Saya adalah anak Negeri Sembilan tulen, dan Adat Perpateh itu memang pegangan masyarakat di sekeliling saya.
Suku saya adalah dari suku Selemak Pahang, kerana ibu saya adalah dari suku itu dan saya adalah Anak Buah yang taat kepada suku yang saya banggakan ini.
Dalam setiap suku anak-anak buah melantik Buapak, dan Buapak pula melantik Lembaga (yang selalunya dipanggil Dato Lembaga).
Dato Lembaga dari suku-suku inilah yang melantik Undang, dan kemuafakatan Undang melantik Raja yang diberi gelaran Yang Di Pertuan Besar.
Bagi kami anak-anak buah segala kerja-kerja yang berkait dengan adat, tempat bernaung hanyalah kepada buapak yang kami anak-anak buah lantik itu.
Dalam hal kenduri-kendara dan nikah kahwin di kampung, Buapak inilah yang menjadi orang besarnya, dan dialah yang boleh menunjuk ajar dan menasihati tuan rumah dalam segala urusan kenduri anak buah itu tadi.
Pendeknya, Buapak ini merupakan orang yang sangat penting dan selalunya dia akan duduk di atas tilam pandak khas dan tidak payah membuat kerja dan beliau adalah pemimpin yang hanya mengarah anak-anak buah untuk membuat kerja.
Semasa waktu makan biasanya lauk dan gulai yang terbaik dihidangkan kepada buapak dan anak buah akan pastikan buapak berpuas hati dan selesa keadaannya dalam kenduri tersebut.
Buapak ini bukan sahaja tempat anak buah yang sesuku berlindung, dia juga mempunyai kuasa dalam hal tanah-tanah adat.
Harta anak-anak buah yang sesuku itu tidak boleh dipindah milik kepada suku yang lain melainkan mendapat persetujuan buapak itu tadi.
Kalau dikaji UMNO itu pun terbentuk seperti adat perpateh di Negeri Sembilan.
Ahli-ahli cawangan melantik atau memilih Ketua Cawangan, dan kumpulan Ketua-ketua cawangan memilih Ketua Bahagian dan seterusnya Bahagian memilih Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi, yang kadangkalanya tersalah pilih.
Kalau dalam masyarakat Adat Perpateh ada banyak suku-sukunya dalam UMNO pula banyak puak-puaknya.
Sebahagiannya adalah puak Najib, ada yang datang dari puak Abdullah Badawi, tidak termasuk lagi puak Muhyiddin dan puak yang melata yang bertukar-tukar boss dan ketuanya.
Kali ini saya hanya hendak menyebut tentang sikap Najib yang seolah-olah mahu jadi Buapak.
Buapak itu memanglah satu jawatan adat yang dihormati dan tidak payah bersusah-payah menyembelih, menyiang, memasak dan menghidang.
Buapak itu tidak dibenarkan membuat kerja-kerja tersebut kerana itu adalah adatnya.
Najib sekarang ini tidak mahu bersusah-payah tetapi apabila sudah siap masak-memasak semua lauk pauk yang sedap-sedap mesti dihidangkan kepadanya.
Jika dikaji sistem memilih Raja di Negeri Sembilan yang penuh beradat ini saya ternampak ianya boleh digunakan untuk memilih pemimpin nombor satu negara.
Undang yang Empat bersetuju untuk memanggil seorang dari Pagar Ruyung menjadi Yang DiPertuan Negeri Sembilan untuk menaiki Singgahsana.
Semua yang berpuak ini wajar berunding dan ambil ketetapan untuk menyerahkan jawatan itu kepada Tengku Razaleigh yang ramai berpendapat boleh menyatukan semua pihak yang berpuak-puak kini
Walaupun saya tidak mahir tentang Adat Perpateh ini, saya tahu Adat Perpateh boleh kita jadikan contoh untuk kita melaksanakan sistem pemilihan kepimpinan dan telah terbukti membawa keharmonian masyarakat perpateh itu selama ini.
Lagipun selama ini kita hidup di dalam negara Persekutuan yang dipadankan daripada kerajaan persekutuan di Negeri Sembilan.
Konsep kerajaan berpersekutuan adalah amalan rakyat di Negeri Sembilan sejak berkurun yang lalu.
Sekian………………………Aspan Alias
5 comments:
kampung den daerah naning Melaka pun samo jo pakai adat perpateh..buapak duduk di pangkal, kalau sembelik kambing kepalo nya untuk buapak....Tr kau nak jadikan buapak ? atau Lembaga ? atau Undang atau Raja? adat perpateh ni bagus...itu orang negeri penduduknya tak ramai pasal dia orang masuk tak habis ...suku yo...
aden dah bawa cerita TR sebagai penyelamat bangsa bulan april laii...bila negara hura hara...tapi negara belum huru hara laii..dah betul huru hara ... TR ialah PM Malaysia yang terbaik yang belum pernah Malaysia dapat...
cadangan : penulis blog yg pergi ikut TR jumpa rakyat catat soalan dan jawapan masa sessi soal jawab...dan poskan dalam blog khas, create new blog, nama dialog TR ke, dan link dgn blog yang aktif ...up date setiap kali ada sessi soal jawab TR...jadi siapa nak refer boleh refer kat blog tu...beri tahu orang lah ada blog tu...
Ekau orang nogri, Pan. Isteri kawan pun orang nogeri. Tapi kawan orang jowo.
tak cubo,kito tak tau...tapi kalo cubo kan Ku Li jadi PM itu percaturan bosar...
Nak satu padukan oghang bukan kojo sonang..kito nengok & lihat yo lah....
boleh tak nak tahu siapa yg berada di peringkat lembaga sekarang apa bezanya ahli buapak dan ahli lembaga
Post a Comment