Isu royalti minyak untuk Kelantan
bergema kembali. Mustapha Mohamad dan pimpinan tertinggi UMNO masih tidak mahu
mengakui yang royalti minyak itu perlu dibayar kepada rakyat Kelantan mengikut
perjanjian yang di tandatangani pada bulan Mei 1975 dahulu diantara Petronas
dan Kerajaan Negeri Kelantan. Petronas di wakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah
dan Kelantan di wakili oleh Menteri Besarnya iaitu Datuk Mohamad bin Nasir.
Perjanjian dua muka itu jelas
yang Petronas diberikan kebenaran untuk menggunakan perairan Kelantan untuk
mengeluarkan minyak buat selama-lamanya dan Petronas dipertanggungjawabkan
untuk mengembalikan sebanyak 5 peratus dari pengeluaran minyak itu mengikut
harga FOB sebanyak dua kali setahun secara tunai.
Pembayaran itu dilakukan pada setiap
1hb Mac dan 1hb September setiap tahun. Perjanjian ‘vesting deeds’ itu terlalu
‘simple’ untuk difahami dan jika Petronas dan kerajaan Persekutuan tidak
memahaminya lagi, nyatalah yang royalti minyak ini dijadikan isu politik oleh
BN.
Perjanjian itu dimeterai diantara
Petronas dengan semua kerajaan-kerajaan negeri walaupun negeri-negeri yang
belum mengeluarkan minyak. Itu jugalah perjanjian yang ditandantangani oleh
Petronas dengan Kerajaan-Kerajaan Sabah dan Sarawak, dan kerajaan Sabah dan
Sarawak sekarang sedang menerima secara tunai pembayaran royalti itu.
Bukti apa yang Muhyidin dan
Mustapha Mohamad mahukan. Takkan
lah mereka berdua ini tidak tahu membaca walaupun perjanjian yang dirangka oleh
Tun Salleh Abas itu adalah satu perjanjian yang sangat mudah untuk difahami.
Kalau hendak berbohong itu, janganlah sampai menjejaskan imej mereka sebagai
pemimpin yang tidak mempunyai kemampuan untuk memahami perjanjian yang begitu
senang dan mudah untuk difahami.
Apa jawatankuasa lagi yang perlu
dibentuk? Perjanjian itu sudah di meterai. Mustapha Mohamad berkata kalau
hendak berunding buatlah cara yang bertamaddun, sambil memaksudkan yang PAS
tidak bertamadun. Tamadun apa yang Mustapha nak sebutkan itu, sedangkan beliau
tidak mahu memahami perjanjian yang begitu ‘simple’ untuk difahami. Tidak tahu
membaca lebih buruk lagi dari tidak bertamadun.
5 comments:
Kerajaan BN dan pemimpinnya memang suka berdolak dalih bila kerajaan pembangkang kelantan menuntut royalti demi kepentingan rakyat . Itulah menunjukkan betaapa munafiknya BN & PEMIMPINNYA yg secara sombongnya melaungkan slogan keramatnya RAKYAT DIDAHULUKAN.....
Bikin panas
Salam tuan AA,
Setuju yg amat bersangatan dengan kandungan posting tuan ini. Muhyidin dan Mustapha Mohamad khususnya serta UMNO/BN amnya adalah pihak yang tidak bertamadun dalam memenuhi perjanjian royalti tersebut. Jika hendak juga dikatakan mereka itu bertamadun, ianya adalah tamadun golongan munafik, tidak lebih dan tidak kurang.
Harap ybm razaleigh ( magnaminous ini) berperanan utk menjelaskan perjanjian ini di parlimen semasa pembentangan belanjawan 2015..smpi bile kita nak bercakaran ????
Tidak dinafikan ini merupakan cadangan yang bernas, tetapi percayalah speaker dewan tetap akan membakulsampahkan cadangan ini daripada ianya dibentang.
Post a Comment