak memihak kepada kita akan hanya melumpuhkan sistem itu akhirnya.

14 comments:

johanni said...

AA

Najib patut letak jawatan dan Muhyiddin lagi patut bersara.

Tidak ada di kalangan pimpinan UMNO dari MKT layak mengambil alih kepimpinan negara.

They are just bunch of unscrupulous leaders developed since Mahathir's era.

mahathir can now enjoy the disaster he created. Long live Dr Mahathir and see for yourself the damage you inherit to us.

Anonymous said...

Sdr Aspan,
Kedua-dua adalah liabiliti kepada Malaysia. Kalau dengan UMNO pun depa ada masaalah dan tak laku apatah lagi dengan rakyat. Apa pun kalau dah tak diperlukan lagi undurlah, jangan pandai nasihat orang sahaja. Jadilah orang yang gentlemen. Ajak sama pengerusi SPR, timbalan peng SPR, KTAT, IGP, Peguam Negara, pengerusi SPRM dan juga Menteri Penerangan yang dah tak bernilai


zahari awang

Anonymous said...

AA

Masa Musa Hitam umum letak jawatan dilu Mahathir tengah kuat mencacak.

Masa AA nasihat Mahyuddin letak jawatan sekarang Najib tengah lemah longlai.

RDA

Anonymous said...

Ni lah jelas nampak adat dalam UMNO Baru sekarang.

Semua pentingkan sendiri dan puak-puak pembodek sendiri.

Tahap otak mereka semua berfikir pun macam stail Mafia le.

Lain orang yang tak berkuasa dan tak berpuak tu, gigit jari tunggu giliran bos kau naik , le.


Siapa yang tak hendak habuan besar bila bos naik jadi PM?

Prinsip dan perjuangan adalah benda untuk cakap-cakap hiasan saje kepada mereka yang boleh dilembukan le.

Quiet Despair said...

Keyword ialah kalau benar. Buat apalah kita merugikan air liur berdebat tentang perkara yang mungkin benar, mungkin tidak.
Baiklah kita memikirkan parti alternatif Amanah yang diwawarkan boleh menggantikan UMNO.
Adakah dipergiatkan pendaftarannya sebagai parti politk? Bagaimana dengan keahliannya?
Siapa dalam pro-tem committee? Kita perlu tahu ini semua kalau nak menjadi ahli.
Buatlah betul-betul untuk menumbangkan UMNO jika benar UMNO dah hampeh.
Terus-terang rakyatpun dah jemu dengan politk PKR yang tak ada hala-tuju dan asyik berbeza pendapat.
Ayoh bro, jadilah penggerak membawa meaning baru in our political world.
Jangan tunggu lama-lama, nanti dilupa orang. Hari tu semasa pelancaran full momentum.
Or has it died before existing?

Anonymous said...

Tuan,
Husein Onn telah mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO setelah beliau dicabar oleh Sulaiman Palestin. Ini semua angkara..Dr. Mahathir menghasut Sulaiman ..Ada BETUL ke

Baling batu sembunyi tangan..

Anak Selayang.

Anonymous said...

Budaya politik 'gentleman' sudah lama terkubur dalam UMNO.

Sekarang adalah budaya politik bisikan belakang, tikam belakang, hulur belakang dll yang di belakang.

'Intrigue' dalam parti adalah jauh lagi hebat daripada serangan terhadap parti lawan.

Inilah realiti UMNO yang hanya mampu setakat memakai topeng Melayu serta Islam tetapi jiwa perjuangan sudah jauh terpesong.

Asam Pedas said...

Encik Aspan. Assalamualaikum w.b.t

If true, all these infighting between the 2 shouldn't be a surprise to all of us.   It will continue to dominate UMNO as long it maintain a policy to reward it's President and DP with top 2 government posts. All talk about different opinion on policy are pure hogwash  to hide their true intention from the public to gain support.

The No 2 man ever willing to seize any opportunity that come to dislodge the only man that could stop him from achieving his ultimate prize I.e. The Premiership. The UMNO VPs are more than willing to help and fight to move one slot higher. Other supreme members just sit on the fence to see who are stronger before pledging their alliance. 

On the same token, I wonder whether PR will have same policy if they assume to government power which could be their Archilles Heel to their political survival.Hmmmm?

Anonymous said...

Anda tidak lebih daripada seorang batu api.

zaidi said...

Pak Aspan,

Tiadalah di dalam hikayat UMNO Baru itu seorang Timbalan meletakkan jawatan kerana idaman dan cita2nya adalah kepada pucuk. Akan berkecamuk kota Melaka kerana Jebat dan Tuah yang bertempur. Akan Raja Melaka itu diam sahajalah kerana silapnya yang lalu itu tidak disebut2 orang. Siapakah yang bersalah..Tuah atau Jebat?

Aspan Alias said...

Asam Pedas,

I think the infighting it true and real. I don't know the scale of the infighting as it al depends on how Najib and Muhyiddin play their political game.

BUT it will definitely causes a break-ups in the party as everyone of them 'walks on their stomach'.

Each and everyone of them has big stake to take care.

That is why a two party system like is important for this country. If PR takes and assume government power they would also be pulled down in the following election and return the power to BN again.

my reasoning is simple and straight forward. We want to tell whoever rules that the rakyat is the real power.

Hopefully, with this 2-party system will compel the ruling party to ensure good, descent and with high level of governance to prevail in the government.

But for this time around the change has to be urgently done.

Thanks bro.

Anonymous said...

Quiet Despair,

The lonesome man with lonesome idea. You have been the square pack through and through.

dyan

Orang Seremban said...

Tuan Aspan,
Saya rasa MY tak berani buat seperti Musa Hitam buat kerana dia tak ada kewibawaan dan ketrampilan untuk menjadi orang nombor satu.Dia ni bagaikan pemain simpanan di dalam satu team bola yang mengharapkan pemain utama akan cedera dan dapatlah menggantikannya.Kita tengok jejak perjalanannya dalam politik Umno adalah seperti pak lah iaitu 'play safe'.Sekarang ni kita tengok dia bukannak tolong sangat Najib yang terkontangkanting menghadapi pelbagai isu.Kalulah orang macam ni jadi Pm lagi harubiru lah negara

junaidi said...

Saudara AA,

Well said but there is one unattached problem faced by UMNO. Even if total democracy atwork in UMNO can Muhyiddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal and Hishamudin take in the mantle?

These are bunch of leaders with no material of a PM. It will come to the square one. The direction will only be one....doomsday bro.

so let Najib himself brings this country to destruction.