16 May 2011

Politik - Sudah tidak tentu yang mana hujungnya dan yang mana pangkalnya.

Politik negara sudah sampai ke tahap yang tidak pernah kita alami seumur hidup kita. bermula dengan isu kecil-kecilan sekarang sudah sampai kepada tahap yang membingungkan kita semua. Pemimpin-pemimpin dan penyokongnya sama sahaja; bermain dengan permainan politik yang terlalu kotor dan menjijikan.

Saya tidak nampak lagi isu yang lebih merbahaya dari isu agama yang di mainkan oleh beberapa kerat manusia ‘desperate’ yang menggunakan isu agama mungkin sebagai isu yang mereka anggap sebagai isu yang paling selesa bagi mereka untuk mencapai matlamat peribadi mereka. Bagi setengah pihak, rasanya yang sedang berkuasa isu ini merupakan jalan yang terakhir yang memungkinkan untuk meneruskan sokongan orang Melayu terutamanya bagi mengekalkan kuasa.

Isu ini isu yang sengaja diada-adakan. Itu pandangan saya dan saya tetap dengan pandangan itu. Seseorang yang hendak diceraikan selalunya akan bercakap tangkap muat untuk melindungi kelamahannya. Politik BN begitulah. Apabila ada rasa-rasa akan ditolak maka isu demi isu akan diperbesarkan dan tentulah mangsanya ialah parti pembangkang.

Ahli-ahli DAP yang kebanyakannya adalah beragama Buddha dituduh mahu meletakan kristian sebagai agama rasmi. Di mana lojiknya kita pun tak tahu. Apabila isu ini diperhangatkan oleh Utusan maka berderu-deru opotunis bercakap dan berucap dengan nada yang keras kononnya akan berjuang habis-habisan. Ibrahim Ali pula akan berjihad untuk Islam. Bila Ibrahim Ali hendak berjihad dalam isu ini secara langsung Ibrahim di dalam hidupnya belum lagi berjihad.

Tetapi apa pun, keadaan politik negara begitu bercelaru dengan berbagai-bagai isu tepian yang begitu ghairah diperbesarkan oleh setengah pihak. Isu sebenar yang membuatkan merudumnya sokongan ramai terhadap kita tidak dipertikaikan dan diperbahaskan dengan betul. Isu agama ini betul-betul isu untuk melarikan dari isu sebenar yang kita hadapi iaitu ketirisan kewangan negara dan nilai budaya yang sudah berubah keterlaluan sehingga kita sudah hilang identiti sebagai parti nasionalis.

Bagi adik-adik yang muda sekarang ini mereka hanya mengenggeh sahaja. UMNO kata orang UMNO kata mereka. Tetapi apabila ditanya apa dia UMNO itu, mereka akan menjawab UMNO membawa bekalan api letrik, membina jalanraya, membekalkan air bersih, memberi lembu pawah, hendak menang pertandingan ketua pemuda dan naikkan sipolan dan sipolan, mesti benci Nik Aziz, mesti tuduh DAP komunis, mesti undi UMNO kerana UMNO sahaja yang boleh menyelamatkan orang Melayu dan berbagai-bagai retorik yang lain.

Ada anak-anak yang muda sekarang ini bercakap dan menulis menggunakan kata-kata kesat seperti BABI, bingai , anjing dan berbagai-bagai lagi istilah kotor dan memanggil nama buruk kepada orang yang mereka tidak suka. Tetapi apabila ada seorang yang mereka takuti menggunakan istilah pandikutti ianya menjadi isu besar sedangkan manusia ini dipanggil dengan berbagai-bagai nama yang kotor seolah-olah manusia yang lain itu bukan ciptaan Tuhan.

Perbalahan politik memang dari dahulu kala berlaku tetapi mereka yang berbalah mempunyai bahasa politik yang lebih berseni dan finesse nya yang tinggi. Kata mengata di antara yang berbalah semasa dahulu ada sempadannya. Sempadannya bukan di adakan dengan undang-undang tetapi persempadanan kata mengata itu digariskan dengan etika dan budaya bangsa yang begitu tinggi. Begaduh, tetapi ada sempadan moralnya. Ada yang patut disimpan dan ada yang patut dikeluarkan.

Seperti kita bersolat, ada tata caranya. Dalam solat wajib ada sunatnya dalam solat sunat itu ada wajibnya. Bersolat waktu yang wajib, membaca ayat lazim itu adalah sunat, di dalam sembahyang sunat itu membaca al-fatihah itu adalah wajib. Pendeknya ada wajibnya dan ada sunatnya.

Kita lupa nasihat agama kita; apabila terjumpa perkara yang buruk, jangan terus dibuang, kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga kalau terjumpa perkara yang cantik molek jangan terus diterkam kerana mungkin ada celaka disebaliknya.

UMNO seolah-olah adalah ‘the almighty’. Segala-galanya datangnya dari UMNO bukannya dari Tuhan. Takburnya tidak terhingga. Kata mereka kalau tidak ada UMNO Melayu tidak boleh hidup. Tetapi apabila Melayu yang cuba untuk membuktikan yang UMNO bukan penentu segala-galanya mereka memaki hamun dan mencerca puak ini. Kalau benar UMNO adalah penentu kepada semua bagaimana masih ramai orang Melayu yang terkapai-kapai; hanya pemimpin-pemimpin sahaja yang kaya raya dan hidup ‘glamorous’ yang tidak terbatas oleh adat dan budaya bangsa kita.

UMNO membawa isu rasis, tetapi yang dituduhnya membawa isu rasis itu ialah DAP. Orang Cina tidak akan ada representasi dalam kerajaan jika MCA tewas dalam pilihanraya. Tetapi orang Melayu lupa yang paling banyak menyumbang kepada kantung kerajaan pada hari ini adalah orang Cina yang telah berjaya di dalam perniagaan mereka. Merekalah yang pembayar cukai yang paling banyak kepada kerajaan.

Bangsa Cina tidak menghormati mereka kerana kita tidak berfikir sebelum bercakap. Kaum Cina hanya meminta kerajaan yang telus dan mereka tidak gemar cukai yang banyak dibayar oleh mereka ke dalam perbendaharaan kerajaan itu terlalu banyak diselewengkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu. Tetapi apabila saya bercakap seperti ini saya akan dituduh menyokong kaum Cina dan tidak hormat kepada kaum sendiri.

Kita selalu lupa yang ‘respect has got to be earned’. Itulah sebabnya ramai di antara yang berfikir tidak lagi mahu bergiat kerana kami tidak mampu untuk mendapatkan penghormatan itu dan kami mengharapkan pemimpin kita untuk mendapatkannya. Orang seperti saya yang kerdil ini sedar yang kami tidak berkemampuan untuk mendapatkan penghormatan sebagai pemimpin maka kami berundur dari awal lagi.

Tetapi pemimpin Melayu yang diharapkan untuk mendapatkan penghormatan itu tidak juga berjaya menjadi pemimpin yang ‘magnanimous’ dan terus sahaja mengertak kesana dan mengugut di sini dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan pernghormatan yang sangat penting itu secara natural. DAN mereka tidak pula mahu berfikir kenapa mereka gagal untuk mendapatkan penghormatan itu. Apabila menemui kegagalan maka pihak lain pula dipersalahkan. Pihak sendiri tidak juga bersalah.

Sesungguhnya rakyat tidak banyak masalah untuk menentukan sikap politik mereka. “Yang bermasalah ialah pemimpin-pemimpin yang sudah hilang hidayah” kata seorang kawan professor dari universiti tempatan.

29 comments:

Mat Mersing said...

UMNO/BN terlalu banyak pasang jerat. Sekarang jerat-jerat yg mereka pasang itu dipijak oleh mereka sendiri.

Mat Mersing

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Apa yang dinukilkan sdr itu banyak kebenarannya. Ramai PEMUDA, PUTERA dan PUTERI pandai-pandai dalam bidang akademik...ramai diantara mereka yang skor semua A dalam SPM dan melanjutkan pelajaran di luar negara. Masuk pulak tu universiti-universit ternama.. OXFORD, CAMBRIDGE, HARVARD, PRINCETON dan setara dengannya. Bahkan, mereka juga skor A dalam subjek Agama Islam.

In reality, bila balik dan masuk UMNO ramai mereka-mereka ini tidak mencerminkan kecerdikan sebenar. Apa sebab ? DUIT, PANGKAT dan KUASA telah menguasai segala-galanya. Punah... Tak payah saya nak menamakan sesiapa tapi kita sendiri kita boleh lihat. INTEGRITI dan AMANAH mereka hancur...lupa segala-galanya. Ada sesetengah mereka menceritakan perihal kemiskinan keluarga dan sebagainya tetapi tidak pernah ambil iktibar apa mereka lalui semasa sebelum masuk UMNO.

Mana silapnya ? Sistem pendidikan yang tidak seimbang dengan kefahaman sebenar Agama Islam yang dipegang itu.

For all u know...PERSONAL INTEREST comes first before thinking about others. Too bad Orang Melayu UMNO. Amat sedih dan malang sekali.


MELAYU-JAWA

Anonymous said...

Tuan asqpan tak setuju org skrg pakai bahasa bangsat, bingai bodoh dll. Tp kenapa tuan hanya tuduh org umno sj yg pakai pkataan tu? Bukankah perkataan tu selalu keluar dipentas2 pembangkang. Cuba twngok pentas umno ada ke ckp macam tu? Yg ckp mcm tu banyak dlm blog2 samada blog penyokong kjaan mahu pin pembangkang sama sj. Lagi satu tuan kata tak benci org pakai pkataan kotor tp kenapa tuan mpeetahankan org yg guna pkataan pandikutty?
Saya sdbenarnya confuse dgn pemikiran tuan yg tidak pernah fokus.

Pandikutty

Quantum Metal Consultant said...

Untuk kali ini saya tidak menyentuh panjang tajuk di atas kerana turut simpati dengan berita pagi ini di mana Anwar, pemimpin bertaraf dunia merangkap Penasihat PKR dan Mentor Pakatan Pembangkang Malaysia telah di arah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Jalan Duta dalam kes menyondol Saiful - ada prima facie.
DAP melalui Karpal Singh telah berjaya dalam missi melupuskan satu lagi pemimpin Melayu.

Saya memang memahami trauma, kesedihan dan kekecewaan bangat penganut dan penyokong pembangkang di sini.
Blog ini (dengan izin) mampu menjadi tempat luahan perasaan tetapi biarlah dalam keadaan terkawal, tidak emosi, sopan dan berfakta. Tuduhan melulu hanya lebih mencerminkan kredibiliti yang rendah.
Saya menjangka keputusan hakim tetapi kesal dengan penghakiman janggal pertahan sepenuhnya pendakwa sebagai sempurna! Adakah lagi ruang bela diri – Anwar Ibrahim (twitter)

Begitu lemah dan putus asanya Anwar sambil meminta simpati.
Saya percaya kata kata ‘konspirasi, bersekongkol, niat jahat, difitnah, kerajaan zalim, Utusan meloya, dibeli, mendapat arahan, tangan ghaib dan banyak lagi” akan bergema di sini, teruskanlah....ini Negara demokrasi di mana kerajaan memberi keadilan dan kebebasan bersuara mengikut lunas undang2 selagi kerajaan BN memerintah.

Bersambung.....

Anonymous said...

Sdr terlalu optimis mengatakan DAP tak bersalah dan tidak rasis langsung.
Sdr juga terlalu optimis dgn akhbar selain dr utusan termasuk akhbar cina yg sdr sendiri pun tak faham nak baca.
Sudahkan sdr kaji apa lapuran polis abd rahman ahli DAP bkaitan dgn gereja tu? Apakah sdr mahu kata abd rahman juga diupah dan dipergunakan oleh polis atau umno spt yg jeff ooi kata?
Kalau begitu pendirian sdr eloklah sdr istihar saja keluar umno. Tiada makna sdr berada dlm umno samada kpd umno atau pun kpd sdr sendiri.
Apa guna ada dlm umno jika satu pun yg umno buat tidak ada yg sdr setuju.

Anak kuala sawah

Anonymous said...

Kluangman tak abis2 nak menjilat jubo madey...

Quantum Metal Consultant said...

Apabila kita duduk di sebelah sini yang kita nampak ialah kawan dan lawan kita yang sebangsa dan seugama, kita gemar memerhati tingkah lakunya, tutur katanya, gayanya, kereta apa yang dipakai, dengan siapa dia keluar...

Kita jadi tukang catit dari jauh dan dilontarkan di blog dengan persepsi tetapi secara bersungguh seolah oleh semua kejadian itu kita tahu dari A sampai Z...kadang2 persepsi itu kita selitkan kerana kita tak bawa Harrier, rumah kita tak bungalow dan kita jarang bawa anak2 pergi melancong kecuali sesekali makan kfc. Phd kita naik tinggi.

Apabila persepsi yang buruk dilontarkan kepada pemimpin kesayangan, kita melenting dan katakan itu fitnah, niat jahat dan mahkamah belum membuat keputusan sedangkan kita lupa hari demi hari kita lontarkan benda yang sama, FITNAH kepada lawan, semata mata kerana dia lawan dan bukannya kawan, semata mata kerana dia Melayu dan Islam yang tidak sealiran , walaupun pernah berjasa, kita lupa budinya, kita angkat dan lambung tinggi kejinya...

Kerana kelemahan diri sendiri kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sana, kita zero knowledge kerana rintangan bahasa dan budaya dan amat sukar pihak di sana untuk bercakap niat tersembunyi kecuali kata dan janji manis.

Apakah kita tahu apa perancangan Kristian hari demi hari? Bukankah sejarah menunjukkan Kristian sentiasa berdendam dengan Islam? Adakah memadai penafian mereka sebagai satu jaminan? Ada pernah orang berak di tengah jalan mengaku dia yang berak? Sebagai pendendam adakah Kristian akan sentiasa berniat manis kepada Islam?

Selepas ada asas ketepatan maklumat apakah kita (Utusan Malaysia mewakili Melayu dan Islam) pula DIPERSALAHKAN, DIHINA, DIMAKI, DICERCA, DILABEL PEMECAH BANGSA?

Terang2an DAP memainkan isu perkauman untuk menang lebih kerusi di Sarawak dan DAP juga yakin isu yang sama akan Berjaya di Semenanjung tetapi bukan semua cina akan sokong DAP.

DAP melihat isu Kristian yang majoritinya cina boleh mencapai matlamat jika Kristian diberikan janji dan jaminan untuk mendapat lebih kebebasan jika menyokong DAP ke Putrajaya. Teori ini amat mudah difahami.
Puak Kristian sendiri secara fizikalnya cukup giat mendirikan gereja yang cukup luas, melebihi keluasan tokkong dan kuil sedangkan penganutnya minority. Untuk apa semua itu kalau bukan ada niat tersendiri.
Bagi mereka jika patong budha terbesar di asia tenggara boleh berada di Kelantan maka wajar mereka juga tidak boleh dihalang untuk membina gereja tanpa bantuan kerajaan.

Bagi orang Melayu yang sebok nak berbunuh sesama sendiri mereka amat leka untuk menyedari musuh sedang mengatur langkah. Apabila ada orang seperti Ibrahim Ali dan Utusan yang sebangsa dan seugama menerjah musuh , yang sebangsa dan seugama pula lah yang paling awal membela dan menyanggah.

Anjing pun tidak pernah menyalak kepada tuannya.

http://novandri.blogspot.com/2011/05/menyakitkan-hati-khutbah-menghina-islam.html
http://taipingmali.blogspot.com/2011/05/luahan-rasa-seorang-rakyat-bangsa.html
http://kluangmanexpress.blogspot.com/2011/05/ini-pendirian-kristian-terhadap-bn.html

Anonymous said...

Let us be a bit fair. I think it's PAS and DAP that maintain high level of decorum.

UMNO remains as dubious as ever. We are in the modern world where UMNO is not fit as a ruling party any longer.

Let us close all issues and stay put with the opposition. There will be change for something good.

allen

Anonymous said...

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Saya benci dengan cerita rasis. Saya benci dengan parti ku sendiri yang selalu menyalak dan menangis kerana sudah mula luntur sokongan. Saya amat benci dengan orang yang menuduh orang lain akan menjadi perasuah jika di benarkan memerintah sedangkan yang ada pada hari inipenuh dengan rasuah tegar.

Saya cadangkan kita pergi sokong parti yang multiracial atau parti yang pegang kepada Islam sahaja. Cerita-cerita rasis yang dibahaskan oleh cendawan-cendawan UMNO amat membosankan. Aku bosan cerita Melayu..Melayu...Melayu tetapi pemimpin Melayu tipu Melayu.

Saya bosan dengan ungkitan tentang api letrik, air dan jalan tar di dalam setiap pilihanraya.Aku bosan dengan cerita balas budi UMNO ini. Tetapi UMNI tidak balas budi kami di kampong. Kami di anggap macam sampah sarap dan dibiarkan hanyut kekuala begitu sahaja.

Apabila kita ada dalam kemelut ini elok kita hadap Islam. Pedulikan UMNO ini. Aku dah mengundi UMNO sejak dari dulu tetapi pemimpin-pemimpinnya bertambah takbur.

Go to hell with UMNO yang pembohong. Anak aku nak dapat pinjaman MARA tak dapat. JPA tak dapat mana-mana pun tak dapat. Anak orang lain yg kirang baik keputusan pun dapat. Anak aku yang dapat semua A tak dapat. Kata pegawai anak aku mesti dapat A+ baru dapat. Kepala hotak kau orang! kluangman ke, altra man ke, kamu semua boleh jalan.

Siapa tolong aku Melayu ini?Yang tolong aku ialah pajabat Ketua Menteri P Pinang tau!!

Boleh jalan

Quantum Metal Consultant said...

Allen, bila2 masa semua Melayu boleh sokong jika DAP tunjukkan keikhlasan kepada orang Melayu dan menghormati Perlembagaan.

PAS akan disokong jika Nik Aziz menunjukkan rasa hormat dan akur kepada Hadi selaku Presiden, jangan overacting dan overuled.

mopiko_laila said...

UMNO tudoh mcm2 kat China & bangsa melayu pon marah kat China. Tapi bila ada 2 kedai, yg satu cina & yg lg satu Melayu.Kita akan beli kat kedai Cina.Dgn anggapan kedai Cina murah. Tapi kita marah bila ekonomi negara kita dikuasai Cina. kalaulah Melayu boikot bisnes & x bg projek kat Cina mcm mana dia nak hidop. Kesimpulannya UMNO ni mulut je bising tapi belakang dok suap kat Cina. Org UMNO kaya pon sebab Cina.

Wan Shamsudin said...

Amat benar apa yang saudara tuliskan..Semoga kita berharap semua Pemimpin Pemimpin kita balik ke pangkal jalan...Mereka MESTI sadar bahawa MEREKA di situ adalah kerana RAKYAT meletakan MEREKA di situ...Terlalu ramai Pemimpin Pemimpin kita lupa daratan terutamanya yang di dalam UMNO. Apabila berada di puncak...Mereka lupa, pabila jatuh, tentunya amat sakit dan parah...ramai yang KOJOL...

Anonymous said...

Kluangman ko merepek tak tentu hala. Apa buang tebiat ke. Buat la sesuatu yg menyenangkan rakyat. merepek tak abis2.

Anonymous said...

Anjing pun tidak pernah menyalak kepada tuannya.

Tapi Kluangman jilat jubo tuannya. Lg teruk dari anjing.

Anonymous said...

Bagus tulisan Anak Kuala Sawah dan juga tulisan Kluangman, bernas dan berisi.

Sedih saya baca tulisan Aspan kali ni macam Aspan ni terlampau 'naive' dalam sepak terajang poltik negara.Aspan nampak jelas pro DAP dan anti UMNO. Walaupun Aspan dikatakan ahli UMNO, apa yang UMNO buat semuanya salah belaka. Apa yang DAP buat walaupun salah, Aspan nampak menyokong pulak.Sedih saya!

Sedih pulak saya bila Aspan spinkan kata UMNO ni macam "Almighty"; ayat-ayat digunakan untuk membuat rakyat benci kepada UMNO. Pernahke Aspan dengar pemimpin pemimpin UMNO panggil pemimpin lain seperti Anwar Ibrahim dengan perkataan celaka, BABI, anjing dan sebagainya. Yang rajin memanggil nama orang tak lain hulubalang PAS dan juga PKR. Siapa yang panggil polis sebagai anjing kerajaan, siapa yang panggil Anwar Aljuburi, siapa yang panggil Nik Aziz Ulamak Terompah dan sebagainya.Bukan ke Mat Sabu dan Anwar Ibrahim sendiri. Anwar kat Indonesia pun dipanggil Bapak Anwar bin Ibrahim (singkatannya BABI) dan di Eropah juga dipanngil Brother Anwar bin Ibrahim (singkatannya BABI). Tak peliklah saya bila dia panggil orang lain dengan Pandikutty (Anak BABI).

Pasal DAP ni, dah lengkap Kluangman kupaskan.Tak perlulah saya nak tambah lagi. Saya mintak Aspan kaji sejarah antara konflik Cina dan pribumi di Malaysia. Dah banyak kali berlaku. Apakah punca ianya berlaku.?

mo said...

Asalam saudara aspan,,,keadaan politik yg sunsang telah berlaku dlm negara kita,,, umno lah yg menjadi juaranya,,,dgn kuasa, media, kuasa polis, kuasa mahkamah, kuasa macc nya ? Dalam perhitungan yg di buat dgn slogan 1 malaysia,,,lansung sudah tidak releven pada masa ini, najib umno seolah terlalu mempermainkan sentimen politik , menhasut,fitnah,berbohong, sudah tidak menjadi penghalang kpd parti yg kita hormati dulu umno,,,tapi kini rakyat kian hari menjadi mual dan melihat umno di bawah najib ini,,,semakin pudar ? Pemimpin yg kononnya hero,,,sudah bercaru dgn politik memalukan bangsa dan negara,,,tidasj habis dgn fitnah sex,,dgn harapan rakyat akan menolak PR..? Perhitungan mereka silap,,,lebih ramai yg bersimpati dgn yg di aibkan ? Semakin umno mempermainkan isu yg lansung tidak memberi faedah kpd bangsa ? mainan politik yg sudah tidak ada hadnya lagi,,,yg penting kuasa harus di pertahan at all cost ... UMno telah menodai bangsa dan negara masakini.....? Malu bangsa dan negara ? tq

Kalau Kerajaan Degil Rakyat Juga Mesti Degil said...

Salam Datuk Aspan,
Saya berfikiran :-
Rakyat marah pada UMNO dan BN sebab UMNO dan BN bersubahat dengan kenaikan harga yang menyebabkan Rakyat menderita zahir dan batin. Pemimpin UMNO dipulusuk tanahair berkonsepkan "me first and go to hell with rakyat". Itulah sebabnya rumah keparat2 ni macam istana besarnya. Tembolok mereka penuh dengan benda haram sehinggakan percakapan merekapun adalah percakapan menipu yang juga haram.

Benar Cakap 21:26. Belia terpelajar secara majoritinya bencikan UMNO. Mereka nak balas dendam pasal PTPTN hasil pemerahan BN pada belia yang menyebabkan golongan ini teraniaya berhutang. Belia terpelajar marah pada BN sebab mereka tiada privilege sebagai intelek negara. Belia marah sebab daftar permohonan kerja mereka di sesawang Kerajaan BN berkali-kali, tapi sekalipun tidak dipanggil temuduga. Itulah sebabnya perhimpunan 1 juta belia gagal total.

Pelbagai Cukai berlebihan dan ada cukai yang berganda yang diambil dari Rakyat adalah sumber haram yang dilaknat Allah dan mereka ini sudah terlalu banyak mengisi tembolok mereka dengan duit haram dari keringat rakyat. Saman ekor haram, cukai kereta berlebihan haram, tol berlebihan haram. Bisnes cara rasuah yang menggunakan duit Rakyat adalah Haram, subsidi elektrik berbillion kepada YTL, Ananda Krishnan, Syed Mokhtar dan lain-lain haram, cukai toto-magnum-genting haram, cukai arak haram.

Apabila AIR NAJIS melebihi AIR MUTLAK, maka hukumnya tetap najis dan haram digunakan. Inilah yang berlaku sekarang. Ini samalah hukumnya Kerajaan Haram dan kalau nak tambah lagi tambahlah haramjadah.

Saya cadangkan setiap saudara yang dah nampak kesalahan di atas berusahalah mencari 10 orang lagi pengundi di setiap kawasan Saudara untuk membantu membenteras kemungkaran ini sebagai pengundi senyap supaya mereka-mereka yang tak tahu malu bertanding dan tak sedar diri ini cepat tumbang dalam PRU nanti. Biarlah berapa ramai PATI pun menjadi Rakyat Malaysia untuk mengundi, hasilnya kita bangkit selaku Rakyat asli yang sedar dan lahir dibumi Malaysia ini.

Kalau kita tidak berbuat demikian, maka jadilah kita Rakyat yang bukan sahaja teraniaya, malahan menganiaya.

Insya'allah niat murni saudara selaku Rakyat yang sering teraniaya akan berjaya. Inilah jihad kita ke atas kemungkaran.

"Kalau Kerajaan Degil, Rakyat Juga Mesti Degil"


R

minhat said...

kluangman ingat dia hero. Tak berenti bercakap. Tahu semua perkara. BUT master of none. Janganlah nak jual minyak lagi. Cukuplah setakay tu.Lagi banyak kau bercakap lagi banyak nampak kau tu siapa. Kaki torak.

minhat

Anonymous said...

Anon 16 May 2011 22:08:00 GMT+08:00

Pencacai mcm ko la jadikan UMNO dibenci. Sikap ego, memaki orang, menfitnah org memang dah jadi makanan ko agaknya. Kalau begitu sikap ko baik makan babi je la. mungkin makan babi tu pun dah kira baik sikit.

Timur Tengah said...

Assamualaikum w.b.t

Tajuk: Politik - Sudah tidak tentu yang mana hujungnya dan yang mana pangkalnya.

Kesian... kenapa? Majoriti rakyat Malaysia melihat politik seperti dari tajuk di atas. Baik BN atau PR. Seolah-olah pilihan yang ada hanya yang 2 ni aje.

Saya impikan satu hari... Penyimpan mohor besar Raja2 Melayu keluar dikaca tv, bukan untuk mengistiharkan bila puasa bila raya, tetapi untk mengistiharkan Ke Bawah Duli Mulia Yang Di Pertuan Agong telah berkenan melantik Tuan Guru Ustaz Haron Din sebagai Perdana Menteri sementara sehingga sistem diperbetulkan dan semua pemimpin politik tak kira BN atau PR (Najib, Muhyiddin, Anwar Ibrahim, Karpal Sing, Nik Aziz, Husam Musa, Mahfoz, Mat Sabu, Haji Hadi, Lim Kit Siang, Chua Soi Lek, Taib Mahmud, Khir Toyo, Tengku Adnan, Hishammuddin, Azmin Ali, etc.) yang merosakkan rakyat di tahan dan dipenjara di Pulau Bidong.

Tatkala itu, insyALLAH tak kan ada rakyat yang berguling di jalan raya membantah.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Salam - Doha, State of Qatar

Sheild37xs said...

Sesungguhnya rakyat tidak banyak masalah untuk menentukan sikap politik mereka. “Yang bermasalah ialah pemimpin-pemimpin yang sudah hilang hidayah”

Tepat sekali!

Anonymous said...

sdr aspan,

the more i read the commentaries, the more convinced i am of how detached have the masses been from the real issues. many find it difficult to confine (let alone articulate) discussions to the very core issues, indeed many fail to see the issues at all. worse, things have not been aid have been alleged to have been said, and discussions veer towards this new-found proposition. sadly this trajectory continues to the issues at national level.

what can i say sdr aspan, the subliminal indoctrination is complete. whoever started this program, has seen it succeeded. we will soon forget history and its purpose; to unravel where we have gone wrong that led to the events.

i wish u and dato sabri a better set of audience in your new blog, though my hope seems nigh.

scrooge

Anonymous said...

Kluangman,

kenapa tiba-tiba nak bicara kisah DSAI ? Lahabau betul le..itu yang saya komen dalam posting saya terdahulu... Kluangman selalu dan suka melalut-laut dan 'NOT STRAIGHT TO THE POINT' dalam memberi pandangan. Kalau inilah standard orang UMNO yang ada, saya yakin parti UMNO akan HANCUR LULUH dan LENYAP di bumi Malaysia..Sedih saya...

Mengikut pemerhatian, perbincangan dan bacaaan saya dari pelbagai sumber, kes DSAI itu sebenarnya dah tunggang langgang apabila tidak mengikut syariat Islam. Pernyataan SiFOOL pun berbolak balik macam mana HAKIM boleh kata dia seorang yang WIBAWA ? Alangkah sedihnya sistem kehakiman negara. Kluangman kena baca banyak artikel dan komen dari pakar perundangan Dr. Aziz Bari dari UIA. Jangan gunak akal yang DANGKAL sdr.

Saya cadangkan supaya Kluangman tinggal dalam GUA saja sebab keJUMUDan minda. Be open minded lah sikit. Tolong-tolong lah UMNO. Inilah punca sebenar ramai anak muda yang BENCIkan UMNO. Hujah dan fakta yang selalu keluar dari masalah sebenar lagi tidak relevan. Asyik-asyik kisah jalan raya (TOL), letrik (IPP), Agama (HUDUD ?), Melayu (membership BUMIPUTERA) dan paling busuk lagi suapan rasuah projek MEE SEGERA semasa PRK.

I've to NAIL u because of your IGNORANCE and ARROGANT. Pls change your 'MIND-SET' otherwise you will be left behind staying in the CAVE.

MELAYU-JAWA

Aspan Alias said...

scrooge,

I am fascinated by your comment and I am happy that there are few like you who realize that the people are distantly detached and disconnected with the real problems they face.

Except for very few most the readers run too wayward from the issue that is written.

I am thinking of printing only comments from those few who maintain to debate within the perimeter of the written topic.

Let it be small number of commentators as long as the issue debated is straight to the points.

Right now you can see from most of the comments, that the people do not understand the seriousness of the problems they themselves face.

Name callings is another thing that disturbs and worrying me and many others...serious.

Thanks scrooge

Anonymous said...

Tidak berkemampuan utk mendpt phormatan secara natural. Mereka tidak pula berfikir kenapa mereka gagal mdpt phormatan itu. Apabila menemui kegagalan pihak lain pula dipersalahkan.
Itu maksud kata2 tuan aspan.
Ayat ini lebih sesuai ditujukan kpd anwar ibrahim dan pemimpin PAS khususnya nik aziz. Anwar cuba mdpt phormatan dr rakyat yg naive dgn melakukan pelbagai propaganda, tuduhan kpd lawan dan fitnah. Dia juga mjalankan propaganda utk meraih siimpati golongan yg naive ini. Nik aziz pula sering mengugut mereka2 yg tidak bersama dgn pas dgn ugutan api neraka dan tidak masuk syurga. Dgn mengguna cara inilah mereka mengekalkan penghormatan ramai kpd mereka.
Tuan aspan kena lihat dr angle yg pelbagai, barulah boleh mendpt hidayah utk mencari kebenaran.
Anak kuala sawah.

anak rembau said...

Anak kuala sawah,

sdr adalah orang umno tegar yang fikiran terhindar ari kebenaran. kebenara kepada orang lain kesalahan kepada saudara, begitu juga sebaliknya.
umno sudah banyak melahapkan duit ralyat.itu pasallah rakyat tidak gormat kerana duit rakyat dibelasahnya.
sdr cuba nak jadi orang pandai tetapi kail sdr yang sejaengkal nak cuba mengail di dalam air yg dalam.
sampai bila saudara dapat ikannya.

mo said...

Asalam saudara aspan,,,Pokok pangkal ialah masaalah,,,mengapa negara kita jadi begini ? Sudah tidak ada hujung pangkal seperti yg di utarakan saudara aspan ? Mengapa ianya terjadi begini rupa ? Apakah patut menyalah umno sebab menjadi pemerintah ? apakah patut kita menyalah pihak pembekang yg tidak mempunyai kuasa di pusat ? ...Perpandukan senario di alam ini,,,misal nya di negara arab, keadaan untuk mendapat freedom ini, menjadi agenda rakyat...semantara kerajaan yg ada, cuba masih tidak menerima hakikat rakyat tidak lagi memberi keyakinan dan kepercayaan kpd kerajaan yg memimpin ? Dgn kerajaan yg mempertahan kekuasaan yg penuh di ragui keadilannya tumbang menyembah bumi,,,? Seperti juga PR, mereka memperjuangkan keadilan untuk rakyat,,,semantara tekanan dari kerajaan sangat mencabar ? dgn kuasa yg masih dapat di gunakan mereka...? Keadaan yg sebegini membuat pertembongan,,,bn umno dgn harapan mengekal kuasa ? semantara PR menjadi teraju kpd rakyat memperjuangkan harapan baru ? Politik di mainkan umno, bukan shj menjadi ejek rakyat rakyat kita,,,bahkan di negara jiran kita , bertanya , tiada cerita lain untuk menjatuhkan pihak lain,,,asek asek sex dan fitnah....? wak ketawa...he.....he.... tq

Anonymous said...

Semua berhak mengemukakan pendapat. Itu namanya perdebatan sihat.
Janganlah jadi seperti blog Din Merican yang mana pengampunya sahaja mendapat tempat.
Try buat komen tentang kebaikan UMNO. Terus kena delete.
Tapi para peminatnya diberi ruang walaupun cakap merapu dan mencarut.
Din Merican cakap tak serupa bikin. Liberal and for good governance konon.

ummiqistina said...

sebagai orang biasa tidak memihak kepada mana2 tapi pengundi yg berdaftar pada PRU akan datang dan berhak menentukan kerajaan yg bakal memerintah, boleh membezakan komen2 pro dan con dalam perbincangan ini..berbeza sungguh bahasa2 dan susunatur ayat2 mereka.... teruskan saudara Aspan dengan pandangan anda yg bernas untuk kebaikan negara... ramai yg tidak memahami pandangan saudara....

Bagi saya pandangan saudara baik untuk mereka2 membetulkan apa yg tidak betul, tapi kalau mereka tidak boleh menerima pandangan dan teguran saudara biarkan lah mereka kekal dengan pendirian mereka sehingga rakyat seperti saya menentukan siapa yg patut diundi pada PRU nanti...