Demonstrasi jalanan bukan lagi
budaya politik menentang kerajaan pada hari ini. Zaman berdemonstrasi sudah
mula reda dan tidak mungkin menjadi perkara biasa lagi kerana rakyat sudah mula
terasa letih dengan demonstrasi jalanan. Penghakiman terhadap Anwar pada 10hb
yang lepas menunjukan dengan jelas yang penyokong Ketua Pembangkang itu tidak
lagi mempunyai keupayaan untuk mendapatkan sambutan ramai. Walaupun Anwar
sendiri telah menjelajah seluruh negara sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan
itu dibuat, sambutannya nampak sangat sudah berkurangan.
Semalam kumpulan mahasiswa yang
mewngadakan perhimpunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman tidak mendapat sambutan
dan brerakhir dengan penahanan pemimpin mahasiswa itu buat kedua kalinya. Jelas
mengadakan perhimpunan tidak lagi menjadi cara untuk mendapatkan perhatian umum
dalam politik hari ini.
Penjelajahan Anwar yang terakhir
ialah di padang Jalan Timur, Petaling Jaya pada 9hb februari, Petaling Jaya dan
kehadirannya tidak seramai yang diharapkan walaupun isu Sodomi 2 ini cuba
diperbesarkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Hanya 2000 orang sahaja yang hadir dan
jumlah itu tidak cukup untuk membina aura penentangan yang kuat terhadap
kerajaan. Tujuan untuk memindahkan pandangan orang ramai untuk mengkritik
sistem Kehakiman negara tidak berjaya sepenuhnya.
Jumlah 2000 orang itu adalah
terlalu kecil jika dibandingkan besarnya isu yang dibangkitkan oleh pemimpin
pembangkang termasuk Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan beberapa orang
pemimpin PAS seperti Mat Sabu dan yang lain. Pada tahun 1998 dahulu, ratusan
ribu manusia terus berbaris ke Seri Perdana di hari pemecatan Anwar sebagai
ahli UMNO pada malam itu juga. Jika ada yang masih merasakan yang aura sokongan
manusia di negara ini untuk Anwar jelas telah merudum dan tidak akan
kemana-mana selepas ini.
Walaupun Anwar tampil kedepan
sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan itu dimerata tempat dengan ucapan yang
berapi yang beliau tidak akan tunduk dengan tekanan politik terhadap beliau dan
ketiadaan beliau tidak menjejaskan usaha membawa rakyat mara ke depan menentang
kerajaan.
Sampai ke hari ini
pemimpin-pemimpin pembangkang masih lagi menjual isu yang sama dengan nada yang
sama yang sudah tidak menjadi isu lagi. Malahan setengah dari pemerhati politik
tanahair menjangkakan isu Anwar dengan pensabitan beliau dengan kesalahan
meliwat ini tidak akan pergi ke mana-mana dan ada yang mentafsirkan keadaan ini
menunjukan yang Anwar sudah beransur-ansur menjadi ‘spent force’ politik dan
dalam jangka masa yang pendek sahaja Anwar tidak akan mampu untuk membawa
penyatuan terhadap kerjasama di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Sebab yang paling ketara sekali ialah
minat dan sokongan orang ramai telah mula pudar semenjak pertelingkahan di antara
pemimpin-pemimpin DAP dan PAS beberapa ketika dahulu hasil dari perbezaan dalam
sudut perjuangan parti-parti itu yang berbeza dan tidak sependapat dalam banyak
isu. Pertelingkahan terbuka pucuk pimpinan PAS dan DAP sesungguhnya membuatkan
penyokong PR dan mereka yang duduk diatas pagar telah meninggalkan minat mereka
untuk menyokong itu jauh kebelakang.
Kita boleh lihat unit amal PAS
tidak lagi menampakkan kehadiran mereka dalam setiap ceramah PKR mahu pun DAP
sejak kebelakangan ini dan dari psikolojinya sahaja ia telah meranapkan aura
sokongan terhadap mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat itu. Pemimpin yang masih
bergelora dengan kenyataan dan kritikannya terhadap kerajaan BN sekarang ini
hanyalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sahaja dan tidak ada kecenderungan
pemimpin Melayu Islam yang kedepan secara ganas untuk membawa dan menyambung
kerja buat Anwar dahulu.
Dengan merudumnya aura Anwar
sejak akhir-akhir ini ramai di antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah
menunjukan keletihan mereka untuk meneruskan perjuangan mereka. Ramai di antara
pemimpin mereka yang bercakap dengan saya mengakui yang perjuangan untuk
mempertahankan Anwar sudah tidak boleh diteruskan lagi. Isu mempertahankan
Anwar itu sudah berlarutan keterlaluan dan stamina untuk meneruskannya sudah
tiada lagi.
Rakyat sedang menghadapi isu-isu
yang lebih menekan kerana isu terlalu banyak yang di lemparkan kepada pihak BN
dan kerajaan. Mereka tidak lagi menganggap isu Anwar sebagai isu yang
terpenting kerana dikalangan UMNO dan rakyat sendiri sedang berlaku pergolakan
besar menentang kepimpinan Najib dan sekutu-sekutunya dalam parti itu.
Rakyat lebih cenderung untuk
melihat perubahan dalam UMNO dan mereka berpendapat mereka mempunyai peluang
besar untuk membetulkan parti-parti dalam BN dari memperjuangkan nasib Anwar
seorang itu. Mereka mempunyai keyakinan yang jika UMNO dan BN mampu membawa
perubahan kepimpinannya maka tidak mungkin Pakatan boleh menempa kemajuan lebih
dari apa yang mereka capai dalam pilihanraya yang lalu.
Pilihanraya 2014 adalah peluang
terakhir bagi Pakatan Rakyat untuk menjejak kaki di Putrajaya dan peluang itu
telah berakhir dengan masalah-masalah intra-parti yang berlaku dalam gugusan longgar
Pakatan Rakyat itu. Pakatan Rakyat tidak boleh lagi bergembira dengan
kemenangan undi popular 52 peratus yang mereka perolehi dalam PRU yang lepas.
Itu sudah menjadi sejarah kerana tidak mungkin persahabatan yang terjejas di antara
PAS dengan DAP itu akan mampu mempertahankan undi popular 52 peratus yang
mereka capai pada PRU 2014 yang lepas.
Kekuatan PR itu telah tercapai
semasa itu, kerana diwaktu pilihanraya 2014 sedang berlaku perpaduan di antara
parti-parti dalam PR begitu kukuh dan jitu. Sekarang ia tidak lagi begitu. Jika
masih ada dikalangan pimpinan PR percaya yang mereka akan lebih kuat selepas
Anwar dipenjara, itu adalah seperti ‘mimpi di siang hari’ semata-mata.
Memomokan sistem kehakiman yang
keterlaluan yang dilakukan pihak pembangkang jelas telah menjadikan ramai yang
berasa mual dan tidak mahu lagi menyokong tindakan mereka. Membawa isu
konspirasi politik juga sudah menjadi perkara yang basi dan ramai yang sudah
menjemukan selera rakyat untuk berjuang bersama pembangkang.
Pembangkang hanya akan menjadi
bertambah kekuatannya jika tindakan perubahan yang dilakukan oleh UMNO sekarang
ini tidak berjaya dan mereka yang berada dalam barisan kepimpinan hari ini
masih berkuasa semasa menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Hakikat ini
benar, jika masih lagi barisan kepimpinan hari ini berada dan berkeliaran di
Putrajaya semasa kita menghadapi pilihanraya nanti, itu bermakna UMNO dan BN
sememangnya menempah kekalahan dihadapan rakyat.
Itu sahaja peluang yang ada bagi
pembangkang untuk mengekalkan kekuatan yang sebanyak sedikit telah hilang
sekarang ini.
16 comments:
Jangan disangka tiada buaya di air yang tenang. Demonstrasi tidak diaktifkan oleh sebab tidak mahu menimbulkan doktrin PR asyik berdemonstrasi. Pergeseran dikalangan komponen PR tidak boleh dibuat ukuran, selagi pencerahan tidak dimuktamadkan.
Isu liwat ni ditimbulkan oleh Karpal Singh dan mula dibesarkan oleh Mat Sabu dengar memberi gelaran Anwar Aljuburi.Bezanya ketika itu Anwar di pihak kerajaan dan bila Anwar di pihak pembangkang tiada lagi suara dari mereka ni mengenai perbuatan Anwar ni. Bukankah ini munafik namanya.
bukan tak laku tapi yg rajin dan brani dok demo dulu dah berusia..yg muda2 lani tak brapa didedahkan..budak2 U pun mana brani..ada pun tak ramai..
Alo kawan..we are really tired with u guys. Whats so great with that asshole anwar. Anwar mouth is full of lies. Tu pun tak sedar lagi ke? Dont b so stupid...
liwat 1 ramai simpati kpd anuar. liwat 2 majoriti rakyat tidak simpati kpd anuar lagi kerana telah kenal siapa anuar sebenarnya. sanggup sokong keselamatan israel yg sangat zalim itu untuk dia dpt sokongan amerika. sanggup pecat khalid dan derhaka pd sultan untuk jadikan bininya mb selangor dll
Macam ni sajalah. Bagi yang sokong Anwar teruskanlah.
Bagi yang sokong UMNO/BN sokonglah dengan hati terbuka. Janganlah lagi komplain harga barang mahal, gaji tidak sepatutnya, harga rumah tinggi dll. Biarlah pimpinan UMNO yang bijaksana mengatur duit negara, duit rakyat.
Lihatlah cara Najib perintah negara. Ada suka? Ada setuju? Ada pembaharuan?
Kalau yang komplain itu orang PR tak apa. Kalau yang komplain susah itu ini orang BN UMNO, sabar sajalah......
Dlm kes sodomi 2 ini, saya perhati orang melyu kurang buat komen mcm hakim tak adil atau anwar di aniya. Mungkin sebab orang mulai rasa anwar tak lah 100per cent tak bersalah??
Knapa komentar dah brubah Nada? Letih nampak...
salam 2 all,
Buang masa saja dgn demo. There is no more cause to demo. ABI is no longer an issue as the court has made a decision. He has ample time to put his case but he failed. He is the greatest liar and will always be in the future. He has desire to change and I don't want such a person to be my number one. So I would prefer that he stay in Sg. Buloh for the rest of t=his natural life. It may sound cruel but that was his making. Malaysia was never in such a situation till he became what he was today. No sympathy towards him.
Kembalilah kepada Islam yg sebenar. InsyaAllah selamat dunia akhirat..
Diaorang taknak sbb dapat penat jerr...terpekik,terlolong..ke hulu-ke hilr...kalau kasi upah rm2,3ratus sorang,berbaloi la jugak...minyak keta sendiri hidup, tambang bas sendiri hidup,makan-minum sendiri hidup...saper nak sacrifite cam tu lagi....
Siapa yang berkuasa, dialah yang bersuara.
Ko pandai sangat buat langkah kajang, dapat langkah sg buluh. TSKI boleh bermain golf dan melayan cucunya.
Yg demo kamikaze tu dulu Wahabi.
Skrg B A B I asyik serang agama Islam Pas Dan ulama pas, camne geng ni nak turun padang.
Salam. Mohon izin Blog ini dipautkan ke spotthebloggers.blogspot.com .Sila email kepada spotthebloggers@gmail.com sekiranya tn membantah. TQVM
SEBELUM tarikh berlakunya perhimpunan ini , saya ragu ragu juga tentang sambutannya. Namun ternyata perhimpunan jalanan ini masih mampu menunjukkan sokongan pada anwar,byk gambar dan video mengesahkannya,
Post a Comment