16 January 2011

Bahasa Melambangkan keperibadian bangsa

Saya tidak tahu bagaimana hendak menzahirkan apa yang saya maksudkan pembaharuan politik tanahair seperti yang saya nyatakan banyak kali. Politik ditanahair kita hanya tertumpu kepada mendapatkan atau mempertahankan pengaruh sahaja. Didalam usaha untuk mendapatkan pengaruh atau untuk mengekalkan pengaruh serta kuasa pihak yang bertentangan sentiasa berkelahi dan yang lebih menyedihkan penyokong-penyokong sesuatu puak itu pula membidas dan menghina puak yang tidak disukai mereka dengan panggilan nama-nama yang kotor dan menjijikan.

Ada pihak yang memanggil pemimpin dengan panggilan beruk, syaitan, babi, anjng dan berbagai superlatif yang tidak melambangkan sebagai seorang yang mempunyai temaddun dan seolah-olah tidak pernah mendapat pendidikan dari ibu dan bapa mereka. Kita hairan dengan sikap manusia yang begini dan saya tidak tahu apa yang ada didalam pemikiran serta naluri mereka apabila memanggil seseorang itu dengan panggilan yang hina itu. Ini merupakan sikap buruk yang tidak dapat di ‘comprehend’ oleh manusia yang bertemadun.

Tidak semua orang bersetuju dengan semua orang dan tentu ada perbezaan pendapat dan idologi dan tidak ada masalah untuk berbahas dan berdebat. Tetapi jika untuk menunjukkan kebenaran kita mana-mana temaddun pun tidak boleh menerima seseorang tergamak memanggil orang yang berbeza dengan kita dengan babi, anjing, celaka, pembawa ajaran sesat, sial, anak haram, haram jadah dan berbagai-bagai lagi panggilan yang menghina.

Malahan ada pihak yang mempersoalkan anak si anu itu anak haram dan menuduh berdasarkan kepada kebencian politik semata-mata. Saya sendiri memandang setengah pemimpin itu tidak bermoral dan saya selalu mengkritik mereka didalam tulisan saya. Tetapi saya tidak pernah menggunakan bahasa kesat seperti babi, anjing, anak haram, haram jadah, penzina dan sebagainya didalam tulisan saya. Saya hanya menumpukan kepada dasar-dasar dan moral politik dan tidak pernah memainkan isu peribadi seseorang itu secara terbuka didalam tulisan dan artikel yang saya tulis.

Sesekali saya imbas juga tulisan penulis-penulis politik dan sosial yang ada dihadapan saya. Saya amat kecewa dan sedih melihat keadaan ini sudah menjadi budaya dalam alam cyber kita. Sikap dan perangai mereka ini amat memalukan dan saya hairan kenapa mereka tidak malu kepada diri mereka sendiri?

Saya banyak tidak bersetuju dengan dasar-dasar pentadbiran Dr Mahathir, tetapi saya tidak muatkan dalam tulisan saya dengan panggilan yang menhina beliau. Tidak pernah saya panggil Dr Mahathir dengan panggilan mamak atau orang tua kutuk misalnya serti yang dilakukan oleh setengah orang. Saya hanya memusatkan kritikan saya terhadap dasar pentadbiran beliau yang saya anggap tidak telus yang berkai dengan ketirisan dalam kerajaan pimpinan beliau.

Saya ingin menyeru kepada sesiapa yang menjadi rakan atau yang memilih untuk menjadikan saya seorang musuh mereka supaya kita paparkan kematangan kita dan ketemaddunan kita semua. Kritiklah sebanyak mana sekali pun tetapi jangan jadikan ‘name calling’ sebagai budaya kita kerana akhirnya ianya akan melambangkan nilai serta tahap ketemadunan kita.

Kita boleh memarahi sesiapa dengan menggunakan kata-kata yang pedas tetapi jauhilah dari memanggil seseorang dengan panggilan seperti beruk, beruang, bangkai, najis dan apa-apa panggilan yang tidak melambangkan kita sebagai manusia yang Tuhan jadikan sebagai secanti-cantik kejadianNya (surah AT-TIN). Seseorang itu mungkin membenci perangai mereka atau tidak mahu menyokong pihak yang kita sokong, tetapi kita masih tidak boleh membabikan atau menghina manusia yang secantik-cantik kejadian tuhan ini.

Saya menyentuh hal ini kerana budaya ini sudah menjadi sebati dikalangan setengah yang bercakap tentang politik dan saya khuatir satu hari nanti kita akan hilang identiti kita buat selama-lamanya. Hilangnya sesuatu bangsa itu dimuka bumi ini bermula dari kehilangan identitinya. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan identitinya yang tersendiri. Melayu beridentitikan budaya yang lemah lembut dan beradap serta beradat. Jika adab dan adat ini sudah hilang maka hilanglah bangsa kita itu.

Bukankah ‘bahasa itu melambangkan budaya dan bangsa kita’ atau pun ‘bahasa itu jiwa bangsa’? Orang Melayu tulin selalunya menggunakan bahasa yang pedas dan sindiran yang pedih jika memarahi pihak yang kita tidak suka, tetapi jika kita menggunakan bahasa kesat untuk tidak bersetuju maka kita bertanggunjawab jika bangsa kita hilang dibumi ini.

Tidak akan ada maknanya kita mengaku yang kita adalah bangsa yang sedang menempa kemajuan jika kita menggunakan bahasa kotor yang menjijikkan yang digunakan oleh manusia zaman batu itu. Tahap ketemadunan kita boleh dinilai dari bahasa yang kita gunakan dalam berinteraksi sesama manusia.

Kalau kita tidak merasa malu kepada orang lain, setidak-tidaknya malulah kepada diri kita sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengata sesiapa yang spesifik tetapi saya tujukan pandangan ini kepada semua pihak termasuk diri saya sendiri.

Siapa yang makan cili mereka tak payahlah menunjukan rasa pedasnya. Pujuklah diri kita sendiri untuk menjaga status kita yang diberi Tuhan sebagai khalifah dimuka bumi ini. Buatlah seruan dengan bahasa yang lembut atau pedas sekali pun, tetapi jangan memanggil manusia yang berbentuk mim ha mim dal ini dengan nama yang jelek dan kotor. Ia akan hanya melambangkan keperibadian kita sendiri.

Akhirnya, Kok tak tersusun bak sirih, Kok tak masin bak garam, Kok tak kuning bak kunyit,Kok tak lomak bak santan. Kok tak manih bak gulo, Kok tolangga maso naik, Kok tolando maso turun, maaf ajo yang sayo pintak.

16 comments:

mo said...

Asalam saudara aspan,,, , Sangat setujulah dgn saranan tuan, agar semua permain dalam dunia cyber ini bersikap lebih matang dan berertika dan berbudi bahasa .... Tidak ada apa yg mereka rugi pun, sekira mereka yg menjadi player dalam dunia cyber ini mengubah cara penulisan yg lebih elok dan berdisiplinkan diri... Melayari di blog 2 ramai yg mengunakan penulisan yang sangat tidak berbudi bahasa, mengunakan kata2 hina...? Sudah tentu blog sebegini tidak akan mendapat sambutan yg banyak,,,pembaca akan merasa jemu dgn penulisan yg kurang matang dan budi perkerti.... Cukup lah dengan sindiran dan becakap cara tewrus terang tampa menghina seseorng . tq

big belle said...

Sdr ku Aspan,

Sememangnya banyak blogger yang menghentam pemimpin pembangkang dengan kata nista yang tidak layak dilemparkan kepada seseorang manusia.

Tg menyedihkan rupa dan perangai blogger2 itu pun senonoh pun. Ada yg mengatakan Khairy rupa beruk tapi yang mengata khairy beruk itu nampaknya tidak lah cantik sangat. Setidak tidaknya khairy mempunyai berat badan yang mantap. Tidak seperti yang mengata itu buncit dan boroih.

Yang mengata itu patut menyulu muka masing-masinglah!! Tak ke amlu kat orang yang bang?


big belle.

Anonymous said...

pada saya game mengata ini dimulakan oleh puak pembangkang kerana mereka yg lebih dulu menguasai alam cyber ini. cuma mgkn kesilapan blog pro kerajaan ialah mereka terikut2 perangai tidak bertamadun puak pembangkang ni yg suka menggelar pemimpin2 kerajaan dgn gelaran yg bermacam2. dan pihak pro kerajaan pula mgkn fikir api perlu dibalas dgn api. tp bagus juga begitu kerana jika terlalu formal sgt dah jd mcm rtm pulak dan ia akan jadi membosankan. rakyat pun malas nak tgk rtm atau dgr ceramah pemimpin kerajaan yg formal. mereka lebih suka dengar ceramah caci maki, kutuk sana, aib sini yg dipopularkan dlm semua siri ceramah para pemimpin pembangkang yg dipelopori oleh anwar ibrahim sendiri. maka pendekatan blog penyokong kerajaan hanya meniru rentak mereka kerana rakyat lebih suka begitu. biarlah masing2 berperanan. bukan semua org suka baca benda formal seperti yg aspan tulis. buktinya, blog2 caci maki ni lebih popular dari segi ranking dan ramai pengikutnya berbanding yg formal sgt.

Anonymous said...

Anon 04:02,

Ya, memanglah begitu. Blog UMNO yg caci mencai itu melambangkan budaya UMNO dan pengikutnya dan sangat popular.
Tetapi itulah dia kejayaan UMNO kamu tu. Itu yg menyebabkan UMNO merempat.


Kepada Aspan Alias, teruskan menulis dengan menggunakan bahasa seperti sekarang dan jangan ikut budaya mereka itu. Nak popular tapi merosakan budaya melayu dan reflection penulis itu sendiri.

samsudin imam

Anonymous said...

Budaya 'name calling' dimulakan oleh parti yang dikatakan Islam yang tersohor di negara ini, PAS.Yang lain mengikut sahaja, ialah parti Islam katakan.

Mungkin kita lupa siapa yang menerbitkan buku "SHIT"; siapa yang mulakan panggilan Aljuburi, siapa yang memanggil TDM sebagai Mahafiraun,Bapak Rasuah,Mamak Kutty dan sebagainya. Tak cukup penghinaan ini, diadakan pula sembahyang hajat beramai-ramai untuk Allah menjatuhkan bala kepada beliau.

Allah maha adil Aspan, orang yang kita kutuk dulu masih sihat walafiat, masih waras dan masih disanjung.. sedangkan orang yang kita puji dulu sekarang ni bertindan-tindan masalah yang ditimpa oleh Allah.

Adakah kita ni terlalu bebal ataupun telah ditutup oleh Allah untuk menerima hakikat ini?

Aspan Alias said...

Anon 08:39,

Terima kasih kerana memberikan pandangan. Sdr katakan itu ada betulnya. Kita mengikut pembangkang dahulu.

Justri itu kita nampaknya mahu mengikut pembangkang, maka UMNO akan jadi pembangkang.

Salam

Anonymous said...

teruskanlah seruan ke arah penulisan dan komentar blog yang berhemah - tumpukan kritikan kepada dasar, pandangan atau tindakan, bukan ke atas diri dan spekulasi.

hj ismail ali said...

Tuan Aspan, UMNO sudah terdesak maka digunakannya penulis-penulis yang hanya pandai caci mencaci sahaja.

Tidak ada 'substantive argument' dari pihak ini maka dia orang resort to personal attack.

malu kan? Tapi apa sdr boleh buat. Mereka fikir mereka popular tetapi akan menjatuhkan pihak yg mereka sokong itu.

Mereka itu sokong membawa rebah. Mereka tak boleh berbahas secara scientifik. Maka caci mencacilah jalan yang satu-satunya mereka mampu.

Dia org kata pembangkanglah yg memulakannya. Tetapi pembangkang dah kurang caci mencaci ini. Maka benarlah kata tuan, jika hendak sangat mengikut pembangkang maka jagan kesalkan UMNO akan jadi pembangkang.
Tuan, saya tidak pernah tertinggal satu pun tulisan tuan sejak 2 bulan yg lalu. Tuan memberikan aspirasi kepada saya dan anak-anak saya dirumah.

Salam tuan.

Anonymous said...

Aspan kata

"Justri itu kita nampaknya mahu mengikut pembangkang, maka UMNO akan jadi pembangkang"...

Silap tu Aspan...

berbohong.. mencaci..fitnah.. dah budaya pembangkang sejak azali .Akhirnya mungkin sebab mencaci ini dapat mereka tawan 6 negeri, bukan ke gitu Aspan.

Desa Mentari said...

Salam Tuan Aspan,

1. Sebelum membaca posting terbaru Tuan ne, saya baca dulu posting MSO (Bila Jalang Keluar Kamar,
Tandanya Pilihan Raya Sudah Dekat). Tuan dah baca ke...

2. Politik maki hamun ne memang tak baik. Untuk menuduh siapa yang memulakan dulu, saya raya adalah seperti ayam dengan telur; siapa keluar dulu.

3. Pemerintah dan pemimpin perlu menunjukkan teladan yang baik. Mereka ne umpama bapak, kalau anak cakap 'babi', adakah patut sang bapak menjawab 'ko la babi'?

4. Di M'sia ne, kebanyakkan ahli politik sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa. (baca posting terbaru MSO).

5. Mereka ne sanggup menuduh seteru politiknya tapi sukar memohon maaf. Contohnya TDM, walau tuduhannya salah sampai hari ne beliau belum memohon maaf. (Kepimpinan melalui tauladan la tu).

6. Mereka ne sering melemparkan kesalahan kepada rakyat jika berlaku sesuatu hal. Contoh nya bila harga barang naik, mengapa memulangkan kesalahan kepada rakyat?

7. M'sia ne belum sampai tahap dimana pemimpin mengambil tanggungjawab penuh atas tindak-tanduk mereka. Belum ada lagi yang sanggup mengundur diri dengan hormat sambil mengaku kesalahannya.

JoeZuax said...

Tuan aspan,

Betul betul betul. Artikel tuan kali ini sesuai benar dengan Tajuk. Tidak lari tajuk. Selain menggunakan bahasa yang sesuai, isi kandungan tuan kali ini lebih terarah kepada penghuraian seperti tajuk yang ditaip. Aku bersetuju benar, tetapi tidak pula niat dihati untuk membuang gay dibelakang anwar, kerana bagi aku anwargay memang gay kerana telah dibuktikan dalam kes yang lepas.

sambungan kat :
http://joezuax.blogspot.com/2011/01/tuan-aspan-alian.html

kalau Tuan Aspan sudi..

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
Topik tn. kali ini sangat mendekati hati & perasaan saya. Masaalah nya zaman kita semasa persekolahan adalah di ajar Bahasa Melayu & Tawarikh. Zaman sekarang?. Bahasa Malaysia pun nanti akan ditukar Bahasa 1 Malaysia?. Jadi zaman kita bila sesak wang kita tulis kat bapa kita 'Kehadapan Ayahnda yang dikasihi, adapun anaknda sihat walafiat...panjang beb sebelum kpd point nak minta wang saku. Anak saya senang saya pakai sms 'papa nak dwet' akaun dah tau dah. nampak sms pun dah tau dia nak apa'Tak Melayu hilang di dunia' (Tak hilang, tapi pupus adalah'..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
Solat Hajat ketika itu meminta supaya 'Allah SAW MEMANJANG kan umur PEAM. Ini adalah supaya membolehkan beliau melihat kerosakan yang beliau lakukan pada pada ketika itu akan lihat pada masa kini/sekarang 'Melayu mudah lupa' tag beliau masih digunapakai sampai sekarang.. Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.

Raden said...

maaf ckp... budaya maki hamun dh sebati dlm jiwa org melayu... tak kira parti politik mana...

soalnya... layakkah seseorg itu dimaki hamun??... itu jer

BUJANG SUSAH said...

Salam Tuan... saya tertarik dengan kata2 tuan dalam jawapan untuk komen dari tampa nama 08:39 di atas yg berbunyi begini..

"Terima kasih kerana memberikan pandangan. Sdr katakan itu ada betulnya. Kita mengikut pembangkang dahulu.

Justri itu kita nampaknya mahu mengikut pembangkang, maka UMNO akan jadi pembangkang."

Seperti yang pernah saya komen di entri yang lepas.. Manusia diciptakan mempunyai tahap pencapaian akal yang berbeza. Sesetengah darinya dikurniakan akal yang lebih bijak dan sesetengahnya diciptakan dengan akal yang kurang bijak. Beruntunglah bagi mereka2 yang memahaminya. Wallahualam.

Org Baru Belajar said...

betol saranan tuan aspan, kita xpatut saling mencaci dan menghina pihak lawan sedangkan Rasulullah s.a.w yg rumahnya sentiasa dilemparkan najis oleh jirannya pon baginda melawan jiran tersebut tika jiran itu sakit dan sentiasa memberikan senyuman yg paling manis tatkala berselisih.....

inilah yg tiada pada masyarakat kita skarang ini...suka melimparkan kata2 nista dan apabila ditegur tidak mahu mengaku dan lebih teruk lagi menuding jari kpd pihak lain yg bahawanya pihak tersebut yg memulakan penghinaan itu....

bottom line nya, tidak kisah siapa yg mulakan pencacian dan penghinaan itu, yg penting siapa yg nk mulakan perubahan kearah yg paling baik....TIDAK KIRA DARI SEGI POLITIK, PERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA, TATAKERJA DAN SEBAGAINYA SEPERTI YG TELAH DITUNJUKKAN OLEH MANUSIA YG PALING MULIA BERNAMA MUHAMMAD BIN ABDULLAH YG LEBIH DIKENALI SEBAGAI RASULULLAH S.A.W