Rakyat sudah mula tertanya-tanya kenapa dulu kehidupan rakyat berbilang kaum begitu aman dan sentosa sedangkan sekarang keadaan sudah tidak begitu lagi. Kenapa politik negara dulu tidak begitu berkecamuk dan permainan isu kaum tidak begitu menular? Apakah elemen-elemen yang ada yang membawa keamanan dan keharmonian semasa itu yang tidak ada sekarang ini yang menyebabkan keadaan begitu merunsingkan kita sehingga kita berbalah di antara kita.
Sesungguhnya elemen penting yang ada kepada kepimpinan zaman itu dan yang tidak ada sekarang ini ialah kekurangan unsur ‘magnanimity’ kepimpinan. Tetapi unsur penting ini hanya ada kepada pemimpin yang dihormati serta pemimpin yang mampu menzahirkan sifat kejujuran dan diyakini serta dirasakan oleh rakyat. Apabila berlaku peristiwa berdarah 1969 dahulu semua pihak telah merasakan betapa peritnya hidup berbalah apatah lagi berbalah di antara kaum yang besar di negara ini. Peristiwa itu semua pihak menghargai kehidupan muhibbah di antara kaum dan agama.
Di waktu itu lah semua pihak menyedari bahawa perpaduan itu adalah elemen yang penting. Rakayat menerima hakikat yang perpaduan itu hanya akan terlaksana dengan kehadziran berbagai kaum dan puak. Pimpinan semasa itu berusaha membangunkan negara dengan matlamat yang satu iaitu untuk mencapaai ‘national unity’ yang hakiki dengan rakyat menyayangi negara yang mereka diami ini, serta mengakui negara ini adalah sebuah negara bertuah dan berdaulat.
Dulu pemimpin-pemimpin kita membangunkan negara dengan penuh dedikasi serta menyulami usaha pembangunan itu dengan moral dengan spiritualism yang tinggi. Setiap usaha membina negara itu tidak akan tertinggal unsur-unsur serta ‘ingredient’ penting di dalam apa yang disebut sebagai 'nation building'.
Sesuatu usaha pembangunan akan dikaji dengan teliti dan tidak tergesa-gesa. Semua aspek penting seperti keuntungan kepada bangsa-bangsa yang terlibat samada selari dengan dasar besar negara yang telah digubal dengan penuh berhati-hati oleh pemimpin kita. Dasar yang saya maksudkan itu ialah DEB.
Falsafah pembangunan diberi keutamakan terlebih dahulu. Kalau kita baca lapuran perhimpunan agung UMNO 1972 dahulu, Tun Dr Ismail di dalam ucapan penangguhan perhimpunan agung itu bahawa Malaysia mampu membangunkan negara dengan cepat dan deras kerana negara kita merupakan negara yang di rahmati tuhan dengan hasil mahsul yang melimpah ruah.
Allahyarham Tun Dr Ismail menambah jika kadar pembangun itu dilakukan dengan terlalu cepat dan pesat maka ada kaum akan ketinggalan kerana kaum itu belum lagi bersedia untuk menerima pembangunan itu kerana telah ketinggalan begitu lama dan jauh ke belakang. Apa yang dikatakan oleh Tun Dr Ismail itu adalah kata yang penuh falasafah yang bersandarkan kepada realiti.
Tun Dr Ismail bermaksud jika kita bangunkan negara dengan kadar yang terlalu cepat maka orang Melayu akan ketinggalan, dan segala dasar yang baru digubal untuk mewujudkan pembahagian kekayaan negara secara ‘equitable’ akan gagal. Bagi Timbalan Perdana Menteri itu, jika kekayaan tidak dibahagikan secara ‘equitable’ akan terjadi apa yang telah berlaku pada 1969 itu akan berulang kerana salah satu sebab berlakunya pertumpahan darah itu adalah kerana perasaan tidak puas hati orang-orang Melayu.
Pendeknya, kejayaan membina dan membangunkan negara dengan kadar yang terlau pantas itu akan manjadi harga yang terlalu mahal kepada negara. Oleh kerana itu maka kerajaan telah mengambil isu pembangunan dengan berhati-hati dan teliti. Tidak ada faedahnya mendapat pembangunan yang terlalu pesat jika ‘side effect’nya adalah ketidak setabilan politik negara.
Maksud yang dikatakan oleh Tun Dr Ismail itu ialah kita membangun mengikut kadar yang tidak memberikan risiko kepada keamanan negara. Biar perlahan tetapi ianya boleh menyulamkan pembangunan itu dengan pembangunan politik dan social yang mantap untuk negara.
Ibarat kata jika kita hendak membuat apam yang tebal, apinya biarlah kecil agar apam itu masak diluar dan di dalam dengan sempurna. Membuat kueh apam tidak boleh tergesa-gesa. Kalau semata-mata untuk melihat kueh apam itu masak dengan cepat apinya terpaksa besar. Risikonya jika api terlalu besar apam itu tidak akan sempurna…masak di luar mentah di dalam.
Falsafah yang dinyatakan oleh Tun Ismail itu ialah, negara tidak mahu pembangunan yang tidak memberikan ke saimbangan kepada kesetabilan politik negara yang tidak sempurna. Itu jugalah falsafah pemimpin kaum Cina dan India . Mereka menerima spiritualism dalam politik adalah perkara yang diutamakan dalam merangka dasar pembinaan negara tercinta kita ini.
Ini semuanya ada di dalam BN sejak kejadian berdarah 1969. Orang-orang Cina tidak mahu pergaduhan kerana mereka mementingkan ekonomi. Asalkan sahaja mereka boleh maju di dalam bidang ekonomi mereka sudah berpuas hati dan mereka menganggapkan kesetabilan ekonmi itu merupakan isu yang sangat mereka hargai.
Malahan bangsa Cina telah memberi sokongan kepada DEB dan menyebelahi BN di setiap pilihanraya sehinggalah mereka beralih akhir-akhir ini. Ini berlaku tentunya bersebab. Apa kah yang sudah tiada yang mereka tidak gemar lagi kepada BN? Kalau kita ikutkan kata dan jawapan politik tentulah pemimpin UMNO dan penyokongnya menyalahkan DAP. Tetapi sebabnya bukan kerana DAP, PAS, PKR atau lain-lain.
Tentu ada unsur yang selama ini yang menjadi ‘ingredient’ bagi menyatukan semua pihak itu sudah hilang. Apakah yang sudah hilang itu? ATAU apakah ada unsur-unsur yang baru yang mendatang yang telah membelahkan kesatuan di antara rakyat dan kaum seperti yang sedang berlaku pada pada hari ini.
Ramai yang boleh memberikan sebab dari sudut masing-masing. Tetapi kalau hendak lihat dan mendengar dari sudut saya elok saya tulis dalam posting saya yang akan datang.
19 comments:
Simple calculation :-
1) Banyak yang mengatakan bahawa PM pertama yang merosakkan keharmonian, kerukunan dan menyebabkan kecelaruan bangsa di negara ini adalah Mahathir Mohamed Al-Kutty.
2) Bukan itu sahaja yang dia dah rosakkan :-
i) Apa dah jadi pada Sistem Raja Berperlembagaan?
ii) Apa dah jadi pada Sistem Perundangan?
iii) Apa dah jadi pada Sistem Pentadbiran dan Penjawat Kerajaan?
iv) Apa dah jadi pada Budaya dan tatasusila Melayu dan terhangat kini adalah umporno?
v) Apa dah jadi pada ekoloji alam(paru-paru dunia yang digantikan dengan projek Bakun).
vi) Siapa yang membentuk sehingga Melayu sekarang jadi dungu, keras hati, buta hati dengan kehidupan hukum rimbanya seperti budaya bodek, sek, rasuah, ISA dan berbagai lagi?
SIAPAKAH PEROSAK SEMUA INI?
3) Kalau dah tahu seperti Arwah Tun Dr. Ismail kata bahawa pembangunan yang laju menyebabkan Melayu bertambah mundur.
Puaka mana yang beriya-iya melajukan pembangunan? Sehingga ramai Melayu tercicir dan tidak kurang pula yang kucar kacir menghidupkan Budaya Bodek. Siapa yang menaikkan kroni dan rasuah diperingkat awal ni?
4) Ikan busuk bermula dari kepala. Sekarang dah sampai ke ekor. Tiada cara lain lagi untuk membaikkan ikan ini kecuali dijadikan makanan biawak atau buat ikan kering. Inilah ikan darat yang namanya Baung Najis. Betul tak...?
Kesian betul tengok kehidupan Rakyat Malaysia yang merempat di negara sendiri, terutamanya dari kalangan Melayu miskin sungguhpun Arwah Tun Dr Ismail pernah mengatakan bahawa negara ini kaya dengan hasil mahsul. Al-Kutty ada kisah ke....?
Sekarang ni Al-Kutty sibuk membentuk keturunan dia dan membuat pelbagai Grand Design supaya generasi Al-Kutty tidak hilang dari persada Pemerintahan Negara. Setakat Najib tu, celah gigi dia je. Bukalah sikit mata hati pada yang sedang berdengkur tu ooi...!
Rasanya kaum Cina dan India dah aman hasil pengalaman 1969 dan mereka tidak mahu pisang berbuah 2 kali. Fakta :- Mungkinkah ini akan berlaku di antara Melayu Feudal dan Melayu Ortodok?
Hang fikirlah sendiri!
Anti Musibat
Dengan kecanggihan komunikasi dunia berbentuk Internet, maklumat menjadi tepat padat dan murni buat selama-lamanya.
Rasanya, nama Mahathir Mohamed Al-Kutty akan terpahat dipersada Internet sebagai Perosak, Pembelot, Penjahanam tak kira Bangsa, Ugama, Negara, Undang-Undang, Raja dan lain-lain.
Inilah wadah generasi mendatang untuk Bangsa Melayu apabila silap memilih Pemimpin.
"Salam Perjuangan"
Hari ini negara bergolak kerana kepimpinan Melayu bercakaran (PKR,UMNO,PAS) sedangkan kaum lain sedang merancang dan menghitung waktu. Kepimpinan PAS menggadai ugama untuk undi, UMNO menggadai bangsa untuk undi dan PKR menggadai negara untuk cita cita dan dendam politik Anwar. Masing2 sudah tidak ada keyakinan kepada bangsa sendiri, sudah tidak ada keyakinan kepada janji Allah dan sudah tidak ada keyakinan kepada diri sendiri lalu menagih dan menyembah kepada musuh ugama dan bangsa.
Rakyat yang menggelar diri mereka bijak juga sekadar jadi kayu api menyokong menyemarakkan lagi kemusnahan bangsa dan ugama. Sudah tidak ada seorang pun pemimpin berbangsa Melayu, pemimpin berugama Islam yang dihormati, disegani, berwibawa di kalangan bangsa sendiri apatah lagi kepada bangsa lain. Tunjuk dan buktikanlah jika ada?
Apakah wajar PM dipilih dan diundi oleh rakyat seperti pemilihan Presiden Amerika??
Tuan Hj.Aspan,saya amat meminati tulisan tuan, saya ikuti tiap-tiap perkataan yg tuan tuliskan.Nyata idea tuan berpijak di bumi nyata,soalnya adakah pemimpin kini dpt membaca disebalik tulisan tuan.Tuan membaca sejarah unutk panduan hidup masadepan.TAHNIAH. ZAMAN BAHAU.
Sdr Aspan,
Tahniah atas satu lagi penulisan yang mana memerlukan para pembaca memikir dan mendalami maksud yang tersirat dan tersurat akan isi kandungannya.
Mengapa pengundi kini sudah mula beralih ke PR ? Adakah disebabkan bangsa atau .... Saya merasakan peralihan ini adalah disebabkan banyak faktor yang rata-rata telah dikupas oleh para pemerhati politik yang PROFESIONAL dan bukannya PENCACAI.
Pemerintah perlu muhasabah diri dan melihat sejauh mana silapnya. Pemerintah bukannya MAKSUM. Pelbagai kepincangan dan kesilapan telah dilakukan khususnya bab EKONOMI.
Ketirisan dan kepincangan dalam pelbagai projek mega naungan pemerintah telah dipandang serius oleh semua peringkat masyarakat khususnya generasi yang berilmu dan berpengetahuan. Semua kita ini adalah PEMBAYAR CUKAI samada secara langsung atau tidak. Betapa sakitnya hati bila kita lihat pembaziran berlaku didepan mata. Bagi pelaku...mereka boleh meraih kekayaan dan berdondang sayang keseronokan ....kerana aku sudah masuk dalam senarai nama JUTAWAN.
Saya merasakan isu RASIS tidak harus dibangkitkan oleh mana-mana parti. Tuduhan UMNO dan PERKASA kadangkala dirasakan tidak berasas. Tidak sepatutnya kita cuba menjolok SARANG TABUAN. Nak kata ahli UMNO semua orang MELAYU pun tak juga...Kita perlu pijak dibumi yang nyata. Kita mesti ingat, ramai dikalangan masyarakat UMNO yang berkahwin campur jadi dimana kita nak mengkategorikan mereka ini ?
Jangan kita laungkan 'TAG LINE' yang hebat-hebat 'Bersih, Cekap, Amanah', 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan', 'Beli barangan Malaysia' dan sebagainya tetapi role model dari pemimpin amat payah dilihat dan dibuktikan.
Fikir-fikirlah bersama kebenaran ini ....
WalLahHu'aklam...
MELAYU-JAWA MALAYSIA
Antara jawapannya;
1. Cubalah mana2 pemimpin ckp mcm Tun Ismail tu...kita boleh tengok komen cina DAP,MCA atau Gerakan n ngo cina. Mesti mampus kena tuduh negara cuba berbalik ke belakang. Tidak berani bersaing, asyik nak bertongkat, negara akan hilang daya saing. Sanggup mundur krn melayu..melayu hampeh dan haramjadah.
2.masa tun Ismail ckp tu anak harimau baru pandai makan dan mengaum sikit2 je. Skrg anak harimau tu dan cukup dewasa. Siang mlm mengaum dan membaham setiap mangsa. Memusnahkan segala kehidupan yg aman dan makmur. Lembu melayu dia baham, kambing cina dia baham, ayam togel india pun dia baham. Akhirnya tiada lagi kampong yg selamat dan aman. Cina melayu india yg hilang ternakan terus tuduh menuduh ternakan mereka dicuri. Mereka tak sedar ada harimau yg licik dan pantas telah menjadi penyebab mereka bergaduh dan mengesyaki antara satu sama lain.
Hasil tuduh menuduh dan syak wasangka yg semakin menebal hati sudah rosak dan robek2. Bila ada org peringatkan ada harimau yg sudah baham semua tu, mereka masih tak pecaye sebab sentimen syak wasangka sudah berlebih2an. Bila haimau tu dah kena tangkap pun mereka masih tak percaya lagi. Bila harimau tu dibunuh dan dibelah perut dan terjumpa bangkai dan tulang kambing pun mereka sudah tak pecaye jugak. Isu bukan bangkai kambing dia. Itu bangkai kambing org lain. Kambing gua tak mati. Kambing gua lu curi... Semua kena tipu sama itu hari2 mau looo.....
Hariharimau maaaa....
This article disposes the high political acumen of its writer.
Walcot
Salam Saudara Aspan
Only now that most of us have come to realise Malaysia has not had any good and certainly honest-to-goodness leadership.
Really, we did have that acclaimed and outstanding leader but didn't too many of us then had become very overawed of him and did not care that he was doing much more harm and damage than any other leader who might had been less brilliant?
Today because of him no one individuals or institutions are free and can be empowered to count the full costs let alone to holding anybody to account for all the damage.
Certainly not until the institutions for good governance are returned.
Not in UMNO or BN can we today yet hear any leaders or leaders-in-waiting who want and can make for this return.
It has come to many of us are being hopeful that there will be many in PR.
Memang tidak dapat di nafikan,,,permasaalah kaum di malaysia kian mencari pecah,,,umno, mca, kian menunutut kearah perkauman... Sebenar apa yg rakyat malaysia cari dikelangan pemimpin, bauk melayu, india , cina dan lain 2 lagi..? Rakyat tercari pemimpin yg betul2 menjadi pemimpin untuk rakyat, maksudnya segalanya utnuk rakyat dan negara,,,bukan kroni,bukan pemimpin yg gila kekayaan ? Permasaalh malaysia kini, ialah rakyat tidak lagi memberi keyakinan dan kepercayaan kepada pemimpin yg ada kini,,,maka dgn sendiri mereka cuba mengubah, bahawa hanya dgn menjadikan PR sebagi pemimpin masih ada harapan ..? UMNO BN,,,tidak membaca permasaalh ini, dan sering menafikan keinginan rakyat ??? Mereka tidak membawa perubahan yg rakyat mahu,,,walaupun mereka masih ada sedikit peluang yntu melakukan nya ? Sudah tentu mereka boleh, tapi tidak mampu melakukanya ? Sebab mereka masih, yakin dgn kuasa yg diperkudakan, mengunakan segala kuasa yg ada untuk menindas pihak lawan, polis mnya, spr nya, kemas, jasa, tentera nya hampir semua badan ini di salah gunakan...? Rakyat bisa membaca apa yg di sembunyikan para pemimpin umno bn,,,sudah tentu segala kesalahan dan rasuah yg lalu di buat dgn kerjasama di kelangan mereka, harus, ,masti di selindungkan,,,mereka cuba nak lari dari apa yg telah mereka buat, selama ini menghianat semua bangsa malaysia...? Dengan permasaalahan beginilah pemimpin umno bn,,,tidak mampu membuat perubahan yg di mahukan rakyat???? Kemenangan umno bn, hanya sekadar menang, mengunakan kuasa yg belum di tarik oleh rakyat laqi....Sungguh malang rakyat malaysia, setelah 50 tahun merdeka, masih dalam keadaan kurang maju, apa lagi di kawasan luar bandar, masih daif dan mejedihkan ? Inilah akibat nya bila rakyat, masih dgn permikiran yg sempit,,,mudah di pecahkan dgn isu fitnah, kaum, gertakan, penipuan ??? Nampak kini UMNO BN< masih juga memperdayakan rakyat dgn isu yg sebegini,,,dgn harapan rakyat masih lagi boleh di perbodohkan....?
"Teropong Ajaib"
Pendapat saya :-
Sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Bidalan ini masih relevan.
Bidalan lain pula "Patah tumbuh hilang berganti" Bidalan ini juga relevan dalam skop makro, tapi dalam skop mikro tidak sesuai dipakai kerana kita tidak mahu yang berganti tu dari dahan patah yang sama.
Jadilah "sekali bah, sekali pasir berubah" kerana ini falsafah politik yang lebih realistik.
Saya suka Kluangman sebab dia rajin membaca dan menulis.
Mudah2an Allah memberikan istiqomah dan petunjuk pada Kluangman agar lebih menepati sasaran di dalam 2 persimpangan yang hanya ada 1 pilihan.
"Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Firaun dah mati, Nabi Muhammad SAW juga telah wafat. Kedua-duanya telah meninggalkan nama. Kedua2nya adalah contoh pemimpin. Nampakkan perbezaan perwatakan kedua-duanya?
1 dihina dan 1 dimuliakan sampai hari kiamat.
Contoh Sejarah Kaum Luth, Aad dan Samud semua telah hilang dari muka bumi ini bukan kerana politik tetapi kerana mengingkari Allah. Ini bermakna Malaysia, Melayu, Cina, India dan kaum lain telah diqodarkan tidak hilang dari persada dunia ini kerana di Malaysia ini masih ada umat Islam yang masih memperhambakan diri semata-mata kerana Allah. Inilah sebenarnya segelintir manusia yang memayungi manusia lain di bumi ini supaya azab Allah tidak diturunkan.
Jadi lakonan politik, kaya, miskin, papa kedana, semua ini adalah berbentuk fatamorgana dan statusnya sementara.
Saidina Ali karamullah wajha boleh menjadi kaya raya kalau beliau mahu, sebab beliau adalah Raja dizaman pemerintahanya. Saidina Ali Kasyaf dan nampak Syurga yang kekal abadi adalah lebih dari segalanya di dunia ini. Lalu sebatang jarum hasil dari ghanimah perang, tidak di ambil Baginda tetapi diagihkan pada yang miskin. Ini contoh hampir 1,000 tahun lalu.
Maknanya, Perubahan pertama Umat Islam bahawa ianya harus berpijak pada bumi yang nyata yakni mesti berpaksi kepada Srh Tahrim Ayat 6. Ini langkah pertama.
Lupa ke kita bahawa Allah jua yang berkuasa menaik dan menjatuhkan.
Kita tidak berpijak dibumi nyata. Kita sering berpijak di dahan2 yang rapuh. Asyik tawaf di dalam urusan sama yang bukan pokok dan cuma cabang. Ini menyebakan umat Melayu yang rata-rata ISLAM rugi MASA, rugi DUNIA dan rugi SEGALANYA.
Pada yang sedar, benar-benar ikhlas, boleh istiqomah dan inginkan kebenaran agama yang murni ini, hubungilah saya matpena@yahoo.com dan biar saya sampaikan ilmu Allah ini secara percuma. Ganjaran saya hanya dari Allah swt jua.
Sama-sama fikirkanlah..!
Wassalam.
"Teropong Ajaib"
"apa yang telah berlaku pada 1969 itu akan berulang kerana salah satu sebab berlakunya pertumpahan darah itu adalah kerana perasaan tidak puas hati orang-orang Melayu"
Silap fakta ni Aspan, kajilah sejarah sikit jangan nak hentam keromo aje, jadilah penulis yang berwibawa.
Kejadian yang berlaku di tahun 1969 kerana orang Cina telah diapi-apikan oleh parti DAP yang bangsa Cina dan India adalah warga negara kelas tiga kerana hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan. Sedangkan ketika itu tiada DEB, orang Melayu hidup dalam serba daif, orang Cina kontrol ekonomi negara dan ketika itu pegawai kelas A kerajaan, majoritinya adalah dari golongan bukan bumiputera. Sila rujuk lapuran mageran
http://www.scribd.com/doc/27686752/NOC-White-Paper-MAGERAN
Apabila orang Cina telah dibakar sebegitu rupa, dan pabila parti DAP menang sedikit, mulalah gerakan parti DAP nak menghalau orang Melayu dari bandar Kuala Lumpur. Orang Melayu dimaki hamun dan perarakan penyapu diadakan.
Hati Melayu mana yang tak sakit hati. Orang Melayu pun nak berarak juga. Dan pabila hati telah panas, terjadilah peristiwa 13Mei. Ni fakta Aspan, tak usah lah spin berpandukan emosi Aspan semata-mata.
Janganlah lacurkan penulisan Aspan.
Anon,
Yang saya kata ketidak puasan hati orang Melayu adalah salah satu dari sebabnya.
Assalam saudara Aspan,
Saya ada kisah untuk dikongsi:
Seorang pemimpin di sebuah organisasi terpakai duit syarikat semasa membeli-belah dengan isterinya.
"Minggu depan aku dapat gaji,aku ganti baliklah" dia berkata dalam hati.
Masa berlalu,mamat ni terlupa nak ganti balik,dan yang menariknya,tak ada orang perasan pun.
Lama kelamaan dia tak boleh nak bezakan duit sediri atau duit syarikat.
Dipendekkan cerita,perkara tak sengaja dah jadi penyalahgunaan dan pecah amanah.
Bila bocor,dia terpaksa berkongsi habuan dengan pegawai2 lain untuk 'cover line'.
Sementara itu,disebuah dewan gemerlapan mesyuarat sebuah parti politik,gegak gempita dengan sorakan patriotik,'kunun' nak membela bangsa.
Lengkap dengan hilai-tawa dan drama tangisan sang buaya tua.
Buaya tua ini pada masa baru dpt tampuk pemerintahan hebat dengan slogan2 Bersih,Cekap,Amanah..Kepimpinan Melalui Teladan..Pandang Ke Timur,yang membayangkan ketulusannya untuk membangunkan bangsa.
Bila terlalu lama berkuasa,dia rasa syak org2 kanan-kiri mengidamkan tempatnya.
Akibatnya cantas-mencantas dan cucuk-mencucuk berlaku.
Dia akan naikkan suku-sakat yang dipercayainya sahaja.
Dia akan beri projek2 kerajaan kepada mereka ini sebagai menghargai kesetiaan tersebut.
Ketua perhubungan negeri agih pada ketua bahagian,ketua bahagian kepada ketua cawangan..bla..bla..bla
Jadi DEB,peruntukan 30%,kena sapu mereka yang tidak berhak.
Yang boroi semakin buncit.
Sedangkan yang betul2 nak meniaga kena tolak permohonan pinjaman bank,terus ke ah long..
Dan legasi kebobrokan ini diteruskan oleh penggantinya,dengan lebih cekap,dengan kerjasama agensi-agensi awam yang dikepalai orang2 dari kemnya.
Bila terlalu lama berkuasa,susah nak membezakan antara harta sendiri atau hak rakyat.
Sejarah telah membuktikan jatuhnya sesuatu kerajaan agung,hatta Kerajan Melaka mahupun Rome adalah akibat perbalahan dan kerosakan dari dalam.
Jadi janganlah pening-pening kepala memikirkan punca kekalutan negara kita.
lebaikudin,
sdr bercerita begitu simple tetapi mempunyai sequence yang teratur sehingga peringkat rasuah yang tidak dianggap rasuah.
btullah sdr rasuah itu bemula kecil-kecilan selepas itu menjadi besar sehinggakan kedudukan yang membolehkan mendapat rasuah itu susah hendak ditinggalkan.
Tkasih
Salam Perjuangan,
Ada komen di atas tentang 13 Mei yang membantai Sdra. Aspan. Ini tidak menyenangkan hati pembaca blog ini.
Hakikat :-
1. Sebenarnya peristiwa 13Mei1969, adalah jauh perpekstifnya daripada apa yang rakyat Malaysia sedang hadapi masa kini.
2. OK..!
Sebab utama terjadi 13 Mei 1969 adalah :-
1) 10 Mei 1969- PRU diadakan.
2) 13 Mei 1969- Rusuhan kaum.
3) 14 Mei 1969- Mageran
Berikut ini sahih ungkapan Arwah Tun Dr. Ismail beberapa hari selepas 13 Mei.
"Demokrasi di negara ini telah mati akibat" daripada tragedi 13 Mei dan mengulas bahawa:
"Ia bukan tujuan kami untuk menyalahkan mana-mana pihak atas tragedi 13 Mei tetapi orang Melayu benar-benar terganggu dan terkejut dengan keputusan pilihan raya dan tidak bersedia untuk membenarkan parti pembangkang bukan Melayu membentuk kerajaan negeri di Perak mahupun Selangor"
3. OK, itu dulu dan harus diingat pesanan "Teropong Ajaib" di atas bahawa "Sekali Bah Sekali Pasir Berubah.
Sekarang ni tiada siapa lagi Rakyat yang sibuk samada Selangor ke, Perak ke... atau seluruh Malaysia sekalipun jatuh ke tangan pembangkang. Ini fakta. Agaknya lagi cepat BN jatuh lagi Rakyat suka kot. Cuma jari-jari hantu sahaja yang cuba membangkitkan isu 13 Mei ini secara NEGATIF.
4. Faktor sekarang lain kerana :-
Rakyat hari ini banyak yang menyimpan dendam dengan hati yang penuh terluka apabila ketaksuban Harimau dan kuncu-kuncunya yang sebat dan pelahap harta negara yang menjadikan Rakyat susah dan miskin sehingga negara tiris RM81 Billion. Ini fakta.
5. Kalau dulu hanya perarakan penyapu. Tapi hari ini PENYAPU dah diberikan oleh Pemimpin UMNO sendiri pada orang Melayu. In law, this is fact of case and a fact of case has been established. Ini fakta beb...!
6. 40 tahun dulu, DAP adalah bayangan PAP Singapura. Tapi kini apabila dah difahamkan oleh Pemimpin PAS dan PKR yang berwibawa dan berdaya intelektual, maka DAP tiada masaalah lagi untuk bekerjasama dalam urusan pembangunan negara dan Islam sebagai Agama Rasmi negara. Ini fakta...!
7. Saya membela bahawa Aspan bukanlah pelacur yang hendak melacurkan penulisannya. Aspan is a noble, sincere and straight forward person. Dakwaan yang tak munasabah pada Aspan bahawa orang yang menuduh ini adalah biadap dari keturunan yang rosak. Cuma orang yang tak berotak sahaja yang sanggup membuat tuduhan sedemikian. Kalau tak percaya cuba Saudara Aspan buat undi diblog ini, insya'allah pasti ramai yang bersikap positif pada Aspan kecuali manusia yang tidak bersyukur. Ini fakta.
Hidup Penulisan Aspan!
"Salam Perjuangan"
Soal Cina, Melayu jangan terpedaya, baca ni....
http://idhamlim.blogspot.com/2011/05/strategi-umno-bn-buli-cina-tipu-melayu.html
Sejarah.. sejarah jugak.
Aduh...!
Ron97 naik lagi. Dah jadi RM2.90 seliter ni. Rimaslah....!
Menteri berkenaan senyap je tak berani tunjuk muka ishtiharkan minyak naik.
Kejap nanti barang semua naik lagilah.
Nasib....nasib.....!
To:
Salam Perjuangan...sokong 101%.
Tuan Aspan memang berpijak dibumi nyata.Satu-satunya ahli UMNO yang masih mampu berfikir dengan waras.
Tokalang
Kenapa dulu lain sekarang lain..? Jawapannya ialah kerana dulu orang tak ada ilmu mencuri dan takut mencuri tapi sekarang semua dah jadi profesional dan telor hakim pula dalam genggaman mereka kalau tidak ikut kata... jentik telor itu sehingga hakim menjerit....
Semenjak pemerintahan Tun Mahathir lagi perpaduan diantara kaum dalam Malaysia sentiasa diadu-dombakan. Ketika itu RTM TV3 Utusan Dan Berita harian menjadi penyalur maklumat. Segala keburukan Tun Mahathir tidak ditunjukkan kepada rakyat sehingga rakyat yang bijak mejadi amat taksub pada Tun Mahathir. Hebatkah Tun Mahathir ?
Sehingga ada pencacai mengelarkan Tun Mahathir sebagai Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT'. The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke-21...?
Kononnya Tun Mahathir adalah orang yang perlu diingat sebagai...
Membina bangunan Petronas Twin Tower sebagai `Twin Tower Mahathir', Keuntungan Petronas sebagai Harta Mahathir.
Perlumbaan kereta Formula 1 di Sepang sebagai `F1 Mahathir',
Jambatan Pulau Pinang sebagai `Jambatan Mahathir',
Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, atau KLIA, sebagai `KLIA Mahathir',
Lebuh raya Utara-Selatan sebagai `Lebuh Raya Mahathir.
Persoalannya.... Segala projek yang disebut kan itu menggunakan duit BAPAK TUN MAHATHIR kah sehingga pencacai sanggup mencadang segala projek yang dirasmikan meletakkan nama Tun Mahathir..?
Idea Tun Mahathir kah yang membuat kertas kerja projek tersebut atau dia hanya mendengar taklimat dan tanda tangan saja ?
Benarkah Tun Mahathir seorang yang bijak tanpa dibantu oleh pengampu yang berada disekelilingnya... ?
Disebabkan projek yang diluluskan itulah yang menjadi punca segala ketirisan, rasuah, kronisme, nepotisme, keuntungan diswastakan kerugian dinasionalkan.
Melayu lembah klang tidak mudah lupa...!
Akibatnya ramai dikalangan ahli UMNO Baru dan pemimpin BN terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa dalam usaha untuk mendapat kedudukan dalam parti dan kerajaan agar mereka dapat menikmati apa yang dirancang oleh Tun.
Apabila pemimpin meletakkan kepentingan peribadi mendahului kepentingan awam menyebabkan kes cantas mencantas sesama sendiri berlaku. Yang kuat menzalimi yang lemah, yang berkuasa menyalahguna kuasa, yang bijak memperbodohkan yang bangang.
Bila pemimpin UMNO Baru sedar perbuatan yang dilakukan itu telah menyalahi undang-undang maka Tun Mahathir dibantu oleh pakar undang-undang telah mengubah sistem perundangan agar memihak kepada mereka sebagai kebal undang-undang.
Mengapa dulu lain sekarang lain... kerana dulu rasuah tidak sehebat hari ini tiada siapa yang menganggu tapi sekarang rasuah sudah jadi darah daging pemimpun UMNO BN.
Dan malangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mejadi salah seorang yang anti-rasuah sedang berusaha untuk menghapuskan rasuah tersebut dalam pentadbiran kerajaan.
Berbagai usaha sudah dilakukan oleh pemimpin UMNO Baru dari Tun Mahathir hingga DS Mohd. Najib untuk menghapus kreditibiliti DS Anwar sebagai pejuang anti-rasuah namun tidak berjaya malah rakyat yang bersimpati pada DS Anwar semakin ramai menyokong beliau.
Sehingga orang Cina ramai yang simpati pada DS Anwar Ibrahim.
Apa yang kita lihat hari ini, kerajaan BN pimpinan UMNO Baru cuba menghuru-harakan perpaduan kaum agar melayu yang bangang akan terpengaruhi apa yang kempenkan seperti PAS kuda tunggangan DAP. PAS sebagai hidung tak mancung pipi tersorong-sorang dalam pakatan rakyat.
Tujuannya apa ? Tidak lain hanyalah untuk memperbodohkan rakyat bangsa melayu supaya memberi peluang kepada mereka untuk terus berkuasa lagi. Dengan itu mereka anak beranak akan terlepas dari pendakwaan.
Post a Comment