06 August 2011

Negara sudah hilang kepimpinan - Ada jalan lain untuk membinanya.

Satu kehairanan yang pada pandangan saya ialah kita tidak serius dalam membentuk serta menyediakan kepimpinan melalui UMNO di setiap peringkat. Saya bukan orang pandai tetapi oleh kerana saya menumpukan pemikiran saya tentang isu ini ditambah pula dengan segelumit pengalaman saya amat takut dengan nasib kepimpinan Melayu pada hari ini.

Saya telah menulis tentang isu ini tetapi oleh kerana saya merasakan ianya merupakan isu yang begitu kritikal maka saya di desak oleh perasaan yang ada di dalam diri saya ini untuk menulisnya lagi. Saya berharap kepada sesiapa yang mengambil serius tentang isu penting ini elok bersama-sama memikirkannya dengan serius. Saya berharap kepada sesiapa yang hanya memikirkan politicking berpuak-puak elok berdiam diri sahaja dan terus berfikir dari masuk campur yang hanya menambahkan konflik kepimpinan tanpa kesudahan.

Negara kita merupakan negara yang berbilang kaum tetapi telah di fahami dan di terima oleh semua kaum yang politik kita dipimpin oleh orang Melayu. Tidak payah kita mengulangi cerita lama ini kerana semuanya telah terkandung di dalam perlembagaan negara.

Jangan kita menghina dan mengambil segala-galanya dengan menghentam peribadi seperti sekarang ini. Hormati pandangan masing-masing dan mari kita berbahas secara ilmiah yang penuh dengan tata susila. Tentu semua di antara kita telah pergi ke sekolah dan mempunyai sedikit pelajaran. Seseorang yang tinggi pelajarannya sepatutnya lebih berhemah dan beretika apabila memberikan pandangan untuk membahaskan apa-apa yang kita tidak bersetuju.

Melayu merupakan bangsa yang menerajui politik dan kepimpinan negara selama ini, sehinggakan semua pihak telah bersetuju untuk memilih seorang Perdana Menteri secara ‘convention’ iaitu sesiapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO secara ‘automatic’ menjadi PM negara pada hal cara yang sebenarnya yang di maktubkan oleh perlembagaan kita ialah sesiapa yang mendapat keyakinan walaupun dengan simple majoriti akan menjadi Perdana Menteri.

Semasa sistem pemilihan PM ini di lakukan ianya tentulah berdasarkan kepada keyakinan bangsa-bangsa lain yang Melayu (UMNO) itu mempunyai kepimpinan yang tinggi tanpa menghadapi persoalan yang banyak dari mereka (Bukan Melayu). Bagi sesiapa yang serius berfikir sebagai rakyat yang mempunyai hak untuk mengundi dan mengarakan sokongan mereka kemana-mana sekali pun persetujuan mereka (bangsa asing) untuk memberikan laluan mudah ini merupakan pengorbanan yang besar kepada negara khususnya kepada orang Melayu itu sendiri.

Semangat ini telah menjadi amalam siasah negara kita dan telah berjalan dengan baik sehinggakan semua pihak mampu untuk menerima dasar baru yang dinamakan DEB pada tahun 1970 dahulu. Sebagai rakyat Melayu yang telah di hormati kewujudannya sebagai tunjang kepada siasah negara kita kita sepatutnya lebih berhati-hati dan bersyukur kerana kita telah mendapat pemimpin yang sangat di terima oleh semua kaum dan mampu menyakinkan bangsa lain untuk berkorban terus-terusan untuk kita yang sudah hilang hidayah dan kurang bersyukur itu..

Tetapi malangnya kepimpinan Melayu kita telah beransur-ansur kehilangan sanjungan tinggi bukan sahaja dari kaum lain tetapi di kalangan orang-orang Melayu sendiri. Melayu telah hilang kepimpinan yang kuat dan istimewa seperti apa yang telah kita alami dahulu.

Kepimpinan kita sudah tidak di hormati lagi kerana sejak 3 dekad yang lalu pimpinan kita di setiap peringkat telah di hinggapi oleh elemen-elemen yang telah melemahkan daya kepimpinan Melayu (UMNO) itu dengan terbentuknya budaya baru seperti budaya rasuah dan salah guna kuasa serta menghancurkan semua institusi demokrasi yang ada kepada kita. Tidak payah kita sebut dan ulangi lagi tentang keruntuhan institusi-institusi ini kerana kesuntukan masa dan ruang.

Apabila runtuhnya kepimpinan Melayu maka runtuhlah kepimpinan negara. Budaya dan sikap yang telah merosakan kepimpinan kita boleh kita katakan dengan tegas yang ianya tidak mungkin kebah dan kembali lagi ke tahad dahulu lagi kerana hampir kesemua kepimpinan kita telah terjebak dengan kepimpinan yang telah roboh ini.

Hinanya besi kerana karatnya, hinanya negara kerana kepimpinannya. Orang Melayu kini sedang dalam delima yang tidak dapat penyelesaiannya jika masih bersama pimpinan seperti ini. Maka ramai yang serius tentang masalah kepimpinan ini telah memilih untuk bersatu diluar UMNO . Ramai cendiakawan, kecuali yang ditonjolkan di dalam TV oleh kerajaan telah memilih untuk menyertai PAS.

PAS telah dilihat sebagai parti yang begitu serius dalam pembinaan kepimpinan mereka. PAS merupakan parti yang secara relatifnya adalah parti yang mempunyai disiplin yang tinggi dan ini mungkin terbentuk kerana himpitan yang kuat oleh pihak pemerintah dan media massa yang tidak bersimpati dengannya.

DAP merupaka satu lagi parti yang telah bangun dengan memberikan contoh yang baik dan memberangsangkan jika kita lihat dari kualiti manusia yang memimpinnya. Kejayaan DAP menjadi kerajaan yang baik dan telus telah membuktikan kepada rakyat yang parti itu seperti juga PAS telah mampu mentadbir dengan baik walaupun telah di himpit dengan tekanan-tekanan yang tidak demokratik dari BN yang memerintah kerajaan pusat.

Kejayaan DAP dan PAS ini tidak di sukai oleh BN khususnya UMNO dan pihak pusat telah memberikan tekanan yang kuat terhadap negeri-negeri tadbiran PR untuk menonjolkan kelemahan mereka supaya rakyat kembali memberi sokongan terhadap mereka (UMNO).

DAP kini telah dan sedang menyelesaikan masalah yang sudah lama di hadapi oleh parti itu, iaitu momokan pihak parti pemerintah yang parti itu adalah parti Cina, komunis, dan segala-galanya yang tidak baik sedangkan parti itu telah berusaha untuk menunjukan bukti yang parti itu merupakan parti berbilang kaum yang ingin melihat sebuah kerajaan yang descent dan mempunyai nilai kemanusiaan yang bermoral dan beretika dalam kepimpinan.

DAP setakat ini telah menjaga moral kepimpinannya dengan mentadbir tanpa mengambil kira bangsa dan agama. Malahan sikap terbuka DAP itu telah membuat MCA rasa cemburu dengan menuduh DAP telah memberikan keutamaan kepada orang Melayu di dalam pembahagian kontrak-kontrak baru-baru ini. Tan Cheng Liang, ketua wanita MCA telah membidas kerana kerajaan negeri itu telh memberikan banyak kontrak kepada orang Melayu.

UMNO pula menuduh telah mengenepikan kepentingan orang Melayu bagi menjauhkan sokongan orang Melayu terhadap parti yang sedang berusaha melakukan perbezaan dari apa yang di lakukan oleh kerajaan BN sebelum ini. Lim Guan Eng telah menjawab bahawa pembahagian kontrak itu adalah berdasarkan kepada kredibiliti syarikat-syarikat yang menawarkan kerja-kerja itu tanpa mengira kaum.

Berbalik kepada kepimpinan Melayu tadi saya dan ramai berpendapat bahawa Melayu sepatutnya menyertai parti yang serius di dalam membentuk kepimpinan yang bertanggungjawab samada DAP atau pun PAS tanpa menyanyikan lagu-lagu lama rasis yang amat menjemukan.

Apabila DAP serius untuk menunjukan yang parti itu bukan main-main di dalam usaha menjadikan parti itu sebagai parti yang berbilang kaum maka UMNO telah menuduh DAP sedang berusaha menggunakan orang Melayu untuk mendapat undi.

DAP yang saya hampiri akhir-akhir ini acapkali memberitahu saya dan orang ramai yang DAP bukan parti untuk menjadi Perdana Menteri kerana DAP tidak pun menurunkan calon yang secukupnya untuk menguasai Dewan Legislatif Parlimen. DAP hanya mahu melihat kerajaan yang telus dan terbuka dan jauh dari rasuah dan salah guna kuasa.

DAP akui yang DAP tidak mungkin menjadi PM tetapi isu inilah yang dimainkan oleh BN khususnya UMNO untuk menakutkan orang Melayu untuk menghampiri dan memberikan sokongan kepada parti yang serius ini.

Saya bersetuju dengan pendapat yang orang Melayu boleh mengasah kepimpinan melalui dua buah parti ini, iaitu PAS dan DAP. Di sini UMNO telah gagal seratus peratus kerana sejak hampir 30 puluh tahun yang lalu UMNO hanya mampu membina pengampu dan pembodek yang besar kerana kepentingan ekonomi yang besar sehinggakan manusia yang berkempimpinan telah secara beransur-ansur hilang dari barisan kepimpinan di setiap peringkat. UMNO telah membina dengan besarnya komuniti kepimpinan yang hanya berpolitiking dan tidak berpolitik.

Setelah menunggu sebegitu lama untuk UMNO membina kepimpinan maka ramai orang Melayu sudah memulakan langkah untuk membina kepimpinan melalui parti DAP selain dari PAS. Menyertai DAP merupakan langkah yang baik untuk orang Melayu bagi mengimbangkan komposisi kaum untuk membuktikan yang parti itu adalah benar-benar sebuah parti berbilang kaum dan agama.

PAS yang juga parti berbilang kaum yang di dominasi oleh orang Melayu jika bekerjasama dengan DAP yang juga parti yang berbilang kaum akan menambah kepimpinan Melayu di dalam siasah negara.

Saya amat merasakan yang keadaan dan kerjasama di antara PAS dan DAP itu akan memberikan impak besar terhadap usaha untuk melenyapkan permainan isu rasis dengan terbuka di hari muka.

Orang Melayu yang ingin melihat kepimpinan orang Melayu berkembang meninggalkan parti parti yang berunsurkan rasis wajar dilakukan dengan kadar yang segera. Puluhan tahun UMNO memainkan isu rasis tetapi Melayu tidak juga terbela. Dibelakang pemimpin yang memainkan isu rasis Melayu berkumandang mendendangkan isu ini adalah terdiri dari taukeh-taukeh Cina juga.

Mereka pecahkan kita dengan bangsa lain tetapi mereka mendapat habuan besar dari taukeh-taukeh Cina juga. Berdekad-dekad kita diperdaya oleh pemimpin-pemimpin kita sendiri.

Ramai di antara orang Melayu UMNO sendiri jemu dengan perpecahan di kalangan pimpinan tertinggi parti. Walaupun mereka menafikan keadaan itu berlaku kita tahu perkara itu benar. Najib sendiri kalau bergantung kepada sokongan dalaman UMNO akan meletakan diri beliau dalam kedudukan seperti telor di hujung tanduk.

Bagi saya UMNO sudah hilang segala kemungkinan akan menjadi parti yang diyakini rakyat lagi kerana sudah kehilangan kepimpinan untuk menjaga generasi kita yang akan datang. Sokongan semakin hari semakin menirus, ibarat tali gasing; lagi kehujung lagi halus.

Jika kita harapkan UMNO untuk membina kepimpinan Melayu ianya ibarat menunggu buah yang tidak jatuh. Bagi mereka yang serius tentang isu ini elok bermula dengan menghampiri parti-parti yang berkepimpinan.

Yang ada dalam UMNO hanya lah mereka yang tidak berani menggorak langkah untuk keluar dari kepompong pimpinan yang jumud dan tidak mempunyai haluan dan tujuan.

20 comments:

Anonymous said...

1st!!!

naim said...

cayalah!! Pandangan yg berani dan diluar kotak!

cheers bro

mo said...

Asalam ,

Kalau di bicarakan oleh saudara asfan, asfan sudahtent ada kebenarab nya ? Namun hanya dgn pas dan dap tidak mungkin keadaan tidak kan berubah banyk dari landskap plitik dan kepimpianan negara ? Betul dari aspek, kepimpinan yg kental dan berdisiplin tinggi adalah dari antara dap dan pas. Namun saharus jgn lupa PKR, membawa keadaan yg berlainan, tampa pkr yg di pimpin oleh anwar ibrahim, keadaan tidak kan berubah dgn banyak ?

Pengorbanan yg cukup jelas dan jitu di buat oleh anwar seharus di ambil kira. Tampa anwar tidak mungkin keujudan lanskap politik kini memberi harapan yg cukup baik kpd rakyat kini ? Bagi org melayu masih memerlu kepimpinan sperti anawar ibrahim ?

Saya masih melihat keadaan politik, baik peringkat mana kepinpinan, masih memerlu di anatara satu sama lain . Umno telah melepas segala tanggung jawap ini. mereka masih dgn kaedah yg semakin lunsur dan lapok ? Dgn hanya bersi membuat perhimpunan yg aman, mereka sudah tidak mampu bertindak dgn cara yg profesional ? Masih mngunakan kaedah yg lapok, bah dalam zaman diktator ?
tq .

Aspan Alias said...

mo,

you are right and sorry that I miss that point.

As I was concentrating on the leadership development I tend to miss about PKR.

Anonymous said...

Betul Aspan,

Actually the Malays should join DAP as that party is a multiracial in nature.

I am already half my feet there. If I decide to be active in politics DAP is my first choice.

PAS is another good party to join but PAS has no ranting in the town i reside. So it's DAP for me bro.

bahauddin

Anonymous said...

AA

Dalam bicara tuan mengenai pencarian kepimpinan Melayu dan negara kita yang berbilang kaum ini selepas mantan PM, TDM, kenapa sampai sekarang tuan tak berani sebut, orang Melayu amnya dan orang UMNO khasnya telah terlepas peluang untuk menjadikan Anwar sebagai pemimpin Melayu dan negara kita, tidak kira sama ada Anwar ketika beliau di dalam UMNO atau di luar UMNO?

RDA

bat8 said...

Bro Aspan,

1. membaca tulisan sdra kali ini, terpanggil rasanya untuk memberi pendapat bodoh yang tidak seberapa ini.

2. mengimbau sejarah UMNO Baru sejak 23 tahun yang lalu serta ppolitik TDM selepas PRU 1990, timbul persoalan dibenak ini, sejak bila perjuangan UMNO Baru berkisar kepada kepentingan orang melayu? Kewujudan UMNO Baru juga hanya bertujuan untuk mengekalkan kuasa politik pemimpin pertamanya semata-mata sejak ditubuhkan. Perjuangan ini tidak pernah berubah dan ianya begitu jelas hari ini.

2. Apakah kita cuba menipu diri kita sendiri dan masa melayu sedangkan UMNO Baru sudah mengubah dasar perjuangannya apabila membuka keahliannya dari semata-mata orang melayu kepada semua bumiputra sejak memasuki Sabah tahun 1993.

From there on, UMNO Baru is no longer a malay party, yang berjuang untuk kaum melayu sebagaimana UMNO yang ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar dalam tahun 1946 dulu.

3.Dengan menidakkan fakta ini, sebahagian pendukung UMNO Baru tulin seperti sdra terkapai-kapai cuba memahami kemelut yang dihadapi oleh UMNO Baru hari ini.

4.Bukalah mata seluas-luasnya untuk melihat permainan politik pemimpin-pemimpin UMNO Baru hari ini. Dimanakah perjuangan melayu mereka sejak 30 tahun dulu. Dimanakah perjuangan melayu hari ini? It was and it is today, all about mengekalkan kuasa politik untuk diri sendiri sahaja.

5. Apakah permainan politik mereka hari ini berlandaskan perjuangan melayu atau perjuangan untuk diri sendiri sahaja?

Setakat ini dulu buat masa ini. Once kita akui perkara ini, kita boleh mula melihat kepada isu yang saudara dan pendukung tulin perjuangan melayu sedang merintih dan berhiba dengan penuh duka!

bat8

saji said...

AA

Apabila kita membincangkan mengenai pemimpin dan kepimpinan sesebuah parti seperti UMNO yang diterima oleh ahli parti dan rakyat, kita tidak boleh lari dari mengaitkannya dengan jenis pemikiran atau idealisme yang dibawa dan diperjuangkan oleh pimpinan dan kepimpinan UMNO pada sesuatu masa atau era.

Bagi saya, mengapa pemimpin dan kepimpinan UMNO diterima oleh ahli UMNO dan kebanyakan rakyat sebelum era TDM ia adalah kerana mereka dapat menerima jenis pemikiran yang boleh disebut sebagai campuran pemikiran nasionalis Melayu, SOSIALIS dan Islam yang di bawa oleh pemimpin dan kepimpinan UMNO pada ketika itu.

Manakala di era pimpinan dan kepimpinan matan PM, TDM selama 22 tahun, mereka dapat menerima jenis pemikiran yang boleh disebut sebagai campuran pemikiran nasionalis Melayu, KAPITALIS dan Islam.

Maksud saya, berlaku perubahan teras pemikiran di antara dua era pimpinan dan kepimpinan UMNO di atas membabitkan teras pemikiran SOSIALIS dan KAPITALIS masing2.

Jika tuan bersetuju dengan hujah saya di atas dan jenis pemikiran pimpinan dan kepimpinan TDM tersebut diteruskan ke era PM Pak Lah dan era DSN sekarang, tidakkah antara sebab pimpinan dan kepimpinan UMNO ditolak oleh sebahagian ahli UMNO sendiri dan kebanyakan rakyat ianya mempunyai kaitan dengan jenis pemikiran yang dibawa dan diperjuangkan oleh mantan PM, TDM tersebut yang tidak begitu sesuai di era globalisasi ini?

lebaikudin said...

Assalam Tuan Aspan,

Pemimpin hari ini tidak berwibawa kerana cendikiawan semuanya sudah lari ke parti pembangkang.

Yang tinggal adalah pak turut dan suku-sakat YB yang menjadi 'runner' untuk kontraktor2 sahabat-handai dan rakan-taulan.

Tonggaknya sudah reput dimakan anai-anai berupa rasuah ke akar umbi.

No money,no talk.

Suaminya sanggup melakukan apa cara sekalipun untuk mempertahankan kuasa termasuk mengisytiharkan darurat dan mengheret tentera dan istana ke kancah politik.

Antara jasa-jasanya yang paling besar ialah pembelian senjata canggih yang paling mahal demi mendapatkan komisyen melaui proksi dan pemadaman rekod kemasukan imigresen seorang jurubahasa wanita dari benua Asia Tengah yang kemudiannya ditemui mati berkecai kena bom.

Protes mahukan proses pilihanraya bersih secara aman diperangi dan dizalimi dengan kekerasan dan gas pemedih mata.

Media dikawal dan ditapis sepenuhnya.

Mereka yang disyakki akan ditahan tanpa bicara sehingga 2 tahun atau sampai pak menteri pencen.

Isterinya sibuk mengelilingi dunia diselang-seli dengan shopping sakan menggunakan duit rakyat.

Robert Mugabe?Hosni Mubarak?Ferdinand Marcos?

Semuanya bukan.

Bak kata Nabil,lu pikit la sendiri!

pijat said...

Melihat kepada kualiti kepimpinan pelapis UMNO, saya melihat tiada harapan lagi..melainkan UMNO perlu overhaul sebagai pembangkang. Masa itu, baru UMNO akan melakukan soul searching secara ikhlas dan telus.

Malah saya melihat kualiti pemimpin pelapis ada pada pihak pakatan:
PAS: salahudin ayub, nasrudin tantawi, mujahid rawa, husam dll.
PKR: nurul izzah, rafizi ramli,
DAP: tony pua, anak khir johari

Dari segi kualiti perbahasan dan kebernasan di parlimen, mereka di pakatan lebih terserlah (pengalaman peribadi swaktu di parlimen).

Kita melihat jauh ke hadapan bahawa pembinaan negara adalah lebih penting terutama dalam menghadapi persaingan dengan negara lain di arena ekonomi dan perdagangan. Disebabkan itu, UMNO perlu dikorbankan demi kepentingan negara.

saji said...

lebaikudian

Jika lebaikudin kata pemimpin hari ini tidak berwibawa kerana cendikiawan semuanya sudah lari ke parti pembangkang dan parti pembangkang yang dimaksudkan ialah PAS dan DAP, bagaimana berdasarkan komen saya berkaitan di atas dikatakan bahawa, cendikiawan yang sdr maksudkan lari ke PAS itu adalah kalangan mereka yang yakin dengan jenis pemikiran atau idealisme parti yang berteraskan ISLAM dari segi kemampuannya untuk membawa parti PAS bersama2 ahli dan pendokongnya mendepani dan melepasi cabaran era globalisasi ini, manakala yang lari ke DAP adalah kalangan mereka yang yakin dengan jenis pemikiran parti yang berteraskan SOSIALIS.

nick said...

Pak,

Leadership for the Malay must and should never be separated from our religion and our sacred values. And it will not matter if they joined DAP or PKR or PSM or even PAS. IF those prospective leaders are true to their religion and faith, they will not stray from the path and in fact can influence the party of their choice to be better and become imbued with greatness in term of nation building and civilization architecture.

Therefore it is imperative that the malay have multiple choices of political party to choose from. With so many fertile ground from which to sprout, it is logical that we can have the numbers and the quality of leaders needed to further guide and lead our people (and nation). Diversification and the freedom to think, to associate and most importantly the unbridled self development can only lead to progress as opposed to what the 30 years of restriction and "guided Maha democracy" has done to the malays.

The problem with Malay leadership that we have now is directly caused by leaders who wanted to shackle and imprison the mind and the spirit of the malay (with the aim of clinging to power). I believe that once the malay are free from those mind and free will prison and restriction, we as a race (and a nation) can start growing and ultimately mature into a great people with a great nation. We just need to realize that fact and the fact that UMNO (baru) is more trouble than its worth!

Nick.

God bless and Salam Ramadhan.

d'enricher said...

Tuan Aspan,

Cara terbaik bagi kita ialah menyenaraikan kualiti kepimpinan yang kini terdapat dari golongan Ahli Politik darikedua belah pihak.

Mereka ini baik MP, ADUN atau Senator. Tak lama lagi, PRU13, berapa ramai yang sedang menunggu untuk menjadi calun.

dalam dunia yang serba canggih ini, kena berani berdebat dalam TV atau di pentas nyata, kita tenggok siapa yang layak.

Tetapi yang lagi penting, berapa ramai yang berani ???

A.Alshukor

Zaidi said...

Pak Aspan,

Terima kasih kerana sering ketengahkan isu kepimpinan yang jelas berbeza daripada isu kekuasaan. Falsafah setiap parti adalah berbeza:
UMNO : Orang lain semua salah. Aku aje yang betul. Boros. Kawan Anakku Sazali.
PKR : UMNO salah. Aku betul. Siapa lawan UMNO aku sokong. Gelojoh kuasa.
PAS : Islam panduan. UMNO salah. UMNO ikut Islam PAS bubar. Siapa setuju boleh bincang. Parti orang susah. Jimat cermat.
DAP : Berani, telus, bagus sebagai juruaudit. Jimat cermat.
MCA/MIC/IPF/PPP: Kuat nafsu, tak sedar diri, cakap tak serupa bikin.

saji said...

AA

Antara kelebihan yang ada pada Tun Razak dan Tun Mahathir sebagai bekas pemimpin Melayu dan PM yang tidak dimiliki oleh bekas pemimpin Melayu lain yang dilahirkan oleh UMNO ialah kemampuannya mengubal dan membetuk dasar awam baru yang dianggap luar biasa iaitu Dasar Ekonomi Baru bagi Tun Razak dan Dasar Pensyarikatan Malaysia bagi Tun Mahathir, di satu pihak, dan di pihak lain, ialah kemampuannya memilih dan memperkenalkan mekanisme penterjemahan yang sesuai dan berksan dalam bentuk program atau rancangan dan sistem untuk menterjemahkan dasar awamnya masing2 tersebut kepada realiti matlamat yang disasarkan.

Anonymous said...

sdr aspan,

all UMNO (baru) leaders are par excellence; it is only the masses that fail to suit to their leader's thinking.

so why don't we (the masses) stop all the criticisms, just recognise and agree to all that are being propped up by the umno loyalists. let us not cross path any more now, shall we?

'lakumdinukum waliyadiiin'... onward to the ballot boxes!

eb scrooge

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Nampaknya komen2 yg disiar masih di bawah pengaruh robot control mentaliti pemikiran penjajah. Apa yang disabda melalui hadis oleh rasul allah bahawa islam akan kembali tertegak pada akhir zaman tidak berani diwarwarkan oleh puak yang sealiran atau sudah sebati dengan sistem ism yang diguna pakai oleh dunia sekarang. Bila Nostradamus meramalkan bahawa 'the blue turban will rule and conquer the world in the 21st century, kita masih was-was, takut aliran pemikiran sedemikian(thinking out of the box) tak akan berlaku atau terjadi di negara kita walhal bumi kita memiliki kaum2 yang dicari oleh 'Hidden Agenda" sekian lama,yakni "the lost tribes" yang dicari2(dalam kitab perjanjian daniel) ia pasti terjadi dalam sedikit masa lagi bila krisis kepimpiman terkemuncak dalam negara. Pemimpin2 politik yang ada dalam negara kita sekarang baik pemerintah mahupun pembangkang masih melagangkan ism demokrasi yang pastinya tak akan dapat menyelesaikan permasalahan negara apatah lagi seantario dunia.Dunia perlu kembali pada model piagam madinah yang disaskan oleh Rasul Allah, baru permasalahan dunia akan selesai. Perkara ini merupakan anugerah dari tuhan yang maha esa untuk menggantikan kepimpinan dalam negara kepada pemerintahan khalifah.Insyallah, sama-sama kita lihat kebenaran hadis rasul nanti berlaku di negara Malaysia.

Ibni Ismail said...

Salam Tuan Aspan,

"Yang ada dalam UMNO hanya lah mereka yang tidak berani menggorak langkah untuk keluar dari kepompong pimpinan yang jumud dan tidak mempunyai haluan dan tujuan."

Saya antara yg tuan perkatakan sebagai tidak berani.. Pemimpin parti saya yang tuan katakan sebagai jumud dan tiada haluan dan tujuan. Saya tiada masaalah dengan cercaan seperti ini kerana sudah lali. Lagu serta irama ini sudah saya dengar lama, selama pemerintahan Tun M lagi.

Kritikan tuan tentang kepimpinan UMNo sekarang ini yg amat lemah berbanding zaman Tun Razak dan Tun Dr. ismail, ya.. saya akui. Memang Mahyudin jauh panggang dari api dibandingkan dengan Tun Dr. ismail. Tetapi jika dibandingkan Mahyudin dengan Mat Sabu, terperanjat saya bila tuan bersetuju bahawa Mat Sabu jauh lagi baik (ini bersandarkan statement tuan pemimpin pelapis PAS lebih berkaliber dari UMNO). Bagaimana pula Hishamuddin, Ahmad Zahidi dan Shafiee Afdal di bandingkan dengan Salehuddin, Mahfuz dan Husam? Setara atau Mahfuz jauh lebih berpengalan dan berkaliber berbanding Zahid? Apapun saya kagum dgn Nik Abduh. Berkenan sangat dengan pidato beliau. Nampak jujur dan bijak.

Saya bukanlah dari jenis yg sangat taat hingga tidak boleh berubah wadah. UMNO bukan agama saya. ianya cuma alat seperti pisau untuk menoreh pokok getah. Bagaimana nak saya berubah kepada PAS jika cita cita nya hendak ke Putrajaya tetapi hanya berazam bertanding 80 kerusi, itupun tunggu izin DAP dan PKR.

Saya dan rakan2 di UMNO sudah terbiasa dengan menjadi no 1 di BN. Jadinya tidaklah sukar untuk tuan faham kenapa saya keberatan untuk menyertai parti No. 3 di PR.

Tuan dan rakan2 sepemikiran tuan boleh kritik mahupun cerca saya tetapi yakinlah bahawa saya bukan penyokong setia Najib dan saya tidak hidup dengan subsidi BN cuma saya masih tidak yakin dengan gerakan pembangkang sekarang ini.

Anonymous said...

Assalammualaikum Sdr Aspan,

Apa yg saudara tulis boleh diterima dari segi pembentukan kepimpinan. Namun, adalah lebih baik bagi kita mengajak lebih ramai rakyat dari berbilang kaum menyertai PKR dari mencadangkan lebih ramai Melayu memasuki DAP.

Apakah saudara mahu menafikan bahawa PKR adalah penghubung di antara bukan hanya PAS dengan DAP ttpi juga di antara Melayu dengan bukan Melayu? Penyertaan lebih ramai rakyat berbilang kaum di dlm PKR akan dapat memperkukuhkan lagi peranan penghubung PKR tersebut. Malah, kalaulah PAS bukan parti yang berpaksikan Islam, lebih cantik jika ketiga- tiga parti di dlm PR itu bergabung saja tuk menjadi sebuah parti yang benar-benar berbilang kaum dan agama.

Jika lebih ramai Melayu menyertai DAP saperti cadangan saudara, ini boleh pd jgka panjang 'mencairkan' keperluan untuk DAP menyertai PR dan 'menghakis' peranan PKR sebagai penghubung serta peranan PAS sebg pengimbang kepada apa-apa pelampauan di kalangan ketiga-tiga parti. Akhirnya, ada kemungkinan akan timbul satu lagi parti pembangkang berbilang kaum di luar BN dan PR.

Harap saudara faham maksud saya. Kita mesti berpegang kepada prinsip mana-mana pun parti politik yang menjadi kerajaan pusat hendaklah berteraskan Melayu dan Islam. Jika tidak, negara boleh menjadi haru-biru.

Anonymous said...

Salam AA,

Artikel yang berani dan terbuka

Memang benar kita ramai pemimpin UMNO yang "Dadikasi" (daddykasi), semua gold plated gift from old guard.

Wassalam