01 June 2014

BN kembali ke Teluk Intan dengan majoriti tipis, Dyana jangan kecewa

Akhirnya keputusan PRK Teluk Intan sudah diketahui umum. Dyana Mohd Daud tewas tipis dengan calon BN yang penuh berpengalaman itu dan ini adalah keputusan diluar jangkaan bagi setengah pihak. Berbagai-bagai sebab menjadi spekulasi umum kenapa DAP gagal mengekalkan kerusi Teluk Intan yang telah dipegangnya sejak 2008 itu dan jawapannya hanya diketahui apabila post mortem dilakukan terhadap keputusan itu. Dyana tewas dengan majoriti yang kecil, hanya sebanyak 200 lebih undi sahaja.

Apa yang saya perkatakan ini mungkin tidak sedap didengar oleh penyokong Pakatan Rakyat dan juga pihak BN. Tetapi apakan daya itu adalah kebenaran dan saya tidak akan merasakan apa-apa jika ada yang mengkritik saya dengan pedas dan hebat.

DAP adalah penyandang kepada kerusi ini dan kini tertewas dalam pilihanraya kecil setelah kematian penyandangnya bulan lepas. Kegagalan DAP mengekalkan kerusi ini tentulah bersebab. Saya telah menyebutnya acap kali dalam tulisan saya akhir-akhir ini tetapi ramai yang tidak gemar mendengar kenyataan saya yang saya keluarkan secara jujur dan realistik itu.

Penyokong PR hanya suka mendengar yang sedap mereka dengari dan sikap itu tidak ubah seperti sikap UMNO dan BN yang menyebabkan parti itu menurun sokongan dari rakyat ramai. Mereka tidak mahu membetulkan kesalahan mereka dan jika mereka berkuasa pun, mereka tidak akan mempunyai banyak perbezaan dengan parti yang sedang memerintah di Putrajaya sekarang.

Itu sebabnya saya banyak kali bercakap yang kelemahan UMNO dan BN itu adalah 'real', tetapi jika diganti dengan parti yang hanya bijak membangkang maka ia bukanlah perubahan. Kesinambungan kepada politik cetek dan sentimen yang tidak memberi apa-apa faedah jika perubahan itu dilakukan dengan memberikan mandat kepada parti yang mahir sebagai pembangkang.

Saya dengan jelas telah menyatakan yang kesempatan DAP untuk mendapatkan keyakinan kuat dari rakyat ialah dalam PRU yang lepas kerana semasa itu DAP dan Pakatan belum lagi berhadapan dengan masalah 'intra-parti' dan dalam setiap parti yang menganggotai Pakatan Rakyat itu. Oleh kerana DAP dan PKR terutamanya, parti-parti ini sudah menjadi parti besar dan perbalahan diantara pemimpin dalam parti-parti tersebut semakin jelas kerana kebarangkalian menjadi pemegang kuasa di Putrajaya sudah nampak bagi setengah ahli dan pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat itu.

Perebutan jawatan oleh pemimpin dalam PR begitu ketara kerana mereka merasakan yang PR tidak akan menghadapi kekalahan lagi dan ingin mengambil kesempatan diatas keadaan itu. Rakyat termasuk di Teluk Intan rela memberikan BN terus memenangi kerusi di sana kerana mereka tidak mahu memberikan kepada parti yang mereka yakin tidak akan membawa perubahan dan transformasi besar terhadap kerajaan Persekutuan dan Negeri jika dialih dan dianjak mandat yang selama ini diperolehi oleh BN.

Janji DAP untuk mempamirkan ‘multiracialism’ tidak terlaksana kerana parti itu tetap menggambarkan parti itu sebagai parti yang di dominasi oleh kaum Cina. Kata perbilangan Inggeris, ‘once bitten twice shy’ dirasakan oleh rakyat pemilih di mana-mana diseluruh negara.

Maka tidak boleh disalahkan pihak BN menjadikan isu DAP sebagai parti yang berteraskan perkauman iaitu kaum Cina yang telah tertanam sejak penubuhannya hampir lima puluh tahun dahulu.

Hakikatnya ia terpaksa melalui dua atau tiga pilihanraya lagi sebelum imej DAP sebagai parti perkauman itu dapat di lupakan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini. Memang tidak sedap bagi penyokong dan pemimpin DAP mendengar komen seperti ini, tetapi blog ini terpaksa berkata yang benar walau bagaimana pedih sekali mendengarnya.

Itu sebabnya saya mencadangkan supaya DAP mengubah perlembagaan dan jadikan parti itu sebagai parti yang dikhaskan untuk kaum Cina sahaja kerana dengan berbuat demikian rakyat tidak akan rasa tertipu kerana perbezaan laungan dengan perbuatan dan praktis mereka.

Satu baris yang menyebut parti itu sebagai parti berbilang kaum dalam perlembagaan mereka itu benar-benar beban bagi parti itu kerana mereka tidak berkemampuan untuk melaksanakan apa yang tertulis dalam perlembagaan parti itu..

Di Teluk Intan ia merupakan situasi memilih diantara ibu atau bapa, dan yang mana satu yang mampu dikorbankan. Maka mereka memilih ibu (BN) dan meninggalkan bapa mereka. Mereka merasakan jika bersama ibu, ibu mereka akan sanggup menjual kerepek atau jual sayur bayam untuk menyambung kehidupan mereka. Jika mereka memilih bapa (DAP) bapanya akan kawin lain dan membiarkan anak-anak bertaburan tanpa penyelenggaraan semasa membesar.

Bagi Dyana ini kata-kata saya kepadanya: “I am indisputably saddened by your defeat but you have done extremely well in this by election. You are already in politics and there is no more course of return for you. You may be a novice to some but you have made your opponent run raucously for his money and I am truly proud of you. Keep cool and move on”

Pengundi-pengundi di Teluk Intan sudah membuat keputusan dan kita terima dengan hati yang terbuka. Mah Siew Keong akan menjadi ahli kepada Jemaah Kabinet Malaysia seperti yang telah dijanjikan oleh Najib dalam siri kempen selama dua minggu yang lepas. Dyana jangan kecewa dengan kekalahan ini dan anggaplah kekalahan ini sebagai proses membentuk kematangan dalam politik anda.

Kini DAP kehilangan satu kerusi di dalam Dewan Legislatif Persekutuan dan dengan kekalahan di Teluk Intan ini, ia menyangkal dakwaan yang DAP itu satu parti yang ‘indispensible’ yang tidak boleh ditolak oleh pengundi-pengundi.

Kenapa dan mengapa DAP tewas dalam PRK Teluk Intan ini elok juga kalau ada kesempatan untuk menyambung posting ini besok atau lusa. Banyak pelajaran yang boleh di perolehi dari kekalahan DAP ini, baik bagi DAP sendiri mahu pun bagi BN sekali.

16 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Permasalahan dlm umno @ bn kerana terlalu ramai pemimpin mereka yang tidak bijak untuk membantu seorang perdana menteri yang sama kategori dalam menguruskan negara, seterusnya membuat kesilapan dengan mempunyai punahsihat yang terlalu ramai.

Kelemahan pembangkang kerana masih dalam pakatan haram akibat terlalu banyak agree to disagree dan kini PKR mempunyai terlalu ramai sub-head yang tidak sealiran dan masih belum menentu. PAS bergelut dengan isunya sendiri, hudud yang jika tidak ditangani dengan betul akan menjejaskan imejnya.

DAP masih dengan kecinaan yg menebal dan sewajarnya dikekalkan dan tidak cuba membolot peranan PAS dan PKR.

Kegagalan kerana kedegilan lim kit siang meletakan calon peribadinya dan mengenepikan calon DAP sedikit sebanyak titik dan bibit kepintaran dan kewibawaanya di kalangan ahli DAP tercalar.

anti syaitan said...

Pengajaran kpd pemimpin parti politik supaya menghargai dan menghormati pandangan akar umbi dan aktivist parti yg telah lama berkorban dan setia dengan parti....
Pemilihan calun perlu datang dari bawah bukannya disogokkan dari atas dikalangan sanak saudara dan kroni-kroni yg berada disekeliling pimpinan parti politik semata-mata.
Jangan jadikan PR = UMNO-BN .

syed azman (bukan nama sebenar) said...

Abang Aspan...saya sebenarnya berumur 50 tahun dan pengundi T Intan bang.

Saya kecewa kerana isu yg dimainkan moleh Dap itu hanya lah tentang politik kini hanya untuk orang-orang muda saja bang.

Kalau dah untuk orang muda maka saya undilah Mah Siew Keong yang agak tua seperti saya ni bang.

Negara sekarang kononnya hanya untuk orang-orang muda macam Dyana sahaja.

Biarlah orang-orang muda saja yang mengundinya. Saya mengundi orang tua baru adil. Yang muda undi yang muda, yang tua undi yang tua.

Dia orang anggap orang tua sudah tidak berguna lagi.

Itu sajalah bang...saya pun bukan ada dalam mana-mana parti pun. Kalau BN ke atu Dap ke yang menang, saya seghope itu juga.

graduan ITM said...


Tuan AA,

Saya mengambil keputusan mengundi BN kerana takut UiTM akan masuk pelajar bukan Bumiputra....simple.

Nak masukan bukan Bumi dalam UiTM itu melampau tuan. Saya tak ada kompromi tuan tentnag isu ini.

Dah bagi betis hendak peha pula. Dah dapat peha nanti nak yang celah peha pula.

Tak mahulah saya berpenat dengan Dap ni lagi...mohon maaf tuan.

Anonymous said...

Kalau DAP atau UMNO/BN menang sekali pun kaum Cina tetap menguasai ekonomi di Teluk Intan. Orang Cina sebenarnya tahu mereka dah berjaya di negara ini walaupun tanpa kuasa politik. Ingatlah bahawa orang Cina sokong Tun Dr Mahathir bila Melayu berpecah pun sebab mereka tahu periuk nasi mereka terjaga dengan baik oleh kerajaan. Buang masa mereka saja untuk keluar membuang undi. Waktu PRU13 orang Cina hanya cuba nasib kalau ada "ong" sebab digula-gulakan brader Nuar. Sekarang brader Nuar pun dah kepanasan. Orang Cina tak "pandang" PAS sebab mereka tahu orang-orang PAS hidup mereka tidak berpijak di bumi yang nyata. Lebih baik mereka pergi luar negara makan angin. Hanya orang melayu yang "tak nampak" saja yang sentiasa resah dan gelisah sepanjang masa walaupun berada di negara sendiri dan meluahkan perasaan dalam blog.

critique said...

Assallammuallaikum, khas kepada Syed Azman dan graduan ITM, your reasons (not excuse, by saying excuse, I am rubbishing your explanation). Fikir lah masa depan generasi kita. Ana pun dah melangkah the 50 years age group. Tetapi ana akan memastikan generasi yg muda dapat meneruskan perjuangan. Kalu kita sebagai yg tua masih mementingkan diri kita, wallahua'am - I have nothing to say. We fail as a guide for the future generations.

As for graduan ITM, jgn terpedaya, Ana pun graduan ITM juga. Do not confuse the Bumi status with Malay. Pada masa ana di ITM, terdapat ramai Bumiputera Sabah dan Sarawak, did it affect us? No, we are still students trying to make our grades without any protectionism. Do not be manipulated by the "Ketuanan Melayu". Kita kena berjuang untuk menjadikan bangsa Melayu Islam ni sebagai bangsa global tanpa protectionism. Graduan ITM, do you know that the Gujeratis are well-known worldwide as cloths merchant? Adakah mereka berlindung disebalik taraf Bumiputera mereka? Orang melayu di hina sebagai kaum yg lemah disebabkan atittude sendiri. Kita terlalu berharap pada perlindungan dan subsidi. Jadikan lah diri kita sebagai orang Islam yg Khalifah di bumi Allah dan In Shaa Allah akan diberi kemenangan Dunia dan Akhirat,

Anonymous said...

PKR akan menyerah 2/3 Kerusi Parlimen pada PRU 14.

akulah69 said...

Tuan, pada saya kekalahan ini perlu kepada DAP dan khususnya kepada PR. Ketidaksepakatan dalam isu2 tertentu, perebutan kuasa sesama ahli, dilihat dan dianalisa oleh pengundi. Sekurang2nya kekalahan ini menyentak ego DAP n PR. Dan pada saya ini cerminan PRU14. Klu DAP n PR tidak mampu menyelesaikan beberapa isu termaduk hudud, perjalanan ke Putrajaya hanya omong kosong. Kekalahan ini perlu untuk PR...

Anonymous said...

Bang,
Undi saya pada Cina bang walau terkilan tapi saya tak sanggup nak undi orang yang nak hapuskan Askar Melayu.....TAAT SETIA/HARIMAU BERJUANG

maae said...

Satu petanda, melayu itu diam dan berisi. LKS seolah ketua dan jaguh menuding jari, memperlembukan Hadi Awang dan kumpulan melayu bangang di cucuk hidung...

Sekali kenyit Hadi Awang, LKS terperosok tidak boleh bangun. Dyana satu 'simbol kejahilan melayu' di alam nyata. Kecuali lah ibu bapa nya bermuka dua seperti yang di tonjolkan. Atas platfom apa mereka berdiri ? Menyokong Umno dalam waktu yang sama menikam belakang ? Kenapa tidak jelaskan pendirian, mereka semua ahli dan penyokong Dap! Jadi nya orang melayu waras tahu memilih. Menipu diri untuk apa ?

Adakah dyana selamat di kelilingi cina rasis dan cauvinis ? Setakat permainan LKS, ia hanya angan-angan kosong. Menanam tebu di bibir mulut. P. Pinang telah menyaksikan politik berbahaya kaum yang tidak berpijak di bumi nyata ini.

LKTP1436 said...

HUDUD MEMBERI KESAN DI TELUK INTAN KEPADA DAP.

Berasaskan analisis awal yg di keluarkan, punca utama kekalahan DAP kali ini adalah di sebabkan golongan muda yg tinggal di luar enggan balik mengundi sdgkan golongan inilah yg sering memberikan kemenangan kpd calon PR.

Antara sebab kengganan 10,000 lebih lagi pengundi yg mengundi pada PRU13 dulu keluar mengundi pada PRK kali ini, adalah di percayai berkaitan dng perjudian DAP meletakkan Dyana seorg calon Melayu/Islam, di tengah2 penentangan terhadap Pas yg mahu bawa isu hudud ke Parlimen.

Pengundi dari kaum Cina di percayai kurang yakin kpd Dyana krn di bimbangi boleh belot satu masa nanti dan menyokong hudud, manakala pengundi Melayu dari kalangan penyokong Pas pula marah kerana statement Dyana yg membuat penegasan akan menolak hudud jika akta tersebut di bentangkan di Parlimen nanti.

Di dlm keadaan sedemikian rupa, di percayai dua2 puak ini menolak Dyana dan langkah yg mereka ambil ialah tidak keluar mengundi, kerana bagi mereka, keluar atau tidak sama sahaja.

Dari apa yg terjadi, jelas DAP telah menerima tamparan awal di PRK ini kerana isu hudud yg di mainkan oleh Pas, dan kita tengok nanti di masa akan dtg jika berlaku PRK di kawasan yg 50/50 Melayu dan bukan Melayu, dan di kaw tersebut sebelum ini di menangi oleh Pas, apakah kesan seterusnya.

Adalah di percayai Pas juga akan menerima nasib yg sama jika kawasan yg di menangi sebelum ini adalah dng pertolongan dari kaum2 lain, kerana isu hudud ini mereka tidak akan mengundi Pas lagi.

Pengundi Cina bukan mcm Melayu, yg mudah lupa, mereka sentiasa ingat, sekali mereka tolak, bukan mudah untuk menariknya kembali......

Anonymous said...

tak ada orang teluk intan nak calun helicopter... masuk buat terjun payung jer, aduh...


tak buat kerja langsung sepanjang masa, DAtu mah yg kerja selama ini.. dyana duk la kat teluk 5 tahun dulu.. buat la kerja.. biar la orang nampak hasil kerja ko, sebelum cakap mau menjadi MP.

Anonymous said...

Syed Azman 11.03. Jangan ingat diri kita saja dengan berkata "Kalau BN ke atu Dap ke yang menang, saya seghope itu juga". Ingat juga nasib Melayu 50 tahun akan datang.

Dah 50 tahun berlalu, nasib Melayu makin teruk. Dlm bee end tak nampak perubahan kecuali kita kroninyer. Kita kena pilih Pakatan untuk perubahan.

Kekalahan DAP ini akan menyebabkan pemimpin bee end tidak berubah dan terus zalim sehingga mereka jatuh dlm PRU nanti.

Anonymous said...

Bang Aspan.
Kalah tipis,mana pula DAP kalah lebih kurang 7000 undi bang.Cina Mah tu dapat undi agak serupa pada GE 13,tapi Si Dyana tu undi beliau dapat merundum saperti yang dinyatakan.Kepada pengikutx totok mereka yang selalu kena kelentong bolihlah hendak tipu,tapi kepada orang yang jenis berfikir sebelum terima maklumat terutama yang di atas pagar ianya agak mengejutkan terutama Tk Intan kawasan majoriti Cina.Berilah apa excuse pun,tapi bagi saya kali ini DAP memang kena tamparan hebat.To lose more than 7000 votes is not a joke.

Anonymous said...

Org melayu x yah sebok2. Dapvkakah sbb cina undi cina. Tetek...

Anonymous said...

Melihatkan apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, masyarakat Cina semakin menyedari yang PR tidak mampu membawa apa2 perubahan. PR hanya pandai mencari kesalahan orang lain. Isu lori sampah di Selangor pun tidak boleh diselesaikan.