03 November 2012

Kerajaan bermentaliti zaman batu wajar ditolak

Malam ini akan berlangsung program Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Seremban dan dijangka lebih daripada 50,000 orang akan hadir. Seperti biasa apa sahaja yang dilakukan oleh PR akan mendapat halangan dari pihak berkuasa dan penyokong-penyokong mereka kerana ketakutan mereka melihat kebangkitan rakyat untuk melakukan perubahan yang sejati di dalam negara kita.

Program ini telah terpaksa berpindah sebanyak tiga kali untuk mendapatkan tempat yang sesuai kerana penganjur himpunan ini tidak diberikan permit oleh pihak polis. Walau bagaimana pun ia akan tetap diadakan dan lokasi yang dipilih ialah Seremban Jaya yang mampu menampung kehadiran seramai 50,000 orang peserta itu. Ada pihak yang telah mengugut yang program ini akan mencetuskan pergaduhan jika pihak Polis tidak menghalang program ini diadakan.

Beberapa NGO dan ketuanya dikenalpasti sebagai Major (bersara) Razali Zakaria telah mengugut jika program ini masih diteruskan mereka akan menghalangnya seratus peratus dan jangan salah pihak NGO ini jika berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. Ugutan pihak ini jelas menunjukkan bagaimana terdesaknya pihak yang mereka sokong sehinggakan mengugut untuk mengganggu program ini serta menghalangnya untuk berlaku.

Bagi PR, UMNO boleh melakukan dan mengadakan apa-apa jua program dan PR tidak akan menentangnya. Tetapi adalah menjadi kewajiban moral bagi NGO ini untuk bertindak ganas seperti yang mereka ugutkan itu. PR tidak pernah berniat untuk melakukan pergaduhan seperti itu berlaku, tetapi jika ia berlaku juga maka kita tahu siapa yang memulakannya dan Major (B) Zakaria itu patut menjadi suspek utama jika pergaduhan dan insiden tidak diingini berlaku kerana beliau telah jelas mengugut untuk melakukan sesuatu jika program ini terus diadakan.

Kita tidak nampak apa rasionalnya untuk memburukkan PR jika perkara yang tidak diingini berlaku kerana yang akan memulakan pergaduhan itu ialah NGO yang sebenarnya adalah penggiat Perkasa Negeri Sembilan. Kali ini kita mahu melihat pihak polis melakukan pemantauan dan mencegah mereka (NGO-NGO) ini mengganggu perhimpunan rakyat ini.

Rakyat mahu melihat ada kebebasan untuk melakukan tuntutan yang belum tertunai oleh pihak pemerintah yang sangat asas kepada rakyat iaitu pilihanraya yang bersih dan telus. Pihak kerajaan (BN) wajar belajar untuk meningkatkan moral mereka jika benar-benar mahu diiktiraf rakyat sebagai sebuah kerajaan yang bersih dan telus. Ini merupakan perkara asas dan ia tidak sepatutnya tidak dilakukan dan tuntutan yang dibuat melalui himpunan ini wajar dibenarkan. Malahan perhimpunan ini patut dibantu oleh pihak berkuasa untuk berlaku tanpa gangguan dari pihak seperti NGO yang saya sebutkan tadi.

Major (B) yang mengetuai kumpulan yang membuat ugutan ini patut diambil tindakan secara ‘pre-emptive’ untuk memastikan yang mereka tidak menjadi pengacau yang bertindak secara pengecut ini. Kita difahamkan yang kumpulan ini adalah didorong dan disokong oleh Menteri Besar Mohammad Hasan yang tidak semenggah itu. Ada di antara mereka adalah pemimpin bahagian Rembau yang diketuai oleh Mohamad Hasan dan Mohamad Hasan patut dipertanggungjawabkan kerana membiarkan pengikutnya melakukan perkara anti-sosial yang serius ini.

Jika insiden buruk dilakukan oleh kumpulan ini pada malam ini, rakyat harus bertindak dengan serius dan berpukulan maut kepada BN dalam pilihanraya ini supaya budaya ini kita hentikan dengan mengenepikan pihak yang menjadi penganjur kepada tindakan yang tidak senonoh ini. Tindakan yang tidak berbudaya ini mesti dihentikan dengan menolak BN secara terus dalam pilihanraya kali ini. Kita tidak hanya bertindak kepada pelaku tindakan buruk ini, tetapi kepada pihak yang bertanggungjawab membiarkan budaya samseng yang sudah luput dimakan zaman ini.

Oleh kerana ada ugutan seperti ini, maka adalah lebih bermoral bagi setiap rakyat untuk hadir dan menghadapi mereka yang begitu keparat sifatnya dengan hadir beramai-ramai untuk menunjukkan yang kita juga merupakan anak-anak jantan yang tidak rela diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin seperti Mohamad Hasan yang telah hilang hidayah ini.

Rakyat merindukan ketelusan dan dapat merasakan ‘sense of ownership’ terhadap negeri dan negara mereka dengan bebas untuk melakukan kebaikan dan pembaharuan terhadap kepimpinan yang semakin hari semakan kuno mentalitinya. Kita mahukan sebuah negara yang sentiasa sebaris dengan negara maju dalam kontek budaya dan kepimpinannya.

Jika ada gangguan pada himpunan itu malam ini maka ia sudah menjadi kewajipan bagi semua rakyat yang mahukan negara yang sihat mentaliti kepimpinannya dan tidak bersikap kurang ajar kepada rakyat yang ramai-ramai sedang menuntut keadilan dan hidup di dalam negara yang bermaruah dan ber‘dignity’ buat warisan kepada generasi kita yang akan datang.

Kita wajib memerangi BN habis-habisan melalui pilihanraya yang adil dan saksama dan kita lakukan dengan penuh bertanggungjawab berlandaskan pada demokrasi tulen dan dengan cara yang dibenarkan oleh undang-undang dan selari dengan apa yang terkandung di dalam perlembagaan negara kita ini.

Itulah sebabnya Putrajaya dan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan NS wajib diambil alih oleh pihak ‘alternative’ kali ini kerana kita tidak mahu lagi ditadbir oleh penyangak-penyangak BN ini. Parti dan pemimpin yang bermentaliti manusia zaman batu ini wajar diketepikan tapi lakukanlah dengan berhemah dan berbudaya.

Kita mahu dipimpin oleh kerajaan dalam mana pemimpin-pemimpinnya menggunakan otak dan pemikiran yang sihat, dan tidak kepimpinan yang menggunakan lengan dan otot seperti kepimpinan zaman batu dahulu. Kita sudah mual dengan cara pimpinan hari ini kerana mereka seolah-olah masih dalam zaman bercawat tanpa berfikiran dan agama.

16 comments:

Anonymous said...

Sdr AA,

Mereka harus ingat bukan mereka sahaja ada ukur timbang sukat! Orang lain juga ada alat pengukur dan penimbang. Saya bimbang jualan murah mereka nanti tak menang tangan dek habis bekalan!Dlm ketiga-tiga komponen PR, PAS memang dah terbiasa dengan provokasi sebegini dan saya percaya dalam PAS ada juga kumpulan kepala masuk air (hardline. Jangan cuba menjolok sarang tebuan wahai Mejar pencen!

Anonymous said...

umno dah kehabisan modal dan fakta untuk menyanggah kehendak rakyat dan akan gunakan semua ruang yang ada tapi ingatlah Allah bersama orang2 yang sabar dan doa orang dizalimi tidak ada hijab.Saya baru lalu ditempat tapak bersih diseremban jaya yang didapati ramai dah sampai .Sebelum tu saya lalu dipadang MPS bandar seremban dimana program alternative "sehati sejiwa " sedi dan malu kerana persediaan tak menarik yang ada beberapa mat rempit yg tak pakai baju atau pakai seluar koyak melepak ditepi padang.Program kerajaan perlu tanda tangan kehadiran kabarnya.Saya ahli umno puluhan tahun sungguh tak percaya yg umno akan tumbang tetapi memang layak tumbang salah pemimpin sendiri.Jawapan nazri aziz memalukan dan wahai orang umno berhijrahlah dari perompak dan penyamun harta rakyat.

Anonymous said...

Ada gerakan sedang menghidupkan pengundi mati. Kad pengenalan simati digunakan untuk jadi pengundi pada pru 13 nanti kebanyakan kp yg digunakan dari sabah dan sasaran di negeri johor, selangor. Harap pr mengambil insiatif dan tindakan semasa pru dijalankan. Selain dari itu gerakan tsbt ia juga membuat fitnah spt bekas kpn akan membuat pc di bangkok dan sbg nya. Gerakan ditubuhkan dibawah kdn orgx yg terlibat gaji mereka bkn dibyr oleh kerajaan dan bkn dari kalangan ahli umno. Mereka yg mengundi diberi rm500.00 hanya mereka yg terpileh

Keyang Dot said...

Major(B) Razali Zakaria ni pencacai Mohd Hasan. Mungkin dia mendapat habuan dari tokeh balak MCA yg dapat kawasan balak di N9 tu.Amat malang Razali Zakaria seorang bekas tentera berfikiran zaman batu (stone age).

Ini major haprak ! dia nak bergaduh dg rakyat ni ..apa pasal?
UMNO memang gemar bergaduh ni.Tak habis-habis main lagu 1969, kenapa? Mereka tahu cuma insiden 69 akan memberi mereka talian hayat utk berkuasa!

Keadaan sudah berubah! Rakyat tidak rela lagi UMNO BN memerintah negara ni.Mereka korup dalam segala hal utk memperkayakan diri mereka!

Keyang Dot

Anonymous said...

Mat Terap pencen memang golongan celaka dlm UMNO. Depa yang dok jadi UMNO rosak. Klu di Kedah kita ada sekoq beruk, nama dia Major (B) Anuar. Perangai mcm haram jadah. Mengampu ya rabbi. Dia berani bila ramai2 saja,klu sorang2 pengecut mcm pelaq. Haram Jadah punya Mat Terap pencen!!!!

nick said...

Pak,

Pada waktu ini, dimana Islam sedang dipijak dan dihina oleh MCA (dan Presidennya yang tidak bermoral) serta ditambah pula dengan sikap munafik dan bacul UMNO yang langsung tidak menggerakkan satu jari pun untuk membela Islam malah membenarkan rakan tidur sebantalnya itu berbuat sesukahati keatas maruah Islam dan penganutnya, saya berpendapat adalah menjadi KEWAJIPAN kepada umat islam untuk bangun menentang puak yang menghina islam ini serta menghukum pihak2 yang munafik yang bukan sahaja berdiam diri terhadap penghinaan itu malah menuduh pihak lain sebagai sesat, komunis serta pengkhianat.

Saya tidak langsung berharap ada dari kalangan "mufti" kita yang akan mengeluarkan fatwa yang mengharamkan umat islam mengundi CSL, MCA, BN dan UMNO! Dan saya langsung tidak percaya bahwa pihak Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersuara hatta berbisik sekalipun mengutuk tindakan CSL dan MCA menghina islam dan menegur UMNO kerana berdiam diri. Saya yakin pihak majlis fatwa serta mufti2 yang makan gaji dengan kerajaan TIDAK AKAN BERANI bersuara mahupun mengeluh oleh kerana ketakutan yang tak terhingga jika gaji atau upahan mereka yang cukup mewah itu tertutup (rezeki dari UMNO?). Mufti2 dan majlis fatwa amat cepat bertindak mengutuk perhimpunan BERSIH tapi amat bacul bila ianya melibatkan UMNO dan kuncu2nya.

Perkara inilah yang sepatutnya amat jelas pada mata dan hati orang2 islam Malaysia serta penganut2 agama lain bahawa UMNO dan BN merupakan makhluk perosak yang sedang menghancurkan negara ini. Umat islam WAJIB menolak kemungkaran dan dari episod rasuah besar2an yang terdedah bermula dari skandal NFC Lembu Sharizat (ratus juta RM), skandal tender MRT Najib yang diberikan kepada pembuat paip besi (Ribu juta RM)dan yang terbaru skandal wang rasuah UMNO sebanyak RM40 juta serta jawapan munafik dari Nazri Aziz, patut menyedarkan rakyat bahawa UMNO dan BN WAJIB DIBUANG dan HARAM disokong atau diundi! Tanyalah iman didada dan lihatlah berita2 alternative, ABUkan mereka semua! Adalah menjadi kewajipan umat islam serta tanggungjawab setiap warga Malaysia untuk menendang keluar makhluk2 perosak yang sedang menghancurkan negara kita ini. Tiada peluang kedua dan tiada lagi belas kasihan kepada pengkhianat2 agama, bangsa dan negara ini. Kewujudan meraka harus ditamatkan!

Nick.

Cape tiger

MUHAMMAD ABDUL KHADIR said...

As Salam Pak Aspan,

Saya bersependapat dengan Nick Cape Tiger. Kenapa kalangan "mufti" UMNO membisu?

Bukankah kewajipan amar makruf nahi mungkar suatu tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh sesiapa sahaja di kalangan umat Islam?

Dalam hadis yang diriwiyatkan oleh Imam Ahmad bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah, tidak mengazab orang ramai dengan perbuatan yang dilakukan oleh orang yang khusus (Allah tidak mengazabkan orang ramai apabila ada golongan tertentu mengerjakan maksiat di kalangan mereka) sehinggalah mereka melihat maksiat berlaku di kalangan mereka sedangkan mereka mampu mencegahnya tetapi tiba-tiba mereka tidak mencegahnya."

Apabila berlaku demikian Allah Ta’ala mengazabkan orang yang khusus (tertentu) mengerjakan maksiat dan orang ramai yang tidak melakukan maksiat turut sama ditimpakan azab.

Begitulah amaran yang keras daripada Nabi s.a.w.

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers

Adalah amat jelas bahawa si mejar ini telah lupa seperti Mahathir Mohamed yang pencennya dibayar oleh rakyat malaysia. Atau dia ingat rakyat masih hutang pada dia?

Salam.
Observer

Anonymous said...

They do not want to change and govern for the greater good of ordinary people and country...at the same time, they do not want to be told what to do or to be governed by new and more capable people.

More of the same, the ordinary people will suffer.

Anonymous said...

Selagi Najib main DUMB, buat muka DONNO, selagi itulah DUMNO ikut kerajaan zaman batu lah tu.

Anonymous said...

Salam,

Mintak tolong pada pembaca tolong sampaikan pesanan kat mejar ni jangan nak tunjuk hebat. ini mejar pencen yg bodoh tu sebab pencen awal sebab tak lulus exam tidak boleh naik Lt Kol kena pencen awal umur 45 tahun. Apa hebat sangat mejar ni berapa bayaran yang dia terima.

Anonymous said...

Unquote Muhamad Abdul Kadir tex:

Jawapan nya mudah dan senang...Mmg la mereka terpaksa membisu....nanti periuk nasi tak berasap beb.....
Baik membisu...janji tiap bulan dapat gaji...kalau nak tau jom tanyer kat mufti yg sdra kata tu......minta mereka terang kan kenapa membisu.....:)))))

Anonymous said...

mejar pencen dari rank and file je tu beb...Promotion kot...

Anonymous said...

Sebagai alhi umno saya setuju sanggat kalau PM bertanding di selangor atau pematang pauh....bagi meyelamat kan umno utk menang......

Bagi kawasan Pekan tu...bagi kat JJ ok kot...lawan dgn hj Hadi...

Bagi negei sembilan bagi Mat isa.....lawan dgn Mat sabu....

:)))

Anonymous said...

Anon 4.11.2012 16:02:00, kami PR cabar UMNO letak Najib lawan Tan Sri Khalid di Ijok atau DSAI di Parlimen Permatang Pauh, itu pun kalau Najib Anak Jantan.Yang kau ni pencacai buat apa sebok.

Anonymous said...

This ex-Major is one of them who has gained some tit-bits from UMNO/BN while in service at the expense of his subordinate officers. There are quite a many like him in government sevice, they are ready to stoop very low for just bread crumbs and people like this major will do it till he goes to his grave, just besause of the stupid feeling that it is UMNO/BN that feeds his wife & children. My advise is let one fool be led (cheated ) by a greater fool (MH), the people shall be the intelligent ones come GE 13.