PKR nampaknya dalam kepanasan.
Kepanasan itu bukan kerana kemungkinan jawatan Menteri Besar itu akan jatuh ke tangan
PAS tetapi yang lebih memanaskan keadaan ialah kerana ada ura-ura untuk
melantik Timbalan Presiden parti itu untuk menggantikan Khalid Ibrahim. Azmin Ali pernah dicadangkan oleh PAS sebagai salah seorang dari calon yang patut dipertimbangkan untuk menjawat jawatan itu.
PKR sedang memohon untuk mengadap
Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor untuk ‘mendapatkan nasihat’ dan mereka
tetap dengan keputusan untuk menamakan hanya seorang calon, iaitu Wan Azizah
menggantikan Khalid Ibrahim. Jika Azmin dipilih untuk menggantikan Khalid maka
keadaan ini lebih membimbangkan PKR (Anwar) dari perlantikan calon dari PAS.
Semua orang tahu yang jika Azmin
menjadi pengganti Khalid Ibrahim ia akan merupakan permulaan bagi Azmin
memimpin parti itu dalam pemilihan parti itu yang akan datang. Kita terdengar
tindakan PKR memaksa Azmin untuk menolak keputusan Tuanku Sultan jika beliau
(Azmin) diplih sebagai pengganti Khalid itu semata-mata untuk memperkuatkan
kehendak PKR (Anwar) agar Wan Azizah menjadi pilihan untuk menggantikan Khalid
Ibrahim itu.
Bagi saya, Azmin sepatutnya telah
dilantik menjadi Menteri Besar sejak dari tahun 2008 lagi. Tetapi oleh kerana
keperluan parti itu semasa itu maka Khalid telah dipilih untuk jawatan itu dan
telah terbukti menjadi sebuah negeri yang paling telus pantadbirannya jika dinilai
secara relatifnya dengan mana-mana negeri yang lain. Sebagai pemerhati dari
luar, saya berpendapat Azmin adalah sinonim terhadap pembangunan PKR sejak ia
mula didaftarkan dan seterusnya bergerak.
Malahan Azmin telah memimpin PKR
diperingkat Timbalan Presiden dan menjadi Pengerusi PKR sejak dari dulu lagi.
Jika Azmin menjadi pengganti Khalid sepatutnya tidak memberikan apa-apa masalah
kepada PKR terutamanya dalam keadaan dan sinario politik Selangor pada hari
ini. Apabila isu Azmin sendiri menjadi hangat diperbahaskan oleh pimpinan dan
ahli PKR sendiri, ia jelas yang perjuangan PKR ialah untuk Anwar dan
keluarganya semata-mata.
Jika inilah keadaan dalam PKR
apalah sangat kedudukan mereka yang lain dalam Pakatan Rakyat itu? Diantara
mereka pun boleh dikorbankan demi untuk keluarga Anwar. Kita tidak tahu apakah
reaksi PKR jika Dr Idris, ADUN Ijok menjadi pilihan Tuanku pula? Jika Dr Idris
tidak juga menjadi kesukaan pucuk pimpinan PKR, maka jelas semua tenaga dan
riuh rendah berdemonstrasi selama ini hanya lah untuk Anwar dan keluarganya.
PKR tidak mahu sesiapa selain
dari Wan Azizah walaupun jika yang dilantik itu datangnya dari PKR juga. Jika
keadaan sedemikian maka untuk melantik pengganti Khalid ini tidak semestinya
datang dari PKR kerana PKR itu hanyalah untuk kepentingan peribadi pucuk
pimpinannya dan bukannya untuk berjuang memperbaharui kesucian dan kebersihan
dalam pentadbiran kerajaan kita.
Maka jelas PKR bukan sahaja tidak
sehaluan dengan PAS dalam isu perlantikan Menteri Besar yang baru ini, parti
itu juga sedang berperang sesama sendiri dan cantas-mencantas diantara mereka
sendiri.
Maka ‘langkah Kajang’ Mac yang
lalu telah merosakkan PKR itu sendiri. PKR (Anwar) tidak boleh menyalahkan
mana-mana pihak selain dari menyalahkan mereka sendiri. Justeru PKR wajar
menumpukan kepada mengembalikan keyakinan ramai yang parti itu wujud
semata-mata untuk kepentingan negara dan bukannya untuk kepentingan peribadi
pemimpin yang dalam kedahagaan kuasa yang ‘obsessive’ dan tidak bersempadan.
Justeru itu, musuh Azmin bukannya
UMNO, PAS atau rakyat Selangor, tetapi musuh beliau yang sebenarnya ialah
pemimpin-pemimpin dalam PKR itu sendiri. Selama ini Azmin hanya digunakan oleh
pemimpin-pemimpin dalam partinya sendiri untuk menjadi 'pengandar dan pemikul
bebanan' mereka sahaja. Nak sebut dengan istilah ‘kaldai’ untuk mengangkut
bebanan, takut pula terlalu kasar didengar orang, tetapi seolah-olah macam
itulah keadaannya.
Kenapa mereka berpendapat begitu? Jawapannya mudah kerana beliau telah berkorban begitu besar terhadap PKR yang beliau sama-sama wujudkan itu.
11 comments:
Benar Pak Aspan. Semoga Azmin menjadi matang dengan isu isu yang ada.Tapi bila dah berjaya nanti jangan pula ikut telunjuk isteri seperti PEMIMPIN tuuu....
Keluar mulut merpati masuk ke mulut naga. Orang sastera misti tau makna ayat ni.
Inovasi politik - kata Nurul Izzah.
Jika tidak melibatkan lain tidak mengapa. Kini PR itu terserlah dengan haluan masing-masing. Jika Azmin di lantik, PKR juga berantakan seperti PAS.
Apa ada kena mengena dengan Umno ? Persoalan nya, jika Umno terlibat, tentu sahaja PR mati tercekik....
semua kemelut ni selangor ni, pada pandangan saya bersekitar kepada duit pembendaharaan negeri RM3 billion + tu...ade puak dalam PKR nak menafaatkan duit itu... PAS pulak takut duit tu di salah gunakan ...ade kaki bisnes dalam PAS nak tumpang dapat projek...yang DAP berkehendakan Bible dalam bahasa Melayu yg dirampas dipulangkan...para ulamak dlm PAS tak bersetuju...apa2 pun PAS mesti ade kata pemutus walaupun siapa saja yg jadi MB..
Kerusi mb hak tradisi anwar anak beranak... Anwar anugerah Allah, sapa nak bangkang akan ditentang.
Begitulah jadinya PKR asasnya adalah anwar pupusnya juga adalah anwar.
Azmin ke, orang PAS ke tak kish lah. Janji bukan nenek kipas.
Klu rezeki Azmin, satu je saya harap. BE YOUR OWN MAN, AZMIN! You do not answer to Anwar, you answer to us rakyat selangor.
Kalau betul apa yg di laporkan, Azmin dan 2 yg lain telah di "interview" oleh pihak istana hari khamis yug lalu.
Jadi, klu azmin dah pi interview, jadi Mrs Anwar tak de lah sokongan padu 30 adun kan?
Pas (melalui hadi) dah tak sokong, jadi mana majoriti nya? Azmin dah tentu ada sokongan nya dari yg 30 yg sungguh pun dah sign SD kan? Apa kata loyar itu hari? SD is not worth the paper it is signed on.
Nampak nya Hadi is the astute one, the real king maker, sungguh pun dia di cela dan di maki. Tahniah pd TGHH
ini semua dakyah dan agenda dap..dlm menguatkan cengkaman dap dlm negeri melayu yg mempunyai sultan..iatu dgn cara supaya wan azizah menjadi mb..
cara nya..jika mb iatu wan azizah (kalau menjadi mb) hendak berjumpa sultan..adalah tidak manis hanya wan azizah pergi seorang..sudah tentu di bawa pengiring yg mempunyai jawatan dlm kerajaan negeri...yg paling layak adalah speaker..seoarang adun wanita dari dap...secara perlahan dap masuk jarum untuk menguasai sultan dan kerajaan yg majorati melayu...
Azmin? Yes!!
Azmin akan diterima oleh kebanyakan raayat selangor.
HIDUP AZMIN.
Assalamu alaikum. Bagi saya kalau Anwar benar-benar ikhlas terhadap bangsa dan agamanya apa perlu dia menubuhkan parti baru yang boleh menimbulkan perpecahan baru kepada orang melayu. Ketika itu telah ada dua parti yang dominan kepada orang Melayu maka tiada keperluannya bagi kewujudan satu lagi parti.
Kalau pada tahun 1982 Anwar boleh menerima tawaran Dr Mahathir untuk menyertai UMNO, kenapa setelah dipecat beliau (Anwar) tidak terus menyertai PAS bagi meneruskan perjuangan membela rakyat sebagaimana yang dilaung-laungkannya. Kewujudan PKR sebagai parti ketiga bagi orang Melayu jelas adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak politik Anwar yang tidak kesampaian ketika berada dalam UMNO akibat kegopohannya sendiri.
Ada pihak berhujah bahawa keikhlasan Anwar tidak perlu dipersoalkan kerana beliau telah sanggup mengorbankan dirinya dalam perjuangan termasuk dipenjarakan oleh undang-undang zalim di bawah rejim Barisan Nasional. Kalau itulah hujahnya maka kita dapati ramai lagi orang telah dipenjarakan dan mendakwa itulah pengorbanannya untuk perjuangan. Mahathir sendiri pernah diambil tindakan oleh UMNO dan kerajaan kerana menentang kerajaan dalam tahun-tahun 60an tapi pengorbangnannya berbaloi bila beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Julai 1981.
Jadi, apa yang berlaku sekaran adalah kerana diri Anwar sendiri. Orang lain adalah tunggangan Anwar untuk mencapai cita-cita politiknya. anwar dan PKR sepatutnya boleh menerima dengan rasa gembira dan bersyukur kerana Azmin adalah timbalan presiden PKR bakal menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru walau pun bukan Wan Azizah. Seandainya PKR tidak berpuashati dengan pemilihan Azmin maka terang lagi bersuluh yang Kajang Mobe bukan sekadar menukar Menteri besar tetapi lebih dari itu ingin menguasai harta negeri sebelum Putrajaya dan juga PAS sebagai survival politik Anwar dan kuncu-kuncunya.
PKR (Anwar) merancang Allah juga merancang. Hari ini segalah tembelang Anwar terbongkar satu persatu.
Setiap parti politik mesti ada prinsip perjuangan sebenar. Bila kita mengikuti prinsip perjuangan yang telah digariskan dengan sebaik mungkin, InsyaAllah, perjuangan kita tidak mungkin akan tersasar.
Post a Comment