14 January 2011

Debat Najib/Anwar wajar diteruskan - Pelan pembangunan mana yang lebih benar

Perbezaan pandangan politik harus dinyatakan didalam pilihanraya sahaja. Masing-masing parti boleh menunjukan semua perbezaan itu untuk memberi kita rakyat yang biasa ini untuk memilih parti mana yang boleh mengisi kehendak dan kemahuan kita. Masing-masing mempunyai keinginan dan aspirasi yang berbeza. Itulah satu ‘attribute’ sebagai manusia. Manusia adalah secantik-cantik kejadian dan manusia itu dijadikan Tuhan untuk mengenali dan menghormati diantara puak-puak dan kaum serta cara hidup mereka.

Didalam politik yang menjadi isu besar dalam masyarakat Malaysia pada hari ini perbezaan diantara yang memerintah dan yang menjadi alternatif sangat jelas. Isu yang terakhir ialah perbezaan diantara pelan transformasi yang diperagakan oleh BN dengan pelan transormasi alternatif yang diunjurkan oleh PR.

Dalam ‘convention’ PR yang diadakan baru-baru ini, PR telah mengunjurkan pelan transformasi alternatif yang hanya memerlukan dana sebanyak RM19.2 billion. Angka ini jauh lebih rendah dari unjuran yang diunjurkan oleh BN. Najib memberikan reaksi yang negatif terhadap unjuran PR itu dan meminta rakyat jangan terpedaya dengan pelan PR itu. Najib terus memberi amaran yang jika PR memerintah dan pelan itu dilaksanakan negara akan menjadi bangkrap.

Anwar terus meminta Najib untuk tampil kehadapan dan mengadakan debat terbuka dihadapan rakyat untuk menunjukan kebenaran dan kelebihan masing-masing. Ramai dikalangan orang ramai memandang alasan Najib yang negara akan bangkrap jika dilaksanakan program dan pelan yang diunjurkan oleh PR itu akan membuatkan negara ini bangkrap sebagai tidak berasas.

Mereka bertanya kepada Najib bagaimana pihak yang membelanjakan RM19.2 billion itu boleh mengbankrapkan negara berbanding dengan pihak yang membelanjakan RM51 billion? Bagi masyarakat yang ‘simple’ Najib memberikan reaksi tanpa meneliti apa yang hendak dikatakan beliau di khalayak ramai.

Anwar begitu ‘persistent’ dengan cabarannya untuk berdebat dengan Najib secara terbuka dan saya merasakan rakyat suka untuk melihat debat ini diadakan untuk melihat dengan mendengar perbezaan diantara kedua belah pihak ini.

Disebaliknya Najib menolak sebarang debat dan beliau berkata beliau tidak peduli dengan persepsi rakyat terhadap beliau dengan penolakkan itu. Hanya Nazri Aziz dan Khairy disebelah BN yang meminta Anwar untuk berdebat dengan mereka dahulu sebelum berdebat dengan Najib.

Kedua-dua belah pihak elok jika diadakan perdebatan kerana rakyat sedang didalam pencarian kearah mana kita nak arahkan negara kita ini. Rakyat mahu tahu yang mana satu yang boleh memperagakan kebolehan masing-masing. Rakyat hendak tahu apa benarkah setiap projek pembangunan itu betul-betul dalam harga yang sebenarnya.

Apabila Najib memperlekehkan pelan yang dianjurkan oleh PR mereka telah mengatakan yang pelan mereka dibantu oleh pakar-pakar ekonomi dan mampu mewujudkan pembangunan yang secara relatifnya lebih murah dan tidak payah membebankan negara dengan membelanjakan wang rakyat yang banyak. Ini semua rakyat hendak tahu dan PR pun mahu menunjukan yang apa tuduhan terhadap ketirisan dialam perbelanjaan wang rakyat oleh BN itu ada benar.

Bagi BN pula kita harus sedia mempertahankan apa yang kita lakukan. Maka Najib sepatutnya menerima cabaran itu. Berdebat secara terbuka bukannya perkara baru didalam sistem demokrasi. DiAmerika dan di UK perdebatan seperti ini adalah perkara biasa dan rakyat akhirnya akan membuat keputusan. Kita jangan lari dari sistem yang biasa dilakukan dalam negara yang ingin menyuburkan demokrasi.

Jika kita benar-benar betul dan jujur maka sepatutnya kita menerima cabaran Anwar itu untuk membuktikan kejujuran kita dalam mentadbir negara selama ini. Inilah kesempatan yang patut diambil dengan suka hati kerana kita telah mengatakan yang segala urusan untuk meneruskan pelan pembangunan itu adalah telus dan transperen.

Rakyat ingin tahu yang tuduhan BN selama ini yang negara akan bangkrap jika PR memerintah. Betul kah tuduhan itu? Maka debat terbuka merupakan jawapan yang terbaik. Kalau tidak berani jangan main tuduh-tudah sahaja. Buktikan tuduhan itu dengan debat terbuka ini. Ini adalah isu besar bukannya kecil. Dalam perdebatan inilah Najib boleh menggariskan dalil-dalil yang pelan transformasi yang dianjurkan oleh PR itu akan mengbankrapkan negara.

Umumkan sehari cuti umum untuk rakyat mendengar perdebatan ini. Jika cuti umum boleh diberikan kepada rakyat kerana Malaysia memenangi Piala Suzuki masakan perdebatan yang penting untuk menentukan masa depan rakyat ini tidak boleh diberikan cuti umum.

Tetapi samada perdebatan ini berlaku atau pun tidak, rakyat akan tetap membuat keputusan. Marilah kita harapkan yang terbaik bagi masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita.

20 comments:

sam said...

Aspan,

Mampus pun Najib tidak berani untuk berdebat. Buat apa dia berdebat? Nanti nampak pulak oleh orang ramai betapa gilanya rasuah yang akan timbul dalam perdebatan itu.

Sekian pandangan saya Aspan.


sam

bat8 said...

Bro Aspan,

1. saya ingin melihat isu debat ini dari sudut yang lebih santai. Tulisan sdra mengenai debat ini sudah cukup jelas dan terang. najib takut.

2. ketakutan najib bukan kerana tak boleh nak disect dan menunjukkan kelemahan pelan 100 hari PKR. Beliau takut untuk menghurai pelan transformasinya secara jelas kerana ia memang tak jelas pun.

3. Untuk membantu najib dalam isu debat ini, pengantinya telah ditemmui oleh UMNO baru. Penganti itu adalah Umi Hafilda....hahahaha.

4. How on earth UMNO baru boleh membiarkan Umi Hafilda mengamuk sakan di dada media terutama dengan bantuan Utusan.

dah hilang akal kah UMNO Baru sehingga terpaksa meminta bantuan Umi Hafilda disaat-saat terdesak ini! dah kematukah akal sehingga mengsubkontrakkan kepada Umi hafilda tugas asasi pemimpin UMNO memikat hati rakyat?

5. Jika Umi hafilda tidak diberi subkontrak masakan Utusan begitu mengila memberi ruang didada akhbarnya hari ini. Yang pasti Umi hafilda akan lebih menyebabkan UMNO dipandang rendaah dimata rakyat.

bat8

Anonymous said...

ulasan yang sangat menarik tuan. Tahniah dan sudut pandang seperti inilah yang bisa memacu kesejahteraan kita bersama tanpa terikat dengan pandang sempit kepartian. Yang benar yakin bersuara dan yang takut terusan memberi alasan!

najibC42U said...

Heran aku dengan si Najib! Macam mana dana rm 19 billion saranan Datuk Seri Anwar boleh membengkrapkan negara padahal cadangan rm 50 billion Najib boleh membangunkan negara? Najib, setahu aku memiliki ijazah ekonomi, musykilnya, ekonomi apa benda nie ye !

Anonymous said...

Bro, kadang kadang betul juga orang yang tidak yakin pada najib ni. Bayangkan kalau belanja 51 billion tak bangkrap, kalau belanja 19 billion rgt negara bangkrap. Mana dia belajar saya tak tahu.

imron

BUJANG SUSAH said...

Salam tuan aspan. 1 ulasan yg jelas dan mantap. Jika semua rakyat malaysia terutamanya penyokong umno berfikir dan berprinsip seperti tuan, kita semua x hidup sesusah sekarang.

Tuan.. Mungkin kepimpinan tidak terasa sgt akan kesusahan atas kenaikan harga minyak dan barang2 tapi mengapa pimpinan tidak langsung melihat rakyat miskin yg terkais2 mencari sesuap nasi untuk seisi keluarga. Negara begitu kaya tetapi rakyat terus ditindas. kroni dan yg kaya raya terus mengaut laba sedangkan rakyat miskin menyuap nasi berulamkan air mata. Najib x turun ke kampung2. najib x nampak rakyat miskin yang compang camping.. mata najib terlindung oleh kelebaran badan seekor badak. kalaulah penyokong2 umno ingin faham akan kenyataan ini alangkah baiknya. Tetapi seperti termaktub dalam Al-quran.. manusia diciptakan dgn akal yg b erbeza dan terbatas. Ada manusia itu dilahirkan sebagai seorang yg bijak dan ada manusia itu dilahirkan sebagai seorang yg dungu. Wallahualam.

Desa Mentari said...

Salam Tuan Aspan,

1. Tahniah lah kepada Tuan kerana kematangan dalam politik. Masalahnya bagaimana nak bagi pendokong UMNO ne faham?

2. Politik bukan semata-mata menjatuhkan lawan. Politik yang memahami bagaimana untuk membuat pilihan dan memilih yang mana lebih baik. Buka aci sondol aje. Macam zaman TDM dulu letak tungul kayu pun boleh menang.

3. Rakyat mesti diberi kefahaman bagaimana untuk memilih, bermula dari mendapat maklumat yang tepat, menilai maklumat, membuat rujukan dan membuat pilihan mana yang lebih baik.

4. Bagi pendapat saya, halangan2 yang mungkin ada adalah pesoalaan nilai. Adakah masyarakat hari ini mementingkan nilai? Contohnya nilai baik, adakah nilai baik ini dijadikan kayu ukur utama dalam membuat pilihan?

5. Jika calon yang bertanding ada ciri-ciri seorang perasuah. Rasuh adalah nilai tidak baik. Adakah pemilih membuat penilian nilai tidak baik lalu menolak calon tersebut?

6. Dalam kes debat DSN-DSAI ne, saya rasa lebih baik diadakan. Dari sini kita sama-sama dapat menilai mana intan mana kaca,juga kita dapat lihat siapa yang berani berhujah dengan fakta2 bukan maki hamun.

7. Memandangkan Tuan mengesyorkan supaya hari tersebut sebagai cuti, Lagi baik kalau dibuat dalam bentuk presentation - ada slide ke, power point ke dan boleh guna pembantu2 untuk menguatkan hujah. Sehari suntuk pun tak apa - maklum la masalah negara kan - rakyat didahulukan.

Syabas Tuan.

JoeZuax said...

Tuan,

19.2 billion hanyalah untuk kos menunaikan janji dalam buku jingga.

51 billion angaran jika ketirisan dan sebagainya dapat dibendung.

19.2 billion bukan janji pembangunan.

51 billion datang daripada kira-kira anwargay sendiri untuk menghalalkan angka 19.2 billion.

Permainan dan putar belit angka dan persepsi ciptaan anwargay ini tidak jelas dan harus diperbetulkan.

TQVM

Pewaris said...

Salam Pak Aspan,

Menteri Perdana UMNO terkenal dengan PENGECUT.
Tunggu masa je.
Kami yang muda ni dah tak tahan dengan 'high living cost'.
Menteri boleh cakap je.
Makan dia pun rakyat tanggung, lagi nak berlagak.
Tapi yang saya percaya, ALLAH ITU ADIL.

Anonymous said...

Najib takkan berani dengan Anwar. Sebabnya nanti meleleh dan tersembur air liur macam Sabery Chik pula. Satu Malaysia dah saksikan bagaimana si Sabery tu sakit kuku dan mulut selepas perdebatan dengan Anwar. Kalau kail panjang sejengkal laut dalam jangan di duga.

Anonymous said...

nak dengar debat saudagar mimpi.. 13 tahun rakyat Malaysia kena kencing.. cukuplah tu..

lain kali berhati hatilah dengan orang yang berimej alim; dikatakan pandai mengimamkan sembahyang, dikatakan tidak rasuah, tidak kroni ..tapi sebenarnya seorang munafik...

bayar wang ringgit nak dengar ceramah atau debat pun saya tak akan pergi..

Semoga Allah balas dosa beliau pada rakyat Malaysia dengan hukuman yang seberat-beratnya.Orang munafik macam ni tak perlu simpati pun.Amin!

Anonymous said...

Tahniah Tuan Aspan, Ulasan2 Tuan mengenai politik semasa adalah lebih baik dari kebanyakan prof2 yang kekadang langsung tidak akedamik konon datang dari orang akademik.

Tabik spring di berikan kepada tuan walau pedih untuk di terima oleh seetengah pehak. Komen yang jujur selalunya datang dari orang yang tidak mempunyai kepentingan diri tetapi lahir dari keluhuran hati yang sayang kepada bangsa dan negaranya. Syabas teruskan menulis walau tidak ada title berjela2.

Ontahsaponamo said...

Salam,

Saudara JoeZuax, jika benarlah apa yang dinyatakan oleh saudara mengenai:

"Permainan dan putar belit angka dan persepsi ciptaan anwargay ini tidak jelas dan harus diperbetulkan".

Maka ruang debat inilah tempat yang paling sesuai untuk PM DSN yang kita hormati untuk menelanjangkan putar belit angka dan persepsi ciptaan DSA kepada rakyat jelata terhadap pelan transformasi alternatif yang dibentangkan oleh DSAI.

Inilah peluang keemasan dan yang terbaik kepada PM DSN untuk membelasah kenyataan DSAI kepada umum secara langsung dan seterusnya menyakinkan rakyat jelata kepada pelan transformasi yang dirangka oleh PM DSN.

Masalahnya.... kenapa PM DSN yang kita hormati dan seorang pemimpin dimana rakyat jelata memberi amanah untuk mentadbir urus bagi kemakmuran negara secara telus dan bijaksanan tetapi sebaliknya menolak dengan alasan yang tidak masuk akal dan keadaan ini menggambarkan seolah-olah PM DSN amat takut sangat nak berdebat ?

Anonymous said...

Joe, awak
Ni memang tegar umno, good luck! I'm proud of u & and najib will even be more proud. Naik harga ka naik toll ka, aku sokong saja sebab umno penyelamat bangsa dan negara wei la.

Iklanneka said...

nk ckp binatang tapi bntuk manusia,
ada akal tp x nak brfikir,
baik jd lmbu dr jd manusia,
ambik tali ikat kat hidung tggu dtarik... khas utk anon 15jan 12:12

Anonymous said...

Salam Buat Tuan Aspan dan rakan pragmatik!
Best dan saya pujilah "ontahsaponamo" ini, dia ada nilai "good governance" dan "simple undoubtful reasoning" yang rakyat boleh faham. Tapi ada jugak komen bebal ma'rib dalam blog ini yang mencemarkan profesionalisme blog ni serta menjadi talibarut Bangkai Nasional menghimpit rakyat. Suka ke nak akui bahawa yang benar itu tetap benar.
Satu bukti, pemimpin Bangkai Nasional memang tak tahu buat calculation. Katanya harga barang naik hanya 3-5%. Saya contohkan, Gula umpamanya naik dari $1.45 sekarang $2.10. Bayangkan dalam 1 tahun naik 44.82%. Gaji naik ke sampai aras ni...? Saya yang tak sekolah tinggipun boleh kira. Kesan kenaikan harga yang dibuat oleh pemimpin Bangkai Nasional, rakyat yang susah. Dia boleh bagi lagi alasan cakap implikasi kenaikan harga barangan asas cuma 0.2-0.5%. OK, ambillah Teh Tarik sebagai contoh. Dari $1.20, sekarang dah $1.50 naik 25%. Kalau restoran tambah lagi 6% GST. Aduh sakitnya hati.....! Mungkin pencacai2 takde masaalah dan mampu minum sebab masyu....k.
Tapi tolonglah ingatkan sikit pada Rakyat yang susah sebagaimana yang dipaparkan ole TV3/4, masih ada lagi Rakyat yang makan siput babi untuk meneruskan kehidupan. Ini bukti Bro...!
Dah lama saya tak makan yang sedap2 sebab semuanya mahal. Tak cukup duit dan ikat perut nak tanggung anak sekolah. Mudah2an dengan rezeki halal yang tak cukup tu, mereka menjadi manusia yang berakhlak.
Selaku Rakyat, bagus juga semua ni berlaku kerana lagi rakyat terhimpit, lagi bertambah-tambah kesedaran mereka untuk berfikir dan bertindak pada landasan yang benar.

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
Apakah perbezaan antara 19 bil. dengan 51 bil. wahai ahli nujum Negara 1 M'sia. Bezanya wahai PEAM dan sekelian Rakyat terletak pada kekuatan R..Jika zaman dahulu guna matawang emas sekarang digunakan Ringgit malaysia. Baik lah jika dahulu digunakan perkataan Tumbuk Rusuk kini dan selamanya kena lah guna Rasuah. Tanpa R cuba lah tubuhkan SPRM akan jadilah SP..M.
Rakyar..He3..
-sender Rakyat Penang lo.

mo said...

Asalam saudara aspan,,,,Adalah satu kemustahilan t sri najib menerima cabaran debat dari t sri anwar... Tuan sendiri telah membuat banyak tulisan dan komen tentang najib ? najib adalah di lahir dari kepimpinan yg selesa, tampa ada bokti dia adalah seorang perjuang bangsa ??? Hanya mampu sebagai perdana menteri yg , terpaksa di anjak oleh tun m??? maka pak lah jatuh,,,. Dalam kita memperkatakan debat ini,,, budaya yg baik ini, tidak di amal dalam umno, yg ada nya kata2 ampuan... maka oleh itu pm najib , terus sahaja mengaku kalah dan serender ??? Inilah pm yg kita ada, untuk mempimpin kita di malaysia ??? Bagai mana rakyat nak memberi keyakinan,,,hanya di pangil berdebat sudah ketakutan dan kecut...? Adalah lebih baik kalau pm menerima jemputan debat dari anwar,,,? Sudah tentu rakyat dapat menilai, yg mana betul dan lebih baik, najib atau anwar,,, ? YANG PASTI DI mata rakyat najib bukanlah pm yg berkualiti dan berwibawa,,, sudah tentu rakyat di bawah menilai najib sebagai seorang pm yg pengecut,,, sekadar juara juara cakap di media perdana........tq

Raden said...

antara kesilapan kita adalah menyangkakan yg para menteri merasai keperitan rakyat m'sia kbnykan

p/s: penyokong tegar UMNO/BN x termasuk dlm golongan rakyat m'sia kbnyakan... harap maklum

Anonymous said...

Berita baru yang saya terima: NAJIB AKAN MENGHANTAR SUAMINYA ROSMAH MANSOR UNTUK SAHUT CABARAN DEBAT ANWAR. lol!