16 February 2015

Tidak menyertai PRK Cempaka tindakan bijak, tetapi ada pihak yang tidak menggemarinya

Jika BN tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam PRK Cempaka, ia bermakna akan memberikan kemenangan percuma kepada PAS dan ini merupakan satu tindakan politik yang sangat bijak dan perlu mendapat sokongan bukan sahaja dari PAS tetapi juga dari ahli-ahli dan pemimpin UMNO juga. Blog ini sependapat dengan pandangan peribadi Mustapha Mohamad serta pandangan Khairy Jamaludin supaya lebih elok BN atau UMNO tidak turut serta dalam pilihanraya kecil itu. Mereka berpendapat agar UMNO serta BN dan kerajaan pusat menumpukan usaha memberikan tumpuan kepada pembangunan kembali Kelantan setelah menimpa kerugian dan kerosakan besar dalam banjir besar baru-baru ini.

Sebagai sebuah parti, UMNO akan nampak sebagai sebuah parti yang matang kerana bertindak mendahulukan kepentingan ramai dari memenangi kerusi Cempaka yang tidak menambahkan kekuatan UMNO jika memenangi kerusi Cempaka sekali pun. Ada pihak yang tidak gemar dengan tindakan UMNO memilih untuk tidak turut serta dalam PRK ini terutamanya dari pembangkang tetapi UMNO tidak perlu terpengaruh dengan kritikan pembangkang dan pemimpinnya itu. Sebagai parti pembangkang tentulah tindakan UMNO itu akan menyakitkan mereka kerana mereka walaupun penarikan diri  UMNO dalam PRK itu bermakna memberikan kemenangan percuma kepada mereka.

DAP menganggap ini adalah satu plot BN untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Apa pun tuduhan DAP UMNO wajar bertindak mengikut ‘reality’ dan hakikat politik yang menyertai PRK itu akan hanya merosakkan usaha rakyat untuk bersatu. UMNO tidak perlu bermain mengikut kehendak pembangkang. UMNO dan kerajaan pusat wajar memberikan tumpuan terhadap membangunkan semula Kelantan setelah mengalami kerosakan besar kerana banjir yang teruk Januari lalu.

Tindakan ini akan memberikan persepsi yang UMNO bertindak mendahulukan rakyat dari pilihanraya kecil yang hanya membawa belah kepada masyarakat tempat di Kelantan. DAP sememangnya tidak gemar jika UMNO tidak turut serta kerana adalah hakikat yang nyata DAP atau PKR hanya boleh ‘survive’ dengan perpecahan rakyat. DAP tidak juga boleh di salahkan kerana mereka mahukan perpecahan di Kelantan untuk mengekalkan momentum mereka dalam penentangan mereka terhadap Putrajaya. DAP adalah parti politik dan selama ini mereka mendapat sokongan dari perpecahan rakyat yang nyata akibat kelemahan pimpinan BN khususnya UMNO. DAP tidak akan hidup jika tidak ada isu tempatan yang besar.

Rakyat Kelantan khususnya di Cempaka perlu mengutamakan kesejahteraan tempatan kerana akibat banjir besar baru-baru ini, usaha bersepadu adalah sangat diperlukan untuk membangunkan kembali dan memperbaiki semula apa yang telah rosak akibat banjir itu. DAP juga yang mengkritik kerajaan negeri Kelantan yang tidak berapa betul dalam pengendalian isu banjir ini semasa banjir mula surut dahulu. Pedulikan pandangan pihak yang ingin melihat perpecahan di Kelantan.

Yang penting mereka perlukan kerjasama yang rapat bagi keutuhan Kelantan sendiri tanpa berpaut kepada kepentingan kepartian dan kelompok. Dalam keadaan susah di Kelantan tidak akan ada sesiapa yang berterusan memberikan bantuan kepada mereka. Mereka wajar menghadapi masalah itu sendirian dan berkerjasama tidak kira mereka ahli parti-parti mana. Mereka tidak boleh mendengar kritikan pemimpin-pemimpin parti yang hanya timbul sehari dua semasa banjir itu dan membenarkan mereka untuk menentukan nasib rakyat Kelantan.

Jika benar UMNO tidak meletakkan calon dalam PRK Cempaka, ia akan dianggap sebagai permulaan dalam usaha perpaduan setidak-tidaknya di peringkat Negeri Kelantan dan ianya tentunya akan menjadi tauladan bagi mereka di negeri lain. Tetapi tentulah ada pihak yang tidak senang dengan usaha ini dan rakyat Kelantan tidak perlu ambil pusing dengan keresahan pihak yang kita maksudkan itu.

Yang penting, rakyat Kelantan tanpa mengira kepentingan kepartian tidak perlu menari mengikut gendang yang dipalu oleh pihak lain yang luar dari Kelantan itu. Jika ada permulaaan untuk bersatu di antara pihak-pihak yang berbeza fahaman politiknya di Kelantan buat kali ini, maka ia boleh dilihat sebagai permulaan untuk penyatuan rakyat yang sama bangsa dan agamanya sebelum kita melihat penyatuan di antara semua kaum di negara ini.

Kita telah melalui berbagai-bagai kejadian yang agak buruk, tetapi untuk mendapat kebaikan melalui segala keburukan dan ketidak tentuan itu adalah fenomena biasa. Jika ini permulaan untuk rakyat bersatu tanpa mengira kepentingan parti masing-masing maka kita terima dengan senang hati, walaupun ada pihak yang tidak menggemari keadaan ini berlaku. Kumpulan yang tidak menggemari tindakan UMNO itu adalah mereka yang suka memasang lukah ditempat yang sempit dan mengail di air yang keruh sahaja.


Mengeluh mereka jika tidak berjaya memecah belahkan rakyat Kelantan kerana ia membawa kepayahan bagi mereka untuk mencapai cita-cita mereka untuk berpolitiking semata-mata.

9 comments:

Anonymous said...

Tuan lebih baik juga umno tidak bertanding di pmtg pauh.Disini pun buang masa saja kalau umno bertanding.Disini kami semua penyokong tegar pkr.Lebih baik selamatkan wang rakyat.

Anonymous said...

No....pmtg pauh penting utk menilai reaksi rakyat terhadap kes anuwar.

Anonymous said...

Niat Mereka Nak tunjuk bahawa pengaruh Anwar sudah menurun!

Tapi Hati Hati...Bolih Backfire Ooi. Nanti lebih malu kalau kalah teruk!!

Anonymous said...

"BN tidak bertanding dalam PRK Chempaka adalah tindakan politik yang sangat bijak dan perlu mendapat sokongan bukan sahaja dari PAS tetapi juga dari ahli-ahli dan pemimpin UMNO juga". Saya bersetuju kenyataan di atas. Bagaimanapun, saya tidak bersetuju jika saudara Aspan berpandangan "DAP atau PKR hanya boleh ‘survive’ dengan perpecahan rakyat". Sebenarnya DAP dan PKR hanya boleh survive sekiranya BN tidak amanah, intergriti dan prejudis terhadap kaum dan ugama.

Anonymous said...

Chempaka sebab adun meninggal Dan kelantan dlm proses pemulihan banjir. Permatang pauh sebab peerbuatan sendiri. Hukum alam, Suruh org Letak jawatan Dan akhirnya Allah balas letakkan dlm sg buloh Dan kena Letak jawatan. Malukan org dgn fiitnah, akhirnya Allah buka aib sendiri Dan didapati bersalah oleh mahkamah.

Anonymous said...

Dalam keadaan tiada ancaman luar, Melayu tidak akan bersatu atas nama bangsanya atas sebab DNA mereka yg rojak. Apakah persamaan agama akan dapat menyatukan mereka pula? Juga tidak mungkin atas sebab kewujudan 'sistem kasta' ciptaan penganutnya yg jahil yg menyebabkan perbalahan. Oleh yg demikian hanya khayalan saja jika tidak bertanding dalam DUN Cempaka akan tiada perpecahan. Hanya menjimatkan kos saja manfaat yg bakal diperolehi.

Anonymous said...

Tuan AA
Jika Umno meletakkan calon untuk PRK DUN Chempaka adalah lebih baik, sebabnya pada masa itulah paling sesuai melambakkan projek-projek segera untuk pemulihan pasca banjir. Elok Umno letakkan calon dan dalam tempoh berkempen pihak Umno dan BN tidak perlu turut berkempen menyerang calon parti lawan. Tentu tidak akan wujud perpecahan dan buatlah sahaja kerja pemulihan itu semata-mata untuk membantu mangsa banjir. Jika kalah pun Umno boleh menggunakan alasan mereka tidak berkempen untuk menang atau kalah. Tetapi jika Umno menang disebabkan rakyat menilai keikhlasan Umno untuk membantu pemulihan pasca banjir, bukankah itu satu bonus? Umno hilang moral parti jika tidak bertanding di kerusi itu. Hendak dikatakan Umno sudah jadi bacul pun, boleh juga.

Anonymous said...

Pandangan tuan 17Feb 2015 at 15.50 Bagi saya tak berapa setuju. Kalau letak calun berapa duit akan melayang semasa berkempen.Kita telah ada pengalaman pada PRK yg terdahulu. Harga Sewa rumah melambung - jentara utk berkempen perlukan rumah itu satu contah yg saya kemukakan.
Adalah lebih baik wang tersebut disalukan terus kpd mangsa terjejas banjir dan juga membaiki kerosakan infrastrutur yg rosak akibat banjir.

Anonymous said...

Tiada pertandingan demokrasi akan mati. Sistem metokrasi juga boleh jalan.
Kenyataan bodoh Dan lembik Dari menteri2 umno yg sememangnye sotong. APA skrg umno Dah tak boleh multi tasking yaani hadapi prk Dan memulih negeri Dari kesan banjir.