05 January 2011

Rais - Bersabarlah menghadapi dugaan

Nama Rais Yatim menjadi nama sebutan ramai di mana-mana kita pergi dan tentulah semua tahu kenapa nama beliau begitu disebut ramai. Sebabnya ialah tuduhan yang dibuat oleh banyak pihak yang beliau pernah merogol orang gaji beliau pada tahun 2007 dahulu.

Saya terpanggil untuk membuat sedikit komen kerana beliau hari ini telah menafikan segala cakap-cakap yang mengatakan beliau telah melakukan kerja yang sangat hina itu pada tahun 2007 yang lalu. Oleh kerana beliau adalah salah seorang pemimpin yang saya kenali dengan hampir walaupun sudah lama tidak bertemu sejak beliau kembali menjadi ahli kepada Jemaah Kabinet Negara pada tahun 1999 dahulu.

Saya tidak beserta dengan mana-mana pihak yang membuat tuduhan itu tetapi saya dihujani dengan banyak panggilan talipon dari banyak pihak bertanyakan samada cerita itu benar atau pun sebaliknya. Saya hanya menjawab yang saya tidak tahu kerana saya tidak tengok kerja itu dilakukan dan saya tidak berani dan tidak patut mengangguk dengan soalan itu.

Tindakan orang ramai mengambil tahu itu pun tidak salah kerana Rais adalah pemimpin yang sepatutnya memberikan perlindungan kepada rakyat apatah lagi kepada mereka yang duduk sebumbung dengan beliau. Saya faham juga yang ramai menalipon dan bertanyakan isu itu kepada saya kerana saya dan Rais datang dari satu negeri dan awam tahu yang kami mengenali satu diantara yang lain dengan rapat.

Hanya yang orang ramai tidak tahu saya tidak bertemu dengan Rais sejak beliau kembali menjadi Menteri Kabinet Negara dahulu. Kami hanya berjumpa didalam majlis-majlis dalam mana kami berdua hadzir bersama. Kali terakhir saya bertemu Rais ialah semasa beliau dan isteri menerima jemputan saya semasa majlis perkahwinan anak saya pada Jun 2001 dahulu.

Rais telah meminta satu siasatan dilakukan dengan terperinci dan jika siasatan itu sudah bermula elok jangan kita membuat spekulasi terhadap isu yang sangat sensitif dan panas ini. Biarkanlah siasatan dilakukan oleh pihak yang berwajib dan kita tunggu sahaja keputusan yang akan diberitahu oleh pihak yang berwajib.

Rais berkata yang beliau serta keluarga bersedia untuk memberikan kerjasama untuk melengkapkan siasatan terhadap isu itu. Oleh itu saya menggesa semua pihak supaya menghentikan segala spekulasi terhadap isu ini? Benar atau salah dengan apa yang diisukan itu biarlah kita dengar dari hasil siasatan tentang tuduhan yang sangat meluas dibincangkan di tempat-tempat awam.

Tetapi yang tetap menjadi isu pokoknya ialah dari segi politik Rais sendiri dan UMNO keseluruhannya. Saya tetap dengan pendirian yang Rais memang sudah sampai masanya beliau mesti berhenti dan bersara kerana isu ini. Walaupun belum tentu salah benarnya ianya sudah pasti menjejaskan prestasi politik peribadi beliau dan politik UMNO itu sendiri.

Saya berkeyakinan yang Rais faham tentang sensitiviti rakyat yang akan keluar mengundi. Lagipun Rais selama ini telah mengorbankan seluruh usia dan hidup beliau dalam politik negara dan masa beliau untuk berehat dengan keluarga sudah sampai.

Kepada yang bertanyakan tentang isu Rais ini, harap saya telah menjawab segala persoalan yang ada kepada saudara/i sekelian.

Saya mendoakan Dato’ Rais, Mas dan seluruh keluarga akan berjaya melalui dugaan yang sangat besar ini dengan penuh kesabaran. Hanya kesabaran akan membantu anda sekalian untuk menyelesaikan permasalahan yag anda hadapi sekarang.

12 comments:

Quiet Despair said...

Saya setuju bangat dengan pendapat Bro Aspan dalam hal ini.
Saya tidak menyukai Rais. Tetapi beliau berhak mendapat pembelaan daripada tuduhan ni.
Bairlah polis menyiasat samada perkara ini benar atau cuma fitnah.
Tapi ini petunjuk dari Allah kepada Rais untuk berundur diri sebagai Menteri Kabinet.
Jika tiada bukti kukuh sekalipun pembangkang akan menggunakan ini sebagai satu faktor untuk menumbangkan UMNO dan BN.
Jadi Rais perlulah berkorban.

P.S. Saya tak tahu nak percaya atau tidak.
Takkanlah Rais terliur ngat kat Bibik.
Dont tell me he's got no taste, hehe.
Hai, bini dia punyalah Queen Control dan berlagak macam Second Lady.
Bila masa Rais boleh buat perkara terkutuk ni.
Mana bisa ya Pak.

jidun said...

Quiet Despair,

Awak ni selalu sangat menyalahkan pembangkang bila pemimpin UMNO buat salah.
Dalam kes ini apa kene mengenanya dengan pembangkang?
itu sebabnya kalau BN tuduh pembangkang orang tak percaya!
Sendiri buat hal salahkan pembangkang.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Tuan memang orang yang jujur dan tulus. Tapi tak semestinya kesemua dalam UMNO.

Si Yatim tu begitu berlagak di tv dan youtube - satu kali aku tengok dia marah reporter yang cakap Inglish. Apa salah tu? Kan Inglish kita buruk...patut practise lah.

Beruk tua tu patut bersara secepat mungkin. Dah tua, produktiviti dah jatuh...apa dia buat di kantor?

Polis boleh siasat sampai masa khiamat tapi beruk tua tu tentu tak bersalah. Polis mana tau keadilan untuk rakyat? Polis hanya tau buat kerja macam robot...apa BN/UMNO suruh, patuhi je mereka.

Kalau benar2 beruk tua tu merogol amah dia, biar dia mampus secepat mungkin- di udara ke, di laut ke atau di jalanraya.

Begitu berdosa...nampak muka dia macam perogol yang botak!!!! Isteri queen control macam Quiet Despair kata, jadi makin desperate lah dia....kerana tak dapat rasa pompuan2 lain!

Nak keluar rumah cari ayam, takut orang kenal. Nak keluar negeri cari pompuan, isteri nak ikut. Jadi, paling senang, bila naik gatal, tarik lah amah yang agak cun tu.

Kalau tak benar, mana wikileaks dapat berita? Jangan ingat orang atasan di BN/UMNO boleh tutup mulut...tentu ada dalang/lalang punya.

Biar si yatim tu mampus lah....buat malu aje umat Muslim. Dia di lindungi oleh puak BN/UMNO, jadi dia tak takut....masih berlagak.

bangsat Yatim!!

ikan tongkol

mat kedah said...

ini cuma politik balas dendam
balas membalas

"dulu hang kata kat aku
tunggu sat hang"

nah sekarang ada isu
ini lah yang terjadi

balas membalas

kapal penunda said...

abg aspan, sbgai rakyat biasa dan pengundi Jelebu, saya mmg tak percaya kes berat ini dan sgt memalukan. tapi sbg manusia biasa tentu kita tak lepas dari kesalahan dan tuntutan nafsu. malangnya, bila melibatkan pimpinan umno khasnya maka bangkai gajah ini cuba ditutup begitu rupa. kecuali bila mereka mmg dah disenaraikan untuk jadi kambing hitam. Lihat kes Khir Toyo yg begitu sekali laporan polis dan asakan pembangkang supaya beliau diambil tindakan rasuah. kalau pasal betina, apa kurangnya Najib? maka masing-masing saling cari tudung saji bosa. Abg aspan, kalau begini sekali onar kalangan pemimpin umno lambat laun hukuman karma akan berlaku juga. saya lihat umno sebuah kapal usang yang sarat dengan pelbagai pradator buas, sepak terajang dan mengorek lantai kapal. kita berdoa agar bahtera buruk itu tenggelam tengah lautan luas agar bahan-bahan toksid tidak melempah di pantai.

Anonymous said...

It is obvious that this 'elite' group of bloggers who had 'broadened' this clearly defamatory campaign on Rais just wanted their efforts to be picked up by the minister and subsequently take a life of its own.

For the minister it is tantamount to "damned if I do, damned if I don't."

When he lets it be, they would unhesitatingly paint a picture of cowardice that points to admission of sorts, and if he had reacted from the outset, he would, invariably, be seen as admitting the same. And so, yesterday he finally came up with a statement - an act that not surprisingly would put the wheel into motion. The bloggers and their cohorts jumped in joy, for they had wanted the minister to do this.

They got the reaction they wanted.

Perhaps, Rais would know where rocky and his compatriots stand in the context of a defamatory statement being carried by a third party, deliberately or inadvertently.

As far as many are concerned inadvertence does not come into play here as the 'messenger' the bloggers as they would like to call themselves would have known the harm and damage it may cause the minister on the first instance.

As they say in law, 'ignorantia facti excusat, ignorantia juris non excusat' (ignorance of the fact is an excuse but not ignorance of the law.)

To argue in court, one could go beneath the veneer or veil that cloaks the blogger's position. By amplying the issue with a mere question and eliciting comments that sometimes are blatant, is the blogger not doing something wrong?

Anonymous said...

Nampak sangat sikap gah segelintir blogger elit beriya-iya memperjuangkan isu-isu tertentu yg menjurus kepada fitnah dan terus dipercayai ramai ahli orang sebagai kumpulana penulis siber paling unggul dan terbaik.

Tidak, saya rasa itu tidak benar. Keberkesanan blog sebagai alat perang saraf atau sebagai media PR yg berkesan bergantung kpd faktor "mass' dan "volume."

Dalam ertikatanya, lebih ramai membincangkan sesuatu isu, lebih berkesan dan lebih hampir ia kpd matlamat yg disasarkan.

Apa yg diwar-warkan oleh segelintir blogger ini jelas mencerminkan agenda tersirat mereka hinggakan komen-komen mesra yang sihat terus dikecam tuan punya blog dan dilabelkan sebagai menjilat mangsa, seperti dalam kes membabitkan Rais ni.

Jijik saya melihat gelagat segelintir blogger ini yg antaranya mendabik dada sebagai paling berpengaruh, maha-tahu dan bermaklumat, kononnya.

Dan di pihak segelintir pemimpin samada dalam kerajaan, di luar kerajaan atau pun di pihak pembangkang, kebergantungan kepada mereka yang segelintir ini lambat laun akan menjurus kepada kemusnahan.

Dgn memupuk, memberi penuh kepercayaan dan membela kumpulan blogger 'elit' ini, tanpa disedari mereka telah melahirkan dan membentuk satu senjata berbahaya yg boleh memakan tuan. Lihat dan fikirlah.

Dalam konteks ini, hanya seorang dua blogger (elit) yang menganggap diri mereka sebagai pandai dan celik, sementara sebahagian besar rakyat Malaysia dan ratusan blogger lain seolah-olah dianggap bodoh dan bahlul belaka.

Imbas contoh bagaimana pendekataan kewartawanan cetek menghasilkan produk memualkan seperti mana berlaku pada satu rancangan hiburan 'investigatif' (kononnya) di sebuah stesen TV swasta.

Mereka sanggup menerjah ke dalam kain orang demi kononnya bertindak sebagai wira berintegriti memperjuangkan kesucian di kalangan artis Malaysia tanpa mempedulikan hak peribadi artis yg disasarkan dan etika kewartawanan.

Rancangan tersebut begitu bermaharajalela hinggakan tiba pada satu detik, seorang artis yang berani berdiri untuk mengemukakan saman.

Sama juga dgn satu rancangan bergenre penyiasatan di mana si pengacara begitu biadab dan berani menyoal siasat mereka yg diserbu pihak berkuasa dalam pelbagai operasi.

Sejak bila pula wartawan dibenarkan menyoal siasat penjenayah, apatah lagi di depan pihak penguatkuasa sendiri?

Sama juga seperti blogger2 elit ini; mereka begitu besar kepala hinggakan terbabas daripada landasan etika kewartwanan dan moral walaupun ada diantara mereka yang masih berdiri sbg wartawan veteran menyumbang kepada akhbar2 tertentu.

Apa dengan 'dichotomy' ini? Mereka tidak berani menulis sebegitu dalam akhbar-akhbar tetapi berani berbuat demikian secara rambang dan jahat di blog masing-masing.

-wartawan tua-

...lagi

Anonymous said...

(sambungan...)

Pastikan keadilan berlaku,diakhirat nanti kita akan diadili oleh Allah.

Anonymous said...

apo ni? kalau betul Rais bermukah dengan amah Indon tu apo lak nak ekau nak pertahankan Rais? Inilah perangai orang umno atau penyokong BN.. bukankah kerja buruk ni biasa pada pemimpin umno? ingat balik kes Rahim Tamby Chik, Shahidan Kasim, JJ,MB Johor dengan exco-bini orang, kes bekas YB bunuh diri di Selangor, kes bekas YB Ampang, Jeram... oii banyak lagi.

Anonymous said...

Kenyatan penafian Rais Yatim saling tak tumpah cara penafian Anwar Ibrahim fakta beza tapi cara penafian sama.Anwar berhadapan dengan mahkamah rakyat mahu Rais juga berdepan dengan mahkamah demi untuk membersihkan nama.