06 January 2011

Ontahlah!! Dibunuh tidak, bunuh diri pun tidak, tak tau den doh!

Satu lagi isu yang menjadi sebutan ramai ialah tentang kes Teo Beng Hock (TBH). Coroner Azmil telah membuat keputusan yang TBH tidak dibunuh dan juga tidak membunuh diri. Coroner juga menolak pembabitan pihak ketiga.

Isu ini sudah menjadi isu kelakar dan menjadi jenaka orang ramai. Kalau tidak ada orang ketiga, tidak membunuh diri dan tidak dibunuh, tentunya Teo Beng Hock masih hidup. Tetapi kita semua tahu TBH telah dikuburkan diSemenyih.

Ramai juga kawan-kawan bertanya kepada saya dan saya menjawab, “entahlah!” Itu sahaja yang dapat dijawab. Tetapi isu ini bukan berhenti setakat ini sahaja. Pihak berwajib mesti selesaikan isu ini dengan teliti kerana nyawa bukannya murah.

Buat masa ini jika sesiapa bertanya kepada anda, jawablah, “entahlah!”. Itu sahaja yang boleh dijawab, Tetapi yang pasti TBH telah dikebumikan diSemenyeh.

Tetapi kalau ditanya keluarganya mereka tidak akan mampu untuk menjawab, “entahlah”. Mereka akan hanya menangis dan menangis.

“Entahlah!! Inilah kali pertama seumur hidup saya berhadapan dengan kes seperti ini. Tak dibunuh, tak membunuh diri dan tidak ada pihak ketiga yang terbabit, tetapi TBH mati dengan kecederaan.

Macam-macam boleh jadi dinegara kita ini. Ini kah dia apa yang dikatakan sebagai ‘Malaysia boleh?’.

Entahlah! Tak tau!

Kalau tak bunuh diri dan tidak dibunuh macam mana mayatnya dijumpai diatas bumbung tingkat lima bangunan masalam?

Ontahlah!!!!! jangan tanyo!!!. Tak tau den doh!!! Den sondighi pun tongah memikir macam mano bulih jadi macam ni! Ontahlah jang!! Poning! Poning!!

17 comments:

Anonymous said...

Cuma di Malaysia perkara begini boleh berlaku. Malu den.
Pak Tua

Pak Pandir said...

He...he..he..

Gilo boto bang!!! Gilo! Gilo!


Pak pandir

Anonymous said...

Tak apo bang! Nanti den talipon Karpal Singh. Dio dalam jamban skarang ni.


junus

Husin Lempoyang said...

Tak dibunuh atau bunuh diri.

Masih hidup lagi la tu, pan.

Pagi tadi nampak di kodai Milah Taman Melawati makan roto canai :)

Quiet Despair said...

Sonang jo, open verdict ni, jang.
Buekle interpretasi sendiri.
Nampaknya hantu Teoh ini akan terus meghantui kito yo.
Den lobih suko kalu verdict bunuh diri.
We can all shut up.
Dah banyak court case yang open verdict especially when there's a thin blur between suicide and misadventure.
Tapi dek kes ni pujaan DAP, dah tentu lain ceritonya kan.
I think, it's time for us to move on.
Let him rest in peace.

mahaza said...

Akhirannya - TBH mati kerana sudah ajalnya - sapa nak sanggah?

mahaza said...

QD - hantu jangan sebut ooo....

Anonymous said...

Rujuk kpd komen drpd blog http://theunspinners.blogspot.com/2011/01/koroner-takut-buat-keputusan-mula.html yg dibuat oleh Akubas86..........."Do not make an abrupt statement on how judiciary take place...

opinion of legal must not necessarily be the opinion of a judge...obiter dictum...

for a murder or suicide cases, evidence shall always proven to be the utmost certainty...

open verdict just means that coroner could reconvene hearing with fresh witness or witnesses.." Jadi koroner boleh bicarakan balik kes ni kalau ada saksi baru...

Anonymous said...

hehehe...yang pasti duit rakyat gak hangus baik kat persekutuan maupun kat negeri!...yg tersenyum tentulah yg bijaksana peguam2 'kuasa ketiga'...masyuuuukk!!


p/s : Xavier pun dah berjanji nak 'perabihkan' lagi duit rakyat Selangor!...horay!!



anakjati_sgway

Anonymous said...

Ini yang dikatokan:-

Oghang bukan oghang, antu bukan antu

kiro macam antara tak bunoh diri dongan tak dibunoh oghang .... agak nyo dibunoh cicak kot?

CDR

Anonymous said...

Nampak ee koroner ni dah kono ponyakit Najib.......tak berani buek koputusan.
He he he...kok Rosmah tontu dah lamo tau jawap ee.....

OCPA said...

Macam mano nak RIP kalo keadilan & kebonaran tak tertogak??
Bunuh diri tidak,dibunuh pun tidak..
Gamaknye, mendiang TBH selepas disoal SPRM,dia berehat sambil mkn keropok cecah sos tomato kat tepi tingkap..tetiba botol sos tu terjatuh ke bwh, TBH pun turun le nak cuci sos tu, sebab keadaan gelap, TBH terpijak sos dan tergelincir dan kepala terhentak ke semen dan mati,tu yg nampak mcm darah tu..esok mayatnye dijumpai.
Kenapa merapu ni??..habis tu nak cerita mcm mana lagi kalu dah verdict nye pun bengong buat penin kapla...
Judge play safe la..

Pewaris said...

Salam Pak Aspan.

Kalau kes rogol .. hahaha .. kena rogol tapi tak kena rogol, tak dirogol, tiada perogol ..

Something fishy dalam kita punya Pemerintahan. Apakah kamu masih lagi bersama orang2 yg begitu. Sendiri mau ingatlah.

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
Keputusan yang baik. Rakyat didahulukan. Abis seantero M'sia dok fikiaq patut ke tak patut. Tak pa la kita terima dulu keputusan ini tapi tetap tak rela. Esok-esok masa PRU 13 boleh la bagitau isihati kita sebenar..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.

Flawed Genius said...

Apa nak heran? Kalau kes liwat pun boleh disabitkan kes walau pun tidak ada kesan pada anus 'mangsa' yang membuktikan 'mangsa' diliwat. Inikan pulak kes TBH ni...

Anonymous said...

sepatutnya koroner buat menyatakan kematian adalah disebabkan ajalnya telah sampai...hehehehe

Ontahsaponamo said...

Keramat betul slogan "MALAYSIA BORLEY" ni....
7 perkara ajaib didalamm dunia dah bertambah jadi 8 dieja (LAPAN)
IAITU: "MALAYSIA BORLEY")