12 September 2014

Kebocoran kertas UPSR: Jika diikut budaya dan etika negara maju Menteri Pelajaran patut meletakkan jawatan

Kementerian Pelajaran telah menggantung tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan, Na’imah Ishak dan Pengarah Operasi Lembaga itu, Wan Ilias Wan Salleh berkaitan kebocoran kertas peperiksaan UPSR baru-baru ini. Ini telah diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin yang kini sedang berada di luar negara kerana tugas rasmi kerajaan.  Penggantungan tugas kedua-dua orang pegawai kanan kerajaan ini merupakan tindakan yang betul kerana ia telah melibatkan lebih dari empat ratus ribu pelajar yang sedang mengambil peperiksaan itu.

Tindakan ini amat perlu kerana bagi mengekalkan intergriti Lembaga Peperiksaan khususnya dan Kementerian Pelajaran amnya. Kebocoran kertas peperiksaan ini sudah lama kedengaran berlaku dan kali ini merupakan kebocoran yang amat menakutkan untuk dihadapi oleh kanak-kanak sekolah yang sedang menguji kemampuan pembelajaran mereka.

Ia sudah pasti dilakukan oleh individu-individu yang tidak beramanah yang akan menjejaskan prestasi dan intergriti Lembaga Peperiksaan yang sangat penting bagi pembangunan pelajaran dan pendidikan Negara.

Sebagai sebuah Negara yang berdaulat pegawai-pegawai yang tidak jujur itu bertanggungjawab keatas kebocoran ini, tetapi dalam sebuah Negara maju, pemimpin yang memimpin itu perlu mengambil ‘accountability’ terhadap kesalahan yang sangat besar ini. Selalunya dinegara-negara maju Menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian yang berlakunya kesalahan seperti itu.

Tetapi dinegara ini pemimpin Kementerian itu belum lagi mahu menerima hakikat bahawa mereka mempunyai ‘accountability’ terhadap kejadian ini. Itu sebabnya kejadian ini boleh diambil kesempatan oleh kerajaan memerintah untuk meminta Menteri bertanggungjawab untuk meletakkan jawatan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan negara kita ini adalah satu kerajaan yang mengambil isu ‘accountability’ ini sebagai isu yang sangat penting.

Jika Muhyidin mengambil tindakan untuk meletakkan jawatan, ianya akan pasti meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan hari ini dan boleh menunjukkan kepada rakyat ramai yang kerajaan kita ‘mean business’ terhadap semua perkara yang dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang berwibawa.

Tetapi kita semua boleh lihat samada isu ‘accountability’ ini dijadikan perkara dan isu penting bagi kerajaan yang mengaku sebagai kerajaan yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Beberapa tahun yang lalu beberapa orang banduan telah meloloskan diri dan keluar dari tahanan dari penjara di Korea. Walaupun Pengarah Penjara nya bertanggungjawab tetapi Menteri Dalam Negeri nya telah meletakkan jawatan setelah beberapa orang banduan dalam penjara di negara itu melepaskan diri  keluar dan melarikan diri ke pendalaman negara itu.

Dalam masa yang sama kalau kita masih ingat begitu ramai banduan dipenjara Kajang telah meloloskan diri dan lari menghilangkan diri di tempat persembunyian mereka. Tidak seorang pun yang mengambil tindakan mengambil ‘accountability’ dan Menteri di Kementerian Dalam Negeri tetap berada di pejabatnya seolah-olah tidak ada apa yang berlaku di jabatan di bawah Kementeriannya.

Mungkin mengambil  ‘accountability’ seperti ini belum diambil serius oleh kerajaan kita tetapi sebagai sebuah negara yang baru sahaja merayakan ulang tahun kemerdekaan kita yang ke-57 mengambil ‘accountability’ dalam isu seperti ini sepatutnya sudah menjadi budaya dalam kepimpinan kita.

Elok kerajaan kita mengambil isu ini secara serius bagi menjaga intergriti kerajaan yang selama ini selalu tercemar oleh kerana tidak ada pihak yang mahu mengambil ‘accountability’ sebagai elemen yang sangat penting dalam sesebuah kerajaan yang berkepimpinan dan beretika.

Kerajaan perlu merangka tata-cara untuk menjadikan isu ‘accountability’ ini sebagai satu elemen dan budaya kepimpinan untuk negara untuk menjaga kewibawaan sesebuah kerajaan dan khususnya sebuah Kementerian itu.

13 comments:

Anonymous said...

yop oooi , yg lu cakap tu untuk negara maju.malaysia masih lagi negara dunia ketiga...please jangan compare la. buat malu jeee. sorry

Bosan said...

Meletak jawatan bermakna melarikan diri dari tanggungjawab. Sedangkan mereka yang bertanggungjawab membocorkan masih berada didalam sistem penyampaian.
Namun jika logik accountability kes TSKI ini Anwar patut letak jawatan sebab dia boss PR dan PKR. Banyak betul tuduhan korup.

albert magic said...

salam tuan AA
sedih tengok menteri yang mengaku islam tetapi dari aspek accountability tak boleh menandingi menteri yang bukan berugama islam

Anonymous said...

menteri malaysia mana ada tanggungjawab moral.

Anonymous said...

ketua muhyidin lagi patut letak jawatan

Anonymous said...

Kalau anda cakap macam tu...tak boleh compare la Malaysia dlm semua aspek dengan negara maju....setaraf je dengan mynmar...nepal...somalia...dll

Tembunian said...

Haha. Kita ni negara maju ke? Sedangkan tengok Pembangkangnya pun, masih tahap kelas dunia ketiga? Dan kalau Menteri di Jepun atau UK letak jawatan pun, tak lah untuk benda seperti penipuan UPSR. Kalau penipuan SPM tu, logiklah juga kalau kita minta dia turun.

Kalau nelayan kurang dapat tangkap ikan bulan ni sebab aktiviti nelayan asing misalnya, maka Menteri Pertanian dan Menteri Pertahanan kena resign juga ke?

Omar said...

Aspan.
Kementerian Pelajaran kita ada 2 orang menteri dewasa ini. Yang mana satu saudara nak cadang untuk meletakkan jawatan dulu? Atau kedua-duanya sekali. Kalau YAB TS Muhyidin lepas jawatan Menteri Pelajaran, dia masih dalam kebinet lagi. Tak adillah kepada YB Idris.

Anonymous said...

Muhyiddin patut letak jawatan Menteri Pelajaran dan Zahid pun perlu letak jawatan Menteri Dalam Negeri. Kemudian Najib bolehlah swap jawatan tersebut kepada mereka berdua itu. Apa masalahnya?

Anonymous said...

Muhyiddin patut letak jawatan Menteri Pelajaran dan Zahid juga perlu letak jawatan Menteri Dalam Never I. Kemudian Najib bolehlah swap jawatan tersebut kepada mereka berdua itu. Apa masalahnya?

Anonymous said...

Encik 06.06....

sebagai rasa tanggungjawab, jangan letak jawatan dulu. Dah habis kes nanti bolehlah letak jawatan.

Putera said...

Selagi pembangkang bersikap seperti berada dalam zaman purba yang cuba menghidupkan undang-undang 'hukum rimba', tak payahlah kita letakkan Malaysia setanding dengan negara maju dalam soal pertanggung-jawaban.

Anonymous said...

In planning and implementation all options are put in place. Jika berlaku juga perkara yang tidak diingini, immediate is taken and root cause analysis is done to find out the cause of the problem.