10 September 2014

Jika kita tunjuk pandai, ramai lagi yang pandai dari kita, dan kalau bercakap tunduk sedikit, jangan menengadah kelangit

Tindakan PKR dan DAP yang bertegas untuk tidak menamakan lebih dari dua nama untuk menggantikan Khalid Ibrahim bukan sahaja mencabar Tuanku Selangor malahan merupakan tindakan mencabar Perlembagaan itu sendiri. Akhirnya DAP telah memohon ampun kerana tindakan sumbangnya dalam isu ini dan beberapa jam selepas itu Anwar juga memohon maaf tetapi kekal dengan satu nama pencalonan iaitu isterinya sendiri, Wan Azizah Ismail.

Hasil dari tindakan itu ramailah dari pihak Pakatan Rakyat yang memberikan definasi kosong dan tidak berisi. Bagi setengah pihak mereka menganggap yang demokrasi Raja Berpelembagaan itu adalah demokrasi yang mana semua yang dikehendaki oleh Parti politik itu wajib disetujui oleh Raja sesebuah negeri itu. Jika itu definasinya maka tidak berperanan lah Raja itu sedangkan nama demokrasi itu pun adalah Raja Berpelembagaan.

Raja itu merupakan proponen besar dalam sistem Raja Berpelembagaan itu. Yang memerintah itu adalah Raja dan yang mentadbir itu adalah seorang Menteri Besar atau  Perdana Menteri yang dipilih dikalangan ahli-ahli 'legislature' di Persekutuan atau Dewan Undangan Negeri jika ia diperingkat negeri dalam persekutuan ini. 

Raja itu adalah pemerintah dengan memilih salah seorang dari ahli-ahli Dewan Undangan Negeri itu untuk menjadi Ketua kepada Kerajaan Baginda dan dalam kes Selangor itu seorang Menteri Besar. Raja juga adalah Ketua Pemerintah Angkatan Tentera dan Polis dan itulah sebabnya Angkatan Tentera itu membawa panji-panji di Raja dengan nya.

Kalau diperingkat persekutuan Parlimen itu ada tiga elemen, iaitu Raja, Dewan Parlimen dan Dewan Negara. Di peringkat negeri Dewan Undangan Negeri itu mempunyai dua elemen dan proponen, iaitu Dewan Undangan itu sendiri dan Raja yang memerintah negeri. Tetapi ada pihak yang cuba membuat interpretasi sendiri dengan menggunakan peguam yang mahu menyebelahi mereka yang kononnya berkuasa penuh itu dan meletakkan Tuanku Sultan itu sebagai pak pacak sahaja. Mereka beranggapan Raja itu hanya sebagai hamba sahayanya

Negeri-negeri yang terlingkung dalam persekutuan itu adalah diperintah oleh Raja yang memberikan ‘empowerment’ untuk mentadbir kepada kerajaan untuk semua takluk dan jajahannya. Itu sebabnya Raja itulah yang memilih siapa yang baginda perkenan untuk mentadbir dan pilihan itu adalah dikalangan mereka yang dipilih rakyat dalam Dewan Undangan negeri itu.

Mereka yang berfikir sedemikian adalah orang yang sengaja hendak menunjuk kebencian kepada Istana atau tidak terbuka hijabnya untuk menerima keadaan dan ‘attribute’ perlembagaan itu sendiri. Mereka ini beranggapan memilih Menteri Besar ini tidak perlu Tuanku Sultan untuk menentukannya dan pilihan itu boleh dilakukan seperti memilih jawatankuasa kilang padi dikampungnya. Kehadiran orang-orang seperti ini amat memilukan kerana akibah dari budaya dan nilai yang kuning ini akan menghilangkan identitI bangsanya sendiri.

Jika budaya kurang ajar ini berterusan kerana mahu menjaga dan memilihara ego orang yang kurang berpedoman dalam hidupnya maka tidak terkejut orang melayu dan bangsa-bangsa lain yang berada dalam negara ini akan menjadi rakyat yang tidak bersatu dan mungkin inilah yang dikehendaki berlaku oleh opportunis politik yang fakir jiwa mereka.

Persoalannya sekarang, jika Raja tidak boleh berperanan untuk melantik atau memilih Menteri Besar maka saya cadangkan supaya parti dan pihak yang membenci raja ini mengusulkan kepada Dewan Undangan negeri masing-masing.  Jika berlaku perbalahan diantara mereka selepas itu carilah Raja yang lain, seperti Raja Kelawar dan Raja Spade.

Ramai yang mengikut hati dan nafsu sambil melayan jiwa amarah dan mulhimah yang sentiasa mahu memesongkan kita dari yang benar. Nafsu amarah itu sentiasa mengintai-ngintai kepada mereka yang berjiwa fakir dan lemah yang mudah untuk dipesongkan malahan itu adalah persumpahan mereka sejak mula dijadikan oleh Tuhan dahulu. Persumpahan mereka ialah tidak mahu tunduk kepada kebenaran dan dalam konteks fisiknya mereka tindak mahu tunduk kepada Adam. Yang lebih mengaibkan lagi mereka ini terasa mereka yang betul-betul benar kerana mempunyai pemikiran yang ‘deluded’.

Itu sebabnya diakhir zaman ramai yang fasih dengan bercakap tentang syariat dan fekahnya tetapi perlakuannya di serongkan dan dipandu oleh elemen yang bathil yang maknawi itu. Yang lebih anehnya DAP yang dikuasai oleh kaum bukan Melayu pun telah memahami keadaan dan memohon maaf tetapi ada pula dikalangan beberapa orang melayu yang lebih marah seperti lebih DAP dari DAP sendiri.

Tetapi sebagai seorang Melayu yang beragama tentunya masih banyak masa untuk berfikir dengan hati dan jiwa yang tenang dan zuhud. Jika ego masih menguasai diri mereka, adalah jalan yang lebih baik untuk membersihkan diri kita dari noda ini, iaitu dengan melakukan solatul daimun dan berzikir terus-terusan terhadap yang Maha Kuasa.

Beristighfar kita buat masa ini, bukan sahaja untuk sesiapa yang saya maksudkan tetapi juga seruan ini juga adalah untuk diri saya sendiri.  Dalam mempersoalkan kewibawaan Raja-Raja itu, baik kita melihat kedalam dan melakukan instrospeksi untuk mengelak dari kecenderungan kita sendiri  berlagak seperti Raja pula.


Bila bercakap itu letakkan hidung kita ditempatnya dan jangan sekali mengalih kedudukan hidung kita di dahi. Bercakap itu biar tunduk sedikit, jangan bercakap sambil menengadah kelangit. Kalau kita mengaku kita pandai, ramai lagi yang lebih pandai dari kita.

13 comments:

Muzaffar said...

Allahuakbar... Ada benarnya tuan... Sedih hati melihat si kitul itu... Lebih sedih lagi melihat bangsa dan agama ini diinjak pijak....dihina...dek perbuatan bangsanya sendiri....

Anonymous said...

LARANGAN MEMINTA –MEMINTA JAWATAN PEMIMPIN
عَنْ عَبْدُ الْرَحْمَنِ بْنِ سَمُرَةِ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : يَا عَبْدَالْرَحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ ! لاَ تَسْأَلِ الْإِمَارَةَ , فَإِنَّكَ إِنْ أُوْتِيْتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلَتْ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوْتِيْتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ إِلَيْهَا ( رواه البخاري ومسلم(.
Terjemahan Hadis
Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya :”Wahai Abdul Rahman bin Samurah Jangan engkau meminta jawatan pemimpin . Sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat –bulat kepadamu .Sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu . (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Keterangan mengenai perawai Hadis.
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a seorang sahabat Rasulullah SAW.
Nilai Hadis .
Hadis ini menerangkan tentang larangan meminta – minta jawatan pemimpin kerana tidak diberkati oleh Allah SWT .
Kupasan Hadis secara terperinci .
1.Larangan meminta – minta jawatan pemimpin , kerana ia dianggap cara yang tidak bermoral, sabda Rasulullah SAW :
أنَا وَاللهِ لاَ نُوَلَّي أَحَدًا طَلَبَهُ اَوْ حَرْصِيْ عَلَيْهِ
Sesungguhnya demi Allah kami tidak memberi jawatan menjadi pemimpin, seorang yang memintanya atau terlalu berkeinginan memegangnya.
2.Imaplikasi dari memegang jawatan pemimpin secara meminta –minta .
Pemimpin adalah orang yang memikul beban dan amanah bukannya kemegahan dan kemuliaan . Maka jawatan pemimpin itu adalah terbuka kepada mereka yang benar-benar layak menyandangnya , kalaulah seseorang meminta-minta jawatan pemimpin itu kurang layak , maka ia akan menutup peluang kepada mereka yang lebik layak memegangnya . Dia tidak dapat menjalankan tugas dengan baik kerana tidak ada mempunyai kelayakan .Bertanggungjawab sepenuhnya di dalam menjalankan tugas jawatan itu ,tanpa mendapat pertolongan dari pihak lain .
3. Imaplikasi dari memegang jawatan pemimpin tidak secara meminta –minta iatu dipilih/dilantik
a. Orang ramai akan rasa puas hati kerana dilantik/ dipilih atas pilihan mereka, maka senanglah ia menjalankan tugas kerana mendapat sokongan dan kerjasama dari mereka.
b. Dapat menjalankan tugas dengan baik kerana ia memgang jawatan itu di atas dasar benar –benar layak memegang jawatan itu .
c.Mendapat kerjasama dan pertolongan dari semua pihak ,baik dari pihak berkuasa atau pihak orang ramai di dalam menjalankan tugasnya.
Pengajaran Hadis .
1.Rasulullah SAW melarang seseorang itu meminta – minta untuk memegang jawatan pemimpin.
2.Tugas dan tanggungjawab akan dipikul sepenuhnya oleh orang memegang jawatan itu tanpa pertolongan dan kerjasama dari pihak lain .
3.Seseorang yang memegang jawatan pemimpin yang dipilih / dilantik akan mendapat pertolongan dan kerjasama dari semua pihak .

jawatan pemimpin dipilih oleh ahli parti

jangan cuba meminta jawatan pemimpin kerana dikutuk Rasulullah .

maae said...

Itu yang terjadi. Berlagak lebih pandai dari lain, yang secara rasmi nya di lantik dan kepakaran mereka di perlukan untuk pentadbiran kesejahteraan ummah.

Bila pengalaman dan didikan tidak menjadi guru kepada nafsu, maka terjadi lah permainan syaitan yang sentiasa ingin menghuru-harakan ?

Apa baik nya ? Jika tidak lain memusnahkan masa depan yang sudah di metrai terjaga elok. Manusia kufur dan ingkar.

Unknown said...

tuduhan Umno mengatakan PR bila memerintah akan jadikan Malaysia sebuah republik seolah2 nampak benar apabila mereka menipulasikan kes PKR dan DAP kerana mengikari perintah sultan.. ini telah mencalar imej PR terutama dimata pengundi luar bandar/pendalaman rata2nya penyokong BN

nazri khan said...

i am from Plymouth, very happy to read your comments, pls keep on doing good things, well done.

Anonymous said...

I am from Taxes, Kemaman....

Very good article, keep up good work...::}}

Anonymous said...

Khalid gak steady.. takde hal letak jawatan.

Naib Nabi said...

Yg baik jgn di sangka baik.
Yg buruk jgn di sangka buruk

RamY said...

Raja & rkyt prlu saling hormat mnghormati.

Wan Shamsudin said...

Salam Pak Aspan;

Pendapat dan renungan yang amat BAIK. Syabas.

DSAI dan Guan Eng dan ramai dalam PKR dan DAP adalah bukan manusia yang bolih kita sanjung dan jadikan sebagai contoh...Saya tidak mengatakan UMNO/BN BAIK...Semuanya sama....Kita mesti sentiasa mencari PEMIMPIN yang benar benar punyai sikap seorang pemimpin yang hanya memikirkan nasib rakyat...Indonesia sudah ada....Malaysia bila......Kita semua hanya di tipu olih TOPENG TOPENG MEREKA.

Anonymous said...

Demokrasi berpegang teguh dengan sistem Westminster.

tebing tinggi said...



Kobou Den kalau bejalan sentiasa tunduk ,jarang menogak ,cuma kalau dicabar atau nampak musoh jo .

Anonymous said...

kih kih kih...

ada satu parti tu mohon ampun sambil menyalahkan parti lagi satu...

lagi satu parti tu pulak mohon ampun bersyarat sambil membuli tuanku!