19 February 2015

Kes pembunuhan Altantuya: penyiasatan perlu di lakukan semula

Korporal Sirul, salah seorang dari dua orang anggota keselamatan negara yang dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya Sharibuu dari Monggolia sudah mula bercakap dengan media. Beliau yang sekarang di dalam tahanan pihak Immigresen Australia telah meninggalkan negara sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati keatas beliau dan seorang lagi anggota yang bersama-sama dihukum gantung, iaitu Ketua Inspektor Azilah yang kini berada dalam tahanan negara ini.

Walaupun beliau (Sirul) dalam tahanan di Australia, beliau masih mendapat akses kepada media massa di negara ini kerana beliau diberikan kemudahan berkomunikasi melalui internet dan telefon bimbit. Beliau telah memberitahu portal berita tempatan yang beliau sedang diminta oleh media di Australia untuk ‘tell all’ dalam isu pembunuhan ngeri yang dilakukan keatas Altantuya. Beliau telah memberitahu media sedikit ‘input’ dengan menyatakan yang pembunuh sebenar masih bebas dan berkeliaran di negara ini.

Apabila berita sebegini keluar tentunya ia akan membawa tanda tanya dan kecurigaan rakyat bukan sahaja bagi rakyat negara ini tetapi juga masyarakat antarabangsa. Sirul sempat memberitahu yang beliau adalah anggota keselamatan yang bertindak diatas arahan. Beliau bukan tidak sayang kepada PDRM atau negara tetapi beliau bertindak diatas arahan sebagai anggota keselamatan beruniform.

Satu persoalan penting ialah, siapa yang mengarahkan pembunuhan itu? Isu ini tidak terjawab dalam Mahkamah kerana pihak pendakwa tidak menumpukan tentang motif pembunuhan itu. Ratusan hari perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam tetapi pihak pendakwa tidak pernah bertanya tentang siapa yang mengarahkan pembunuhan itu dan tidak berusaha untuk mendapatkan motif pembunuhan itu.

Motif pembunuhan itu sangat penting kerana yang dibunuh oleh Sirul dan rakannya Ketua Inspektor Azilah itu tidak mengenali mangsa pembunuhan itu dan lojiknya tidak mempunyai sebab mereka berdua melakukan pembunuhan itu.

Walau bagaimana pun Sirul belum lagi membuat keputusan untuk ‘tell all’ itu dan jika beliau membuka mulut dan memberitahu perkara sebenarnya maka negara akan berhadapan dengan satu lagi isu besar yang melibatkan tumpuan rakyat negara kita dan masyarakat antarabangsa.

Buat masa sekarang ini elok tidak di spekulasikan isu ini sehingga Sirul membuat keputusan samada beliau memilih untuk memberitahu segala-gala yang berlaku itu. Jika Sirul tidak memberitahu perkara sebenarnya maka beliau akan terus menjadi buruan pihak keselamatan negara untuk melaksanakan hukuman mati keatas beliau yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan Negara.

Bagi orang ramai, mendapat tahu siapa yang mengaturkan pembunuhan itu atau yang mengarahkan pembunuhan itu dilakukan amat penting bagi mereka. Ini masalah nyawa manusia, bukannya nyawa haiwan liar di hutan.

Orang ramai ingi tahu siapakah yang dikatakan oleh Sirul, pembunuh sebenar yang masih bebas itu. Tiada siapa yang boleh memaksa Sirul membongkar siapa yang beliau maksudkan itu.

Tetapi jika beliau bongkarkan maka banyak persoalan yang ada di dalam benak rakyat yang ramai ini sedikit sebanyak akan terjawab. Lebih baik lagi jika dicari jalan yang halal dari segi undang-undang untuk membuka kes ini kembali dan pihak polis wajar melakukan penyiasatan semula secara terperinci berhubung dengan pembunuhan kejam ini.

5 comments:

Anonymous said...

Saudara Aspan

Nak buka kes itu semula bagi mencari kebenaran, bukannya mudah walaupun tidak mustahil. PI Bala pula telah pun disenyapkan, Razak Baginda berada dalam keadaan bebas dan jika dipanggil mungkin akan lari untuk mendapat perlindungan ke negara yang polisinya sama seperti Australia. Dah kusut masai jadinya, hampir mustahil untuk dirungkaikan. Inilah jadinya jika sistem perundangan diliwat oleh tangan-tangan mereka yang berkepentingan.

Anonymous said...

Bongkar...jangan tak bongkar...

Anonymous said...

Dia seorang anggota keselamatan yang telah bersumpah patuh pada arahan dari pehak atasan maka mungkin dia berasa takut sebab orang atasan ini biasanya akan mengunakan ugutan hingga kekeluarga anggota mereka sebab aku pun adalah bekas anggota keselamatan jadi su sirul takut untuk membuka mulut lagi pun yang seorang lagi adalah seorang pegawai dan dia hanya anggota biasa biarlah dia seorang dihukum daripada dia ikut bersama ketali ganting maka lebih baik dia menutup mulut dari menyelamatkan nyawa seorang yang tidak berdosa demi menjalankan tugas atas arahan yang tidak perlu dipatuh akibatnya diri sendirilah yang menerima padah.Rungkailah ikatan yang serabut itu untuk kepentingan semua yang terlibat.

Anonymous said...

Malaysia semua boleh ....keputusan hakim boleh diswastakan , orang tak berdosa boleh diabukkan ...keengganan kerajaan untuk tak buka kes Atantuya adalah perkara kecil jadi jangan buang masa .
Kita harap Australia kena tegas dan akan jadi pengajaran kepada Malaysia kalau Australia berikan kerakyatan kepadanya.....
Kita mahu tengok Abbot berjaya atau Najib berjaya tapi yakin cerita sebenar dah mula keluar untuk pengesahan bahawa apa yang kita sangka adalah betul....
Inilah bala kalau belajar tak habis.....

Anonymous said...

Tuan,
Nak Tanya why AG tsk amik tindakan atas gambo2 palsushop altantuya bersama Haji Najib dan Baginda Rajak.