09 September 2014

Penghinaan terhadap Tuanku Sultan itu adalah penghinaan kepada bangsa Melayu

Tuanku Sultan Selangor yang terkenal dengan imej seorang Raja berjiwa rakyat sepatutnya tidak di ingkari oleh DAP dn PKR kerana undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas yang Tuanku Sultan mempunyai kuasa untuk memilih siapa Menteri Besar di negeri dan jajahan takluk Baginda. Tuanku telah begitu bermurah hati untuk meminta nama-nama cadangan dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat. Baginda meminta setiap parti mencadangkan lebih dari dua nama untuk Baginda lantik salah seorang dari nama yang dicadangkan itu sebagai Menteri Besar. Kuasa melantik itu adalah kuasa Tuanku Sultan.

Melantik seorang Menteri Besar itu adalah kuasa Sultan bukannya kuasa parti-parti politik. Politik hanya menghantar wakil-wakil dari rakyat ke Dewan  Undangan. Jika Tuanku yang berjiwa rakyat itu bersabar melihat kerenah pemimpin politik tidak ada sebab satu permintaan Baginda diberikan cadangan lebih dari dua nama sebagai calon-calon Menteri Besar itu tidak boleh di tunaikan.

Tetapi DAP dan PKR berdegil dan menderhakai Tuanku seolah-olah mereka ini mahu berdepan dengan Tuanku secara konfrantasi. Kadang-kadang saya bertanya kepada diri saya, siapa yang Raja?..Tuanku Sultan atau Anwar Ibrahim atau Guan Eng? Mohamad Sabu pun nampaknya lebih hebat dari Guan Eng, akan menolak pilihan Tuanku jika jawatan itu di berikan kepada PAS. Baru belajar berkeris selangkah dua sudah menunjuk-nunjuk kehebatannya. Mat Sabu perlu ingat setinggi-tinggi bangau terbang akhirnya akan hinggap kebelakang kerbau juga.

Anwar telah dianggap oleh setengah pihak sekarang ini sebagai rakyat berjiwa Raja. Apa yang disebut dan arahan beliau itu adalah titah. Jika Tuanku Sultan tidak mengikut kehendak nafsunya, itu dianggap sebagai derhaka Tuanku Sultan kepada Ketua Pembangkang yang banyak masalah itu.

Anwar seolah-olah memberitahu Tuanku, ‘take it or leave it’.  Bagi Anwar apa yang beliau mahukan wajib dipenuhi dan tidak boleh mana-mana pihak termasuk Tuanku Sultan menyanggahnya. Semua mesti tunduk kepada beliau termasuk Raja. 

Sesungguhnya Tuhan telah menyelamatkan kita semua termasuk Raja dari dihina dan diperkosa kedaulatan Raja-Raja Melayu apabila Anwar gagal untuk menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya yang lalu. Tidak dapat dibayangkan bagaimana PKR dan DAP menjerumuskan Raja-Raja Melayu jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya yang lalu. Sistem Raja Berpelembagaan ini adalah sistem yang telah kita pegang sejak merdeka dan janganlah ada pihak-pihak yang tidak menghormati sistem ini.

Bagi rakyat yang insaf jangan lagi 'dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali'. Kita perlu menjauhkan diri dari pihak-pihak yang cuba untuk meruntuhkan sistem Raja Berpelembagaan ini dan sekarang kita telah mengetahui siapa dan pertubuhan apa yang sedang berusaha membunuh institusi demokrasi kita Raja-Raja Melayu ini.

DAP pula perlu melakukan pindaan kepada perlembagaan dan nyatakan dengan jelas yang parti itu tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu ini. DAP tidak boleh mengekalkan sifat ‘telunjuk lurus, kelengkeng berkait’. 'Lain dimulut tetapi lain dihati'. Kita tidak mahu lagi mendengar DAP membuat ucapan terbuka menjunjung perlembagaan negara kerana apa yang dipraktikkan adalah sebaliknya. DAP telah menunjukkan belangnya dengan jelas dan tidak dapat disorokkan lagi.

Sekarang baru kita memahami setelah ISA dimansuhkan, mereka cuba untuk melakukan segala-galanya tanpa halangan dan bebas untuk berkata apa yang mereka mahu katakan secara bebas, lebih bebas dari haiwan di hutan. Jika keadaan ini tidak dihentikan terbit di hati yang akta hasutan atau apa-apa akta yang lebih ketat digubal untuk mengelak dari gejala perpecahan ini berterusan.

Budaya yang sedang cuba disemai oleh PKR ini amat menakutkan banyak pihak kerana politik kepentingan diri mereka sangat mahal harganya kepada negara dan rakyat. Untuk menyokong puak-puak ini kita terpaksa mengorbankan semuanya yang ada kepada kita dan negara.

Bagi saya, kelakuan yang ditunjukkan oleh mereka dalam isu Selangor ini adalah usaha untuk membogelkan maruah dan keunggulan Raja-Raja Melayu dan sistem yang kita pakai sejak merdeka dahulu.

Dulunya saya bersama berjuang untuk menghapuskan budaya dan kepercayaan untuk menghilangkan sempadan di antara kaum-kaum di Negara ini. Tetapi apabila orang Melayu sudah mahu memulakan perjuangan bersama itu, nampaknya keikhlasan setengah orang Melayu untuk bersama memadamkan sempadan di antara kaum itu telah diambil oleh setengah pihak sebagai kelemahan oleh kaum bukan Melayu dan parti yang dikuasai oleh bukan Melayu itu.

Secara halus usaha setengah pihak  sudah jelas untuk melakukan ‘displacement’ terhadap orang Melayu oleh setengah pihak. Jika perkara berlaku secara berterusan akan tiba masanya orang Melayu beragama Islam itu dipecahkan dan kita akan berbalah di antara kita sambil diketawakan oleh mereka yang berjaya memecah-belahkan kita semua ini.

Oleh kerana perkara ini telah jelas, saya ingin bertanya, siapa yang hendak dipersalahkan dengan kewujudan badan-badan dan NGO berhaluan kanan sekarang ini? Jika jawapannya ‘tidak salah’ apakah ‘consequence of events’ selepas ini?


Jika jawapannya adalah ‘salah’ apakah yang akan melindungi orang Melayu dari cengkaman setengah pihak yang jelas berlaku sekarang ini di Selangor? Takkanlah hendak dibiarkan sahaja pihak-pihak yang begitu bebas menghina orang Melayu melalui penghinaan terhadap Raja mereka? 

13 comments:

GEBU said...

Semuanya andaian semata2 kerana UMNO/BN yg berkuasa selama ini menghina Raja2 Melayu kenapa orang Melayu tak ambil tindakan dg menjatuhkan mereka atau sekurang2nya bersuara menentang; tapi angguk kepala saja. Inilah Melayu yg pandai menjadi Pak Turut sebab fikiran mereka telah diJAJAH DARI DULU, KINI & SELAMANYA.

Anonymous said...

Pada peringkat awal lagi saya melihat ada sesuatu yang tidak kena terhadap pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim.Saya melihat adanya apa yang dikatakan sebagai matlamat menghalalkan cara."Korbankan satu orang demi kebaikan ramai" Inilah alasan yang sering digunakan untuk menghalalkan cara. Kini mereka mempersoalkan kewajaran Tuan Guru Hadi Awang menyatakan pendaapat bahawa Wan Azizah tidak layak menyandang jawatan menteri besar. Tindakan beliau menyinggung dan mengguris hati Wan Azizah, kata mereka.Apakah mereka tidak terfikir, hati Tan Sri Khalid Ibrahim juga telah luluh dan hancur akibat tindakan mereka sebelum ini? Bahkan saya yakin ramai lagi rakyat Malaysia yang terguris hati mereka di atas tindakan segelintirmanusia yang bersikap keanak anakan itu.Ingatlah wahai saudaraku sekelian: "wamakaru makarallah. Wallahu khairul makirin" Ya Allah selamatkanlah negara kami daripada fitnah yang sedang melanda.

Anonymous said...

encik aspan mungkin betul dr 1segi! cuma persoalan saya, perlukah kita menghormati insan yg tidak tunduk n derhaka kpd hukum Allah?

Anonymous said...

Pada peringkat awal lagi saya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena cara pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim. Walaupun terdapat alasan alasan pemecatan tersebut,cara mereka 'menjalankan rancangan' mereka bolehlah saya sifatkan sebagai matlamat menghalalkan cara."By hook or by crook, yang seorang ini perlu dikorbankan demi kebaikan ramai" inilah alasan yang sering digunakan untuk menghalalkan cara.Namun mereka mempertikaikan tindakan Tuan Guru Hadi Awang yang sekadar memberikan pendapat bahawa Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak memegang jawatan Menteri Besar Selangor.Hati Wan Azizah telah terguris,kata mereka.Apakah mereka lupa berapa banyak kali hati Tan Sri Khalid Ibrahin telah diguris malah telah disiat siat oleh mereka?! Ingatlah wahai sauraku: "Wamakaru wamakarallah. Wallahu Khairul makirin" Ya Allah selamatkan negara kami daripada fitnah yang sedang melanda ini. Berikanlah HidayahMu kepada kami...

Anonymous said...

Baru sedar ke Aspan? Dah lama tahu Istana Segambut nampak lebih berkuasa tapi sebenarnye kosong. DAP gunakan Anwar nak pecah belahkan melayu..PAS dah jadi alas kaki DAP..selagi Istana Segambut berkuasa, lupakanlah PAS nak buat apa apa kerana DAP dan istana Segambut akan menentang.

maae said...

Memang benar sekali. Hati Melayu amat terguris sekarang. Sesungguh nya memang MEMALUKAN maruah Melayu. Secara peribadi, sudah membenci Anwar dan gelagat nya melampaui batas adat beradab Melayu. Beliau sudah berumur dan sayang sekali perkara contoh yang TIDAK sepatut nya berlaku, di ajar kepada pewaris-pewaris nya...

Impak nya kepada generasi muda Melayu. Lihat sahaja perbezaan besar generasi muda bukan melayu. Mereka tetap teguh berdiri bersama-sama pemimpin-pemimpin mereka, dari masa ke semasa di cambah, di didik berterusan melalui kegiatan persatuan-persatuan mereka. Tujuan tidak lain, cuba dan terus mencuba sehingga kuasa mutlak dalam genggaman. Pulau Pinang sendiri sudah mula di asingkan...

Lihat sahaja demonstrasi. Anak-anak melayu itu majoriti dan membuta tuli. Generasi muda bukan melayu senyum memerhati, kumpulan melayu memusnahkan masa depan nya sendiri ! Percaturan ini yang mereka idamkan setelah sekian abad.

Sebahagian melayu itu bukan lagi bangsa berpaksikan Islam. Semakin ramai berjaya merencana agenda NWO dari kafirun (kalangan melayu) dan kafirun harbi.

AlQuran itu sudah menyatakan kebenaran. Cuma kita selalu menderhaka.

Wan Shamsudin said...

Salam Pak Aspan;

Apakah Orang Orang PKR, terutamanya DSAI faham erti perjuangan yang mereka laungkan selama ini. Memperjuang demi kesejahteraan rakyat kononnya...Kita juga mesti berjuang untuk mempertahankan institusi raja raja kita.

PKR talah di PERKUDAKAN olih DAP yang TIDAK tahu akan erti kata HURMAT sebenarnya. Mereka adalah gulongan yang KURANG AJAR, dan mereka mahu PKR dan PAS mengikut telunjuk mereka.

PAS sedar akan ini...PKR TIDAK...

tebing tinggi said...



Melayu , mesti buka mata luas-luas ,tengok apa yang terjadi .

Jangan lupa lagi.

Aden dah pastikan benih kobou Den ,adalah dari benih yang baik ,untok masa dopan yang mantap.

XUMNO said...

Dalam kemelut MB Selangor ini, pemikir2 Melayu sepatutnya tampil mendedahkan implikasi dan bahaya yang dihadapi oleh bangsa Melayu dari tindaktanduk PKR yang tidak mahu tunduk dengan permintaan Istana, dan peranan licik DAP menghasut PKR supaya tidak berganjak dari pendirian sedia ada. Dan dalam proses mengulas; jangan terlupa mengingatkan para pemimpin umno yang terlalu leka dengan kekayaan dan kuasa supaya turut sama menyedari bahaya yang sedang dihadapi oleh bangsa Melayu. Umno perlu balik ke landasan asal perjuangannya untuk memperkasakan bangsa Melayu dan Islam. Mereka perlu balik ke pangkal jalan dan berjuang mengikut acuan Syariah supaya dapat dipertemukan dengan perjuangan Pas. Hanya dan bilamana parti2 politik Melayu meletakkan Islam di atas segala2nya; bangsa Melayu/Islam akan bersatu dan kokoh dari sebarang ancaman.

Anonymous said...

Salam tuan Aspan. Jelas dan mudah penjelasan tuan. Rasanya setiap rakyat Melayu Islam perlu memahami situasi yang tuan jelaskan. Kaum lain juga perlu memahami situasi ini yang menimbulkan kegelisahan dan kekecewaan dihati kaum Melayu Islam kerana kaum lain menyokong kuat kumpulan tamak kuasa dan menentang sistem raja berpelembagaan Negara ini.

Mat Tarbus said...

Satu lagi komen bernas daripada Pak AA. Tepat, padat dan menyeluruh. Kalau orang melayu tak sadar lagi alamat laa...

Anonymous said...

I would like to share some of YB Raub's thought in his blog "Asal orang tidak bersetuju dengan Raja, maka orang itu durhaka. Durhaka tidak ada keududukan dalam undang2 Maalysia; ia nya bukan satu jinayah. Durhaka bukan konsep yang releven lagi dalam system raja berpelembagaan. Kita hendak merdeka dari fiudalism yang menghambakan orang Melayu, mereka mahu menghambakan orang Melayu".

Anonymous said...

Pak Aspan, Anwar Ibrahim, Mohd Sabu dan yang seangkatan dengan mereka adalah produk gerombolan demonstrasi tahun-tahun 70'an. Apakah itu mutu kepimpinan yang rakyat mahukan? Tepuk dada tanyalah selera