18 January 2011

Betuah betul anak Nogori ini - Hebat..hebat!

Pemimpin de facto BN kini berada jauh dari sempadan negara kita. Beliau kini berada diOman dalam siri lawatan mempertingkatkan hubungan dua hala negara kita dengan banyak negara didunia ini. Beliau baru sahaja kembali dari lawatan keSaudi Arabia juga dengan niat dan sebab yang sama.

Dalam lawatan rasmi ini pemimpin de facto kita ini akan mengadakan perundingan yang meliputi perdagangan, perlancungan dan pendidikan awal bagi kanak-kanak Nampaknya renganlah sedikit tugas-tugas Presiden UMNO kita dalam kesibukan membuat persedian menghadapi pilihanraya umum serta persediaan menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dalam tempuh 4 atau lima bulan ini.

Kesibukan pemimpin de facto kita ini sangat jelas kelihatan kerana beliau baru sahaja kembali ketanah air untuk menghadziri majlis resepsi pernikahan Tan Sri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak dua malam yang lepas. Hebat..hebat.

Ini merupakan fenomena baru dalam politik dan kepimpinan kita. Disinilah perbezaan diantara PKR dan UMNO. Jika UMNO diketuai oleh Najib (suami) dan pemimpin difactonya DS Rosmah, PKR pula diketuai oleh Wan Azizah dan pemimpin de factonya ialah Anwar (suami). Ini merupakan perbezaan diantara UMNO dan parti serpihannya PKR. Lain-lain rasanya sama sahaja.

Sambutan rasmi besar-besaran diadakan untuk menunggu ‘keberangkatan’ DS Rosmah diOman dan ini merupakan kali pertama Oman mengadakan sambutan yang sebegini besar dalam tempoh 20 tahun. Kita masih ingat kali terakhir menyambut pembesar negara kita oleh kerajaan Oman ialah semasa lawatan Tuanku Azlan Shah, Yang DiPertuan Agong ketika itu pada tahun 1991 dahulu. Sekarang padan muka kita semua.

Lazimnya perbelanjaan negara untuk menghantar rombongan rasmi seperti ini memakan belanja yang sangat besar; mencecah jutaan ringgit tetapi ini tidak menjadi perkara yang diambil peduli oleh kerajaan dan rakyat jelata. Negara kita kaya dan rakyat tidak ambil kisah jika perbelanjaan untuk isteri Perdana Menteri itu tinggi mana pun.

Kalaulah dijimatkan sedikit dari perbelanjaan kerajaan untuk menghantar rombaongan DS Rosmah itu dapat jugalah diberikan kepada ibu bapa yang sedang sengsara mencari pembiayaan anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tiggi.

Kita merasa banyak keganjilan dengan tindakan isteri seorang PM yang diberikan sebegitu meluas publisiti oleh media masa kita. Mungkin ini merupakan pengalaman baru bagi kita kerana sebelum ini kita tidak pernah mengalam fenomena baru seperti ini.

Mungkin oleh kerana orang seperti saya ini adalah seorang anak kampong dan susah hendak menerima perkara-perkara ini berlaku dihadapan mata orang-orang seperti saya ini.

Kita cubalah untuk mengadaptasikan diri kita dengan keadaan yang baru kita alami ini. Lama kelamaan mungkin kita akan biasa dengannya. Lagi pun diakhir zaman ini tidak hairan lagi fenomena-fenomena terbalik seperti ini berlaku.

Hanya yang malang sedikit dalil-dalil dunia hendak kiamat ini dibawa oleh pembesar-pembesar negara kita. Kita mesti ingat, salah satu dari dalil jelas dunia akan kiamat ialah apabila wanita lebih berkuasa dari lelaki. Kalau ada pihak yang hendak menfikannya, silalah!

Betuah Romah ini. Elok kita calunkan beliau bertanding dalam pilihanraya yang akan datang ini. Ada dua kawasan yang kita boleh letakan beliau untuk bertanding PRU ke13 ini; pertamanya diKuala Pilah, kampong halaman ibunya atau pun diRembau, dikampong halaman bapanya.Kalau beliau menang PM boleh lantik beliau menjadi Menteri Luar negara.

Saya percaya berpusu-pusu pengundi-pengundi 'memangkah' beliau nanti.

21 comments:

Anonymous said...

agaknya umno telah berjaya melahirkan wanita pertama yang serba boleh. sebelum ini bini PM tidak seghairah Mak Cik Rosmah nih.

Anonymous said...

He...he...he

Unknown said...

kah....kah....kah...kah

Anonymous said...

aku rasa Najib tak perasan yang rakyat meluat dgn program bini dia ni mengatasi program Menteri Luar.Najib juga tak perasan ramai rakyat sangat menderita dengan Kos Hidup sangat tinggi sekarang ini sedangkan Bini dia berbelanja sewenang2nya duit rakyat. Hasil lawatan Bini dia ini mesti dibuat satu KAJIAN IMPAKnya samada mendatangkan hasil kepada negara atau merugikan negara. Kalau tak ada hasil aku rasa elok hentikan keja2 yang tak perlu ini dan buat kerja2 lain yang lebih mengutamakan rakyat bukan syok sendiri dan rakyat rugi.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Salah tu eei...! Elok lotakkan dio jadi PM, menghino namonyo kalau jadi Menteri Luar.
Paling kurang dia layak jadi Mentori Kewangan sebab sebab sedondon dengan duit kot...! Tambahan pula adik beradik, anak menantu laki dulu dah takde, maka kuranglah sikit kroni....!Solamat... duit negaro.

Persediaan Shahrukh Khan dibori Datuk, bolehlah bantu dia jadi penasihat tuk promosi di Bollywood sano. Dapat Ali tumpang sekaki, jadi dreberpun, dreberlah... Tak yah daa guno APCO, solamat.. duit negaro. Baru rakyat dan Msia maju.

Kah...kah....huh....kah.....kah!

"Terompet Mat Sentul"

Anonymous said...

Bila dah pegang kuasa lazimnya manusia ni dah jadi manusia lain... tak sedar asal usul diri sendiri... kadang2 1. kawan baik yang selalu bagi nasihat dan idea di ketepikan. 2.saudara mara yang membantu pada asalnya masa susah diabaikan 3.nak senyum atau bercakap dengan orang yang pernah berjasa dengan kita pun susah rasa rugi buat baik.4.Rasa tak selesa dengan orang atau kawan asal seperjuangan kita dulu.5.dan banyak lagi perubahan kalau nak senaraikan . Apabila dan jadi Isteri PM lagilah banyak perubahan tapi tak kesahlah kita selagi perubahan itu tidak menyusahkan rakyat lantak piiiilah.

Anonymous said...

satu tindakan yg bijak oleh rosmah...saya sebagai penyokong pembangkang mengalu alu kan tindakan rosmah...tak payah marah marah dia...sebab memang itu yg kami harapkan...supaya rosmah jadi macam KJ...hehehhe...tak sabar nak tengok BN bungkus...bila bungkus UMNO akan sendiri nya pupus...sebab masa tu UMNO duit dah tarakkk...

mo said...

asalam saudara aspan,,,, tidak apa yg kita boleh buat lagi, dgn umno dan pm najib ??? Seolah segala kretikan dan pandangan dari pihak saudara dan yg lain tidak menjadi iktbar buat najib,,, rakyat sangat jemu melihat ini semua,,,sudah yentu di kelangan angota bn umno juga jemu dan mual dgn kerenah isteri najib ??? Seolah2 pm sendiri tidak mampu mengawal isteri sendiri???? Biarlah najib dan isteri buat apa yg mereka suka???. Najib kata tak takut dgn anwar dalam malaysia kini ??? Tapi dah tolak pun jemputan debat ??? Betul kah tak takut ??? Kalau dah tak mampu nak berdebat dgn anwar,,, jangan lah cakap besar??? mana mungkin najib akan berdebat dgn anwar,,, nak kawal dati sri pun dah tak mampu???? Segala kegelisahan rakyat selama ini , akan hanya dapat di lansaikan dalam g13,,,biarlah rakyat yg mempastikan perubahan akan berlaku ???tq

Masam Manis said...

Encik Aspan,

Amat mustahil DS Najib X tahu perasaan dan sentimen kebanyakan orang-ramai tak kira samada dari UMNO apa tah lagi dari PR mengenai DS Rosmah.

Persoalan penting yang harus ditanya mengapa tidak ada perubahan walaupun penonjolan berlebihan isterinya akan mengakibatkan pengundi mengundi protes seperti Pak Lah dengan level 4 boys dulu. Adakah kealpaan ini mengesahkan negara ini kearah feudalistic yang menbeza taraf antara keluarga bangsawan and orang biasa.

Persoalan kedua jika ini perbuatan pembaziran sudahlah terang dan pihak pemerintah masih membisu, apakah agaknya perbuatan/keputusan disebalik tabir yang jauh daripada mata rakyat untuk menilai,

Keadaan seperti kita harus rujuk pada pelajaran sejarah mengenai tokoh seperti Imelda Marcos, Marie Antoinette dan yang terbaru Grace (isteri Pres Mugabe)

Anonymous said...

Orang mengata di pihak pembangkang banyak terdiri dari kaum keluarga seperti Karpal dengan anak2nya, Lim Kit Siang dengan anak serta menantunya, Anwar Ibrahim dengan bini dan anaknya. Mereka yang mengata terlupa dipihak BN juga ada berlaku dulu Dollah Flip-flop dengan anak dan menantu kini Najib dengan bini serta sepupunya pulak. Semua keluarga ini adalah jenis **** *** dan harus dihumban ka loji Indah Waters saja.

bakri said...

Tuan

Meluat tengok rosmah berlagak lebih sudu dari mangkuk. Mangkuk hayun betul. Rosmah tak de locus standi maka jadilah kerjaan laki bini. Kalau nak menonjol diri boleh tapi jangan guna duit rakyat--guna duit sendiri baru ada ikhlas dan selari dengan syariat islam....macam mana nak ikut syariat islam sedangkan bertudung pun tidak. Aku sebagai rakyat negara islam Malaysia tak halalkan duit rakyat yang rosmah belanjakan untuk tonjol diri sebagai first lady. Menyampah

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
DS Ros.. boleh la bertanding bagi parlimen Pulau..Batu Hitam (Putih dah bagi kat Sing). Menang sok PEAM kenalah ujud kementerian baru spt. Kementerian Hal ehwal Luar dan Dalam Lelaki (Wanita nanti marah Izat plak)..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.

lobai joram pergai.. said...

Den Sebagai Rakyat Negori Sembilan nk mintak ampun byk2 dgn kawan2 sumo sobab Betino x sodar diri tuh dh buek perangai mcm2..
Yg jantan sekor dari Jelobu tuh dh jomu pulak dgn bini hea,tu yg nk raso yg kotat siket..
Yg tu den sorah kek Hishammudin Rais bg penampar yo kek apak sedaro hea tu..
Tp elok yo betino rambut Cendawan kombang tuh buek mcm tuh..Biar jd mcm zaman Khairi jobo dulu tuh,akan ado lg undi Protes..Sorang dari Rombau,sorang lg dari Pilah..Jgn gisau.Ado Hikmah hea sumo tu jd mcm neh..Bosa jaso org negori neh dlm menjatuhkan Parti hea sendiri.....
whakakaka

Anonymous said...

Teringat dalam satu ceramah PR beberapa tahun lalu. Mereka bekata ini semua punca dia dari mamak apanama. Dia turun sebab rakyat dah meluat padanya sebab jadi liabiliti pada umno. Tapi mamak bendahara ini masih belum puas nak tipu melayu, maka dia melantik Bedolah jadi PM supaya dia boleh jadi tok dalang. Tapi dia terlupa bahawa menantu Bedolah lagi licik, maka terlepaslah peluang dia menjadi tok dalang. Apabila dia gagal jadi tok dalang, dia berperang habis- habisan dengan Bedolah dan jadilah satu epik wayang kulit sehingga Bedolah di hambat keluar. Dia ingat perjuangannya telah selesai maka puaslah hatinya. Maka Mat monggol pula dilantik sebagai penglipurlara wayang kulit yang baru. Dia berharap dapat berwayang kulit lagi, tapi malangnya mamat ni juga ada tok dalangnya sendiri iaitu Lostmah. Jadi untuk memendekkan cerita, eloklah kita ubah kerajaan yang hanya diperintah oleh tok dalang masing2 sebab PM2 dari BN ni semua tunggul kayu saja. Kalau Bedolah tu asyik tidur, sekurang-kurangnya dia masih boleh bangun, tapi kalau PM 1Malaysia terus jadi PM eloklah kita tolak dia sebab dia ni macam tunggul kayu. Tak tau apa yang berlaku disekelilingnya.

Dia jangan ingat rakyat suka dia, dengan keadaan ekonomi negara yang kucar-kacir sekarang tak mustahil kebangkitan rakyat macam di Tunisia boleh berlaku sebab rakyat sekarang ni dah lapar tak de duit nak makan.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Yang peliknya TDM sonyap jo... masa Pak Lah/Khairy dulu bukan main meroyan lg.

Ini ke perangai pemimpin yang disanjung2.

Aspan Alias said...

Anon 22:52,

TDM tu memang macam tu. Very good supporter and very bad enemy.

Biarkanlah dia tu.

Anonymous said...

Teringat dailog P.Ramle

" ini tidak adil...!!!"

Anonymous said...

Najib...dikepit dan dipimpin

Blow d' whistle said...

Tunisia tumbang; salah satu faktornya adalah 'First Lady'... 'middle income' yg selesa jadi tak selesa bila krisis ekonomi, pengangguran berleluasa....dah hampir sama dengan Malaysia...YANG TERPENDAM BILA NAK TERSERLAH....Alhamdulillah...InsyaAllah PRU 13 nanti jawabnya

Anonymous said...

Duo anak nogori Pan, yang dari Jolobu tu kau tak porasan ko?

Anonymous said...

Den orang Kodah bukan orang Nogori..