Sangat susah bagi kita untuk mendengar orang ramai memberikan sokongan kepada Pak Lah dan Najib serta pemimpin-pemimpin UMNO peringkat tertinggi sekarang ini.
Malahan tidak salah jika saya katakan bahawa perasaan ini akan akhirnya membawa padah yang lebih buruk dalam pilihanraya yang akan datang.
Di mana-mana sahaja banyak isu diperkatakan secara terbuka dan keadaan ini lebih hebat lagi selepas kenaikan harga bahan bakar yang telah membuatkan harga barangan lain turut naik dengan begitu mendadak.
Saya yang sentiasa berada di bawah amat memahami perasaan mereka dan mereka meluat apabila mendengar kata-kata pemimpin yang kononnya sentiasa memikirkan kebajikan rakyat khasnya bagi mereka yang berpendapatan rendah.
Orang ramai bertambah menyampah apabila mendengar pemimpin-pemimpin yang mereka tolak itu masih lagi mahu memujuk ahli-ahli UMNO untuk menyokong mereka.
Muka-muka tebal mereka membuat pelbagai rancangan untuk terus berkuasa dengan berunding sesama mereka yang ditolak tadi, dan membuat perjanjian menyerahkan kuasa apabila tiba masanya.
Kami ingin bertanya kepada Pak Lah dan Najib: Awak ingat siapa yang punya UMNO ini hinggakan awak boleh main serah-serah begitu sahaja tanpa bertanya kepada ahli-ahli akar umbi?
Kali ini penyelesaian tidak boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar sahaja.
‘Kerapatan’ dan ‘kemuafakatan’ anak-anak buah sahaja yang boleh menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
Kata-kata yang meminta rakyat untuk bersatu-padu amat memanaskan telinga sedangkan UMNO itu berpecah oleh kerana kelalaian mereka sendiri.
Ramai rakyat sekarang lebih rela bersatu di luar UMNO kerana perasaan tidak percaya terhadap pemimpin begitu kuat dan mendesak.
Rakyat tidak boleh lagi menerima pemimpin yang telah mereka lihat membuat kesalahan seperti Pak Lah sendiri, Najib, Muhammad Taib, Mohamad Zain Mohammad, Nazri Aziz dan ramai yang lain yang tidak sepatutnya berada di situ masih berselera besar untuk memimpin.
UMNO itu tidak salah: Yang salah ialah pemimpin-pemimpin yang bertenggek di dalamnya dan tidak menunjukkan kemampuan untuk mentadbir rakyat yang sudah pandai berfikir.
Mereka adalah golongan pemimpin yang tidak mengikut peredaran zaman kerana tidak sensitif terhadap keperluan rakyat dan negara yang sering berubah. Justeru itu, mereka gagal mendapat penghormatan rakyat.
Secara beransur-ansur, UMNO menjadi mangsa dan dipinggirkan rakyat, dan apabila berlaku perkara seperti ini mereka mula menyalahkan orang lain dan tidak pernah mengakui bahawasanya merekalah yang menyebabkan UMNO itu terpinggir.
Pada waktu yang sama, pemimpin-pemimpin ini menyalahkan pula mereka yang merungut dan marah kerana membuat kenyataan-kenyataan yang membidas sikap pimpinan.
Yang mereka harapkan ialah semua orang mesti menyokong dan jangan membangkang, jangan ‘complain’, jangan berbuat sesuatu melainkan menyokong mereka sahaja.
Mereka menganggap kita di bawah ini mesti menjadi hamba abdi mereka. Hanya mereka sahaja yang berhak untuk bercakap, orang bawah macam kita mesti duduk diam, seperti imam membaca khutbah dan tidak boleh berkata-kata.
Kita orang kampung ini hanya dianggap seperti orang bodoh yang boleh dikotak-katikkan dan mereka sahaja yang boleh berbuat apa yang mereka suka.
Mereka tidak sedar bahawa rakyat memandang rendah kepada mereka apabila mereka berucap dan berpidato yang penuh retorik dan tidak berisi.
Itulah sebabnya akar umbi sudah mula mencari jalan untuk memperbetulkan keadaan dengan mencari alternatif kepada kepimpinan sekarang.
Semalam di Mentakab, Pahang, ribuan ahli UMNO berkumpul sambil mendengar nasihat dan ucapan Tengku Razaleigh dalam usaha mereka untuk melihat perubahan berlaku di dalam parti.
Sekarang ini rakyat sudah sedar bahawa mereka perlu memainkan peranan yang besar jika mahu perubahan berlaku.
Mereka telah mengambil keputusan untuk memberikan pencalonan kepada Tengku Razaleigh bagi membawa perubahan dalam UMNO terutamanya dalam membentuk sikap yang betul bagi memulihkan UMNO yang sangat uzur ini.
Ramai berharap ketua-ketua cawangan UMNO tidak lagi dicucuk hidung kerana merekalah sebenarnya yang benar-benar berkuasa di dalam parti kita ini.
Jika mereka membuat keputusan yang baik, baiklah hasilnya. Jika masih main politik seperti cara yang lama, hancur dan musnahlah harapan generasi kita yang akan datang.
Tepuk dada, tanyalah selera.
Terima kasih…………………………………..Aspan Alias.
4 comments:
Pak Lah and Najib , have agreed on the proper timing for a leadership change.
Pak Lah said that he worked well with Najib and urged an end to speculation about their relationship.
"Najib and I have decided on the right time for me to hand over the premiership to him. We have no problems and we enjoy good working relations.
My comment is very simple, it is not a matter whether he has no problem working with Najib. Now it is a question that Pak Lah is not being accepted by the rakyat anymore. He is too weak a prime miniter to manage this country. He doesn't deserve to stay as a prime minister any longer. He is write-off prime minister and I am sure he knows that he is just no good.
With regard to Najib's attitude, I think he is trying to be too diplomatic towards Pak Lah but never realise that at the end of the day he will also be a LOSER.What a pity. Najib's strategy is a reflection of how he will behave when he becomes a Prime Minister. A TIMID AND PLAY SAFE PRIME MINISTER WHO HAS NO "BALLS". Again we might get another haprak and HP6 Prime Minister.
I think Mahyudin Yassin stands a better chance to be a Prime Minister. Tengku Razaleigh must help Mahyudin to win the presidency. He shouldn't contest. Tengku Razaleigh is in the same leaque as Tun and he should be one of the PRESIDENTIAL COUNCIL MEMBERS as proposed Tun Mahathir.
Pan,
Very good comment. You must send your comment to chedet.com where you have 1.9 million hits in his blog so that your article can be read much more extensively. You must do that if you want to expose TR and influence Tun M to be in his side to challenge Pak Lah.
TR must get full support from Tun M and combine effort to topple Pak Lah. TR cannot be on his own. He must get endorsement from Tun M to make it easier for TR to initiate his road show. Forget about ego. The objective is to make sure Pak Lah is out of sight for the good of UMNO.Now is very critical as I can see Pak Lah is all out for support to influence the potential delegates to vote for him. Don't play-play. TR must be very aggressive and cannot campaign half-heartedly. How I wish to have TR having Mahyuddin as his running mate and if TR wins make a deal with Mahyuddin to hand over the leadership to him once UMNO is back to its maximum strength.This must be announced publicly so that there will not be any feeling of distrust.
I LOVE UMNO MORE THAN ANYTHING ELSE !! We are desperately in need of good and sincere leadership for the sake of peace, security and prosperity of the Malays and the rakyat.
Lepas tu bolehlah kita minum teh tarik. Kat mana? M A K B U L lah!!
On me lah !!
Pan,
It all boils down to greed and self-interest. They don't really care much what is going to happen to UMNO at all in the future.
I really pity UMNO leaders at MT, division, branch and grassroot levels who are so naive and gullible to believe whatever their leaders say at face value and are unable to visualise the long term implication of having a lame duck President to lead them and not willing to remove him outright. They really don't foresee the real scenario that is about to happen in the next general election.
All I can say now is to wish UMNO luck and be prepared for the worst to be an opposition party.It will happen, no doubt about it.
Najib akan gigit jari sahaja dan tidak mungkin dapat ikuti jejak langkah bapanya Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Malam ni jumpa kat Makbul. TABLE TALK ok !!
Dear Tun,
How I wish if you would declare openly your support for Tengku Razaleigh to challenge Pak Lah for UMNO President. I think this is the best bet for UMNO to move forward and to rectify all the shitts in UMNO . This time around I think you won't be making mistake by backing Tengku Razaleigh.He is the right person to take over the helm. If he wins then I think you can sit back and relax and enjoy doing other things to contribute to society. I would prefer you to focus all your effort untuk memperkasakan pelajaran anak bangsa Melayu.
Mahyuddin must be made as Deputy President and as TR running mate to challenge Najib. I think both of them can make a great partner to revitalise UMNO. As for Tengku Razaleigh if he wins, I am sure he will be able to create value to the economy of our country.
Najib seems to be at a lost and I can detect his leadership quality is now questionable. He won't be an effective President of UMNO and Prime Minister of Malaysia. If you support Najib then your choice will be another second failure after seeing Pak Lah's misearble performance.
I think my suggestion is the most practical, logical and pragmatic after weighing all the pros and cons without bias.
Apa macam, Pan.
Post a Comment