06 May 2011

Satu pendapat: 'If you want to damage the country give it to UMNO to rule, if you want to make it worst give it to UMNO to repair'

Dato Seri Najib berkata yang UMNO akan melakukan segala-galanya dan apa jua caranya untuk menawan kembali negeri Selangor dalam pilihanraya yang akan datang. Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya maksud ‘at all costs’ yang disebut oleh PM Najib itu.

Adakah PM Najib memberi isyarat yang cara yang dikatakannya itu tidak dibatasi oleh undang-undang dan etika demokrasi? Saya menjawab, “manalah saya tahu. Takkan orang pencen yang duduk di rumah sahaja boleh mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Najib bagi UMNO kembali ke Selangor untuk memerintah”.

Kalau dikira dari sudut matematiknya UMNO amat sukar untuk mendapatkan kembali negeri terkaya itu. Kita perlu mengkaji sebab yang menyebabkan UMNO Selangor itu rebah semasa pilihanraya yang lalu. Selangor memang sebelum ini merupakan kubu kuat BN khususnya UMNO dan tidak siapa pun terfikir yang UMNO akan mengalami kekalahan dalam mana-mana pilihanraya.

Dalam keadaan itu sekali pun kita telah menyaksikan UMNO tumpas dalam pilihanraya 2008 yang lalu dan hilang kuasa mentadbir negeri itu di tangan Pakatan Rakyat. Selalunya jika sesebuah parti memerintah kerajaan negeri, parti pemerintah itu susah untuk digulingkan kerana ‘networking’ yang terbina itu akan menjadi mantap dari masa kesemasa.

Kerajaan negeri selalunya akan menguasai pengaruh pemikiran rakyat di setiap kampong melalui JKKK yang merupakan struktor pentadbiran yang terendah di dalam sistem kerajaan kita. Tentunya rakyat yang kesemuanya ditadbir oleh JKKK ini akan menerima segala bentuk bantuan pembangunan kerajaan negeri kerana JKKK inilah saluran bantuan kepada rakyat akan disampaikan oleh kerajaan negeri.

Mahu tidak mahu kerajaan negeri Selangor telah menunjukan prestasi yang agak lebih baik dari apa yang diusahakan oleh kerajaan yang terdahulu. Jika kita lupakan isu politik partisan, maksud saya lupakan bab UMNO atau PR, Khalid Ibrahim merupakan Menteri Besar yang lebih berdedikasi dari MB-MB yang terdahulu. Jika kita dengar isu keburukan Khalid ia selalunya dinyanyikan oleh kumpulan politik yang bertentangan semata-mata untuk mendapatkan perhatian rakyat.

Satu perkara lagi yang menjadi perhitungan rakyat ramai ialah tentang momokan terhadap PR yang dimainkan oleh media perdana sejak berdekad-dekad dahulu yang tidak ada parti selain dari UMNO mampu memerintah sudah jelas tidak diterima rakyat lagi kerana momokan itu sudah terbukti meleset dari pandangan rakyat. Parti-parti pembangkang sekarang semua ada pengalaman memerintah sejak pilihanraya 2008 yang lalu dan nyata momokan terhadap PR sebelum ini tidak boleh lagi dijadikan isu oleh UMNO dan BN sekarang ini.

Kalau ada pun isu yang dimainkan oleh UMNO terhadap kerajaan PR Selangor ia hanyalah isu-isu yang dicari dan dibelek untuk diisukan seperti orang mencari kutu dalam rambut. Segala isu-isu remeh akan ditimbulkan untuk diskredit kerajaan negeri itu khusunya terhadap MBnya sebagai cara mendapatkan kembali pentadbiran kerajaan negeri itu selepas pilihanraya yang akan datang.

Yang menjadi perhatian sekarang siapa yang akan menerajui Selangor jika BN mengambil alih? Khir Toyo atau Noh Omar atau pun Mohd Zain Mohammed? Ramai berpendapat yang jika salah seorang dari nama ini dijadikan ketua untuk membawa perubahan di negeri Selangor, BN tidak akan mendapat sokongan kerana mereka bukanlah ‘material’ untuk membawa perubahan.

Mereka merupakan pemimpin-pemimpin yang telah membawa masalah kepada negeri itu yang menyebabkan BN tersembam di dalam pilihanraya yang lalu. Bagaimana pula mereka pula yang hendak membawa perubahan? Jika ini lah orang-orangnya yang akan dinamakan sebagai pengganti kepada kerajaan sekarang maka adalah tidak salah jika kita anggapkan yang ia akan terhempas sebelum terbang.

Rakyat sentiasa bertanya jika mereka yang telah merosakan sistem politik negeri itu bagaimana pula mereka yang kehadapan kononnya untuk memperbaiki keadaan yang dituduh sebagai tidak baik. Ada seorang rakan saya berkata, “If you want to damage the state give it to UMNO to rule, if you want to make it worse give it to UMNO to repair”.

UMNO, kepada rakyat khususnya rakyat Selangor telah melihat bukti yang semasa memerintah negeri itu banyak ketidak telusan pimpinan di lihat oleh rakyat maka itulah sebab yang besar kenapa rakyat memilih pembangkang dalam pilihanraya yang lalu. Sekarang puak ini jugalah yang sedang berusaha untuk mengambil alih kerajaan Selangor.

Kita akui, didalam politik segala kemungkinan boleh berlaku tetapi kemungkinan itu tentulah beralaskan kepada situasi yang boleh diambil kira dengan tepat. Bagi Selangor kemungkinannya ada tetapi ia amat tipis selagi tidak ditentukan siapa yang akan menerajui kerajaan jika diberi mandat oleh rakyat.

Selain dari itu isu nasional juga memainkan peranan yang penting dalam penentuan samada Selangor mampu ditawan oleh BN. Isu video seks jelas menjadi ‘counter productive’ bagi BN. Rakyat menjadi mual dengan isu itu diperbesarkan dengan keterlaluan. Ini yang BN gagal untuk memahaminya.

Buat masa ini saya secara peribadi lebih cenderung untuk melihat UMNO memusatkan tumpuannya kepada negeri-negeri lain yang masih dikuasainya agar negeri-negeri itu tidak hilang dari genggaman parti lawan.

Ramai pendapat umum bahawa N Sembilan, Pahang dan Trengganu adalah negeri-negeri yang keberangkalian akan kalah adalah besar. Isu yang terbesar bagi ketiga-tiga buah negeri ini adalah sama; iaitu isu kepimpinan Menteri Besar mereka.

Ramai bertanya kenapalah ketiga MB ini masih berada di Pejabat Menteri Besar sedangkan pilihanraya sudah hampir tiba. Tetapi kalau rakyat menolak nanti, rakyat dan parti pembangang juga dipersalahkan.

UMNO tidak pernah bersalah. Yang lain semuanya bersalah termasuk mereka yang mengkritik untuk memperbaiki parti itu.

31 comments:

Anonymous said...

he..he..he..he..

good one!

Anonymous said...

cuba saudara aspan ulas pulak pasal politik singapura menjelang pilihanraya mereka pada 7hb Mei?

Laksamana Gurami said...

Shahrukh Khan Melayu Kata :-

"SYAB...BAS Aspan Sab idea he..very good he....!
Zindegi pyar muhabbat, teri UMNO leader he, kepala batu he...!

Laksamana Do kata :-
Wal mangkuk hayun, wal tibar ri jala, summa bolos-bolos....!
Inni... Rakyati, wal sakit hati, summa Pakata..ni..., pegi undi..!

Yap Ah Loy Kata :-
Wa.. lu ta...u oo! kalu ini tuan Alah kasi wa hidup oh, ini BN wa tatak hati ma...!

Singh kata :-
Ada faham ka... Giji?

Kerana BN tak sirius, kita pun tak siriuslah. PRU nanti kita main-main ajelah...! Ada paham ka Giji...?

Laksamana Gurami

Anonymous said...

Tak bestlah politik Singapura. Politik Malaysia lagi best dan lain dari yang lain.

Anonymous said...

Bila bila masa pun UMNO tidak akan bersalah dan semua tindak tanduk mereka adalah benar, tiada yg slah, menlainkan benar belaka! Ini hatta termasuklah rasuah sana sini semasa pemilihan MKT! Bila sudah wang banyak digunakan semasa pemilihan MKT, maka lubang yg digali kenalah ditimbus kembali. Justeru itu, bila sudah dapat jawatan dan kedudukan tentunya rasuah dan menipu wang rakyat lah yg dipulun untuk ganti rugi....UMNO UMNO, sampai bila lah agaknya pemimpin mereka akan bertukar menjadi bersifat jujur kpd rakyat yg memilih mereka. Bila sudah menjadi pembangkang di Parlimen kot? Baru lah mereka akan berubah!

Anonymous said...

kalah bukan sebab umeno lemah ker, pkr kuar ker,

kalah pasal org benci kat tun sleepy dol ngan son in law nyer

org dok bercerita kat kedai kopi, tak kan undi parti son in law

bukan pasal anu war tu kuat

masing masing ada penyokong memasing

tapi takkan la bangun pagi pikir apa nak mengata org rasuah ini hari

nak kasi mesia barai, kasi umeno perintah

habis tu selama ni kita barai ker

nak kasi x maju kasi pas perintah

habis tu selama ni negeri perintah dek pas org buta huruf ker

kekadang tak paham aku, apa benda bloger cam korang ni nak

bangun pagi dok pikir cammana nak belasah org ari ni

anu war pun satu, kalau gaya dia la paling baik dalam mesia, tapi dia pun hamlau gak

ada ker pemimpin lain, sibuk watt skrip, pantang ceramah mengata org lain

17 tong dokumen la benda la, tak boleh ker jadi cam lim kit siang ker ,dok tibai pasal pkfz, benda betul, dok tibai pasal back listing pun benda betul

aku pun boleh mengata jumpa nurul izzah kat belakang mati

tapi betul ker

kluangman said...

Walaupun blog aspan dikuasai 98% oleh penulis yang bagus2 yang menyokong pemimpin yang bagus2 dari parti yang bagus2, yang tidak boleh disentuh dan dijentik akhirnya aspan dapat mesej dari penulis 2% lalu tersurat dan tersiratlah...UMNO tidak pernah bersalah. Yang lain semuanya bersalah termasuk mereka yang mengkritik untuk memperbaiki parti itu - hanya aspan yan tahu maksudnya.

Tepat sekali pendapat: 'If you want to damage the country give it to UMNO to rule, if you want to make it worst give it to UMNO to repair'..itulah selama ini apa yang UMNO buat lebih 50 tahun dan inilah apa yang ada sekarang, semuanya buruk belaka, semuanya rosak, semuanya musnah. Jijik dan jelek, dibenci rakyat dari semua golongan, kecik, besar, tua, muda, bandar dan luar bandar.

Di dunia, Malaysia yang di dominasi UMNO adalah negara yang paling banyak mengamalkan kezaliman kepada rakyat, nepotisma, rasuah, kroni, diktator, hitler, penghapusan ektnik dan pelbagai lagi.

Cuma persaolannya, selepas merdeka, siapa selain UMNO yang memerintah dan menjadi kerajaan? Jika tiada, kerajaan mana yang dibandingkan sehingga UMNO dilihat lemah dan buruk?

Apakah kerajaan negeri PP dan Selangor yang baru berusia dua tahun itu dibandingkan dengan UMNO yang lebih 50 tahun?

Ohhh..mungkin dibandingkan dengan PAS yang memerintah Kelantan 20 tahun itu menjadikannya lebih baik, lebih maju, lebih bersih, adil dan saksama kesejahteraan dan kesihatan rakyat Kelantan.

(?)Beratus masjid sudah didirikan di Kelantan sebagai tanda membangun bersama Islam.
(?)Lebuhraya 6 lorong merintangi Kelantan.
(?)Beratus industri ringan dan berat terbina di Kelantan memberi ribuan peluang pekerjaan kepada anak Kelantan yang tidak perlu berhijrah lagi.
(?)Miskin tegar pun sudah sifar.
(?)Masalah soaial dan maksiat berkurangan.
(?)Ibu tunggal terpelihara
(?) Banyak lagi kemajuan yang tidak terkata.

Alangkah lebih baik juga jika Singapura tidak terpisah dari Malaysia atas kerenah TAR, jika tidak pasti hari ini LKY akan memberi kemakmuran kepada rakyat Malaysia sama seperti yang dinikmati oleh Singapura sekarang.

Atau lebih baik Malaya terus di bawah kolonial dan UMNO tidak perlu ujud.

Menjelang PRU13 nanti, rakyat harus bersatu hati menolak UMNO supaya Malaysia akan lebih terjamin dengan kepimpinan baru yang dikepalai DAP dan didukung oleh PAS dan PKR. Anwar mungkin terus berperanan sebagai Penasihat Perdana Menteri merangkap Menteri Ekonomi Malaysia.

Wawasan Malaysian for Malaysia sebagai mengganti 1Malaysia dengan ugama rasmi bertukar kepada Kristian tentu akan memberi banyak nafas dan angin perubahan yang lebih berpotensi bersih, cemerlang, gemilang dan terbilang.

Syabas Aspan dan rakan2!

Anonymous said...

Kluangman ni cakap guna kepala otak ke kepala lutut?

Anonymous said...

betul jugak cakap Kluangman ni,Kelantan negeri contoh amat berjaya segala-galanya.. kalau nak tengok patung Buddha yang besar-besar tak payah lawat Thailand, kat Kelantan bersepah berkat doa dan sokongan TGNA.

Kalau nak tengok kebersihan secara total, lawatlah Kelantan. Singgah sebentar kat pasar Khatijah, lantai bersih dan boleh tidur pun diatas lantai itu..

Kalau nak tengok kemajuan, lawatlah Lojing dan lawatlah Kota Baru, ada KB Mall, ada TESCO dll.

Kalau nak tengok pengurusan air yang professyional, lawatlah Kelantan.

Kalau nak tengok perindistrian pun banyak kat situ sampaikan orang luar pun datang nak cari rezeki kat sana.

Kalau nak tengok negeri tak da maksiat, tak da AIDS, datanglah Kelantan,negeri pimpinan ulamak dengan gelaran negeri serambi Mekah.

Begitulah Kelantan, negeri pemerintah TGNA berdasarkan Quran dan Hadis.19 tahun memerintah, rayat Kelantan ,masih lagi menyayangi TGNA.

Kalau nak tengok dakwah Islam yang berjaya datanglah Kelantan, dah ramai orang asli dan orang Cina Kelantan masuk agama Islam atas dakwah TGNA.Di Gua Musang tu, tak ada orang asli mendirikan gereja tapi mendirikan masjid

sedangan negeri dibawah pemerintahan BN adalah negeri miskin, tak makmur,banyak rasuah dan ramai pemimpin BN terlibat dengan sandal seks.Pemimpin PAS tak pernah buat macam ni.

Penyokong kuat TGNA

Anonymous said...

Kluangman
Kalau kau tanya soalan cepumas kelantan tu, puak ni semua tak akan jwb direct pd isu. Dia akan kona baring kalih cerita dan masalah umno jugak. They r born to be an antiestablishment.
Kita boleh baca dari riak muka kalau berhadapan tapi jika melalui penulisan kita boleh baca dr angle penulisan. Kalau seorg pencinta parti sebenar, cara kritikan tak mungkin sama dgn cara kritikan pembangkang. Tp jika kritikan yg sering disuarakan lebih pembangkang dr pembangkang itu tidak boleh lg kita kata demi sayangkan parti. Sayang anak d rotan. Tapi kalau merotan sampai anak hospitalise dan koma itu namanya nak bunuh anak.

Benci tapi rindu

Anonymous said...

Kpd Sdr Aspan,

Satu penulisan yang begitu berani bagi seorang ahli UMNO. Didoakan ke hadrat ALLAH agar pemimpin-pemimpin UMNO yang berkuasa sekarang ini dapat berfikiran terbuka serta mendapat petunjuk dari ALLAH. Jangan terlampau JUMUD serta bersikap I'm always RIGHT. Jangan sentiasa mendabik dada tentang kejayaan pembangunan fizikal yang telah dilakukan. Rakyat kini telah pandai menilai apa yang tersirat disebalik projek-projek besar.

PEMBANGUNAN ? Sentiasa dikaitkan dengan RASUAH, KETIRISAN dan pelbagai KEPINCANGAN.

MAKSUM ? Hebat sangatkah keperibadian PEMIMPIN UMNO yang sedia ada ? Pelbagai skandal ... u help me .. I help u.. Masing-masing tolong menolong untuk cover-up, kalau tidak kena cekup dek PDRM atau SPRM.

Untuk Kluangman,

Saya berdoa agar sdr dibukakan PINTU HATI serta mendapat HIDAYAH dari ALLAH. Berfikirlah sebelum menyambut satu-satu penulisan orang. Jangan dok HENTAM KEROMO sahaja.


MELAYU-JAWA MALAYSIA

Anonymous said...

cuba lagi kluangman, cuba lagi sampai mati, hohoho. hang ingat ni zaman 50an-60an ka? yang ramai baca blog ni bukan orang tua duduk kat ulu-ulu. setakat ada kelulusan macam hang tu orang muda dah tak heran le. cuba lagi hungga jaya, hohoho.

Anonymous said...

Yess...thats the words. Nak kritik parti sendiri boleh. Dlm UMNO ramai yg mengkritik kepimpinan dan parti sendiri tp mereka masih boleh giat dan pegangbjawatan mcm biasa. Tidaklah seteruk PKR. Langsung tak boleh sentuh kepimpimpinan terutama anwar. Pemilihan parti kacau bilau dan haru biru. Zaid ibrahim pun sudah merasa bagaimana freedom of speech dlm PKR dan UMNO. Zaid pun sudah dpt membezakan nilai ketelusan ke dua2 parti.
Jika nak kritik parti sehingga menyumbang kpd merudumnya sokongan kpd parti sendiri maka tidak ada bezalah duduk dlm parti dgn duduk dlm pembangkang. Baiklah istihar sj diri join pembangkang.

Anonymous said...

Benci tapi rindu dan kluangman,

1. jawapan kepada soalan sdra mengenai kelantan terletak kepada perjanjian penubuhan persekutuan tanah melayu tahun 1948 dulu dan perlaksanaannya.

2. Jawapan kedua ialah bagaimana pula dengan negeri Perlis yang diperintah oleh UMNO dan UMNO Baru sejak tahun 1948 lagi? Negeri Perlis dah jadi setaraf dengan singapura kah? Sepatutnya Perlis dah maju macam singapura kerana negeri perlis ni bukannya besar skit je dari singapura.

Kedua, UMNO Baru dah memerintah Sabah dah lama dah. agaknya jalan-jalan raya disabah semuanya dah bertaraf superhighway 10 lorong kot.

Apakah rakyat sabah sekarang ni mempunyai tahap pendapatan yang tinggikah setelah UMNO Baru memerintah sejak pertengahan tahun 90an lagi. Habis tu mengapa terdapat ramai rakyat sabah berada disemenanjung, bekerja, kebanyakannya kerja-kerja lowly paid jobs?

saarawak kita toksah ceritalah sebab kerajaan negeri dibawah parti lain, bukan directly dibawah UMNO Baru?

bersambung.....

bat8

d'enricher said...

Tuan,

Setiap kali isu PRU dan parti parti yang terbabit dalam pemerintahan di peringkat pusat dan negeri, perkara yang sama berulang.

Kalau sokong BN dan sekutunya, susah nak nampak yang salah, sama juga kalu sokong PR dan sekutunya. Tapi bila cakap BN lebih ke UMNO, dan bila cakap kat PR menuding ke DAP.

Cuba lah terima hakikat, kita ni nak kumpulan yang terbaik menerajui kerajaan. Apa susahnya kalau yang baik kita sokong, tapi yang salah kita minta telus dan bawa ke muka keadilan.

PRU13 dah taklebih dari 2 tahun, kalau lah PM Najib 'confident' dengan apa yang sedang diwar-warkan, berpolitiklah secara'gentleman', PR pun sama.

Tapi ... buktikan bahawa Parti lawan Parti, Barisan Nasional lawan Pakatan Rakyat.

Badan Awam (SPR,PDRM,ATM dan Kehakiman), kerja dengan tulus, jujur dan ikhlas, bila undi hak masing-masing.

Baik dan benar kita sokong, yang salah dan bersalah kita pastikan mereka mendapat habuan yang betul, kalau penjara, penjara lah, kalau saman, samanlah, kalau fitnah pastikan dilepaskan.

Kalau taksub, salah pun betul, mencuri pun takpe, rasuah itu biasa, susah lah kita, nak harapkan pemimpin.

Federal, Sabah, Sarawak, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Terengganu ... BN berpengalaman lebih 50 tahun.

Kedah, Pulau Pinang, Perak (oops), Selangor dan Kelantan = PR ... Selain dari Kelantan (20), baru 3 tahun.

"Respect" lah kami yang punya satu undi ni, Kalau "FAIR and SQUARE", tak apa yang nak di takutkan.

Yang paling tak seronok, bila dah biasa jadi Kerajaan, dah jadi Pembangkang pun tak sedar lagi!!!

Singapura (PAP) malam ni mungkin LKY(dia dah menang tak bertanding) dan berberapa Pemimpin PAP yang terkedu.

Macam kat Malaysia kita ni, rasanya tak ada orang lain yang boleh mentadbir negara.

Fikir, filirkan lah.

A.Alshukor

Anonymous said...

Benci tapi rindu,

1. Perbezaan kerajaan negeri di kelantan dengan kerajaan persekutuan bukanlah alasan bermaruah untuk mengabaikan perlaksanaan perjanjian penubuhan persekutuan tanah melayu tahun 1948 dulu. Apatah lagi ,negeri kelantan adalah negeri yang 98% penduduknya terdiri dari orang melayu tulin sebasgaimana yang ditakrifkan oleh perlembagaan.

satu lagi fakta yang sering dilupakan, orang melayu kelantan dapat bersaing dengan kaum bukan melayu dalam bidang ekonomi disana - tanpa bantuan UMNO Baru seperti di negeri-negeri lain.

2. kalau nak tengok kemampuan kerajaan negeri sekarang dan rakyat negeri kelantan - BAGI BALIK DUIT ROYALTI MINYAK YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN SAMA SEPERTI TERENGGANU.

Kita tengok bagaimana kedua kerajaan negeri yang berjiran ini mengurus amanah rakyat melaui duit royalti minyak tu nanti.

Kemudian, mendaratkan kembali hasil minyak yang dihasilkan sekarang secara kerjasama dengan Thailand yang dibawa lari oleh mamak mahathir kemana-mana tempat di negeri kelantan. Biar industri hiliran dari pendaratan minyak ini berkembang di kelantan.

Buat pengetahuan umum, hasil minyak bahagian malaysia dari perkongsian dengan Thailand ini didaratkan di Thailand oleh mamak mahathir. Mengapa tak didaratkan di kelantan. tidakkah lebih senang didaratkan di mana-mana bahagian negeri kelantan? Jika didaratkan di kelantan, urusan memprosesnya juga lebih murah kerana Petronas mempunyai kilang penapis minyak di Kerteh, terengganu?

Mengapa perlu di daratkan dithailand? Tidak lain dari niat busuk pemimpin terdahulu untuk deny hak rakyat kelantan dari mendapat manafaat ekonomi secara langsung!

bat8

Orang Miskin Mersing said...

@kluangman, @Anon 1:31, Anon 1:32 :

Frustated? UMNO had the chance, but you people blew it!
Clock is ticking, spend it wisely.

Yang buruk datang dari diri kita sendiri. Semoga Allah melindungi kita dari kejahatan diri kita sendiri.

mokhtar,JB said...

kluangman, apa nak cerita pasal jalanraya api letrik dan sebagainya untuk membela UMNO tu.

Kat negeri Cina , USA, England dan Australia, mana ada UMNO jlanraya dia besar juga, api letik pun ada.

Kau kata orang lain tidak boleh dijentik..tapi kau sendiri lebih lagi tak boleh diusik.

Kau samalah dgn Mahathir tu. Mengungkit perkara-perkara yang dibuat dengan menggunakan wang rakyat. Pembangunan itu bukan pakai wang UMNO tetapi wang rakyat termasuk wang orang PAS macam saya an wang DAP macam Guan Eng.

Apa palatnya kau ni??

Anonymous said...

Akuein

Sekadar pengalaman seorang kawan untuk direnungkan..

Kawan saya orang Umno. ada jawatan dalam parti.bila ada orang kutuk umno@pemimpin (xkisahla cawangan ke atasan ke), dia akan cakap, orang yg kutuk tu bodoh..sebab?..orang tu cuma pandai kutuk, complain, komen..yg kat atas tu sedap je dok kat kerusi empuk..

Maksudnya, kalau nak jatuhkan orang kat atas, kita kena join dia, buat sesuatu untuk jatuhkan dia..buat sesuatu ni bermaksud, kalau kita nak wat cara baik, terpulanglah..nak wat cara jahat pun terpulang...

pendapat saya...
kalau kita benci pemimpin umno yg ada sekarang ni, xkan kita nak join dia n jatuhkan dia..kena ingat..yg kat atas tu banyak gak geng dia..lain la kalau kita memang ramai pengikut..

sebab kalau kita sebagai parti lain, xkira la pas ke apa ke..ataupun kalau kita benci pas, maka kita masuk umno..bukan ke kita boleh tunjuk yg "aku lagi bagus memerintah dari kau"..

maknanya kalau umno tu hampeh, maka kita sebagai pas kena lebih bagus..begitu la sebaliknya...

banyak orang kata kenapa patung buddha besar ada kat kelantan, walhal kelantan pas perintah..pendapat aku, tiada paksaan dalam beragama..

aku pernah jumpa seorang ustaz yg 'tersalah' beli rumah..rumah dia dekat dekat tokong cina..

bila ada majlis kat tokong tu, dengan rela hati dia bagi orang parking depan rumah dia..dia xlak halang orang nak beribadat..kesannya, bila dia nak wat tahlil, kenduri doa selamat, orang buddha ni gak yang tolong pasang khemah, kemas dll..

perlu ada tolenransi..asalkan jangan sampai menggadaikan keimanan kita..

akuein

kluangman said...

anon 1:32 memang benar seperti kamu katakan kalau saolan cepumas pasal Kelantan, jawapannya pasti kona baring macam mat rempit di jalanraya, dia lajak sampai sabah sarawak australia german amerika.
Mengaku sajalah lemah dan lembab.

Ada yang tidak pernah sampai Sabah dan Sarawak lantas diingatkannya lebih mundur dari Kelantan. Ada yang mengaku pelajaran tinggi melangit tapi rupanya jadi ahli parti selam yang tak pandai baca jawi.

UMNO pun bukanlah hebat sangat, banyak pemimpin dah kena hukum, mengaku salah dan silap bukan tergadai pun maruah, banyak kekurangan dari kelebihan, sedang memperbaiki diri, antara contoh: dengan tindakan tegas SPRM untuk membenteras rasuah (tapi depa pusing kot lain pula, yang terjun bangunan rupanya nak selamatkan maruah wakil rakyat dan parti).

Untuk menjadi lebih baik pemimpin utama UMNO tidaklah pula pergi sondol dengan pelacur cina, tidak pula nak tunjukkan alim dengan janjikan syurga kepada ahlinya.

Apa apapun kita alu alukan segala bentuk pembongkaran penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN, kita akan sokong pendedahan itu jika ada bukti (bukan fitnah main sedap mulut masa berceramah ala mat sabu).

Pemimpin UMNO atau BN yang disyaki bersalah wajat diheret ke mahkamah tanpa perlu ada cubaan cover up atau asyik nak menuding dia kena 'konspirasi 24 jam'. Bekas Presiden MCA pun kena dakwa juga, tak hebohpun konspirasi.

Pemimpin UMNO yang bermasalah perlu menjawab saolan wartawan dengan tenang dan sopan, jangan melenting, emosi, marah dan cabut lari.

Kalau minta tunjukkan jam, tunjukkanlah, kalau pandai makan pandai simpan, pandai buat pandai tanggung - kena berani kalau benar.

Jadi tidak hairanlah penyokongnya di sini pun cepat melenting dan emosi. Nak bukti? tunggu sekejap lagi....

Anonymous said...

saya dah bermur 53 tahun dan duduk di selangor. Walaupun PR baru dua tahun lebih memerintah namun keamanan selangor amat terasa. Selangor pun terus maju ditangga teratas walau pun tidak dipeintah BN. Jadi saya yakin bahawa BN bukan faktur penentu kesejahteraan...

Jadi saya mahu Selangor terus diperintah oleh PR

Anonymous said...

Kluangman sahabat lama,

1. Qiestion bila hang sebut pasal kelantan, ramai yang menjadi sensitif adalah satu tuduhan yang melulu dan dikira 1/2 masak.

2. Persoalannya hang gagal menjawab persoalan yang dibangkitkan alasan-alasan oleh mereka yang menyanggah pendapat hang mengenai kelantan.

instead of menjawab melalui hujah bagi mematahkan auguement bmereka hang pilih sikap tipikal penyokong UMNO seperti diatas.

3. Kita sering bersama berhujah sejak zaman "Screeshot" Jeff Ooi dulu lagi. Mestipun banyak perubahan aku dapati dalam hujah hang tapi aku tabiklah kat iti qamah hang pertahankan UMNO Baru ni. Ana=tara sezaman dengan kita ialah MSK ( mat saman Kati), Gap , beberapa nama yang aku masih ingat.


bat8

Anonymous said...

Buruk buruk UMNO dan BN pun mereka dah ada track-record mentadbir dan membangunkan Malaysia.Bagi kat Pembangkang memerintah belum tentu tidak ada korupsi berleluasa be...Boleh gerenti ke Cina/India/Melayu/Iban/Kadazan/Murut/Melanau dan lain2 dari Parti Keadilan/Pas/Dap dan lainnya boleh membuang amalan korupsi, nepotisma,kronisma dan sebagainya jika mereka memerintah?Berani kerat kuku la.Semua juga manusia, politik itu busuk, politikus juga (yang baik pun ramai, bukan tak ada).
Salam,
Musafir Lalu

Anonymous said...

Ramai ahli terkeliru dengan UMNO Baru ciptaan Tun Mahathir dengan UMNO ciptaan Onn Jaafar. Malah masih yang beranggapan bahawa segala peraturan dan undang-undang nya masih sama dengan UMNMO ciptaan Onn Jaafar.

UMNO Baru ciptaan Tun Mahathir tidak memperjuangkan nasib bangsa melayu seperti UMNO Onn Jaafar. Tapi UMNO Baru ini lebih bersikap hipokrit. Memperalatkan bangsa melayu untuk kepentingan pemimpin tertinggi parti.

Mungkin Kluangman boleh terangkan siapa yang mencadangkan penubuhan saham bumiputra dan tujuan apa? Tapi kemana perginya saham bumiputra yang bernilai RM52 bilion dan berapa ramai orang melayu memiliki saham tersebut ? Ramai ahli UMNO Baru tidak tahu kehilangan saham tersebut kerana pekara itu tidak pernah dibincangkab secara terbuka.

Selama pemerintahan UMNO Baru maka lahirlah sekumpulan bangsa melayu jadi kaya raya iaitu anak Tun Mahathir, adik Mohd. Najib dan Syed Mokhtar.

Setelah mereka jadi kaya raya apa kebaikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia khususnya bangsa melayu yang masih bergantong dengan gaji yang tidak seberapa menghadapi harga barang keperluan yang setiasa meningkat ? Hebatkah kedudukan ekonomi melayu ciptaan UMNO Baru ?

Benarkah pemimpin UMNO Baru semuanya suci tanpa melakukan maksiat seperti yang didakwa oleh Kluangman kononnya tidak pergi sondol dengan pelacur cina, tidak pula nak tunjukkan alim dengan janjikan syurga kepada ahlinya.

Persoalannya, pernahkah kita mendengar presiden UMNO bercakap tentang peraturan dan undang-undang islam. Pernahkah kita mendengar pemimpin UMNO Baru membaca doa untuk kesejahteraan ahli parti dan rakyat Malaysia ?

Itu menunjukkan bahawa pemimpin UMNO Baru lemah, bodoh untuk bercakap tentang syurga apatah lagi nak tunjuk alim pada ahli. Mereka peralatkan agama hanya untuk kepentingan politik.

Lihat, bagaimana UMNO Baru ciptaan Tun Mahahtir peralatkan agama islam dalam sumpah laknat Saiful Bukhari. Saiful menuduh Anwar meliwatnya tanpa 4 saksi. Dia bersumpah kononnya ikut islam tidak dibicarakan dalam mahkamah syariah tapi dalam mahkamah sivil, mengapa?

Rahim Tambi Chik tidak pernah merogol gadis bawah umur ? Mohd. Najib tidak pernah tertangkap khalwat diPort Dickson ? Rais yatim tidak pernah dituduh merogol pembantu rumah ? Muliakah mereka ini sehingga kehulu kehilir bercakap tentang moral ?

Pemimpin UMNO atau BN yang disyaki bersalah memang wajatr diheret ke mahkamah tanpa perlu ada cubaan cover up atau asyik nak menuding dia kena 'konspirasi 24 jam'. Tapi setelah BN disingkirkan dari menduduki Putrajaya dan peguam negara dihantar ke penjara. Permintaan Kluangman pasti tertunai Insyaalah !

Ketika itu pemimpin UMNO yang bermasalah perlu menjawab saolan wartawan dengan tenang dan sopan, jangan melenting, emosi, marah dan cabut lari bawa anak isteri keluar negeri.

Begitu juga kalau curi duit rakyat, serahkan balik. Kalau minta tunjukkan jam yang dihadiahkan oleh Rosmah Mansor, tunjukkanlah, kalau pandai makan pandai simpan, pandai buat pandai tanggung - kena berani kalau benar.

Soalan cepuemas: Beranikah Mohd. Najib dan wakilrakyat dari UMNO Baru menghadapi pilihanraya ke 13. Senjata apa nak pakai ?

Anonymous said...

Anon 5:16:00 GMT+08:00,

1. Dari tahun 1988 hingga 1992 memanglah UMNO Baru cuba mengikuti jalan dan hala perjuangan UMNO lama walaupun UMNO lama itu sengaja dipastikan terus mati oleh pengasas UMNO baru.

Pada jangkamasa ini, keahlian UMNO Baru masih lagi mengikuti syarat keahlian UMNO lama dimana ianya terbuka kepada SEMUA ORANG MELAYU SEBAGAIMANA YANG DITAKRIFKAN OLEH PERLEMBAGAAN.

2. Kesan daripada keputusan PRU 1990 Presiden dan juga pengasas UMNO Baru mulai bimbang bahawa undi orang melayu sudah mula berpecah dan lari dari UMNO Baru.

Bagi mengekalkan kuasa BN yang didominasi oleh UMNO Baru, beliau cuba mendapatkan sumber undi diluar semenanjung malaysia - itulah alasannya mengapa UMNO baru dibawa ke sabah.

3. Tetapi UMNO Baru melihat satu masaalah untuk mendapatkan keahlian dan undi orang melayu saabah jika UMNO Baru mahu memasuki sabah - ini kerana jumlah orang melayu di sabah yang menepati takrif keahlian dalam UMNO baru bukan merupakan penduduk majoriti di sana!

kaum bumiputra lain seperti kadazan dusun merupakan kaum majoriti di sana!

3. bertolak diatas premis ini dan keperluan untuk mengekalkan undi UMNO baru di luar semenanjung aka sabah - UMNO BARU TERPAKSA MEMINTA PERLEMBAGAANNYA MENGENAI FASAL KEAHLIAN PARTI!!!.....UBAH SYARAT KEAHLIAN PARTI!!!!

Satu EGM telah dibuat untuk eminda fasal ini sebelum UMNO baru memasuki sabah....sebelum ada mat-mat otak kat lutut sanggah, tolong gi baca balik utusan meloya, berita hairan yang menyiarkan berita ini dulu!

4. pindaan keahlian UMNO Baru yang dipinda MEMBUKA KEAHLIAN UMNO BARU KEPADA SEMUA KAUM BUMIPUTRA DAN MELAYU MENGIKUT TAKRIF PERLEMBAGAAN MALAYSIA!

jadi, hari ini, jika kita bukak senarai daftar ahli-ahli UMNO Sabah, kita akan dapati ada ahli-ahlinya yang terdiri dari BUMIPUTRA BUKAN MELAYU BUKAN ISLAM.

Hatta DJ Dave atau nama islamnya Irwan Shah berketurunan sikh dari Tanjung malim juga adalah ahli UMNO Baru di Sabah!

So, camner kita nak kira ni. Kluangman, minta pandangan skit.


bat8

lebaikudin said...

Assalam Tuan Aspan,

Negara kita sedang menuju kearah kematangan demokarasi atau disebut 'matured democracy',ala 'two front politics' seperti Democrat vs Republican di USA.

Ramai golongan 'conservative' atau totok dalam pemeritah sedia ada tidak dapat menerima hakikat bahawa pembangkang yang dibuli selama lebih 5 dekad semakin memberi tentangan sengit malahan semakin menghampiri kemenangan.

Perbezaan yang ketara antara negara yang berdemokrasi matang seperti USA ialah,pengasingan kuasa yang jelas antara 'Legislative' dan 'Judiciary'.

President atau dinegara kita PM tiada pengaruh/kuasa/campurtangan dalam perlantikan ketua-ketua badan perundangan dan penguatkuasaan.

No one is above the law.

President Clinton sendiri pernah di dakwa atas salahlaku sewaktu memegang jawatan.

Di Senat sendiri wakil2 rakyat yang separti dengan Clinton mengundi untuk beliau dihadapkan kemuka keadilan.

Dinegara kita perlantikan hakim2 adalah kuasa Agong atas 'nasihat' PM.

Begitu juga jawatan2 penting seperti Ketua Polis,Ketua Hakim Negara,MACC,Pengerusi SPR dan sebagainya.

PM sendiri mengadakan mesyuarat dan mendengar taklimat dari kepala2 ini dari masa kesemasa untuk memberikan 'pandangan' tentang isu2 negara.

Jadi perangai dan tingkahlaku kepala2 ini sudah semestinya 'bebas',sama bebasnya dengan kepentingan PM.

Don't bite the hand that feed you.

Istana juga memainkan peranan dalam membantu 'kelancaran' sistem tersebut,mengikut prinsip 'orang berbudi kita berbahasa',seperti yang berlaku di sebuah negeri yang kaya dengan tempoyak.

Dalam kes Selangor,kita semua sudah menjangka apakah maksud "at all cost".

Yang tidak termasuk dalam kategori itu adalah pengecualian undi pos,jetera kerajaan tidak akan dikerahkan,agensi2 awam berkecuali dan tidak memihak,hapusnya nama2 pengundi pelik dan beralamat meragukan,sebagaimana yang diamalkan di negara yang matang berpolitik.

Tujuan asal pelaksanaan Akta2 yang agak berat sebelah tersebut adalah untuk melicinkan perjalanan 'Government of the day',tetapi diselewengkan untuk kepentingan parti.

Ramai yang masih keliru antara harta parti dan hak kerajaan.

Contohnya penggunaan kereta rasmi kerajaan untuk menghadiri mesyuarat parti dan pemberian biasiswa untuk anak kepada ahli pembangkang.

Jadi isu pokoknya ialah pemansuhan Akta2 lama kepada yang baru,yang bebas dari pengaruh parti.

Kita tidak mengharapkan pemimpin hari ini akan mempunyai 'wisdom' sebegitu,akibat 'corrupt' atau lebih tepat berkaratnya mereka,setelah lebih 5 dekad bergelumang dengan budaya penyelewengan.

Kita mengharapkam pemerintah yang baru untuk mengubah dan mendisiplinkan jentera kerajaan,atas dasar ketelusan,keterbukaan dan kebertanggungjawaban.

Saya melihat angin perubahan hari ini bukan soal Anwar,Nik Azik,Karpal atau Kit Siang,mereka ini cuma kebetulan berada disitu.

Ianya lebih kepada 'mass movement' atau pergerakan umum yang merentasi sempadan agama,budaya dan kaum.

Satu pergerakan kesedaran yang terbuka dan terdedah dengan maklumat terkini terutama media elektronik,yag sudah jemu dan jelak dengan segala helah dan penyelewengan serta kezaliman pemerintah sekarang.

Seperti mana2 pergerakan yang baru,gabungan parti2 pembangkang sudah tentu menghadapi 1001 kecacatan dan kekurangan 'teething problem'dan'marriage of convenience' atas perbezaan dasar dan pegangan.

Sejauh mana atau sekuat mana gabungan ini bergantung kepada kompromi atas kesepakatan satu hala tuju atau 'common goal'.

Tidak ada yang lama kalau tiada yng baru.

Memang benar pembangkang tiada 'track record' sebagaimana BN.

Tetapi bagaimana kita nak tau kalau tidak diberi peluang?

Anonymous said...

Ada pulak anon kat atas tu yg komplen ke mana peginya 52 billion saham buniputera. Anwar pun komplen sama pd hal dialah menteri kewangan yg kayakan kroni melalui saham khas bumiputera ni. Tp skrg dia yg sengaja kelirukan rakyat dan tuduh kjaan sapu semua saham bumiputera. Ini 1 lg sikap memperbodohkan pengikut oleh anwar. Tp pengikut tak kisah. Dia redha utk dimanipilasi otak dan ditipu berkali2 nak buat mcm mana.
Bukankah saham 52 billion tu hilang dlm pasaran bskl? Tahukah anda bhw saham tersebut hilang sebab org melayu tak mampu simpan saham lama2. Pasal melayu bangsat takda duit mcm cina. Kjaan dah bagi saham tu pd bumiputera tp bumiputera sendiri yg jual cepat kerana tak mampu beli dan krn mahu cepat kaya. Kalau nak penjelasan yg detail suruh anwar berlakon sekejap jadi menteri kewangan malaysia dan dia akan jelaskan dgn baik krn anwar letak kat mana2 pun akan ada hujah sendiri utk tipu sesiapa pun.
Benci tapi rindu

Anonymous said...

Anon 7 May 2011 18:04:00 GMT+08:00

Anda menghina "...Pasal melayu bangsat takda duit mcm cina...." ?

Anda bercakap tentang melayu bangsat tapi dalam pilihanraya pemimpin anda terpekik terlolong minta bantuan dari melayu bangsat untuk terus berkuasa...!

Betapa sialnya anda....? Masih tak sedar diri UMNO Baru dah nak pupus berlagak hebat.

Sedarkah anda bahawa pengampu Mohd. Najib dengan pengampu Muhyiddin sedang berperang sesama sendiri dalam senyap ?

Tidakkah anda melihat pertembungan diantara dua kumpulan dengan slogan 1 Malaysia melawan 1 Melayu ?

Sekarang tipu melayu lagi kononnya agama kristian akan jadi agama rasmi negara. Itu menunjukkan bahawa pemimpin UMNO Baru tidak mengamalkan agama islam dalam kehidupan sehari-hari.

Tidakkah itu menandakan bahwa pemimpin dan anda juga lebih bangsat dari melayu bangsat yang tidak berduit ?

Kumpulan anda bercakap tentang sesuatu fitnah kemudian paksa orang lain percaya bahawa fitnah itu benar. Kumpulan anda memang bangsat.

Anonymous said...

Anon 18:04:00,

Dari hujah anda bahawa kehilangan saham yang diberi oleh kerajaan kepada orang melayu sebanyak RM 50 Billion itu ok dengan alasan Anwar juga pada masa itu menjadi menteri kewangan?

Siapa Perdana menteri masa itu? Mana yang lebih berkuasa dalam jemaah menteri, Perdana menteri kah atau menteri-menteri? Maksud dari hujah anda diatas, Anwar sebagai menteri kewangan mempunyai kuasa lebih besar dari mahathir ke?

wak jerman

Salam Perjuangan said...

1. Untuk makluman semua, kuil Buddha diKelantan ni dah ada sejak dulu lagi termasuk ketika sebelum UMNO memerintah. Ia tidak boleh diganggu gugat kerana United Nation dah gazetkan Kuil ini sebagai World Heritage. Faktakan?

2. Siapa tak kenal Tengku Razaleigh Hamzah. Dia veteran UMNO dan penggubal serta salah seorang pengasas PETRONAS. Duit royalti Kelantan yang berbillion ditangan Pusat yang dikuasai UMNO masih dinafikan. Itu Kerajaan Negeri kena nafi. Kalau rakyat, lagilah...! Faktakan.

3. SELAKU RAKYAT, KITA TIDAK PERLU MENCARI BANYAK ALASAN DI DALAM MENENTUKAN KEBENARAN KERANA KEBENARAN ITU BIASANYA TERANG LAGI BERSULUH. INI FAKTA.

4. YANG PAYAH UNTUK DITEGAKKAN ADALAH BENANG BASAH. INI JUGAK FAKTA.

5. Apa jua alasan di dalam menegakkan benang basah pasti ada perlawanan untuk mengembalikan kebenaran. Sila rujuk ke blog ini dan baca sendiri sebagai contoh :-

http://tukartiub.blogspot.com/?zx=cd3802b19adfebac

"Salam Perjuangan"

Anonymous said...

Hoii anon2 yg tak tau terima fakta!
Melayu bangsat dr cina pasal takda duit kamu masih nak nafikan? Kamu sendiri yg tuduh 52 bil tu hilang tp bila kita bagi tau sebab hilang melayu takda duit kamu masih kata umno baru rompak?
Lagi bahlol bila ada anon ckp mahathir lebih kuasa dr anwar pasal dia PM.. Ini satu lagi rakyat yg susah nak diajar. Delegasi dan authority tugas pun tak tau. Kalau semua mahathir kena check dan lulus tak payahlah ada menteri kabinet. Suruh dia sorang2 la perintah. Ini sekor lg anon yg bebal dan bengap serta dungu. Bila timbul hal anwar, golongan ni terus jd bebal..tak tau nak nilai.