18 September 2014

Isu Selangor: Disangka panas hingga ke petang,hujan pula di tengah hari

PAS bertambah jelas yang parti itu masih mahukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan tidak payah kita sebut kenapa parti itu tidak mahu Khalid diketepikan dan digantikan dengan Wan Azizah.

Seperkara yang kita harus menerimanya ialah Akuan Bersumpah 30 ADUN untuk menyokong Wan Azizah itu tidak boleh diguna pakai selagi ia tidak di buktikan di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor yang bakal bersidang November ini.

Dalam waktu yang sama bukan seorang dua dari mereka yang menandatangani Akuan Bersumpah itu akan bersama memberikan sokongan kepada usul tidak percaya kepada Menteri Besar Khalid, kerana beberapa orang yang telah melahirkan akan tidak mahu bersama dengan Pakatan dalam penentuan usul itu nanti.

Jika usul itu dicadangkan oleh PKR dan DAP November nanti, ia tidak semestinya mendapat 30 orang yang menandatangani Akuan Bersumpah itu menyokong usul undi tidak percaya itu. Maka jika itu berlaku niat dan kemahuan PKR untuk meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar akan gagal.

Setengah berpendapat yang semasa itu tidak ada lagi Pakatan Rakyat di Selamgor untuk dipertimbangkan oleh Tuanku Sultan sebagai satu identiti tetapi di sebaliknya parti-parti dalam Pakatan Rakyat akan mengemukakan cadangan bagi pihak parti masing-masing. Itulah pendapat setengah pemerhati politik yang memberikan pandangan dalam isu ini.

Tetapi hakikatnya Pakatan Rakyat tidak pernah wujud di Selangor atau di mana-mana kerana kewujudan PR itu bukan kewujudan secara formal kerana Pakatan Rakyat tidak pernah terdaftar sebagai entiti badan politik di Pendaftar Pertubuhan. PR itu hanya gabungan tidak formal diantara tiga parti dan bekerjasama untuk mendapatkan sokongan rakyat secara umumnya sahaja.

PAS itu bersendirian sebagai entiti pertubuhan politik. Begitu juga PKR dan DAP, maka tidak timbul masalah PAS keluar Pakatan Rakyat kerana PAS tidak berada dalam pertubuhan induk politik yang terdaftar. Setelah Khalid Ibrahim dipecat, PKR hanya mempunyai 13 kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor, satu kerusi melebihi UMNO yang mempunyai 12 buah kerusi dalam Dewan Legislatif itu.

Maka PKR tidak mempunyai ‘clear majority’ dan moralnya tidak lah parti yang terkuat untuk dianggap sebagai pihak yang mempunyai ‘consequence’ besar di Selangor kalau dikira dari kehadiran parti-parti secara individu di Dewan Legisltif Selangor sekarang ini.

Penyelesaian di Selangor masih jauh untuk dimuktamadkan. Jauhnya adalah sejauh ‘Langkah Kajang’ dimulakan dahulu. Jika ditoleh ke belakang nampak begitu jauh pilihanraya Kajang dahulu berlaku, dan jika memandang ke hadapan terlalu sayup dan jauh dari mendapat hasil yang diharapkan dengan pilihanraya kecil Kajang dahulu. Hasilnya masih belum pasti diperolehi. Takut-takut ibarat 'berniaga buluh kasap, hujungnya hilang pangkalnya lesap'.

Itu pun harapan untuk mencapainya semakin hari semakin menjauhi kemahuan PKR yang disokong DAP itu. Bak kata pepatah Melayu, ‘malang itu tidak berbau’. Kita tidak tahu apa yang berlaku dalam perjalanan kita yang jauh itu. Dijangkakan ‘panas hingga ke petang, tetapi hujan pula di tengah hari’.

6 comments:

Anonymous said...

LKS pun satu...dia kata bn ni say one thing do one thing....xper lah mmg dh perangai bn...tp depa? berapa byk iklan kerja kt suratkhbr...mandarin speaking only...depa dok laung2 msian msia...tp apa tindakan mereka dgn kaum mereka...dok asyik suruh melayu je...

Anonymous said...

Kebanyakan atau hampir keseluruhan konglomerat dan firma besar dimiliki oleh kaum cina, adalah dimiliki oleh taikun MCA dan Gerakan. Sepatutnya Umnolah yang pergi menyalak rakan sekelambunya itu, tak kan nak serahkan kepada DAP untuk melakukannya. Bukankah Umno dikatakan 'pejuang melayu tulen'?

maae said...

Umno itu parti. Juga Pas, Dap dan Pkr. Mana-mana parti berdaftar, itu yang rasmi. PR itu rasmi kah ? Kata Pas hanya Tahaluf Siasi. Senang kata, persetujuan dan persefahaman yang di ikat secara setiakawan. Tiada ikrar dan tiada rasmi bertulis.

Sesiapa atau mana2 parti boleh berlaku curang. Tiada denda boleh caj kerana tidak terikat undang-undang tubuh. Bayangkan jika Dap layak di calonkan ? Sudah tentu geseren menyemarak api yang lebih besar.

Selasa datang satu peristiwa yang di tunggu-semua pihak yang mengharap. Ini bukan lagi parti, tetapi melibatkan kepentingan indivdu2 utama yang merekacipta kuasa MB baru !

Manusia itu berlaku baik apabila menjaga kuat amanah nya. Sebalik nya tidak lain menjadi penghuni neraka apabila bersifat zalim, pembohomg dan menjadikan nafsu serakah sebagai tuhan. Legasi kroni dan nepotism tetap yang utama. Ada kah salah parti ?

Anonymous said...

Sebenarnpya UMNO yg tak boleh dharap depa hanya membahagi2kan kekayaan negara dantara depa sahaja rakyat hanya dapat kuah saja.

Anonymous said...

yg nyata... jika keruh dihulu... maka keruhlah dihilir.

Anonymous said...

Yang dapat kuah pun bukannya ramai mana, yang ramainya dapat bau sahaja dan selebihnya hanya setakat mendengar.