13 February 2015

Perginya seorang tokoh yang sukar dicari ganti

Semasa sedang berehat malam semalam, saya diberitahu oleh ramai, ratusan jumlahnya SMS yang Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat (TGNA) telah tiada lagi dan telah kembali ke Rahmatullah dalam usia 84 tahun. TGNA sememangnya telah menghadapi keuzuran sejak akhir-akhir ini tetapi pemergiannya buat selama-lamanya itu membuatkan saya dan tentu ramai lagi merasakan kehilangan seorang yang sepanjang hayatnya berjuang dalam politik tanahair tanpa jemu.

TGNA adalah seorang yang tidak ada siapa yang tidak mengenalinya kerana beliau merupakan seorang pemimpin ‘spiritual’ parti PAS yang telah merintasi batasan persempadan negara dan namanya dikenali diseluruh dunia bukan sahaja dikalangan negara Islam malahan dikalangan negara dan pemimpin bukan Islam di merata negara.

Kita tidak perlu menyentuh apa sumbangan beliau terhadap negara dan Islam, kerana itu sudah menjadi pengetahuan awam. Tetapi apa yang jangan dilupakan tentang diri TGNA ini ialah sifat kesederhanaan hidup beliau walaupun beliau merupakan seorang pemimpin besar malahan menjadi idola besar kepada ramai rakyat negara ini tanpa mengira parti dan politiknya.

Beliau dihormati oleh semua lapisan masyarakat berbilang kaum dinegara ini kerana kesederhanaan hidupnya dirumah kampungnya di Pulau Melaka dan dari situlah beliau memimpin partinya dan menjadi pemimpin yang tidak boleh dipandang enteng oleh kawan dan lawan beliau dalam politik.

TGNA telah membuktikan yang pemimpin tidak semestinya menunjukan sikap membazir dan hidup melebihi dari keadaan mereka sendiri. Kata perbilangan tidak hilang bisa ular menyusur akar; begitulah keadaannya bagi TGNA selama ini.

Dengan tiadanya TGNA maka kita kehilangan seorang pemimpin dan ulama yang disegani oleh semua pihak tidak kira oleh pemimpin dan ahli agama serta politik tetapi juga oleh semua pihak dan dikatakan beliau merupakan salah seorang pemimpin Islam yang paling berpengaruh di dunia ini.


Kita hanya mampu berdoa agar roh pemimpin ini ditempatkan dan dibariskan bersama roh aulia-aulia, ambia-ambia serta syuhada.

10 comments:

Anonymous said...

Saudara Aspan

One thing which reminds me of Tok Guru is that he was a simple and humble man who really 'walked the talk'. He is indeed a political figure who towers above the rest. Malaysia has lost one of its highly principled and respected leaders, and he will be greatly missed.

Anonymous said...

Saudara Aspan

One thing which reminds me of Tok Guru is that he was a simple and humble man who really 'walked the talk'. He is indeed a political figure who towers above the rest. Malaysia has lost one of its highly principled and respected leaders, and he will be greatly missed.

Anonymous said...

Maybe Tok Guru walked the talk but he lied when he says heaven is only for the people who voted PAS in the GE. Pls be honest to Allah s.w.t

Anonymous said...

What he and others meant by vote for PAS is vote for Islam. PAS is Islamic party.

awang batuburok said...

Dear Anon 19:33,

Your wild accusation is based on TV3Qtr and Utusan Meloya reports...shame

Anonymous said...

But why you never high-light what he also said. Even pas people and voters will go to hell if they dont obeY ALLAH.
PRAY 5 TIMES A DAY. FASTING IN RAMADHAN AND OTHERS.
So what he meant was, vote pas mean vote for islam. But,it is not a free ticket to heaven.
You must observe many other ALLAH'S ORDERS
Tok Guru had even condemmed Pas supporters for smoking,especially in public.
what does this mean?

Anonymous said...

Dear Anon 07.38 Where have you been? just woke up from slumber are you?

tebing tinggi said...


Di harap umat Islam Malaysia dapat bersatu semula .

Nyatukan kobou sonang ,nyatukan manusio banyak penghalangnyo .

Anonymous said...

Kepada anonymous-anonymous yang mendakwa Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz ada mengeluarkan kenyataan 'syurga hanya untuk mereka yang mengundi PAS', sila buat kajian secara menyeluruh dengan telus, tidak usahlah hanya sekadar memetik sedikit ucapannya (itupun jika ada) untuk digoreng-goreng. Anda hanyalah ibarat orang yang baru belajar buang tahi ikan bilis hari ini tetapi hendak membuka restoran pada hari lusa.

Anonymous said...

Tuan

Pengalaman saya dengan mereka2 yg membenci TGNA selalunya mereka akhirnya akan menjadi penyokong kuat TGNA