Akhir-akhir ini, saya sering diajak minum petang, minum pagi dan minum tengah malam untuk bertukar pandangan tentang penyertaan Tengku Razaleigh (TR) dalam pemilihan parti Disember ini.
Mereka bersetuju bahawa angin perubahan memang ternyata kuat dan kawan-kawan kerap bertanya apa yang menyebabkan saya menonjolkan TR dari dahulu hingga ke hari ini.
Mereka sekarang sudah mula nampak kenapa TR patut diberikan peluang untuk menerajui kepimpinan negara, apatah lagi dalam keadaan kucar-kacir politik, ekonomi dan sosial yang kian menekan.
Saya memberikan jawapan mudah kepada mereka: TR adalah orang yang telah mengorbankan jiwa raganya kepada parti sejak mula beliau balik dari United Kingdom selepas tamat pengajian beliau.
Saya telah banyak menulis tentang jasa-jasa beliau kepada parti dan negara justeru saya tidak berdaya lagi hendak menulis tentang jasa-jasa tersebut berulang-ulang kali kerana saya mengharapkan rakyat patut membuat kajian setelah diberikan ‘clue’ tentang pengorbanan beliau kepada rakyat.
Hanya saya hendak menjawab pertanyaan kawan-kawan tentang kualiti peribadi beliau yang payah nak ditemui pada pemimpin-pemimpin lain.
Sifat gentlemannya susah hendak didapati di kalangan pemimpin lain dan disebabkan sifat inilah yang menyebabkan beliau mudah diketepikan oleh pihak yang berasa tidak selesa jika TR ada bersama.
Tindakan mengenepikan beliau membawa keuntungan kepada beberapa individu politik, tetapi jelas telah melemahkan parti secara beransur-ansur serta kita kehilangan seorang teknokrat Melayu yang telah banyak berjasa kepada negara.
Beliau adalah seorang pejuang demokrasi yang tulen.
Setelah gagal untuk mendapatkan mandat semasa pemilihan ’87, beliau telah memanggil semua calon Team B yang memegang jawatan dalam kerajaan seperti Menteri, Timbalan Menteri dan lain-lain supaya meletakkan jawatan bersama-sama beliau.
Beliau telah memberikan pandangan kepada Pak Lah, Shahrir, Kadir Sheikh Fadzil, Zainal Abidin Zain, Radzi Sheikh Ahmad, Rahmah Othman, Rais Yatim dan lain-lain yang mengatakan bahawa tindakan mencabar jawatan Presiden itu merupakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri.
TR berpendapat bahawa kesemua kumpulan ini wajar meletakkan jawatan kerana kegagalan mereka mendapatkan mandat yang diperlukan daripada perwakilan.
Itulah etika dan semangat demokrasi yang sebenarnya. Kecuali Dato’ Rais Yatim, yang lain-lainnya tidak menghiraukan nasihat TR lalu terus memegang jawatan masing-masing dan ini melambangkan ketiadaan ‘finesse’ dalam kepimpinan mereka.
Akhirnya, Dr Mahathir telah mengambil tindakan yang betul dengan melucutkan jawatan masing-masing seminggu selepas itu.
Pak Lah telah menerima surat perlucutan jawatan semasa mesyuarat ‘Post Cabinate’ seminggu selepas itu dan begitu jugalah dengan yang lain-lain.
Di sinilah letaknya keistimewaan TR sebagai pemimpin yang percayakan demokrasi tulen, bukan sahaja dalam pengiraan undi bahkan juga daripada segi semangatnya sekali.
Itulah sebabnya beliau tidak pernah menagih jawatan daripada Dr Mahathir seperti yang dilakukan oleh ramai pemimpin yang lain.
Majalah ‘Times’ pernah menulis dan membuat komen tentang TR yang berbunyi, “Had this prince was a little bit less gentleman, he would have been the Prime Minister long time ago”.
Begitulah tingginya penghormatan yang diberikan oleh majalah antarabangsa yang begitu berpengaruh itu kepada TR.
Sesungguhnya, jika kita berkehendakkan negara dan rakyat meningkat martabatnya, pemimpinnya itu mestilah seorang yang senantiasa menjaga etika dan semangat ‘gentleman’ yang tinggi supaya kita dihormati oleh pemimpin dan masyarakat antarabangsa.
Sebenarnya inilah kualiti tulen TR yang membuatkan beliau masih dihormati oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa melainkan orang-orang politik yang gentar akan keistimewaan beliau.
Untuk kepentingan negara dan rakyat kita mesti mengambilkira perkara-perkara yang penting seperti ini secara serius.
Saya menyarankan kita semua berfikir sejenak setiap hari tentang pemilihan kepimpinan ini.
Sesungguhnya berfikir sejenak adalah lebih baik daripada beramal sepanjang malam.
Kita semua orang yang bertuhan…marilah kita mengadu dan berzuhud kepadanya sebelum kita membuat sebarang keputusan…kita semuanya adalah sangat kecil di sisi Tuhan,..lebih kecil daripada abu di hujung tunggak.
Sekian…………………………………..Aspan Alias
6 comments:
Sesungguhnya berfikir sejenak adalah lebih baik daripada beramal sepanjang malam.
Salah tu, Pan.
Sesungguhnya tidor selamanya adalah lebeh baik daripada hiraukan kesusahan rakyat sepanjang hari dan malam.
Pan,
Vote of no confidence is on the way and Pak Lah is still in a state of denial and feeling good.
It seems to me that UMNO leaders are so naive and gullible for not making drastic move to ask Pak Lah to step down. There is a total lack of political will and maturity among UMNO leaders. They still feel that they are in the "COMFORT ZONE" enjoying their newly possesed haprak and HP6 position and power. But they still never want to believe that their status would soon be just gone to the drain and everything will be destroyed. It is a matter of time if they still continue to feel good like their boss Pak Lah. They seem wanting to tack along very tightly with Pak Lah and sama-sama MASUK LONGKANG and be drowned!
What dah "BODOH STUPID" they are !!!
I like what P. Ramli fond to say these words in his popular films: Baghal, bahlol, bengap, tolol, kelabu asap. All these words can be applied to those UMNO leaders who are still behaving like fools.
Betul tak? Saloma suka cakap TAIK KUCING!
salam
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri? Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar
Memang benar Pak lah dihentam dari dalam dan luar parti.
Secara logiknya memang bersimpati dengann Pak Lah
Akan tetapi perasaan simpati mesti ada hadnya dan kena pada tempatnya.....silap nanti akan memakan diri sendiri.......
jika sokongan bertambah tetapi pemerintahan dan kepimpinan
masih di tahap yang semakin mundur..apa gunanya.........
TUn Mahatir sendiri pernah mengutarakan permasalahan kaum
melayu dari dulu lagi...."da lama da'...tetapi kita masih tidak mahu menpelajari dan mengambil iktibar darinya.
Yang terbaik yang dapat difikirkan adalah TR....jadi indakan TR untuk mencabar Pak Lah harus diteruskan dan disokong sehingga keakar umbi
pepecahan kaum melayu dan agama islam adalah satu kemenangan
bagi pihak 'tertentu'....fikirkan lah
p/s bila nak pekena teh...
mamak teh tarik satu ..gelas kosong dua
wasalam
Pan,
Ku Li must work extra hard to win the hearts and minds of all UMNO members especially at Division levels and tell them that he is firmly contesting for the Presidency post. Plan his road show now and be concious that his "enemy" is using every means to get symphathy votes and psychic them. Knowing very well that some of the UMNO members are very soft hearted and can be easily bought for 50 sen nasi lemak bunkus, his enemy will capitalise to the maximum to survive, all for face saving exercise.
Best of luck to Ku Li. Dah tak boleh berundur lagi. LAST KOPEK !!!
p/s: loghat Negeri 9...
Pada suatu petang sepasang teruna dan dara duduk di bawah sepohon
pokok sambil menikmati suasana indah di tepi pantai port dickson.
Dara : Abang sayang tak kek den..??
Teruna : Dah tontulah sayang..apo hal eh pulak tanyo nih..?
Dara : Sajo, yo...abangggg. .eden ado satu toka toki nih..??
Teruna : Apo bondo eh ??
Dara : Kalau abang sayang kek eden..kono jawab dongan botul tau²....
Teruna : Abang cubolah.. camano tuh..
Dara : Kalau abang botul² pandai..cubo sobutkan bezo eh antaro
burung dan kapa torobang ?
Teruna : umangg aiiii...Sonang eh....burung bondo idup, kapa
torobang tidak..botul tak ?
Dara : Salah... cubo laei..
Teruna : Burung kocik dan kapa torobang bosa gilo.......
Dara : Salahhhhhhhhhh. . cubo laei..ni poluang terakhir tau
Teruna : Burung ringan...kapa torobang boghek gilo....
Dara : somuo eh salah...!! apo la punyo lombab.. hahahahah.
Teruna : Apo nih..somuo eh salah..apo jawapan ehh..??
Dara : Dongar botul² yo...Kapa Torobang bilo naik..makin lamo makin
kocikk... 'BURUNG' lak makin naik makin memBOSARRRRRRRRRRRR .....!!
hwah..hwah.. hwah..tak gitu...
_._,_.___
Betul ke Pan loghat orang nogeri. Kawa orang Jowo Johor!
Let us brace for the worst to come. BN component parties are in disarray now. They are on the brink of disintegration. All of them will go down the drain. They have reached to a point where they are in a fix and indecisive in their decision what to do with SAPP for fear of being backfired.
When the Chairman is a lame duck, it goes without saying that component parties are also suffering and affected by the poor handicap chairman too.
When are they going to stop being in a denial situation knowing very well their Chairman cannot hold the fort anymore. They are like fools hoping that their fate will turn around in their favour. Deep inside their hearts they are restless and do not know what action to be taken against Pak Lah who has totally failed in his duty. They are on board a sinking "luxury yacht" which rumours in town seem to claim that it is owned by the Prime Minister.
Fathihah kapada arwah Che Gu Kahar!
Post a Comment