26 January 2011

Nak Tanya Muhyiddin - Mahukah pemimpin kerajaan persekutuan meletakkan jawatan sama?

Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri kita telah menyarankan supaya MB Selangor TS Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai MB negeri itu kerana gagal mendapat 2/3 majoriti dam siding khas Dewan Undangan Negeri itu 24hb yang lalu untuk meminda perlembagaan bab 52 Negeri Selangor.

Dalam persidangan khas itu PR mendapat 34 undi dan selebihnya dari BN mengundi menentang usul untuk mendaulatkan Sultan Selangor dengan mengembalikan apa yang ada dari Tuianku Sultan sebelum dirampas oleh Perdana Menteri pada 1993 dahulu. UMNO/BN menentang usaha untuk mengembalikan kuasa itu kepada Tuanku Sultan dan kepada UMNO, PR adalah pihak yang derhaka kepada kebawah Duli Tuanku kerana PR hendak mengembalikan kuasa itu kepada Tuanku.

Rupa-rupanya UMNO ini sudah tidak keruan. Benarlah kata setengah orang yang UMNO kita ini sudah hilang hidayah. Menesabahkah PR pula yang derhaka kepada Duli Tuanku kerana hendak memberikan kuasa kepada Baginda? Patutlah ramai alim ulamak yang zuhud berkata yang kini dunia sekarang adalah dalam akhir zaman, yang salah nampak betul dan yang betul dikatakan salah.

Sekarang kita sudah nampak dengan jelas yang UMNO benar-benar tidak menghormati perjanjian persekutuan dahulu dan jika ada usaha untuk mengembalikan kuasa bab52 itu kepada Tuanku Selangor itu adalah penderhaka. Ini pandangan yang sangat gila. DAN Muhyiddin meminta pula supaya Khalid meletakkan jawatan.

Sebagai salah sebuah negeri yang terkandung didalam Persekutuan, Selangor dan rakyatnya mesti dihormati mengukut lunas demokrasi dalam persekutuan ini. Biarlah rakyat dalam negeri-negeri yang berdaulat didalam persekutuan itu berbicara dengan Rajanya untuk menentukan apa yang patut dilakukannya terutamanya didalam isu Raja dan Kerajaan yang dibawah naungan Baginda.

Usaha untuk memecah belahkan kerajaan Selangor dengan kebawah Duli Tuanku Selangor nampaknya tidak surut-surut dan saya yakin ianya akan berhenti apabila Tuanku Sultan sudah bersalah-salahan dengan rakyat Baginda sendiri. Jika ini berlaku maka mudah bagi pemimpin diPutrajaya melakukan semua perkara tanpa halangan, termasuk usaha untuk membunuh demokrasi serta Raja berpelembagaan negara kita.

Muhyiddin memberikan sebab kenapa Khalid perlu meletakkan jawatan, Kata beliau Khalid tidak mempunyai sokongan dua pertiga dari Dewan Lagislatif Selangor maka adalah wajar Khalid untuk berhenti.

Tetapi orang ramai ingin bertanya, kenapa Najib dan Muhyiddin serta keseluruhan pemimpin diPutrajaya tidak meletakkan jawatan kerana kerajaan BN diperingkat persekutuan juga tidak mempunyai sokongan 2/3 itu.

Saya adalah orang yang pertama yang akan memberikan sokongan kepada mana-mana kerajaan untuk meletakkan jawatan jika tidak ada kuasa 2/3 dalam Dewan-Dewan Lagislatif. Jika itu pandangan Muhyiddin mari kita memohon dengan cara yang baik supaya Muhyiddin dan kerajaan pimpinan beliau dengan Najib meletakkan jawatan dan memberikan rakyat membuat pilihan sekali lagi.

Selepas itu Kerajaan Selangor dan mana-mana kerajaan negeri yang tidak mendapat 2/3 sokongan didalam Dewan Undangan pun menyusul kemudian dan memberikan hak kepada rakyat Selangor pula untuk membuat pilihan. Apa-apa keputusan yang kita dapat kita terima dengan ‘gentleman’.

Apa macam Tan Sri?? Setuju??? Kalau bersetuju mari kita mulakan usaha itu mengikut lunas yang betul dan kita serahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan. Ok tak Tan Sri??? Saya seronok betul kalau kita mengaku yang kita juga tidak mempunyai sokongan 2/3 diDewan Parlimen dan memberikan rakyat membuat pilihan lagi sekali secepat yang mungkin.

Kalau setuju katakan setuju, kalau tidak setuju katakan tidak setuju!

17 comments:

Anonymous said...

bodohnya la org tua ni..TPM suh letak jawatan sbb kegagalan meminda undang2 disebabkan x dapat 2/3..bukan sbb kerajaan pembangkang xde 2/3 kerusi..dah tau xkn dapat sokongan wtpe buat usul pindaan..cmtu juga klu kerajaan lain yg x dapat 2/3 dalam usul yg dibentangkan..bodoh..

Anonymous said...

Itu quality TPM Malaysia. Betul lah cakap Nazri Aziz "cow dung brain" and one of them is TPM.
Alahai... nasib lah negara ku. TPM tu kalau tak ada apa nak cakap maka elok lah diam sahaja dan sekarang buat malu UMNO sahaja.

OCPA said...

MMMM...dah dasar Mat Sembab @ Lembab..cakap tak fikir dulu.. Nak kutuk org tapi kena batang hidung sendiri...kah kah kah
TAPI..ini mungkin ucapan yg tersirat, yg sebenarnye nak minta PM letak jawatan kut?? So, bole le dia jadi PM pulak.. Jahat juge sekor ni ye...

Anonymous said...

gang D-UMNO ni kalau salah org dia nampak. Penyokong pon macam buta saja. Media pon sama naik, ingat pembaca ni makcik/pakcik FELDA kot.
Mat sembab ni cakap x serupa bikin. Hari tu dia sokong Soi Lek, tup tup bila mufti tegur, dia buat u- turn, macam ni punya pemimpin pon ada ka. Kalau pemimpin pon cakap putar belit, penyokong jadi apa?

Anonymous said...

Itulah standard TPM yang kita ada, memang tak ada kelas. Cakap macam ketua pemuda cawangan saja. Memalukan...

syedhs said...

Yang menyedihkan saya ialah banyaknya statement2 merapu (bahasa kasar: tak guna) yang diucapkan oleh menteri2 dan suku sakatnya sampai kita dah terlali dengan semua itu. Bila dah terlali, maka kita taklah scrutinize sangat cakap2 mereka.. melainkan kita cakap biasalah tu. Sebenarnya yang 'biasa tu' kalau setakat budak2 remaja buat takpe, tapi ini orang2 besar yang mana keputusan salah/betul akan memberi kesan kepada berjuta-juta insan.

Anonymous said...

Anon 13:07:00 GMT+08:00 tulis:

"Mat sembab ni cakap x serupa bikin. Hari tu dia sokong Soi Lek, tup tup bila mufti tegur, dia buat u- turn, macam ni punya pemimpin pon ada ka. Kalau pemimpin pon cakap putar belit, penyokong jadi apa?"

=================

penyokong jadi apa?....penyokong jadi macam Anom 12:26:00 GMT+08:00 kat atas. Otak kat tapak kaki....hahaha

wak jerman

Anonymous said...

IKHLAS UNTUK ANON 12:26,

BODOH LU TU DER, LU SIMPAN SENDIRI LA DER. LU NI MAT REMPIT YG MANDI KT KOLAH MASJID MASA MAMAK PUTERA ANJURKAN PROGRAM TAHPAPE TU KAH? OTAK KOSONG MACAM HELMET LU JUGAK! LAIN KALI KALAU BODOH, BELAJAR! BUKAN BANGGA DENGAN KEBODOHAN SENDIRI DER. ORG DISKUSI PSAL A, LU MASUK B! LU TAU B TU APA DER? B TU BANGANG MCM LU DER!

PSAL ISU YG TN ASPAN GTAU TU, GUA MALAS LA NK XPLAIN KT LU. BUANG MASA DER!

APSAL LA BANGANG GILA BEBUDAK UMNO BARU NEH! TAK LEY NK SPARRING LANGSUNG!

Anonymous said...

Letak jawatan?
Boleh tn, dengan syarat $anak saya mengambil alih tempat saya, jika tidak, saya teruskan. Rakyat masih perlukan saya, umno masih dahagakan kepimpinan saya$

Saya melihat trend ini makin meluas terjadinya dan merebak kpd parti komponen yg lain.

Marhain mcm Aspan, sorrylah, susah sikit nak join kerana keturunan kamu bukannya bekas pm tpm km atau mb.

masmerah

Anonymous said...

Salam Tn Aspan/semua,

1400 dulu dan termaktub ciri-ciri munafik. Dulu munafik sorang-sorang. Tapi sekarang munafik dah pakai Barisan dan gerombolan. Hebatkan akhir zaman ini. Yang best tu ramai pulak jadi pengikut. Makanya kalau komandan ketam dah jalan senget, boleh ke si prebet ketam nak jalan lurus. Aduh...!

Sayembara Kehidupan :-

Pulang kerja terasa penat,
Hidup susah terbeban sangat,
Negara kaya rakyat bersemangat,
Habis dilunturkan pemimpin lahanat

Penerbit celaka TV tiga suku,
Kerja mungkar dia sapu,
Muka tak tahu malu,
Sebab duit dia mengampu

Kehidupan rakyat berbagai-bagai,
Kerana negara Rakyat berbudi,
Tapi sayang Pemimpin kaki joli,
Hasil dilacur negara tergadai.

Sedarlah Rakyat Malaysia.
Teropong Hikmat.

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
Sayu Aspan, kalau dia berhenti nanti sapa nak ganti?. Tuan tengok la, sapa yang ada?. Santa R..s, Tok Isa, Tok Mudin?. Tak nampak plak la pengantinye..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.

Anonymous said...

penyokong batak umno kata kerajaan selangor bodoh bawak usul pindaan masa tak cukup 2/3 kerusi, tapi dgn usul itu kita dapat lihat siapa sebenarnya pengkhianat melayu dan sultan. kita dah agak umno tak sokong tapi pakatan telah membuka mata semua, Pakatan menang dalam menarik perhatian orang ramai.

mo said...

Asalam saudara aspan,,, Pemimpin yg kita ada dalam umno, inilah akibat dari pemimpin yg di lahir oleh umno melalui pemilihan yg terlalu banyak menguna keadah belian dan wang, maka lah lahir seorang pemimpin yg tidak berwibawa, akibat dari mengunakan pengaruh wang ,,,,. Apa ygb dia buat dan ucap tidak membayangkan mereka ini pemimpin yg ada kebolehan yg baik dan bernas, seringkali kita di hidangkan cakap2 yg lansung tidak memberi impak yg positif, melain kan tercelah lah mereka ini dgn kesombongan dan kurang bijak.... bagai mana rakyat nak memberi keyakinan kepada pemimpin yg ada,,,kalau cakap2 mereka ini tidak lansung ada kelibarnya???. Keyakinan rakyat di bawah ini agak terlalu longar kepada pemimpin yg ada ???? Rakyat telah menanti sekian lama perubahan yg di percakapkan namun tidak ada yg berubah,,, tidak ada perubahan yg masra rakyat??? Apa yg ada permasaalahan terus berlaku, kenaikan barang asa terus meninggi??? Rakyat terus menghadapi belbagai kesulitan keawangan yg cukup seriouse??? Di mana pemimpin yg mengutamakan rakyat ??? Seolah kata2 dan laongaN YG DI BUAT MEREKA,,,, SEKADAR LAONGAN BASI sahaja....Tan sri m, ini bukan lah pemimpin yg bijak sangat,,,kali2 keluar tv, cakap baai org yg kurang bertamadun....Malu rakyat di buatnya ???? tq

Anonymous said...

Wak jerman, wa cya lu...

Anonymous said...

Ada ramai orang Melayu di luar Umno yang berjuta-juta kilometer jauh lebih BRAINY dan intelligent dari TPM Muhyiddin. Yang keluar dari mulutnya kerap hampas. Jadi bahan geleng kepala rakyat.

Pewaris said...

Nasib badan .. hahahaha
Kerana santan ...

Anonymous said...

Ikhlas juga untuk Anon 12:26, sebelum mengeluarkan hujah haruslah dibaca dan diteliti artikel yang dikeluarkan oleh penulis. Memang betul survey rakyat Malaysia tak rajin membaca tapi tak lah teruk macam saudara langsung tak faham apa yang ditulis.