Allahyarham Tok Guru Nik Abdul
Aziz Nik Mat (TGNA) dihormati ramai sehingga akhir kalamnya. Sebabnya adalah
‘obvious’, iaitu kerana beliau seorang ulamak yang memainkan peranan membentuk
dan landskap politik negara terutamanya sejaka 20 tahun terakhir dalam
hidupnya. TGNA dianggap sebagai seorang yang merendah diri dan hidup begitu
‘simple’ dan beliau tidak memerlukan rumah yang besar seperti
pemimpin-pemimpi UMNO dan sesetengah
pimimpin PAS sendiri.
Di mana beliau tinggal sebelum
memegang jawatan Menteri Besar di situ jugalah beliau duduk dan tinggal semasa
memegang jawatan Menteri Besar itu. Bagaimana beliau berpakaian sebelum menjadi
Menteri Besar begitu jugalah pakaiannya semasa dan sesudah menjadi Menteri
Besar. Beliau tidak berubah cara hidup beliau walaupun beliau merupakan salah
seorang pemimpin besar negara ini.
Beliau tidak ke sana ke mari dengan
jet-jet mewah dan mempunyai isteri yang memegang pelbagai jawatan serta
mempunyai pengaruh terhadap pimpinan beliau setiap masa. Malahan ramai yang
tidak mengetahui nama isteri beliau. Di Singapura dahulu tidak ada siapa yang
mengetahui nama isteri Lee Kuan Yew sampailah isterinya meninggal dunia,
barulah namanya timbul. Itu pun sekarang ramai yang sudah lupa nama mendiang
isterinya termasuk diri saya sendiri.
TGNA tidak mempunyai kehidupan
yang glamour tetapi beliau tetap pemimpin besar kerana beliau betul-betul
memilih cara hidup yang wasatiyah seperti saranan Dato' Seri Najib. Akhirnya
yang bercakap tentang wasatiyah membelanjakan wang rakyat dengan begitu boros
dan TGNA yang tidak melaungkan istilah wasatiyah tetap hidup dengan wasatiyah
yang sebenarnya wasatiyah.
Ramai di antara kita yang
beranggapan TGNA adalah seorang yang tidak kaya-raya dan tidak pula miskin
kerana beliau berbelanja mengikut keupayaaan beliau dan tidak banyak
menggunakan wang rakyat untuk kepentingan keluarga dan peribadi beliau.
Tetapi akhirnya terbukti TGNA
merupakan orang yang terkaya di antara pemimpin-pemimpin negara. Semasa
kematian beliau dua hari lepas, terbukti yang TGNA merupakan pemimpin yang
teramat kaya. Berita kematian beliau telah diterima dengan begitu terharu oleh
rakyat tanpa mengira kefahaman politik dan bangsa dan budaya. Beliau dihormati
oleh ramai manusia bukan sahaja dalam negara ini tetapi berita kematiannya diketahui umum di peringkat antarabangsa.
Inilah kekayaan yang sebenarnya
yang setiap umat perlu cari. Mahu tidak mahu kita wajar menerima kenyataan yang
TGNA merupakan pemimpin yang terkaya melebihi kekayaan yang ada pada
pemimpin-pemimpin besar yang lain. TGNA telah menunjukan betapa fakirnya banyak
pemimpin-pemimpin yang lain semasa kematiannya.
Saya begitu kagum melihat
keramaian rakyat yang datang menziarahi jenazah beliau. Saya yang tidak
berkesempatan untuk ke Kota Bharu hanya melihat lautan manusia yang membanjiri
Kota Bharu di hari pengkebumian beliau. Inilah kekayaan pemimpin ini yang sangat
terserlah dan boleh dilihat dengan mata kepala kita sendiri.
Dalam kehidupan ini, bagaimana
kita memulakannya tidak begitu penting, tetapi yang paling penting ialah bagaimana
kita mengakhiri kehidupan kita. Segala amal dan ibadah serta ubudiyah dan amal
sedekah kita itu semata-mata untuk mencari kekayaan di dunia dan akhirat. Kita
mahu mati dalam kalimah dan seterus berbahagia di alam yang kekal itu nanti.
Bagi mereka yang berjaya untuk mencapai kekayaan ini, mereka adalah kekayaan
yang sejati dan sebenarnya.
Kekayaan wang ringgit bukan lagi
setaraf dengan kekayaan jiwa kita. Kita boleh menjadi orang yang kaya dengan
wang ringgit tetapi jiwa mereka masih fakir dan tidak bernyawa. Bagi mereka
yang kaya jiwanya boleh dianggap sebagai seekor ikan yang hidup bertahun-tahun
dalam lautan masin yang dalam, tetapi tidak terpengaruh dengan keadaan masin
persekitaran dalam lautan yang luas itu. Jika ikan yang hidup dan berjiwa ini
dikeluarkan dari lautan yang dalam dan masin itu, ia akan tetap tidak masin dan
terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang mencabar itu.
Sebaliknya, jika kita kaya tetapi
fakir jiwa, kita boleh dianggap sebagai ikan mati yang akan hanyut mengikut
arus, atau dalam bahasa Inggerisnya ‘swimming with the flow’. Mereka ini ibarat
ikan mati yang jika dimasukkan ke dalam air yang masin buat beberapa ketika dan
dijemur, ikan itu akan menjadi ikan kering masin, kerana elemen masin itu telah
meresap ke dalam ikan mati itu. Ikan masin kering ini selalunya akan terbuka
matanya tetapi tidak bernyawa kerana sudah menjadi ikan masin yang akan digulai
dan dimakan sebagai hidangan yang enak.
Kalau dilihat dari zahiriahnya
ada tanda-tanda besar yang TGNA merupakan pemimpin yang sangat kaya, malahan
lebih kaya daripada ramai pemimpin-pemimpin yang lain. Pembanjiran puluhan ribu
manusia berbilang kaum dihari pengkebumian beliau tiga hari lepas jelas
menampakkan bagaimana kayanya TGNA pemimpin politik dan masyarakat yang sangat
popular itu.
Sesungguhnya TGNA adalah seorang
yang paling kaya yang kita lihat dalam sejarah negara kita. Beliau kaya dalam
erti hakikatnya yang sebenar.
Saya berdoa agar rohnya sebaris dengan roh-roh aulia, ambia-ambia serta syuhada.
Saya berdoa agar rohnya sebaris dengan roh-roh aulia, ambia-ambia serta syuhada.
9 comments:
Tak perlu diagung2kan.Nanti bidaah Dan kufarat. Dia hanya manusia biasa Dan bukan yg terpilih.
Aku tak tahu nak kata apa, ada yg mengagungkan tapi ada juga yg sebaliknya. Apapun aku nak minta tumpang lalu kat sini bagi kerja aku sikit.
Jika tuan rumah tak izin, mohon padam komen ini:
ASSALAMUALAIKUM SEMUA
UMRAH PERSENDIRIAN APPL TELEGRAM
Asalnya menggunakan whatsapp (rengkasnya UP) di wujudkan pada awal 05 jun 2014, kini keahlian melebehi 400 org. Disebabkan group UP telah melebihi bilangan 50 yang dapat di tampung melalui satu group whatApp, UP mewujudkan perantara perhubungan "telegram" yg membolehkan lebih ramai ahli UP di add dlm satu group dgn nama yang sama iaitu Umrah Persendirian. Satu group telegram boleh tampung 200 pax. Kini dah ada group 3.
Apapun yg di gunakan tidaklah di kesahkan salkan matlamat dan tujuan tercapai. tujuan menyampaikan pengalaman individu atau kumpulan dari kalangan ahli yang telah menunaikan umrah cara persendirian ataupun UMRAH DIY kepada bakal jemaah yang bercadang menunai umrah cara ini. Di dalam kumpulan, terdapat beberapa orang yang telahpun menunaikan UMRAH cara UP sebelum group ditubuhkan dan ada ahli group yang menunaikan ibadah umrah selepas UP ini di tubuhkan.
Perbincangan group hanya memfokoskan pada cara hendak mendapatkan visa umrah bagi bakal jemaah persendirian, penempahan tiket dan hotel, serta cara melaksanakan ibadah umrah dan lain-lain perkara berkaitan umrah. Bagaimana pun berlaku juga muatnaik perkara lain seperti hal haji semasa musim haji ini.
UP group memang telah membantu memberi penerangan bagi bakal jemaah umrah cara persendirian dari mula sampailah kepada perlaksanaannya.
Semangat dan keinginan yang bagitu membara di kalangan ahli terhadap UP telah membawa kepada satu perjumpaan tidak formal yang telah berlangsung pada 14 sept 2014 bertempat di Dewan Mesyuarat DBKL bersebelahan Padang Merdeka Kuala Lumpur. Kehadiran dari pelbagai daerah di Malaysia, ada dari Kelantan, Johor bahkan ada yang sanggup terbang dari Sarawak selain dari lembah Klang termasuk Seremban dan Melaka. Kebetulan juga ada tiga orang yang hadir adalah ustaz yang pernah belajar di Pakistan, Mesir dan Jordan dan tinggal di Jedah menguruskan perniagaan termasuklah menguruskan para jemaah umrah persendirian. Dalam sesi taaruf memang banyak pengalaman dari para hadirin, sebelum ini kurang terdedah kepada pengetahuan umum khasnya rakyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah.
Dindalam group UP terdapat juga penterjemah khutbah ke Bahasa Melayu di Masjidil Haram iaitu Ustaz Aswadi yg sering memberikankan maklumat semasa di Mekkah dan beberapa pelajar lain di Mekkah. Dua pelajar Universiti Islam Madinah dan beberapa orang petugas Meccametro (ERL ARAFAH-MINA) dimusim haji yg lepas.
Jika pembaca di sini berhajat menyertai group telegram ters3but dgn syarat seorang berugama Islam dan berumur melebihi 18 tahun, bolehlah menghubungi dgn memberikan no telegramnya ke email, umrahsenang@gmail.com. Tuanpuan juga boleh menghubungi terus ke ID telegram saya @umrahpersendirian bagi yg arig sistem telegram.
Tiada apa kewangan terlibat oleh itu tiada apa bayaran di kenakan oleh UP.
Terima kasih semua pembaca dan terimakasih tuan rumah
Camna nak tau yg terpilih ya?
Yang selalu naik jet keliling dunia ke?
Anon 20.42
Apa awak tau tentang TGNA....bidaah apa...yg mati dgn meriam 21 das apa dia..memang dia manusia biasa...segi alimnya dan sifat nya macam mana..bukan yg FCrew betul agak nya yang p keliling dunia nahaha
Salam Aspan;
bagilah kupasan idea idea dan sumbangan TGNA pada negeri Kelantan khasnya dan rakyat Islam Malaysia secara umum.
Tak cukuplah seorang tu zuhud dalam kehidupan dia kalau kezuhudan tu tak menambah baik kehidupan orang lain.
Setiap kali membaca artikel atau rencana tentang tgna hati ini pasti sebak dan air mata akan mengalir tanpa sedar. Inilah insan yang kehilangannnya telah mengajar saya apa itu rindu. Sungguh rindu itu amat perit untuk kita telan. Al-fatihah..semoga tgna diempatkan di tman2 syurga dan menjadi tetamu agung sang pencipta.
On Umno rejecting Islam and are not muslims, and how PAS had educated DAP in accepting hudud way better than Umno could:
“Harapkan UMNO nak ajak Islam lagu mana, dia sendiri tolak Islam. UMNO tolak Islam, nak dia perkenal Islam pada MCA dan DAP macam mana. Satu rahmat Cina Malaysia ini kerana Pas bersama DAP. Serangan DAP kepada Islam Alhamdulillah sekarang ini bertukar daripada langkah mayat kepada boleh berunding, Alhamdulillah kejayaan. Mana UMNO boleh buat.” Source.
Condemning all Umno members as rejecting Islam and won’t get any pahala (rewards) from Allah:
“Mereka tolak Islam. Tolak Islam, tolak agama Allah lah. Tuhan mana nak bagi pahala? Sebab mereka berbalah dengan Tuhan. Mereka sembahyang tak dapat pahala.” Source.
On rape:
“Dah dia buka aurat. Dirogol. Padanlah muka dirogol. Dia dok jual murah murah. Betis dia, muka dia, peha dia. Rogol lah! Peduli apa?” Source.
Defending Shahnon Ahmad and his book ‘SHIT’ for the usage of lewd profanities like “pu*imak”, “b*toh, hurled towards the then PM in 1999:
”Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tetapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya”. Source.
On who is better suited to be a leader of the country:
“Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama.” Source.
On smokers, or seemingly pious people who don’t follow religion:
“Lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam. Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu” Source.
On PAS getting helped by the anti-hudud DAP (even Satan) in facing the general elections in 1999:
“Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” Source.
In 1963, criticising the Alliance for partnering non-muslims in forming the Government:
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram.” Source.
In partnering DAP to face the general elections:
“Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang.” Source.
While asking Datuk Seri Dr Mahathir to resign in 1999 claiming the PM is old and senile:
“Jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok saya pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.” Source.
Al Fatihah.
Other quotes may refer to here and here.
kepada anom 23.34.00
saudara, terlalu besar sumbangan TGNA untuk rakyat Kelantan untuk makluman saudara.
Memang kalau saudara hanya berfikir mengikut hawa nafsu saudara tidak akan nampak kejayaannya tetapi kalau saudara berfikir mrnggunakan akan yg waras saudara akan nampak banyak kejayaan.
di antara kejayaan beasr TGNA semasa mentadbir Kelantan ialah beliau berjaya menghapuskan premis2 judi dan menukar akaun kewangan kerajaan tanpa riba dan dengan yg demikian maka selamatlah rakyak Kelantan drp kegiatan2 tersebut.
Kelahirannya juge spt anak kg yg biase
Post a Comment