21 August 2011

Pilih Perdana Menteri mengikut Perlembagaan - Cara konvensyen sudah ketinggalan zaman

‘Semakin hari semakin lemah’. Begitulah pandangan orang ramai terhadap kepimpinan hari ini. Kalau dahulu kta beranggapan yang Abdullah Badawi merupakan Perdana Menteri yang paling lemah, tetapi rupa-rupanya pandangan itu semesekali meleset. Dengan keadaan sebegini jika pimpinan masih mengambil pengganti dengan cara konvensyen iaitu siapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO dialah yang akan menjadi Perdana Menterinasib kepimpinan negara tidak akan lagi menentu buat masa depan.

Pemilihan Perdana Menteri secara konvensyen ini menyumbang banyak masalah kepada negara kerana pimpinan UMNO akhir-akhir ini sudah tidak mampu lagi untuk mengekalkan kredibiliti sebagai parti yang unggul untuk dijadikan sebagai badan siasah yang mampu menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.

Bagi saya kita perlu memilih Perdana Menteri mengikut peruntukan dalam Perlembagaan negara, iaitu Perdana Menteri dipilih di kalangan ahli-ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan di dalam Dewan Parlimen itu. Dengan cara ini maka risiko rakyat mendapat pemimpin yang tidak bertanggungjawab akan berkurangan.

Jika pucuk pimpinan UMNO itu dipegang oleh seorang pemimpin yang terlalu di ragui oleh rakyat maka negara akan menjadi kacau bilau politiknya. Keadaan sekarang sudah berlainan. Dulu UMNO dipimpin oleh mereka yang mengutamakan negara tetapi sekarang UMNO di pimpin oleh mereka yang mahu jadi ketua kepada negara walaupun tidak berkepimpinan. Seorang ketua tidak semestinya mempunyai kepimpinan.

UMNO sudah tidak mungkin mampu untuk memilih kepimpinan yang betul kerana sistem pemilihan secara delegasi itu masih diamalkan. Dengan bercambahnya kegiatan rasuah politik sekarang ini maka, hanya mereka yang berkuasa dan mempunyai kewangan yang besar sahaja yang akan menjadi pemimpin. Pendeknya UMNO tidak lagi mampu untuk mempersembahkan kepada rakyat pimpinan yang benar-benar berkepimpinan.

Mereka yang jujur dan berkepimpinan yang sepatutnya di persembahkan kepada rakyat. Pemimpin-pemimpin yang berkepimpinan hanya duduk di tepian dan inilah masalah yang paling rumit dan sukar untuk di perbaiki. Yang hendak kita selamatkan ialah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum ini.

Bagi pandangan yang bertanggungjawab pemilihan Perdana Menteri melalui pemilihan di Dewan Parlimen itu lah yang paling sesuai untuk masa dan generasi sekarang. Hanya yang perlu di lakukan ialah untuk memilih di kalangan ahli Parlimen Melayu yang beragama Islam untuk di tonjolkan dan dan disokong oleh Dewan Rakyat itu, tidak kira dari parti apa sekali pun.

Pandangan ini jangan di anggap sebagai pandangan di luar kotak. Ianya ada termaktub di dalam perlembagaan negara. Tidak ada parti dalam negara ini samada di dalam BN atau pembangkang yang menolak kenyataan yang negara ini mesti di pimpin oleh seorang Melayu tetapi Melayu itu biarlah Melayu yang berwibawa dan di hormati serta diterima oleh semua kaum dan pihak. PAS mengakui yang pimpinan negara kita mesti di kalangan Melayu dan beragama Islam. DAP pun begitu. DAP tidak mahu mencuba untuk mengambil tempat Perdana Menteri atau Menteri-Menteri Besar kecuali di dua buah negeri-negeri ‘Straits Settlement’ iaitu Pulau Pinang dan Melaka.

DAP mengakui serta menerima yang negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu mesti diketuai oleh seorang Ketua Eksekutif Melayu yang beragama Islam. Ini jelas tetapi pihak yang memerintah tidak mahu memberikan gambaran yang sebenarnya ini kerana permainan politik untuk mengelirukan pandangan ramai terhadap isu ini.

Cara konvensyen ini hanya boleh di teruskan jika UMNO berjaya mencari seorang pemimpin yang dihormati ramai. Memenangi kerusi Presiden UMNO itu hanya merupakan pilihan ahli-ahli UMNO tetapi dia bukan pilihan orang ramai. Sebenarnya pemilihan itu bukannya pemilihan ahli-ahli UMNO yang ramai pada hakikatnya tetapi hanya pemilihan dari delegasi seramai 3 ribu orang sahaja.

Masakan pilihan 3 ribu manusia Melayu yang menjadi delegasi dalam pemilihan itu merupakan satu representasi bagi 29 juta rakyat negara? Yang 3 ribu orang itu pun selalunya dikongkong oleh permainan politik wang dan kuasa yang sangat merbahaya kepada masa depan politik dan kesetabilan negara. Ramai di antara delegasi itu memilih pada siapa yang membayar mereka. Itu sebabnya ramai di antara perwakilan itu boleh membeli kereta baru dan menyelesaikan masalah hutang rumah dan sebagainya.

Mahu tidak mahu kita wajar mengakui yang UMNO tidak memilih pemimpin yang berkemampuan tetapi yang memilih pada siapa yang paling berkuasa dan mempunyai wang yang banyak dan bertimbun. Selagi isu ini tidak dibereskan selagi itulah negara tidak akan dapat pemimpin yang sebenarnya.

Kita terpaksa memilih seorang Perdana Menteri ‘beyond the domain of political parties’. Kita perlukan pembaharuan yang drastik semata-mata untuk menjaga keselamatan dan keluhuran sebuah negara yang berdaulat seperti negara kita.

Apabila kita orang Melayu gagal untuk mencari kepimpinan ianya merupakan satu kegagalan yang sengaja di cari-cari oleh kita semua kerana kita tunduk kepada wang dan kuasa yang telah memecahkan rakyat dan negara kita ini.

Isu rasis yang subur di mainkan pada hari ini akhirnya akan berkesudahan juga. Parti-parti yang memainkan isu rasis ini secara deras akan di tolak rakyat terutamanya di kalangan rakyat yang ramai kerana ianya hanya membebankan kepada siapa yang mahu hidup dalam sebuah negara dengan aman, setidak-tidaknya dengan jiran dan tetangga kita.

Orang Melayu masih di berikan segala-galanya termasuk untuk menjadi tunjang kepimpinan negara tetapi tidak semestinya melalui UMNO yang kian hari kian merana dalam kebathilannya sendiri. UMNO mungkin wajar bersifat defensive tetapi orang Melayu tidak sekali-kali. Orang Melayu perlu berada dimana-mana. Mereka wajar berada di dalam PAS dan juga DAP atau pun PKR. Yang tidak bersetuju elok berada di dalam UMNO dan jangan mencerca di antara satu dengan lain. cerca-mencerca yang dilakukan oleh penyokong UMNO telah menjauhkan UMNO dari hati rakyat yang inginkan kesetabilan politik yang meyakinkan.

Orang Melayu tidak mungkin dapat menyertai MCA kerana MCA hanya untuk orang Cina yang kesempitan pemikiran, Begitu juga MIC hanya untuk orang India.

Kita wajar sedar yang parti-parti rasis ini akan tamat riwayatnya kerana rakyat sudah berubah nilai dan budaya politik mereka. Rakyat sudah jemu dengan politiking perkauman yang tidak dapat dikawal oleh parti-parti rasis masing-masing.

15 comments:

Chan Abdullah said...

AA,

I am not certain whether national unity can be achieved at all now. Muhyiddin came out with statement that contradicts his boss's opinion over the issue of Melayu and stuff.

There is no one to be trusted these days.

Maybe voting them all out is the only solution and that has to be done fast.

This dangerous political ambiance is not doing any good to the people.

We want to back to live in harmony bro.

i cannot tolerate this political garbage any longer. It's sickening and nauseating.

nick said...

Pak,

I was waiting for you to broach this subject. And right you are to point out that electing a PM by convention is the main reason or the main cause that has lead our nation onto the path of destruction. In choosing the convention method (we had no choice actually), the malays were asked (forced or duped) to accept corrupt, self centered, inept and worse of all narcissistic "leaders".

All because these are the people who had the means (money), power (control over the government and judiciary) and ruthless character (faithful to the idea "the end justifies the means"). In that event we were actually responsible for the many damages and collapses of the government and society. We, by default (for not speaking up or voicing out) are the main destroyer of Malaysia.

Therefore, logically if we were given the power to directly elect our PM (through the votes of our elected MPs), we could actually elevate the right and capable person as the leader of this nation and thus place the fate of this nation and that of the PM's position directly in our hand (and maybe then the PM would truly realize that he is the servant and we are the boss).

It certainly is an interesting proposition which would not cost us much for trying HOWEVER in order to try it, we must first defeat UMNO and BN in the next GE. What have we got to lose, anyway? As history has shown us, UMNO is unlikely to change it's way and if they again won the Gen election, we can expect further manipulation and subjugation of the government procedures and the constitution by UMNO to maintain the status quo. So in order for this nation and it's people to succeed, UMNO must fail and fail miserably at that!

Nick.

Ibni Ismail said...

Salam Tuan Aspan,

Pemahaman saya berbeza dengan tuan kerana saya yakin perlantikan PM sekarang ini memang sudah mematuhi perlembagaan negara kita. Lebih separuh dari 222 ahli parlimen yang diberi mandat oleh rakyat telah memilih ahli parlimen Pekan sebagai perdana menteri. Cuma cara perlantikan itu tidak melalui perbahasan diparlimen hanya melalui perbincangan antara mereka yg yakin sudah memperolehi majoriti mudah dan kemudian mengadap YDP Agong. Semua berjalan lancar termasuk dinegeri yang BN tumpas. Ianya sudah mematuhi perlembagaan. Jika mahu cara lain, kita kena ubah perlembagaan seperti pemilihan presiden di US. Panjang cerita nya tu tuan tapi saya rasa lebih praktikal berbanding sistem sedia ada.

saya sangat bersetuju dgn idea tuan ini " Orang Melayu perlu berada dimana-mana. Mereka wajar berada di dalam PAS dan juga DAP atau pun PKR. Yang tidak bersetuju elok berada di dalam UMNO dan jangan mencerca di antara satu dengan lain" dan itulah yang akan dan sedang saya laksanakan. Saya akan kekal dalam UMNo dan tidak aan mencaci melayu yg menyertai parti lain kerana melayu ini adalah saudara saya.

Saya tidak bersetuju dengan pandangan tuan yg ini "cerca-mencerca yang dilakukan oleh penyokong UMNO telah menjauhkan UMNO dari hati rakyat yang inginkan kesetabilan politik yang meyakinkan". Tidak menafikan yg penyokong UMNO ini ada yang tidak bertamadun tetapi pandangan tuan ini seolah olah menuduh semua penyokong UMNO termasuk saya sebagai suka mencaci adalah tidak sesuai. Tuan perlu berlaku adil walaupun kecintaan tuan pada UMNO telah hilang. Penyokong yang tidak bertamadun ini ada di mana mana.

Saya yakin ayat yang sesuai adalah kita sesama melayu ini janganlah mencaci, menghina sesama melayu. Hormati pendirian melayu yang lain. Tidak apa berbeza pendapat asalkan kita tahu semapadan kita.

Anonymous said...

tuan,

inilah cara yang terbaik untuk melantik perdana menteri. nepotisma dan kronisma akan lupus. rasuah akan terhapus.

Anonymous said...

Memang betul perlembagaan memperuntukan perdana menteri adalah ahli parlimen yang mempunyai sokongan (confidence) terbanyak dikalangan ahli-ahli dewan.

'By default' jika ada usul 'tidak percaya' pada perdana menteri diluluskan oleh dewan; maka seseorang perdana menteri terpaksa turun. Ini tak pernah berlaku dalam sejarah parlimen Malaysia.

Bukankah 140 ahli parlimen BN lebih mudah dipengaruhi daripada 3,000 perwakilan UMNO?

Selagi 'patronage' dan rasuah (istilah UMNO adalah politik wang) masih merupakan budaya politik di negara ini; selagi itulah kita tidak akan merasai demokrasi yang sebenarnya.

Anonymous said...

Kalau ada cara yang lebih layak untuk pilih PM saya sokong cuma saya takut tiada yang layak dan yang tidak sesuai jadi PM.

PM yang ada sekarang ni saya paling menyampah bila dia bercakap menjerit-jerit. Mana dia belajar buat ucapan macam tu tak tahu la.

Apa-apa sistem pun yang nak kita pakai kita kena pastikan PM itu jadi hamba kita bukan dia dengan penuh berkuasa membuat sesuka hati negara kita seolah-olah partinya yang punya.

Uncle Man

makaikui said...

Tuan AA

Saya rasa PM patut dipilh terus oleh 15 juta rakyat jelata yang layak mengundi. Tidak akan berlaku rasuah politik lagi kerana tiada yang mampu membayar 15 juta pengundi. Kalau dipilih oleh 222MP atau 3000 perwakilan UMNO, PM akan lebih sibuk mengurus perut lapar mereka daripada meluangkan masa untuk mentadbir negara. PM sekarang terlalu tertekan dan tidak boleh buat kerja, asyik ada pihak dalaman UMNO dan juga pembangkang yang nak jatuhkan PM dengan pelbagai fitnat dan tohmahan buruk. Berikan kuasa memilih terus kepada rakyat MALAYSIA.

Anonymous said...

Saya bukanlah orang Melayu dan sedikitpun tidak ingin mempertikaikan kedudukan orang Melayu. Sebutlah apa sahaja di negara ini, hampir semuanya dikuasai oleh orang Melayu. Sultan/Raja adalah orang Melayu, Perdana Menteri Melayu, Ketua Hakim Negara Melayu, Ketua Angkatan Tentera Melayu, Ketua Polis Negara Melayu, Ketua Suruhanjaya Pilihanraya Melayu, Ketua Lembaga Hasil Dalam Negeri Melayu, Ketua Perbendaharaan Negara Melayu, Ketua Lembaga Pengarah Kastam, Imigresen, Bomba, Naib Chanselor Universiti semuanya orang Melayu. Tetapi ada lagi orang Melayu yang tidak puas hati dan berasa terancam oleh kaum lain yang minoriti dan bukan memegang tampuk kuasa untuk menentukan halatuju urustabdir negara ini. Maknanya sekarang ialah masalah kita bukanlah soal perebutan kuasa tetapi masalah menguruskan kuasa yang ada. Kalau orang Melayu tidak bijak menguruskan kuasa yang ada di tangan mereka, bolehkah mereka mengharapkan kaum lain berasa selesa dibawah naungan kuasa mereka? Apalagi dengan penyelewengan dan salahguna kuasa yang semakin ketara. Yang menghancurkan penguasaan dan ketuanan orang Melayu bukanlah kaum lain tetapi oleh orang Melayu yang memegang kuasa.

Anonymous said...

Sebagai orang bukan Melayu, saya tidak kisah sangat sama ada yang menjadi Perdana Menteri itu orang Melayu UMNO atau PAS, asalkan dia boleh diharapkan untuk menguruskan pentadbiran negara dengan baik tanpa penyelewengan, salahguna kuasa dan telus.

Anonymous said...

Saya setuju dengan pandangan Ibnu Ismail; orang Melayu kenalah kurang cerca-mencerca diantara satu sama lain, tak kisah apa fahaman politik samada dari PAS, UMNO, PKR ataupun DAP.

Masalahnya cerca-mencerca dah berzaman dimulakan oleh PAS, saya dengar ceramah Mat Sabu, inti ceramah penuh dengan cerca mencerca . Macam-macam saya dengar tak sedap pulak saya sebutkan disini.

Macam mana orang Melayu/Islam nak berbaik-baik kalau parti Islam (sepatutnya jadi contoh!, beb) pun bersikap macam tu.

AJK PAS Pilah Tongah

Anonymous said...

anon 21 August 2011 20:02:00 GMT+08:00

Benar kamu ckp semua jawatan tu dipegang oleh melayu, malangnya mereka bukan mewakili melayu...
mereka lebih mewakili siapa yang menyuap ke mulut mereka.

sedang kaum bukan melayu menguasai ekonomi negara, mungkin juga menguasai yang memegang jawatan yang kamu sebutkan tu.

hanya yang papa terus kedana

Asam Pedas said...

Encik Aspan,

My humble opinion, the new politic have to be battle of economic survival of the nation  in the mist global slump economy. It is more urgent than ever now.

Judging from the response from PM related to world economic down turn, can't help feeling his administration is still on cruise mode. First you can't be effective both managing the country and the economy more so running the politic by being both PM, Minister of Finance and UMNO President at the same time. That is reckless to say the least. The drop of Malaysia second quarter GDP is an indicator that worst may yet to come.

Going back to your article in selecting the leader of this country, I think it should be someone believing in transforming the nature of politic in this country away from the gutter.
 

Quiet Despair said...

Memangpun Najib menjadi PM mengikut perlembagaan. Konvensyen macam mana lagi nak diikuti.
Najib mengetuai parti yang paling terbanyak memenangi kerusi negeri dan Parlimen.
Itu termaktub dalam perlembagaan.
Kalau pembangkang menang majoriti kelak barulah boleh bermimpi menjadi PM.
Cerita ni macam juga certia dalam blog pro-Anu-war. Ada Pak komentar bertanya kenapa kita tidak mengadakan piihanraya memilih Yang Di-Pertuan Agong seperti Singapork memilih presidennya.
Amat tidak masuk akal. Kita constitutional monarchy, Singapork republic.
DYMM Agong dipilih oleh brother rulersnya mengikut pilihan undi sulit. Isn't that an election too?

Anonymous said...

Anon 21 August 2011 22:18:00 GMT+08:00

"ada lagi orang Melayu yang tidak puas hati dan berasa terancam oleh kaum lain yang minoriti dan bukan memegang tampuk kuasa untuk menentukan halatuju urustabdir negara ini"

Fikir2kan lah sendiri...

Anonymous said...

AA,

Najib can reshuffle his cabinet and he does not need any Deputy. The constitution states very clearly that there is no provision for deputy PM to be appointed. It states as 'Perdana Menteri dan jemaah kabinetnya'.

jalal