19 January 2011

PRK Tenang - Najib mulakan kempen dengan isu peribadi

Di Tenang sudah bermula kempen pilihanraya kecil dan BN akan mengumumkan nama calonnya hari ini. PAS telah pun mengumumkan calonnya dua hari yang lepas. Peperangan mulut telah bermula di antara BN dengan PR dan suhu politik semakin panas. Itu belum lagi diadakan penamaan calon.

Semalam Najib telah menyelar Anwar kerana ketua pembangkang itu terus meminta diadakan debat terbuka di antara beliau dengan Najib. Najib tidak berapa berani untuk mengupas dalam khalayak ramai tentang kebaikan pelan transformasinya yang berharga RM51 billion yang terlalu tinggi berbanding dengan pelan alternatif dari PR. Najib cuba mengelak dengan menggertak Anwar akan menelanjangkan semua hal Anwar jika Anwar terus berdegil untuk tidak berdebat dengannya.

Yang Anwar minta ialah untuk berdebat tentang ekonomi tetapi Najib pula memilih untuk mengentam Anwar dengan isu peribadi dan terang-terang mahu menelanjangkan hal peribadi Anwar. Najib berkata beliau tahu segala-galanya hal peribadi Anwar.

Disinilah apa yang saya selalu katakan yang politik negara kita sedang dipimpin oleh pemimpin yang keanak-anakan. Tak berani nak menjawab digertaknya pula Anwar dengan isu peribadi. Apa yang ingin diketahui oleh rakyat ialah bagaimana BN terpaksa berbelanja sebanyak RM51 billion dan PR akan berbelanja hanya RM19.2 billion sahaja. Perdebatan itu bukan hendak mendebatkan isu peribadi.

Sikap Najib itu melambangkan ‘childishness’ beliau sebagai pemimpin yang kekurangan ‘magnanimity’ dan itu sangat membahaya bagi politik tanah air. Saya bukan mempertahankan Anwar kerana saya tidak pernah menyokongnya. Dalam isu ini saya sokong sesiapa yang sanggup memaparkan perancangan masing-masing didalam isu pelan pembangunan yang dicadangkan oleh kedua-dua belah pihak. Dalam hal ini nampaknya Anwar lebih berani dan sanggup melakukannya.

Dalam tulisan saya beberapa hari yang lalu saya juga ingin tahu bagaimana Najib boleh menunjukkan bukti berbelanja 19 billion ringgit boleh mebangkrapkan negara sedangkan membelanjakan 51 billion ringgit itu akan memajukan negara. Tentu Najib ada alasannya. Alasan itulah yang orang ramai nak tahu.

Sebagai orang yang tidak pandai macam saya, saya hendak juga tahu dari Najib yang sangat pandai itu. Najib bersekolah diNottingham sedangkan saya bersekolah disekolah atap sahaja. Sebagai pemimpin adalah tanggungjawab beliau untuk menunjukkan kepada orang-orang seperti saya apa yang saya tidak tahu. Malahan ada pantun yang terkenal yang diketahui oleh semua orang:

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Kalau Anwar boleh membangkrapkan negara semasa debat itulah Najib boleh memberitahu Anwar dan semua yang hadzir nanti dimana salahnya pelan PR itu dan tunjukkan bagaimana hendak mengadakan pelan yang lebih baik dari apa yang diunjurkan oleh PR itu.

Jika diadakan debat itu diTenang akan lebih baik lagi kerana dalam pilihanraya itu nanti ramai rakyat dari seluruh negara akan hadzir dan jika Najib benar-benar pada pihak yang lebih pandai tentang pelan itu, disitulah Najib boleh mendapat mata yang banyak didalam pilihanraya umum nanti.

Sekarang dua tanah rancangan Felda sedang menjadi tumpuan kedua-dua belah pihak. Ada hampir 4000 pengundi disana yang sedang menjadi rebutan oleh pihak-pihak yang akan bertanding itu. Orang Cina mewakili 39 peratus dari jumlah keseluruhan pengundi-pengundi dikawasan DUN ini.

BN mungkin boleh menang lagi tetapi saya menjangka ‘majority’nya akan menurun dan itu sudah cukup untuk membayangkan betapa merbahayanya kedudukkan BN pada pilihanraya umum nanti. Tetapi tidak juga perkara yang mustahil jika PAS memenangi kerusi itu dengan ‘majority’ yang tipis.

Saya tidak pandai untuk menelah apa keputusan yang sebenarnya didalam pilihanraya kecil ini, tetapi cukup setakat mengatakan yang BN terpaksa bekerja keras untuk mempertahankan kerusi yang sangat penting bagi kita ini.

Tetapi eloklah kita elakkan dari menggunakan isu peribadi dalam kita mempertahankan kerusi ini dari diserang PAS. Jangan buat macam Najib yang menggertak untuk menelanjangkan Anwar semalam. Itu cara yang tidak baik. Tumpukan kepada isu-isu dasar sahajalah.

Jangan membidas saya dengan mengatakan yang pembangkang yang memulakan isu peribadi ini. Kalau kita tuduh yang pembangkang memulakannya, dan kita ikut pula cara itu maka kita adalah dalam proses untuk menjadi pembangkang pula.

Sebagai parti yang memerintah kita terpaksa tunjukkan kematangan dan ‘magnanimity’ kita. DAN yang penting sekali cuba sedaya upaya untuk meyakinkan pengundi yang BN dan pemimpin-pemimpinnya tidak pernah menerima rasuah. Barulah kita dihormati…bukan gitu?

28 comments:

mahaza said...

Kalau kita tuduh yang pembangkang memulakannya, dan kita ikut pula cara itu maka kita adalah dalam proses untuk menjadi pembangkang pula.
NICE!

mahaza said...

Dari JOHORKINI.

Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung dan darah tinggi ditempatkan sejak jam 10 pagi di masjid Felda Tenang dengan harapan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia akan melawat untuk kali terakhir Setiausaha UMNO Felda Tenang itu.

Kalau berita ini benar berat BN nak menang - berita dari mulut ke mulut lebih kuat kesannya.

Anonymous said...

Salam,

1. Kalaulah benar ada rahsia buruk DSAI, tentu dah lama meletup. Jangan cari helah. Tunjuk la jantan.

2. Jika benar DSN ada rahsia buruk DSAI lalu merahsiakannya, dan tidak mengambil tindakan - ini dah kira bersubahat.

3. Tak faham la saya, mengapa nak belit2. Hujah lah dengan fakta2. Jadi pemimpin yang bermaruah.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Salute untuk tuan.

"Pemimpin yang punya kualiti, tidak akan sesekali lari, dari memberi HUJAH yang beliau yakini! justeru, bermula saat ini. BN bukan lagi pilihan untuk dipertahankan demi kelangsungan bangsa ini!"

- Pemerhati yang kecewa.

Anti BN kerana Blogger BN said...

Tn. Aspan Alias,

Saya rasa dalam zaman ETP, zaman NKRA dan zaman MRT, belanja 51 billion disifatkan perbelanjaan yg cermat tetapi belanja 19 billion bakal mebangkrapkan negara. tapi yg anehnya sejak bila jumlah perbelanjaan dibawah pelan najib bermula dan berakhir dengan 51 billion. semalam je dia tambah satu billion utk FELDA. mungkin esok ditambah 2 billion utk sarawak.

Anonymous said...

Salam buat semua,

Saya bersetuju dengan pendapat Tuan Aspan. Soal aib, semua anak Adam ada aib. Selaku pemimpin, lebih buruk lagi perbuatannya kalau membuka aib orang. Satu telunjuk membuka aib orang, maka ada 4 telunjuk lagi yang digenggam menuding diri sendiri untuk dipersalahkan orang.

Kalau hal yang samar-samar, seharusnya kita diajar menutup aib sesama manusia. Perilaku ini seharusnya datang dari Pemimpin, barulah Rakyat berdisiplin.

Tetapi sejak dulu lagi, dari zaman arwah TAR sampailah ke DSN hari ini, mereka ini menunjukkan kepimpinan ketam yakni perilaku yang tidak baik, mengajar pengikutnya menipu, memfitnah, membuat aib, membazir dan lain-lain yang kebanyakan dilaknat.

Kesian Rashid Maidin/Samsiah Pakeh dan lain2 yang menderita kerana difitnah dan ditipu. Hari ini ada fakta yang dirumus tentang kebenaran mereka berjuang dan sedikit demi sedikit terungkai.

Perangai pemimpin2 ini, kuman seberang lautan nampak-gajah depan mata tak nampak.

Kita sebagai Rakyat dah cukup adil, cukup susah, cukup terumbang ambing disebabkan gelagat mereka yang sepatutnya berkewajipan menjaga dan memberi tunjuk ajar pada kita melalui buku undang-undang yang mereka cipta.

Kita sebagai Rakyat dah cukup adil pada mereka kerana tidak membuat negara porak peranda, tidak menyusahkan mereka dengan pelbagai permintaan, jauh sekali nak minta duit anak sekolah pada mereka walaupun sememangnya kita terhimpit dengan kehidupan yang serba kekurangan dalam bentuk materi.

Saban hari semakin ramai Rakyat yang kecundang dengan kesempitan ini, menjadi 3/4 kerana menyimpan hati dan telan sahaja dalam diri.

Apa yang rakyat semua dahagakan adalah realiti yang berbentuk bimbingan lurus, fakta benar, peluang mai'syah(mencari rezeki kehidupan yang adil) dan bukannya retorik. Kita benci digula-gulakan.

Hari ini gelombang perubahan telah nampak di mana-mana. Seandainya berlakunya bencana dan huru-hara, janganlah rakyat disalahkan pula kerana mereka tiada kuasa dan tidak berkuasa untuk ini semua. Kalau berlakupun, takut tangan2 ghaib yang memulakannya.

Mereka2 ini sering beranggapan yang Rakyat tidak kuasa melihat kerenah mereka dan tidak mempunyai kuasa menahan mereka.

Teringat Al-Marhum Ust Fadzil Nor cakap, mudahan si mamak kutty ni dipanjangkan usia dan melihat durjana jenis apa yang dia dah buat pada rakyat dan negara ini.

Ingatlah firman Allah "Wamakaru wama karalloh, walloh-hu khairum-makirin(Mereka membuat makar dan Allah juga membuat makar. Demi Allah, makar Allah adalah lebih baik).

Catetan ini adalah buat saya sendiri yang sering leka dan tatapan semua sebagai jalan nasihat-menasihati

Mudah-mudahan kita semua dipelihara Allah.

"Hamba Allah"

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
'To Prime Minister with love'. Tak nak Debat rakyat kata tak pe no hal. Engkau PEAM tentu semua betul'. Tak nak PRU, rakyat kata mana bleh, jangan nanti hujung-hujung usia tak nak masuk 'underground' plak sudah lah. Rakyat tak jawab tapi yang di atas sana marah lo..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
Bru balik solat suboh, alangkah bagusnya klau solat suboh spt solat jumaat' (pinjam kata-kata subki ciket). Balik pada topik tn. nie, murid tok Det-sifu kencing berdiri, murid apa lagi..kencing kena lari la. Liwat 1 zaman tok det, liwat 2 zaman tok jib lagi la kena tambah adengan..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.

Anonymous said...

Tn Aspan..usah dirisaukan tentang perangai keanak anakan Najib..kerana ada BIG MOMMA yg mengawal..

Anonymous said...

PM tu masuk politik sebab bapak dia punya kerja.... kalau naik dengan kebolehan sendiri rakyat respekle.. ttu sebab takut benar dengan anuar.. DEBAT je, rakyat nak tahu sapa yang boleh pakai.. cakap macam budak2 je

Anonymous said...

Beri tahu Najib kalau rakyat telanjangkan dia nanti maka dia bukan sahaja demam mungkin terus mampus!
Stupid PM of Malaysia!

OCPA said...

Oang putih kata "No Balls". Oang Melayu kata "Takde Telor"..
Mengaku je la yg kau tu takut debat. Kau nak telanjangkan Anwar? Jgn2, kau yg kena telanjang nanti, kau punye kes tu byk, kes kat PD dulu pun belum habis cerita lagi..
Cerita Tuya ada, cerita kapal selam ada, cerita Big Mama ada..
Macam-macam ada lah...
Hoii..debat le, kalu kau benar, kenapa nak takut..
Lagipun debat ni pasal ekonomi, Bukan pasal peribadi,
So dont worry,
All your scandals are kept safe with locks and keys...

Anonymous said...

Kalau nak bercakap hal-hal peribadi, saya percaya semasa AI menjadi TPM banyak perkara yang dia tahu tentang NTR.

Saya tidak pernah tertarik dengan demeanour NTR bila berucap di khalayak ramai. Dia perlu belajar lagi.

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Totally agreed with you.If only his has advisers who think like you...

BTW, with the 1.6B announcement, the new chairman must be laughing all the way to the bank.

Another Dire Straits.

bakri said...

Tuan Hj Aspan

1. Saya harap tuan selalu perhatikan dan perkatakan tentang pergerakan bik mama rosmah. Yang saya ingat kerja2 tak bermanafaatnya ialah:-
a. Jadi penaung fashion islam songsang
b. Perabih duit rakyat dengan program permata yang high profile yang ibarat memandu kereta mewah di jalan kampung yang sempit.
c. Berlagak dan beraksi bagai seorang menteri malaysia walhal bik mama tak pernah di lantik sebagai wakil rakyat pun.
d. Berlagak nak jadi first lady konon. Dalam islam tak de first lady---yang ada cuma isteri/wanita solehah.

Di sini saya mengingatkan diri saya dan sekelian orang muslim bahawa "zalim" dalam islam berarti tidak meletakkan sesuatu itu di tempatnya yang hak. Contohnya apakah hak seorang isteri yang bernaung di bawah kekuasaan suaminya dalam mana kekuasaan itu adalah di perolehi daripada pemberian dan pengharapan rakyat? Dalam hubungan ini si suami dan isteri hendaklah mengawal diri agar tidak berlaku "zalim". Dalam al quran Allah banyak menyebut tentang kelakuan zalim dan
ianya adalah perbuatan yang tidak di redhai Allah.

Tentang najib tak nak menyahut cabaran DSAI berdebat-- saya berpendapat seseorang pemimpin itu mestilah jantan. Maka hendaklah pemimpin itu berani berhadapan dengan cabaran kerana kebenarannya. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Njah said...

Kita banyak bercakap dan memberi komen yang negatif, tapi apa usaha anda dalam hal memakmorkan negara. Dalam menjalani hidup yang sementara ini kerana perlu selalu menoleh ke belangkang agar kita tidak menyeselai perjalan hidup yang akan datang. Jangan lupa akar umbi kita

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

"...yang penting sekali cuba sedaya upaya untuk meyakinkan pengundi yang BN dan pemimpin-pemimpinnya tidak pernah menerima rasuah." (Aspanalias)

Power tu..
Cam ne la agak ne nak yakinkan pengundi....

Agaknya..
Hei saya tak rasuah.
Saya tak makan suap.
Sumpah.
Saya jujur..
Saya amanah..

Hadirin pendengar pun..
ya betol.. betol
caya wa caya (dengan angok2).

hei.. poning den pak pan.

Sumbat Sulaiman said...

Dear Aspan, I admire your articulate writing skill. You are spot on and factually correct in your articles. What i don't quite clear is, why, after all your quality writing, you tribute "Taiping Mali" with links when Taiping Mali is known for hatred and slander?

Anonymous said...

Pan,

Kalau ada kenduri kendara den selalu balik pokan. Maklum la darling org sana. Heboh tukang masak/penangah buat cito.

Kabo nya, pr 1999 dulu DSN memang dah kalah. Tah macam mano ado tangan ghaib tibo2 menang tipis.

Tlg siasat kit.

Anonymous said...

Pan, Najib kata kalau teruskan debat pasti ada yang 'demam'. Komen ini disusul dengan cabaran kedua. Najib terima surat terus demam. Camana Pan? Kita nak tengok Anwar demam.

Anonymous said...

tahniah tuan kerana menilai sesuatu berdasarkan hujah

Pewaris said...

Salam Pak Aspan,

Pagi Selasa saya dari Felda Jelai bersarapan di Felda Pasir Besar. Berduyun-duyun bas persiaran bergerak keluar dari Gugusan Felda Palong melalui jalan Pasir Besar menuju ke Labis menyambut kedatangan Menteri Perdana.
Mak mertua dah tunggu bas di Felda Jelai seawal 6:30am. Wanita UMNO la katakan. Arahan Pengurusan Felda, semua ketua blok wajib hadir ke Labis untuk meraikan kedatangan PM.
Dahsyat gerakan UMNO ni.
Yelah, UMNO ni kaya raya, tuhan yang dapat menentukan kesenangan hidup rakyat Malaysia (pinjam cakap orang UMNO Felda Jelai).
Felda Palong 1 hingga 20, Felda Pasir Besar Peringkat 1 hinnga 4, Felda Jelai 1 hingga 4, Felda Sungai Kelamah, Felda Bukit Jalor, Felda Raja Alias 1 hingga 4 dan Felda2 yg lain.
Menteri Perdana suntik RM1.6 billion .. berbaloi-baloi.
Mak mertua balik terus cakap, tengok UMNO, bagi peruntukan RM1.6 billion, PAS mana boleh bagi.
Saya pun diam hanya mendengar.
Dalam hati tanya mak mertua, 'mana duitnya? takkan mak tak dapat walau sesen pun?'
Yelah. UMNO boleh bagi duit berbillion, UMNO boleh bagi kerja, UMNO boleh pecat orang yang tak sokong UMNO, UMNO boleh bagi kehidupan. UMNO boleh bayarkan yuran sekolah. UMNO lah segala-galanya. Astagfirullah. Jika UMNO tak ada, orang Melayu tak boleh hidup. Jika UMNO tak ada, anak-anak Melayu tak ada pelajaran.
90% penduduk Felda generasi pertama berfikiran tipikal sebegini. Itulah hakikat warga Felda. Beriman kepada UMNO.
Harap2 generasi kedua beriman kepada Allah. Percaya kepada rukun iman yg 6. Jangan tambah beriman kepada UMNO.

Anonymous said...

Najib macam budak2 dahlah muka dia ada macam Baby Face pemikiran dia pun macam tu juga.

Anonymous said...

Salam Tuan Hj. Aspan.
Saya merasa sungguh bangga dgn keluhuran tulisan tuan dan saya juga berpendapat PM kita ni otaknya macam bayi baru lahir je. Budak budak sekolah tadika pun lebih pandai. Kalau dulu saya adalah penyokong tegar UMNO, sekarang tidak lagi, dah tobat dah.... Mahathir yg mengajar saya supaya tobat utk UMNO lagi!
Anwar mengajak debat berkenaan Buku Jingganya dan Projek 51 billon PM tu, kenapa pulak PM nak telanjangkan peribadi Anwar pulak. Apa kena mengenanya debat ekonomi dgn soal peribadi? Yg saya ingin tau hingga sekarang macam mana rupa Cif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul yg sentiasa berbungkus muka dlm mahkamah semasa perbicaraan kes pembunuhan Sdri Altuntunya dulu. Bila pulak masanya nak dijalankan hukuman bunuh yg telah dijatuhkan oleh hakim mahkamah tu? Senyap je nampaknya.....
Oh ya, mungkin rakyat Malaysia tidak tahu bahawa isteri saya bersama bekas AP Ulu Tiram, arwah Dato'Hajjah Hasnah Ahmad pernah mengiringi penghantaran Mohd. Najib Abd. Razak ke London melalui Singapura setelah dia kandas peperiksaan LCE sebanyak 4 kali dulu. Inilah hakikatnya yg mungkin tidak akan diakui oleh yg empunya diri. Itulah sebabnya, sekarang Malaysia jadi kelam kabut.
Jadi, berhati hatilah pemastautin DUN Tenang apabila memberikan undi tuan tuan kelak.

Anonymous said...

betul tu Encik Aspan..rakyat nak tahu hujah Najib dan bagai mana Najib menangkis hujan Anwar.. bukannya hal peribadi Anwar ( dalam surat khabar tiap-tiap hari ada).. Kalau Najib berjaya dengan hujah-hujahnya lihat la nanti kesannya dalam PRU13 nanti atau paling hampir PRK Tenang. Salah satu sebab BN kalah dalam PRU12 adalah kerana kegagalan Shabery menjawab hujah Anwar dalam debat kenaikan minyak dulu..sebaliknya Shabery banyak menyerang peribadi Anwar dan Anwar hanya membalas dengan senyuman sahaja.. kesannya PR berjaya menawan 5 negeri dan menambah kerusi dalam Parlimen..kemenangan yang memang tidak dijangka..tiada isu yang besar kecuali isu Hindraf dan kenaikan harga minyak ( walaupun naik beberapa kali tapi rakyat masih boleh tuntut wang minyak kat pejabat pos..ok la dari sekarang.. gula 2 kali naik.. gas 2 kali naik tapi tak de claim-claim)..saya yang di atas pagar sentiasa memegang neraca..menunggu yang terbaik untuk masa depan anak-anak saya.. dan saya juga tak suka menoleh kebelakang kerana kalau banyak sangat toleh belakang bila kita nak sampai kedepan..akar umbi memang penting tapi pucuk pun penting juga..kalau akar umbi salah pilih pucuk maka bukan pokok jati yang tumbuh sebaliknya pokok taugeh...

Anonymous said...

Saya tidak berminat lagi untuk mengundi N. Buat kali pertama dalam sejarah hidup saya akan mengundi lain dari UMNO/BN. Itulah trend terkini nampaknya.

siddique

mahaza said...

Pewaris,
Dan sebab itulah jenazah terbiar sebab kedatangan PM diutamakan. Semua termasuk imam takut rezeki 'hilang' kalau tak pergi sambut PM. Rezeki dari UMNO lah katakan. Fardhu AIN tu.... setakat jenazah fardhu kifayah ajer....
Terkilan sungguh bila mendengarnya kerana pernah jiran meninggal dunia tidak dimaklumkan ke surau dan ramai juga tidak tahu (jenazah di hospital) akhirnya diuruskan oleh surau qariah sebelah. Nasib baik imam ada sekali. (surau tiada kemudahan urusan jenazah lagi)

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
Hadir salah, tak hadir salah. Undi sokong salah, bankang salah, habis semua salah-sidang DUN Selangor Isnin nie..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.