01 January 2011

UTUSAN : membantu memperkuatkan DAP.

Issue MP Serdang Teo Nie Ching menjadi isu hangat hinggakan Utusan Malaysia menjadikannya sebagai berita muka depan akhbar harian tersebut baru-baru ini. Teo dikatakan memakai baju-T dan seluar sport yang agak ketat dan juga dituduh mencemarkan ‘sanctity’ agama islam kita.

Azman Idris, pengerusi jawatankuasa masjid Taman Cheras Jaya pula berkata yang kehadziran Ahli Parlimen Serdang itu untuk bersama-sama melakukan senamrobik dikawasan letak kereta masjid tersebut tidak ada apa-apa masalah dan tidak menjejaskan kesucian agama islam kita.

Saya berpendapat itu bukan masalah yang besar asalkan sahaja auratnya ditutup. Jika ketatnya seluar itu menjadi isu, itu hanyalah merupakan isu yang kecil. Kita tidak boleh mengharapkan seorang beragama lain untuk memenuhi seratus peratus tata-cara memasukki kawasan masjid. Perempuan Melayu islam pun ramai yang memakai pakaian ketat didalam kawasan sekitar masjid.

Saya bukan hendak mempertahankan Ahli Parlimen ini tetapi saya beranggapan isu yang disiarkan oleh Utusan itu semata-mata isu politik kerana Teo adalah ‘law-maker’ dari DAP. Pihak kita seolah-olah sudah bangkrap idea dan sedang mencari-cari kesalahan pihak lain seperti mencari kutu dikepala. Kita suka mengintai-intai kesalahan orang lain, tetapi dalam kita tertunduk-tunduk mengintai itu kita tidak sedar punggung kita sendiri penuh dengan tahi. Orang ramai melihat dan menyaksikan tahi-tahi yang masih basah dan kering berpalitan dipunggung-punggung kita. Baunya bukan kepalang busuknya.

Jika kita benar-benar hendak menjaga kesucian agama yang kita anuti, kita mesti mengelak dari hasutan iblis dan syaitan untuk menerima rasuah dan jangan menyalah gunakan kuasa dan menekan rakyat. Kalau nak jaga kesucian agama kita mesti menolak pemimpin yang melakukan perkara sumbang seperti melakukan sodomy dan merogol contohnya.

Tidakkah Utusan tahu yang terlalu ramai pemimpin kita yang merobek kesucian agama kerana melakukan rasuah yang dianggap oleh agama sebagai memakan daging saudaranya sendiri? Kenapa tak jadikan ini sebagai isu besar oleh Utusan?

Kita ada isu-isu besar seperti ini yang kita sedang hadapi dan kes Teo bersenamrobik dengan ahli-ahli keriah masjid ini merupakan isu yang tidak sepatutnya dijadikan isu langsung. Tidak ada sebab kenapa Utusan nak tarbiahkan islam dengan begitu kuat kepada Teo Nie Ching sedangkan akhbar ini tidak menegur ramai diantara yang memimpin kita melanggar dan melangkah kesucian islam?

Semasa Junjungan Muhammad mentadbir Madinah dahulu, baginda melakukan segala urusan pentadbiran negara dimasjid dan perlu diingat diMadinah itu ramai juga rakyat yang bukan beragama islam yang ditadbir oleh Muhammad saw. Yang bukan beragama islam pun berinteraksi dikawasan masjid diMadinah.

Utusan tidak perlu menjadikan ini sebagai isu walaupun akhbar ini adalah kepunyaan UMNO. Jika Utusan melakukan juga ianya menunjukkan betapa rendahnya pemikiran editor akhbar itu kerana menjadi alat propaganda pihak-pihak yang tertentu sahaja. Kata setengah orang macam ‘lebih sudu dari kuah’ lagaknya.

Itu pun yang menyebabkan akhbar itu tidak lagi diyakini dan memberikan impak negatif kepada UMNO dalam banyak isu yang disiarkan olehnya. Sekarang ini nampaknya orang Melayu sendiri merasa malu dengan tindakkan propaganda kita yang songsang dan akhirnya DAP juga yang mendapat sokongan simpati kerana sikap kita yang mencemari semangat islam itu sendiri.

Saya cadangkan tidak usah kita panjangkan isu ini kerana ianya mungkin menjatuhkan kredibiliti kita sendiri. Tetapi kalau ada pihak yang hendak juga untuk menjadikannya sebagai isu politik ramai yang tidak akan bersama kerana kita tahu sebabnya.

Pandai-pandailah memilih isu untuk dijadikan isu politik bagi merendahkan pembangkang ini. Yang pentingnya kita jangan ‘bikin malu’ bak kata orang Cina.

Tandakan cakap saya ini; Teo Nie Ching akan mendapat majority yang lebih besar didalam pilihanraya umum nanti jika beliau dipilih lagi sebagai calun. Saya percaya Teo mesti berterima kasih kepada Utusan. Hanya Teo tidak zahirkannya sahaja.

9 comments:

Anonymous said...

Bnag Aspan.... Wartawan Utusan tu memang banggang... Pasl tu edaran nya makain hari makin kecil....

Anonymous said...

Tn. Hj. Aspan,
Bijaknya wartawan utusan tu, bila harga minyak naik dia temubual rakyat terpilih dan kata semua rakyat setuju harga minyak naik..Rakyat..Hu3..

Anonymous said...

Tuan Aspan, Cfm editor & wartawan Utusan memang bangang. Ada isu yg lebih kritikal yg patut di siarkan tidak disiarkan hanya jadi media propaganda aja.

Anonymous said...

very smart analysis bro.

Pewaris said...

Salam Tahun Baru, Pak Aspan.
Saya hanya boleh gelak keseorangan dengan perutusan Utusan. Hahahaha.
Cuba tengok diri sendiri, jgn dilupa gelagat isteri kita yg berbaju sendat dan ketat. Anak2 dara yg bertudung berlengan pendek berseluar jean sendat, berbaju ketat dada membusung. Islamkan itu. Melihat bukan Islam disamakan dgn org Islam, sudah ke kita berdakwah, sampaikan Islam kepada org bukan Islam?
Org kita tak pernah nak paham Islam, Iman dan Ehsan. Rukun yg 5 tu mcm mana? Lalai dengan solat sahaja. Rukun pertama mana? Kenapa tak sebarkan syahadah? Asyik2 solat je.
Buat rukun yg pertama dulu. Jgn tinggalkan rukun pertama.

Kalau generasi yg tua tak paham apa yg saya kata, bergurulah semula. Kalau generasi muda pun tak paham, carilah ilmu.

Anonymous said...

yg selalu memberi imej buruk dlm UMNO
1. menteri bodoh dia org
2. Utusan
3. blog aspanalias
terima kasih kerana menyokong PAS!

Anonymous said...

alias
dulu pernah PAS mengatakan UMNO bidaah bila meraikan awal muharram. Sekarang bukan sahaja PAS meraikan nya, tapi dah jadi macam karnival pulak.
apa kah salah UMNO menegur. PAS pun ada tegur UMNO. "grey area" dlm undang undang islam nanti kalau tak ditegur boleh menjadi satu kebenaran.
Bila ditegur mengenai akitviti masjid, kita cuba tegur di situ. tak payah nak divert dgn isu lain.
hujah alias menyatakan jika sekiranya kita tegur mengenai isu karnival di masjid, maka sewajarnya isu besar yg lain yg UMNO buat dari mula UMNO tubuh sampai la sekarang mesti la diselesaikan terlebih dahulu. Jika tidak, jgn tegur! Bila UNNO diam, nanti dikatakan kita takut utk ditegur.
saudara alias, ada kala saudara betul, tapi kali ini, saya rasa saudra alias pun 2x5.

mo said...

asalam saudara aspan,,, Umno dan bn sudah menjadi hantu raya yg lapar mencari bahan untuk di sansasikan ??? Tak cukup dgn isu isu kecil,,,mereka juga membuat perangkap untuk di lihat sebagai parti yg masih di terima rakyat terbanyak??? Sorry lah umno,,, berapa banyak isu yg telah anda nak di jadikan perangkap,,, dari ketuan melayu, isu duit bantuan, duit judi di penang, isu cina masuk surau, isu rampas kuasa di perak dan yg terkini, perlantikan setiausaha negeri selangor ??? Umno mungkin boleh buat mereka nampak berjaya dgn kuasa yg ada,,, namun hakikat akan menanggung rugi dalam g13 nanti??? Terlalu banyak isu yg tertunda tidak di jawab oleh pemimpin umno dan bn ??? Persoalan mengapa ???? Tq

Anonymous said...

saudara saudara, Utusan memang membawa malu kepada orang Melayu khasnya dan orang Islam amnya dengan tindak lakunya yang hanya mencemarkan yang dirisendiri.