02 January 2011

Isu SS Selangor - Hormati semangat Persekutuan.

Isu perlantikkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor masih belum reda. Apa kesudahan terhadap isu ini belum lagi kita dapat jangkakan. Tetapi saya percaya isu itu akan dapat diselesaikan apabila setiap pihak yang terbabit itu kembali kepada kepangkal jalan dan selesaikan masalah itu dengan cara dan tata-cara perlantikkan dengan baik dan ikut cara dan semangat serta sistem bernegara yang lazim kita praktikkan.

Kita mesti kembali kepada asas, iaitu mengakui bahawa negara ini adalah negara Persekutuan (Federation) dan negara kita bukannya negara ‘unitary’ seperti Thailand dan negara jiran yang lain. Kita ada perjanjian Persekutuan yang ditandatangani pada 2hb Februari 1948 dahulu semasa perjanjian ini ditanda tangani diantara negeri-negeri bersekutu dan bukan bersekutu. Perjanjian Persekutuan itu adalah untuk menggantikan Malayan Union (MU), dan Persekutuan itu diwujudkan untuk menggantikan usaha keparat British mewujudkan sebuah negara ‘unitary’ disemenanjung ini.

Jika kewujuddan perjanjian Persekutuan itu dibuat untuk menggantikan MU, kenapa pula kita sekarang hendak mentadbir negara ala MU itu? Kita sepatutnya memperkayakan semangat Persekutuan itu kerana terbukti dalam banyak negara Persekutuan yang benar-benar mengamalkan semangat itu telah mencapai kejayaan untuk memajukan negara dan rakyatnya.

Negeri Selangor adalah salah sebuah negeri dalam Persekutuan ini Negeri Selangor seperti juga dinegeri-negeri lain mempunyai Lagislatifnya sendiri, kerana Selangor ada Dewan Undangan Negerinya sendiri. Selangor ada kerajaannya sendiri dan ada ketua kepada kerajaan negeri itu dan dianya dinamakan Menteri Besar yang dipilih diantara ahli-ahli Lagislatif yang dipilih oleh rakyat Selangor. DAN Menteri Besar itu ialah Abdul Khalid Ibrahim yang mewakili Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Ijok.

Bagi seorang rakyat yang menjunjung semangat Persekutuan ini, kerajaan persekutuan mesti mempunyai perhubungan dengan Selangor berlandaskan kepada semangat persekutuan dengan negeri Selangor, sebuah negeri yang berdaulat. Kerajaan Persekutuan mesti berhubung dengan Selangor dalam semangat itu dan kerajaan persekutuan mesti menghormati negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang berdaulat.

Jika kerajaan persekutuan tidak menghormati pandangan kerajaan negeri Selangor ianya bermakna persekutuan tidak menghormati rakyat negeri Selangor. Ini adalah ‘basic’. DiPutrajaya itu adalah Pusat Pentadbiran kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan Pusat. Kedaulatan kerajaan Persekutuan itu datangnya dari kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri yang berada didalam Persekutuan ini.

Sepatutnya kerajaan pusat mesti bertanya kepada rakyat Selangor dalam isu perlantikkan Setiausaha Kerajaan ini. Cara untuk bertanya rakyat Selangor itu ialah bertanyakan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besarnya yang mewakili rakyat Selangor seperti yang dipilih oleh mereka didalam pilihanraya yang lalu. Itu caranya yang patut dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin persekutuan jika benar menghormati rakyat yang telah membuat pilihan secara demokrasi.

Yang sepatutnya mengadap Kebawah Duli Tuanku Selangor itu ialah TS Abdul Khalid Ibrahim kerana Khalidlah yang sepatutnya menasihati DYMM Tuanku, bukannya dari sesiapa yang datang dari Persekutuan. Jika ada usaha dari kerajaan Persekutuan untuk menasihati DYMM Tuanku Selangor itu merupakan usaha yang cuba untuk memecah belahkan Raja dan kerajaan Selangor yang berdaulat.

Ketua Setiausaha Negara (Sidek Hasan) wajib menjaga dan menghormati kedaulatan Negeri Selangor dan mesti mengakui yang Negeri Selangor adalah salah sebuah negeri yang berdaulat yang menganggotai Persekutuan ini. Hormatilah diri kita sebagai seorang rakyat negara Persekutuan. Ikut cara dan semangat Persekutuan itu. Negara kita bukan negara kominis.

TETAPI kenapa agaknya isu seperti ini berlaku? Pastinya kerana politik kepartian. Kalau itu sebabnya betullah kata banyak pihak ini merupakan usaha pemimpin parti yang berkuasa dari Putrajaya untuk memcahkan keutuhan kerajaan Negeri Selangor sebab pilihanraya akan tiba dan BN sedang berusaha untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan Selangor, negeri yang terkaya dalam Persekutuan ini.

Kalau itulah sebabnya saya tidak mahu melanjutkan komen ini. Perkara yang sama telah dilakukan diPerak dan hasilnya memudharatkan rakyat Perak. Bolehlah mendapat kuasa dengan ‘arm-twisting’ seperti ini tetapi ramai menjangkakan yang rakyat Perak akan memberikan pengajaran kepada pihak yang sudah hilang hidayah ini. Kata mereka yang PR akan kembali mentadbir dibangunan Setiausaha Kerajaan diIpoh.

Kalau BN hendak mengambil alih kerajaan Selangor buatlah cara yang ‘gentleman’. Lakukan semasa pilihanraya nanti. Kempen kuat-kuat dan yakinkan rakyat Selangor yang BN perlu memerintah Selangor kembali. Janganlah menggunakan taktik kotor untuk mencapai kuasa politik dinegeri ini kerana mendapat kuasa dengan bermain kotor tidak akan sampai berkatnya.

Tetapi siapa pula yang akan menerajui kerajaan Selangor jika BN menang?? Noh Omar? Khir Toyo? Atau siapa? Oh! Ezam Mohd Nor? Kalau inilah nama-nama yang tersenarai ramai rakyat Selangor berkata biarkanlah negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat sepenggal lagi, sehingga BN boleh mencari pemimpin yang ‘viable’.

Buat masa sekarang BN, bagi pendapat mereka belum lagi berjaya mencari pemimpin yang diyakini rakyat Selangor. Jika permainan seperti ini diteruskan juga maka percayalah rakyat akan lebih menyampah kepada kita. Apabila rakyat menyampah dan menolak kita, kita juga yang terloncat kesana kemari macam cacing dalam kepanasan. Lepas itu salahkan orang lain pula.

“Tak payah nak ganti-ganti!” kata mereka.

16 comments:

Anonymous said...

Nampaknya Kerajaan Persekutuan hendak 'colonize' Selangor dgn menghantar satu 'resident-general' bernama Kushrin. Sultan dengan segala 'benda2 yg tersuruk tetapi diketahui umum' telah disalahguna dan dipergunakan untuk menerima 'resident-general' secara pintu belakang.

Nampak sangat pemimpin2 Umno ni bodoh belaka. Bodoh sebab banayk makan duit haram rasuah.

Kepada Khalid Ibrahim, tindakannya senang sahaja dengan pengeluaran satu press statement selepas keputusan mesyuarat Exco: " Kerajaan Selangor tidak menerima perlantikan Kusrin sebagai SS kerana ia bertentangan dgn Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor". Habis cerita. Apa yg Kusrin dan Sidik bolih buat. Kusrin bolih datang pejabat dan duduk dlm pejabat saja dan terima gaji Jusa Grade A. Exco bolih mengarahkan Timbalan SS menjalankan kerja2 SS.

Dalam kemelut ni yg nampak bangang sekali ialah Sidik. Tindakannya membelakangkan polisi2 dan kosep perkhimatan awam, iaitu sentiasa 'apolitical dan impartial'. Pergi lantik org gred Jusa C menjawat jawatan gred Jusa A namapk sangat bangangnya Siddik.

moses said...

Salam,Dato terima kaseh kerana rencana ini. Ianya membuka minda kami yg banyak tak mengetahui undang undang negara . Mohon nasihat rujukan yg kami boleh buat sebagai panduan. Terima kaseh

Desa Mentari said...

Salam Tuan Aspan,

Maaf la kerana off topik sikit. Maklum la tengah menyirap ne.. terjah je.

Tahniah la 1Malaysia & UBN kerana memberi hadiah sempena tahun baru???

1. Gula tak ada di pasaran. (6 tempat saya cari termasuk 3 supermarket). nak naik la tu...

2. Minyak masak dah berberapa hari berkurangan. peket sekilo dan lima kilo tak ada. Yang ada 3 kilo pada harga 5 kilo.

Apa ne.. Tuan Aspan.. tolong la bagi tau kat diorang tu... mana boleh macam ne.. jangan nak mencekek je..

Menteri buat pe.. Kalau macam ne cara memerintah, tak sekolah pon boleh..

Besok dak nak sekolah.. apa pulak kerenak yuran lagi sok...

Anonymous said...

Saudara Anon:
Memang lah si Sidek tu bangang. Kambing, Keldai dan babi semua terkejut apa bila dia di lantik jadi KSN.
Contoh yang terulung di Malaysis dimana mediocre mengatasi meritocracy dan initerdapat pada Sidek sendiri.
Tak caya semak latar belakang si Sidek ni. Masa kat Amerika dulu dia bukan buat apa pun selain memperkemaskan kepakaran membbodek dan mencuci bontot menteri.
Itu sebab nya jabatan kerajaan incompetent kerana dia ikut kepala yang incompetent!

Pewaris said...

Salam hormat Pak Aspan.
Nampak gayanya, rakyat akan beri pengajaran yang secukupnya pada PRU akan datang. Dia dah mula dah ..

mo said...

asalam saudara aspan,,, beginilah peri laku kerajaan pusat yg kita harap menbawa kebaikan untuk rakyat,,,segala kelakuan di buat berlandas kepada jalan pintas,,,,. Kian hari rakyat di hidang dgn cerita yg sebegini rupa,,,yang boleh tak jadi boleh,,,yg tak boleh, jadi boleh,,, nampak kerajaan pusat yg kita ada,,,seolah malaysia ini,,, mererka sahaja berhak untuk membuat sesuatu,,,semantara yg lain tak berhak ??? , Semakin hari, semakin dekat kerajaan yg kita ada kini,,,menuju ke ambang calaka,,, mereka tidak segan silu lagi membuat perkara yg membuat,,,mereka ke ambang celaka..., Pendekatan isu perlantikkan setiausaha negeri,,,dari kaca mata rakyat di bawah sini,,,pertikaian yg berlaku di antara kerajaan negeri selangor dan pusat,,, sudah tentu umno akan menang,,, dgn kuasa yg sering di putar belit untuk mendapat yg di kehendaki,,, tapi kerajaan pusat, sering lupa rakyat yg ada bawah memberi perhatian dalam isu ini...??????tq

Anonymous said...

The whole thing is done on purpose. Statements from the palace bear sufficient testimony that UMNO is out to make life miserable for Pakatan.

In short, UMNO and the palace is thumbing the nose of the people of Selangor.

It will be up to Selangoreans to protect their government against the rogue UMNO government at the federal level.

UMNO is even more corrupt and rotten to the core now than under Pak Lah.

Anonymous said...

Dear Aspan Alias,
Like you I am an UMNO member. BUT the party is already becoming mischievous.

It's fucked up party led by fucked up leader. From now I swear, I shall be quitting the party as it's just disgusting.


Pengundi K Selangor

Anonymous said...

The proper channel is for the Federal Government through the KSN to submit the name of the most suitable candidate in terms of qualification,seniority,suitability,etc to the State Secretary/MB office for consideration/approval by the State to fill up the post vacated and if the State so agrees the candidates name will then be submitted to the Ruler of the State for consent and this is normally a formality and information only. Hasnt this been done or just ignored by those concerned.

Anonymous said...

Bila "rule of law" tidak di tegakkan, begitulah jadinya. Negara ini sudah jadi carca marba. Pemimpin umno telah merasuah pihak istana sehingga kewarasan Sultan-sultan di Malaysia telah dipertikaikan rakyat. Negara tidak memerlukan lagi sultan-sultan di malaysia kerana imej mereka telah mencermarkan islam sedangkan mereka mendabik dada merekalah pelindung islam. Kalau keadilan pun Sultan-sultan tak boleh perjuangankan lebih baik negara ini menjadi sebuah republik.

Kisah yang berlaku di perak amat menyedihkan rakyat negara ini kerana Sultan kini tidak lagi menghormati rakyat jelata. sehingga sekarang Perak masih ada dua menteri besar. Satu menteri besar haram dan satu lagi diangkat rakyat. Kalau undang2 pun sultan tak paham eloklah institusi Raja di hapuskan, lagipun setelah krisis perlembangaan yang lalu memang sultan-sultan di Malaysia telah tiada kuasa.

bat8 said...

Bro Aspan,

1. Tindakan melantik Khusrin sebagai SS adalah terlalu obvious merupakan usaha UMNO(Baru) untuk merampas Selangor. Orang buta pun boeh gambarkan dalam minda mereka.

2. Mengapa tidak dibuat lebih awal lagi ia itu tidak lama Perak. Tidakkah tindakan ini akan menyulitkan lagi usaha UBN untuk menawan Selangor dalam PRU 13 yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Pada saya ini adalah tidakan yang akan memakan diri UBN, khususnya UMNO(Baru) di Selangor nanti. Kemana hilangnya seni politik UMNO selama ini dalam sepak terajang politik?

Anonymous said...

Encik Aspan,

Dengan penghuni kerajaan sebanyak 1.2 juta, sudah tentu KSN mempunyai calon2 yang lebih layak untuk di ketengahkan selain mempunyai pengetahuan dalam bidang agama juga mempunyai kemahiran pengurusan moden dan ekonomi terutama untuk negeri yang paling maju seperti Selangor.

Setidak-tidak nya menonjolkan seseorang yang imejnya lebih baik dari pilihan kerajaan Selangor. Rakyat Selangor mungkin dapat terima dengan mudah dan sudah tentu baik untuk imej kakitangan Kerajaan.

Permainan ynag di mainkan sekarang adalah seperti "Russian Roulette" yang boleh memakan diri sendiri dilain masa dan ketika.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Satu rencana yang sangat cantik dan dari seorang yang benar-benar menghormati dan menghayati sesuatu perjanjian dan perilaku manusia yang bertamadun yang tidak dipengaruhi oleh sentimen kepentingan peribadi.

Rencana ini patut disebarkan meluas supaya sebanyak mungkin rakyat mengetahui dan memahami isu yang berlaku supaya mereka tidak mudah terperdaya oleh kealpaan (ignorant) mereka terutama mereka yang terpencil yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengetahui hal sebenar yang berlaku di sekitar mereka selain dari mengharapkan belas kasihan untuk sesuap nasi dari yang di atas sana yang kemudiannya mereka menjunjung tinggi orang atas ini yang kononya telah datang memberikan bantuan belas ehsan kepada mereka untuk terus hidup tetapi sebenarnya mereka telah dibohongi dan telah merompak rezeki dan kemajuan yang sepatutnya telah dinikmati oleh mereka.

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
MB Selangor boleh adakan satu mesyuarat khas bincang hal ini kemudian memaklumkan ke Istana dan KSN keputusan mesyuarat. Kalau KSN berkeras nak lantik juga, MB dan exco boleh mengujudkan satu jawatan dan jabatan baru iaitu SUK(Persekutuan) yang akan bertanggunjawab keatas JKKK(Persekutuan).Timbalan SUK boleh la dilantik memangku SUK Selangor..Rakyat..He3..

OCPA said...

Sebagaimana British "membeli" Raja2Melayu dahulu, begitulah juga UMNO "membeli" mereka skrg..
Tindakan BIADAP & KURANG AJAR krjn pusat terhadap krjn Selangor bermakna krjn pusat tidak peduli dan tidak hormati pilihan rakyat Selangor..
Mengapa kamu cuba merogol dan mencabul pemerintahan krjn Selangor yg telah kami pilih??
Kenapa kamu UMNO berperangai macam BINATANG ??
Kekadang serasanya lebih elok jika Negeri Selangor ini MERDEKA dari Persekutuan...patut ke demikian? Kami adalah negeri terkaya..alhmadulillah dan insyaallah kami boleh survive dan berdikari...
Patut le negara Brunei tak mau join Malaysia dulu, agaknye Sultannya dah tahu akan "rampasan" kuasa dan kekayaan negeri akan berlaku seperti kini..
Bior si Khusrin syok sendiri, duduk atas kerusi SUK..TAPI, arahan beliau JANGAN di turuti.. Arahkan semua jabatan krjn negeri Selangor menurut arahan dari SUK 2 (yg dilantik oleh Krjan Selangor)..

Anonymous said...

Bro, Najib nampaknya suka bermain api. Tak lama lagi api itu akan membakr jarinya.


aiden hall