28 September 2014

Tugas PAS ialah kerja dipenanggah, PKR dan DAP anggap PAS hanya sebagai garam dan perisa sahaja

Keseluruhan keadaannya, jika diteliti berdasarkan dengan apa yang berlaku sekarang ini, tidak salah jika saya katakan, perjalanan untuk Pakatan Rakyat untuk mencapai impian ke Putrajaya masih jauh dan masih di awang-awangan. Pakatan Rakyat belum lagi terbentuk diatas asas yang ‘promising’ untuk menjadi kerajaan yang mentadbir Putrajaya memandangkan pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya PKR, tidak menampakan ciri-ciri sebagai pemerintah kerajaan negara.

PKR terutamanya masih bergelut dengan masalah dalaman yang serius dan ia tidak mungkin dapat membawa obor perubahan kepada politik negara kita lagi. Masakan parti yang bermasalah dalam kepimpinannya boleh menjadi pilihan rakyat kerana rakyat sedang tercari-cari siapa yang hendak menyelesaikan permasalahan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO itu. Kita tidak boleh menggantikan UMNO yang uzur itu dengan sebuah parti yang juga uzur.

Kita tidak boleh menggantikan pemain bolasepak yang cedera dengan pemain yang patah kaki dan yang capek. Kita tidak boleh berimamkan seorang yang tidak dapat sujud kerana sakit dengan seorang imam yang mengidap penyakit ceret beret. Kita tidak boleh menyuruh pembuat kasut untuk membuat songkok dan sebaliknya kita tidak boleh meminta pembuat songkok membuat kasut.

UMNO dan BN jika diteliti dari sudut kepimpinan, mereka yang sudah hilang arah itu. Mereka sepatutnya diganti, bukannya sekarang, malahan mereka sudah patut diganti lebih satu dekad yang lalu. Tetapi rakyat masih tercari-cari pengganti kepada UMNO dan BN itu.

Sejak dua pilihanraya yang lalu rakyat cenderung untuk menukar kerajaan dengan Pakatan Rakyat, tetapi usaha itu gagal bukan kerana masalah orang ramai dan rakyat tetapi Pakatan Rakyat itu sendiri tidak bersatu dan berbelah-belah. Jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya tempoh hari, maka masalah yang mendatang akan lebih besar lagi.

Masalahnya Pakatan Rakyat itu tidak didaftarkan dan tidak ada satu parti di antara tiga parti itu menjadi pemimpin Pakatan Rakyat itu. Mereka bekerjasama di atas dasar sama besar dan sama dalam segala-galanya, walaupun ia tidak menjadi kenyataan. Untungnya pihak BN, UMNO menjadi tunjangnya, maka UMNO mempunyai suara dan pengaruh yang terbesar dalam BN itu.

Pakatan Rakyat di sebaliknya tidak dapat berjalan dengan mudah kerana semua parti di dalamnya mempunyai pengaruh yang sama untuk menghadapi UMNO dan BN itu. Ketiga-tiga parti ini hanya bekerjasama untuk mendapatkan undi semasa pilihanraya sahaja, bukannya untuk menonjolkan perjuangan sebagaimana yang mereka laungkan.

Mereka terpaksa mengambil hati rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat maka tentulah ada pihak di antara ketiga parti itu yang sentiasa terkorban dan dipermainkan oleh rakan-rakannya tentang perjuangan parti itu.

PAS merupakan parti yang sentiasa terkorban dalam Pakatan Rakyat. Tidak ada apa-apa tambahan kekuatan kepada PAS dalam Pakatan Rakyat dan salah satu contohnya ialah PAS telah kehilangan satu kerusi Parlimen dalam pilihanraya yang lalu sedangkan DAP telah menambah sembilan buah kerusi setelah satu kerusinya kembali ke pangkuan BN dalam pilihanraya kecil Teluk Intan beberapa bulan yang lalu.

Sesungguhnya kita tidak boleh menyalahkan parti seperti DAP untuk menentang perjuangan PAS untuk mendasarkan perjuangannya kepada Islam kerana DAP bukannya parti orang Islam. Memperjuangkan ciri-ciri Islam bukannya perjuangan mereka. Mereka hanya mahu mendapatkan undi dan sokongan orang Melayu dan Islam dan itu adalah kebijaksanaan mereka sendiri.

Kita tidak boleh marah kepada parti yang bukan dari pimpinan Islam itu jika mereka tidak mahu bersama dalam memperjuangkan nilai-nilai Islam itu. Mereka dan penyokongnya akan membuat berbagai-bagai tuduhan seperti PAS sendiri tidak faham Islam dan sebagainya dan bukan sedikit dari pimpinan Melayu yang sekarang menumpukan tenaga untuk memberikan persepsi parti serta pemimpin Melayu dan Islam itu bodoh (stupid).

Akhirnya sebanyak mana pun pengorbanan PAS itu, PAS tetap menjadi mangsa dan korban kehendak dan nafsu pimpinan DAP dan PKR. Apabila PAS memberikan pandangan yang berbeza sedikit dengan mereka maka keluarlah kenyataan-kenyataan seperti, Hadi tidak berpendirian, PAS khianati perjuangan Pakatan Rakyat dan PAS flip-flop dan sebagainya.

Hanya PAS tidak pandai untuk membalas kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat dari parti rakan-rakan mereka dengan bijaksana. Bagi PKR dan DAP hanya mereka sahaja yang berhak untuk membuat keputusan. Hak PAS hanya lah untuk menerima sahaja apa yang mereka mahukan kerana mereka berpendapat PAS boleh mengorbankan apa-apa perjuangan sekali pun untuk mendapat kemenangan beberapa kerusi dalam pilihanraya umum dan kecil.

'Langkah Kajang' dahulu contohnya, PAS tidak dirujuk dahulu untuk melakukannya. Semasa itu PAS terpaksa memberikan sokongan memikirkan semangat kerjasama dalam Pakatan Rakyat itu. PAS dikehendaki menyokong sahaja apa yang mereka mahukan tetapi jangan sekali PAS cuba untuk memberikan pandangan yang berlainan dengan mereka. PAS akan dianggap khianat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat (jika ada pun perjuangan).

Perjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak akan kemana kerana rakan-rakan kongsi mereka akan melakukan ‘insubordinations’ terhadap setiap kemahuan PAS. Bagaimana PAS mahu memperjuangkan hudud dengan bekerjasama dengan penentang hudud yang tegar?

PAS hanya diperguna untuk menjadi 'penjunjung' mereka sahaja. Untuk kepentingan rakan-rakan ‘superficial’ mereka dalam Pakatan Rakyat, parti itu terpaksa mengalah dan akur terhadap nafsu mereka sahaja.

Ibarat kata, PAS itu 'hanyalah parti lilin, menerangi semua orang tetapi ia akan cair begitu sahaja akhirnya. PAS itu jambatan untuk pihak yang berkepentingan untuk menyeberang sahaja, atau hanya dianggap sebagai dahan bongkok untuk laluan kera-kera, monyet-monyet dan tupai-tupai sahaja'.

'Ibarat kenduri besar, PAS akan disuruh masak dan menghidang sahaja sebagai orang penanggah. Makan dan hidangan itu adalah PKR dan DAP. Selepas makan besar, PKR dan DAP akan pulang, dan PAS masih tinggal untuk tugasan membersih dan mencuci pinggan makan DAP dan PKR tadi'.

Bagi PKR dan DAP, PAS itu hanyalah sebagai garam. Dalam masakan garam itu penting, dan mesti ada dalam masakan itu. Tetapi garam itu tidak boleh lebih-lebih, nanti lauk dan gulai itu tidak boleh dimakan pula, terlalu masin. Garam itu hanya setakat sesedap rasa sahaja.

Raja-Raja Melayu pun dianggap mereka sebagai garam dan perisa masakan semata-mata.

22 comments:

Anonymous said...

PAS dayus dan pengecut kerana dah dipermainkan oleh DAP dan PKR sehingga seorang MP PKR sanggup menghina kepimpinan PAS dengan menyatakan " tengok kepimpinan PAS pun dia amat geli" seolah-olah kepimpinan PAS ini sebagai haiwan yg najis (babi atau anjing).

Anonymous said...

Agak deep ya saudara aspan . setelah meneliti saya rasa rakyat sendiri yang mampu melawan pemimpin gila kuasa ini dengan cara mempunyai sifat non-partisan dan membela nasib dan menolak kezaliman mana mana pemimpin politikus

RD. said...

Amat pedih dihati, kata-kata Tuan Aspan, terutama dihujung-hujung nukilan.

Pada pandangan Dato AKadir Jasin, PAS adalah paling democratic diantara ketiga-tiga party dalam Pakatan. Ahli-ahli PAS boleh berbeza pendapat. Dua ADUN yang langgar bai'h pun mereka tak pecat. (Mungkin takut kurang kerusi)
DAP dan PKR sudah tentu akan mengeluarkan arahan 'tutup mulut' atau pecat ahli mereka yang engkar atau tidak menunjuk taat-setia dan kasih sayang terhadap pemimpin tertinggi dan anak-beranak mereka.

DAP yang menggunakan 'Democratic' dalam nama party, tiada langsung toleransi terhadap pengkritik sehingga tergamak 'melempang' rakan sepakatnya dengan memecat Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang diwakili PAS. Semasa Muktamar baru-baru ini, Iszuree Ibrahim (PAS) telah mengkritik kerajaan P.Pinang kerana tidak membina rumah kos murah.

Anonymous said...

Diharap semua ahli pas terutamanya, membaca dan menghadam apa yang cuba disampaikan oleh AA ini.
kalau ini ditulis oleh orang lain,mungkin di cop sebagai pual UG atau barua TGHh. Tapi yang menulis ini adalah saorang Ahli Parlimen DAP.
Beliau berada didalam.sudah tentu AA sentiasa menghadiri mesy. DAP. dan tentunya ,beliau dapat merasai denyut nadi DAP.
Kepada puak pelesit dalam pas, yang dah terminum air kencing anuar dan penjilat jubor DAP yang berak tak basoh tu ,sedar dan insaf lah. Kembalilah kpd. Perjuangan asas PAS.
Walaupun PAS kalah didunia, tetapi yakin lah dengan nawaitu yang betul ,Pas tetap menang di sisi ALLAH SWT.
Janganlah kerana terlalu gila kepada jawatan ,sanggop tergelincir dari landasan perjuangan yang semtiasa dilaungkan.
Ingatlah. DAP ITU CINA. KAPIR TETAP KAPIR.
PKR ITU ,MANUSIA YANG DIPINGGIR OLEH UMNO. KECEWA. TAHI UMNO MASIH MELEKAT PADA BADAN MEREKA. DAN TETAP BERBAU TAHI UMNO.

Aspan Alias said...


Anon 11:10'

Saya ingin membetulkan fakta yang saudara tulis itu. Saya bukan Ahli Parlimen. Saya hanya Ahli Parlimen kedai kopi seperti yang dianggap oleh setangah pihak. Salam saudara

Anonymous said...

Allahuakbar

Episod di Selangor membuka mata bahawa masih ada yang tidak senang dengan kemuliaan yang dibawa oleh PAS.

Sesungguhnya hendak mengikut jalan Nabi s.a.w. adalah penuh dengan ujian.

Saya mendoakan supaya pemimpin PAS terus istiqamah dalam perjuangan.

Saya mendoakan agar penyokong PAS terus istiqamah dalam perjuangan.

Anonymous said...

Maaf tuan AA.
Apa pun siapa tuan bukan jadi asas pwnilaian. Tetapi apa yang tuan nukilkam yang perlu dinilai.
Politik kadang kala perlu menjangkau batas politi kepartian sahaja. Kadang kala perlu dilihat dalam kontek nasional dan kelansongan kuasa melayu.

Anonymous said...

Sudah tiba masanya PAS bergerak sendiri tanpa DAP,PKR....dan Jauhi dari UMNO.... PAS kena mula bina tapak sebagai parti yg neutral yang tidak memihak pada mana2 parti.

Anonymous said...

MP Melayu DAP tu ada kat Raub bukan sdra AA.

Anonymous said...

Terima kasih pak aspan,tulisan yg amat bermutu,yg keluar dari pemerhatian yg teliti,sampai bila pas akan menjadi korban pkr dan dap?mohon muafakat dengan pkr dan dap dikaji semula oleh pimpinan pas,apa guna bersekongkong kalau sentiasa merugikan kita,bimban takut2 suatu masa nanti penyokong pas yg akan mengallahkan pas kerena permuafakatan ini yg bnyk merugikan pas,insyaallah pas tidak akan mati walau pun tanpa muafakat ini,bimbang nanti yg dikejar tak dapat yg dikendong pula berciciran trima kasih pak aspan

Anonymous said...

Terima kasih pak aspan,sudah sampai masanya permuafakatan dengan pkr dan dap dikaji semula,apa guna muafakat kalau ianya sentiasa merugikan pas,selama mana pas perlu berkorban,pemimpin pas dihina,kuasa pas dikurangkan,bimbang suatu hari nanti pas akan kalah ditangan penyokongnya sendiri nanti yg dikejar tak dapat yg dikendong pula berciciran pas tetap akan hidup walau pun tanpa muafakat,salam pak aspan kini ahli parlimen kedai kopi insyaallah suatu hari nanti ahli parlimen putra jaya-bukit bidang selising

maae said...

TGNA menyatakan PKR dan DAP menumpang PAS ! Artikel ini di tulis sebelum kenyataan terbaru dalam MM.

Maka PAS itu bermimpi di siang hari. Rumah mereka di takluk, ahli-ahli nya di terajang tunggang langgang. ABU dulu di cop kepada Umno, kini baliik menyepak PR - Asal Bukan Ulama ! ABU juga.... ABU dari deruan kipas jepun dan cina !

Peranan penanggah sinonim. Kalau oghang nogoghi panggil 'oghang pangka'. Spesial nya oghang pangka, di jaga baik kehendak dan keperluan agar majlis terurus cekap kerana setiap seksyen ada ketua masing2.

Ketua2 kecil ini terima arahan dari satu ketua besar, Tuan Rumah Majlis. Demi itu satu pertanyaan kepada Nik Aziz - Siapa Tuan Rumah ? Yang di lihat hanya LKS, bukan Anwar ! Malah anak Nik Aziz cop PKR itu pembuli !
Lihat sahaja Dap meraikan 'pengkhianat' Pas. Apa tujuan ? Tidak lain memecah belah dan perintah ! Dasar efektif British yang di pundak sakmongkol, kawan politik sdrAA. Maaf, ini hanya komen dalam momen politik masakini. Tiada niat jahat.

Kebenaran nya, sangka buruk Pas terhdap Umno melampaui batas susila Melayu. Saya tidak mahu Umno dan Sejarah Melayu di kuburkan ! Umno parti yang berjasa dan majoriti Melayu mahu Umno hidup menjaga Melayu dengan penuh tanggungjawab. Saya juga mahu Pas dan Pkr itu hidup dalam cabaran bersama Umno sebagai pengimbang ! Dap amat konsisten dengan kecinaan mereka dan berterusan mencabar Melayu. Generasi muda mereka di bentuk dalam legasi cauvinis sosialis dan juga di didik pengaruh komunis Tanah Besar mereka. Mereka suka hidup berasingan dalam kelompok sendiri sambil menafiksan Dasar dan Perlembagaan Negara Malaysia. Ketempangan Dap yang nyata sehingga kini....

Maka PAS mesti berhijrah sepenuh nya ! Juga demi survival Melayu Islam dan du atas platfom motto perjuangan yang sama. Bukan jadi IS / ISIS.

Anonymous said...

Satu penjelasan sinis namun saya setuju. PAS dgn sikap Islamiknya menjadi mangsa lagi. Kali ini oleh dua parti sedangkan sebelum ini oleh satu parti saja. Sungguh hebat cabaran yg dihadapi oleh PAS. Ini bukan malang (bagi PAS)tetapi itulah tribulasi dlm perjuangan Islam (bukan 'malang' dan hanya dapat difahami oleh ahli PAS yg memahami erti perjuangan berlandaskan Islam).Walaupun berkali-kali PAS (melalui mulut pemimpin-pemimpin utamanya) menegaskan bhw PAS akn tetap bersam-sama PR, namun DAP yg majoriti ahlinya bukan penganut Islam, tetap tidak mempercayai PAS lagi. Oleh itu, PAS wajib bergerak sendiri. DAP sudah memberi isyarat. Kami, ahli PAS menunggu isyarat PKR pula. Pilihanraya 14, PAS hampir pasti bersendirian. Tidak mengapa asal jangan jadi barua DAP dan PKR. Amat benar kata-kata Tuan Aspan: PAS hanya sebagai serbuk perisa saja.

Anonymous said...

Itu sbb british suruh Melayu ambik cina jd warganegara... supaya kuasa politik Melayu akan jd begini..

kalu nk menang dgn org2 cina, kna melayu ambik Islam 100%.. tapi masalahnya, Melayu xminat, campor ramai yg jahil, bodoh dlm politik.. dan tak nampak akan pentingnya politik utk menjaga yg pertama Islam, kedua maruah, ketiga harta benda, dan keempat keturunan..

tebing tinggi said...


Sebangsa ,seugama tidak bolih berkerjasama ,bagitulah petunjuk yang diberikan .
Hukum hakam dipermainkan kerana politik,pertunjuk yang amat jelas.

Kobou Den totap memilih kobou untuk dibuek kawan.

XUMNO said...

Yang sungguh menakjubkan sepanjang episod MB Selangor ini ialah suara Anwar Ibrahim yang diwar2kan oleh penganut PKR dan DAP sebagai Ketua Pakatan Rakyat seperti tersorok dicelah2 bontotnya. Apabila hulubalang2 dan barua2 Anwar dari PKR menghemburkan kata2 cacian dan nesta terhadap Pas dan Hj Hadi, Anwar seolah2 terkena pentakit bisu, seolah2 bergumbira dengan telatah kurang ajar anak2 buah termasuk anaknya sendiri.Ini kah akhlak seorang pemimpin yang dijaja ke hulu ke hilir sebagai sebagai penyelamat negara ini?? God forbid kalau dia menjadi PM. Kita tidak hairan dengan sikap pemimpin2 dan ahli DAP kerana agenda mereka dari dulu sampai bila2 benci pada Islam dan Pas.Malangnya terdapat beberapa pemimpin Pas dari gulongan bukan ulamak yang amat teruja dengan kilauan jawatan yang dijadikan oleh Anwar dan DAP sebagai lobak umpan dihujung joran. Mereka menjadi kaldai2 mainan PKR dan DAP hingga terlupa kepada siapa kesetiaan wajib diberikan. Lihat saja perangai tidak berakhlak dua Adun Pas yang sungguh seronok disanjung oleh Lim Kit Siang di majlis DAP P Pinang!! Diharap pemimpin2 tertinggi Pas tidak lagi sibuk memuji memuja PR seolah2 terhegeh2 mahu menyukakan pemimpin2 PKR dan DAP agar diterima semula sebagai kawan oleh mereka.Janganlah jadi Hidung Tak mancung Pipi Tersorong2.

Nuurul Basar Mohd Baki said...

Semua orang marah pada pas, kami pun juga marah.
Namun semua orang lupa, jalan kita tidak sama macam jalan para ulamak para pejuanh islam yang benar.

Sunah dalam perjuangan sbg cth apa yang dilakukan oleh briged al qasam.

Siang bekerja, malam beribadat, siang seperti singa malam sayu menagis mengadu pada Allah S..W.T

Jika kita rasa hebatnya tamparan kepada Pas maka lihatlah betawa ganasnya tamparan pada Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Jika IM tidak bangkit mengangkat senjata walau ribuan ahli mereka dibunuh, dipenjara dan sebagainya.
Mana mungkin Pas boleh....

Pening kepala tetapi itulah cara Ulamak
Mereka bergerak mengikut susur galur sunah
Jika kita rasa IM sudah teruk bagimana pula Hamas di Gaza

Begitulah... Maksudnya kita teruk dipukul, namun saudara kita lagi teruk. Kita susah meraka daif.

Jika mereka tidak melawan maka malulah kita jika melawan. Sedangkan ini adalah ujian Allah S.W.T

Lagi teruk dugaan kepada seseorang hamba yang patuh maksudnya semakin Sayang Allah S.W.T kepada hamba itu.

Boleh ke saudara saudari terima, saya sendiri sukar terima namun itulah hakikatnya. Dan Ingatlah dalam Perjuangan ada orang yang doanya dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

awang batuburok said...

Salam Tuan AA,

Samada sedar atau tidak, DAP adalah parti perkauman Cina sama seperti PAP Singapura dan UMNO diMalaysia.
Untuk mengaburi mata orang orang bukan Cina maka diletakkan beberapa muka Melayu dan India demi meraih undi pengundi bukan Cina....sama seperti UMNO meletakkan beberapa calun dari keturunan Kadazandusun, PBB meletakkan beberapa calun dari suku kaum Iban, Dayak dan Kelabit diSarawak. Begitu juga PAP diSingapura.

Hakikat sebenar UMNO, DAP, PBB, MCA, MIC adalah sama iaitu parti perkauman yang dikuasai oleh kaum elit dlm parti tersebut.
Tidak ada kebebasan bersuara bagi kaum minoriti, mereka akan disingkir secara halus kalau tidak sependapat dengan pemimpin yg datang dari kaum majoriti dlm parti tersebut.

Fikir fikir lah.....

budakjawa said...

Sekiranya PAS lebih terbuka dalam menerima teguran dan lebih bijak dalam mentadbir termasuklah lebih proaktif berbanding reaktif dan lebih praktikal berbanding retorikal saya percaya PAS lebih kuat di luar Pakatan Rakyat berbanding berada di dalam Pakatan.

Ini kerana rakyat terutama melayu yang non partisan memang dah muak dan meluat dengan gelagat ahli politik UMNO baik yang veteran mahupun yang baru setahun jagung. tetapi, disebabkan keadaan PAS pada masa ini dan pakatan bersama DAP, orang melayu berada di dalam dilema untuk memilih PAS. Jangan lah gunakan hujah tak masuk syurga kalau tak pilih PAS, lekeh sungguh hujah tersebut kerana kebanyakan orang melayu adalah orang Islam yang tahu benar tentang agamanya, bukan orang PAS saja tahu agama.

Dan jangan juga kata memperjuangkan kepentingan bangsa melayu itu tidak islamik.

Jadi terpulanglah kepada PAS sebenarnya untuk menentukan hala tuju nya. Bagi saya, selagi PAS bersama DAP dan PKR, sukar untuk PAS mengalahkan UMNO kecuali di kubu kuat mereka.

Wallahualam.

budak jawa

budakjawa said...

Sekiranya PAS lebih terbuka dalam menerima teguran dan lebih bijak dalam mentadbir termasuklah lebih proaktif berbanding reaktif dan lebih praktikal berbanding retorikal saya percaya PAS lebih kuat di luar Pakatan Rakyat berbanding berada di dalam Pakatan.

Ini kerana rakyat terutama melayu yang non partisan memang dah muak dan meluat dengan gelagat ahli politik UMNO baik yang veteran mahupun yang baru setahun jagung. tetapi, disebabkan keadaan PAS pada masa ini dan pakatan bersama DAP, orang melayu berada di dalam dilema untuk memilih PAS. Jangan lah gunakan hujah tak masuk syurga kalau tak pilih PAS, lekeh sungguh hujah tersebut kerana kebanyakan orang melayu adalah orang Islam yang tahu benar tentang agamanya, bukan orang PAS saja tahu agama.

Dan jangan juga kata memperjuangkan kepentingan bangsa melayu itu tidak islamik.

Jadi terpulanglah kepada PAS sebenarnya untuk menentukan hala tuju nya. Bagi saya, selagi PAS bersama DAP dan PKR, sukar untuk PAS mengalahkan UMNO kecuali di kubu kuat mereka.

Wallahualam.

budak jawa

maae said...

Ujian Allah itu berdasarkan :--

1. Keangkuhan perbuatan sendiri. Memberi kesedaran.

2. Ujian yang di tambah-tambah sakit hati kerana masih bersifat kebinatangan.

3. Ujian untuk mengukuhkan keimanan, menaikkan darjat ke makam lebih tinggi, hampir kepada nya. Kategori ini terlalu sukar dsn perlukan pengobanan besar.

4. Ujian sekadar ujian, di beri sakit tidak lain menghapus dosa-dosa kecuali syirik dan murtad.

5. Ujian demi rohaniah dan jasmaniah individu. Perkara sedikit malang/kesusahan dan nikmat kesenangan seharian. Check and balance manusia dalam kehidupan harian yang kadangkala terlupa Pencipta nya. Wajib nya SOLAT.

Jadi, buat lah analisa sendiri, di mana PAS ?

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Tak lama lagi PKR dan DAP akan makan nasi dengan lauk dan sayur tawar tanpa garam dan perisa. Masa tu dia tahulah betapa pentingnya garam dan perisa tu.

PAS sebenarnya punya kekuatan yang sedia ada tapi tidak dimanfaatkan oleh PAS itu sendiri. Dewan Pemudanya untuk golongan belia, Dewan Muslimat untuk kaum wanita dan terkini Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk golongan bukan Islam. Seandaina ketiga-tiga dewan ini diperkasa, dengan perancangan dan perlaksanaan yang betul dan menepati kehendak kumpulan sasar tanpa menggadaikan prinsip dan dasar perjuangan sebenar PAS, Yakinlah PAS boleh bergerak sendiri tanpa Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Setakat ini mana ada lagi parti-parti di Malaysia yang punya sayap selengkap PAS.

Jadi, PAS bolehlah sebenarnya mengorak langkah untuk meninggalkan Pakatan Rakyat pada PRU ke-14. Buat masa ini biarlah PAS tetap berada dalam Pakatan Rakyat untuk survival amanah yang dipegang hasil dari kehendak rakyat Selangor pada PRU ke-13 lalu. Seandainya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat sekarang maka PAS akan menjadi parti yang mungkir janji dengan rakyat dan itu tentu tidak boleh ada dalam PAS. Hakikatnya PAS masih perlu berada dalam Pakatan Rakyat hanya satu sebab iaitu janjinya pada rakyat untuk PRU ke-13. Biar pun pedih terpaksalah PAS telan. Sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri Selangor dibubarkan maka ada baiknya Pas mengishtiharkan meninggalkan Pakatan Rakyat supaya PKR dan DAP makan nasi dengan lauk dan sayur tanpa garam dan perisa. Ketika itu tahulah dia makna tawar dalam masakan dan hidangan.