05 May 2011

UMNO sudah tidak UMNO lagi - 'Attribute' sebagai parti pemerintah sudah hilang.

Dalam posting saya yang lepas saya telah berjanji untuk membuat ulasan yang ringkas apa kah unsur-yang sudah tiada lagi yang menyebabkan rakyat sudah tidak memberikan sokongan penuh kapada parti yang memerintah. Apa pula unsur-unsur baru yang menyebabkan keadaan yang membuatkan perpaduan rakyat berbilang kaum ini luntur dengan cepatnya.

Apakah elemen-elemen baik yang sudah hilang itu? Pandangan politik selalunya boleh sahaja disangkal dan dinafikan oleh pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan kita. Tetapi perbezaan ini biasa kerana politik ini dimainkan oleh manusia yang mempunyai pemikiran yang amat susah untuk disatukan. Apa yang boleh disatukan ialah pemahaman dan ‘understanding’ bagi mencari ‘point of reconciliation’ di antara dua pemikiran yang berbeza.

Memang susah untuk mencarinya tetapi mengikut pengalaman yang sudah-sudah manusia atau individu pemimpin yang mampu mencari ‘the point of reconciliation’ itu ialah seorang yang secara relatifnya diterima dan dihormati oleh masyarakat umum, bukannya oleh mereka yang sedang memihak kepada mana-mana pihak yang berbalah.

Dulu Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail merupakan dua manusia pemimpin yang dihormati oleh semua pihak. Walaupun UMNO menghadapi keputusan yang tidak baik di dalam pilihanraya 1969 tetapi kedua pemimpin UMNO ini memang dihormati oleh kawan dan lawan. Semua pihak dapat merasakan kejujuran Tun Razak maka mudahlah bagi PM kedua negara kita itu membawa kemeja perundingan untuk mencari penyelesaian kepada kerumitan yang sangat besar yang dihadapi oleh negara semasa itu.

Rakyat berbilang kaum termasuk kaum-kaum yang berbalah semasa itu melihat dan berkeyakinan Tun Razak adalah pemimpin yang ikhlas untuk mencari perdamaian. Itulah sebabnya GERAKKAN, parti pembangkang yang ditubuhkan oleh Syed Husein Al-Atas dengan rakan-rakannya telah sanggup kemeja perundingan dengan pemimpin UMNO semasa itu walaupun UMNO telah menurun pengaruhnya di dalam pilihanraya 1969 itu.

Keyakinan yang sebeginilah yang sudah tidak ada lagi di dalam kepimpinan negara. Baik pemimpin serta ahli-ahli parti-parti yang ada melihat kepimpinan pada hari ini tidak sampai dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan penghormatan seperti pemimpin-pemimpin terdahulu yang saya sebutkan tadi.

Tidak mungkin mana-mana pemimpin lain yang serius untuk mendewasakan negara ini akan mempunyai keyakinan terhadap individu pemimpin yang mengutamakan glamour peribadi serta anak isteri serta kroni-kroni mereka. Jarang-jarang kita mendengar Tun Razak selaku PM negara ini beretorik dengan nada yang tinggi ibarat ketua demonstrasi dengan ucapan yang menggegarkan.

Mungkin pemimpin dahulu kekurangan ‘form’nya tetapi mereka kaya dengan ‘substance’ di dalam mereka. Pemimpin dahulu menghormati rakyat dengan membawa rakyat bersama di dalam melaksanakan segala program kerajaan terutamanya program yang melibatkan kepentingan mereka. Pemimpin–pemimpin mengambil setiap masa berinteraksi dengan rakyat melalui segala usaha kerajaan termasuk program ekonomi yang melibatkan rakyat yang ramai di peringkat akar umbi.

Segala projek besar kerajaan akan dibawa sekali rakyat untuk bersama memikirkan cara yang terbaik dalam perlaksanaannya. Pegawai-pegawai penerangan di daerah merupakan pegawai kerajaan yang sangat penting dan diberikan tugas melaksanakan kursus sivik kepada semua kampong dan urusan itu dilakukan dengan ketua-ketua kampong dan JKKK. Ceramah sivik di adakan di setiap kampong dan dalam kursus sivik itulah rakyat membangkitkan apa-apa yang tidak kena dengan perlaksanaan projek-projek tersebut.

Berinteraksi secara ‘direct’ dengan rakyat itu banyak keuntungan bagi kerajaan. Pertamanya dari dialog-dailog itu kita akan dapat merasakan keinginan rakyat dan kita boleh mengetahui apa-apa kekurangan dengan program yang ingin kita laksanakan itu. Maka kita boleh melakukan ‘adjustments’ di sana-sini hasil dari lapuran dialog dengan orang ramai itu.

Kebaikan berjumpa terus dengan setiap rakyat di kampong-kampong ini akan membina perasaan interaksi rakyat dengan kerajaan. Di samping itu rakyat akan merasakan yang mereka adalah sebahagian dari ‘decision making’ oleh kerajaan itu dan mereka akan bersama-sama bertanggung jawab di atas apa-apa keputusan itu. Itulah yang berlaku di zaman pra-Mahathir dahulu. Rakyat merasakan yang mereka dibawa bersama di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan.

Tetapi selepas zaman Husein Onn keputusan yang dilakukan oleh kerajaan tidak di beritahu kepada UMNO dan JKKK dan rakyat ramai. Keputusan yang di ambil oleh kerajaan hanya dilaksanakan tanpa membuat apa-apa ‘reference’ kepada rakyat melalui UMNO dan JKKK. Dari sejak itu rakyat tidak lagi faham ‘wisdom’ sesuatu keputusan kerajaan itu. Orang ramai hanya diarah dan dipaksa menerima segala-gala keputusan tanpa soal jawab. Lama kelamaan rakyat tersisih dari kerajaan tanpa disedari.

Ketua-ketua kampong pun mempunyai masalah untuk memanjangkan idea kerajaan itu kerana ketua-ketua kampong pun tidak faham apa-apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan itu. Malahan ketua-ketua kampong sekarang sibuk dengan menguruskan projek pembangunan kecil melalui lessen-lesen kelas F mereka.

Sekarang ini di daerah-daerah pegawai di pejabat daerah sendiri pun ada dua tiga lessen kelas F untuk mendapatkan kerja-kerja dari projek pembangunan kecil di kampong-kampong dan tidak ada pihak yang melakukan ‘monitoring’ terhadap kegiatan yang salah ini. Tetapi sekarang itu sudah tidak menjadi kesalahan lagi kerana korupsi dan salah guna kuasa merupakan perkara yang sudah dibudayakan. Salah-salah sebut kita pula yang akan menjadi mangsa kutukan mereka.

Keadaan ini berlaku dihampir semua daerah. Mereka merupakan pemimpin penting di daerah tetapi mereka menyalah gunakan kuasa yang ada kepada mereka dan rakyat sendiri sudah ‘detached’ dengan puak-puak ini. Saya berpendapat penyakit ini tidak mungkin dapat diatasi oleh pimpinan pada hari ini kerana pimpinan sendiri menpunyai program peribadi untuk memperkayakan diri dengan mengambil sendiri projek-projek ini melalui kroni-kroni mereka.

Pemimpin sekarang ini berebut-rebut dengan rakyat untuk mendapatkan projek, tanah dan yang lain-lain untuk membina kekayaan mereka. Nilai kepimpinan yang ada sudah rosak binasa. Ramai pemimpin yang tinggi-tinggi di dalam UMNO atau BN sendiri mengakui hakikat ini tetapi mereka seperti juga pemimpin lain tidak berani bersuara untuk melaksanakan tanggungjawab untuk membetulkan keadaan ini. Mereka takut jawatan mereka akan hilang. Masing-masing menjaga kepentingan msing-masing tanpa memikirkan apa yang akan berlaku pada generasi mereka yang akan datang.

Mereka hanya berani bercakap di belakang tetapi tidak berani menegur kepimpinan yang lebih tinggi dari mereka. Di hadapan pimpinan besar mereka tertunduk-tunduk untuk mengekalkan apa yang ada kepada mereka. Kepada mereka ini kita ucapkan ‘Selamat Cari Makan’ sahajalah.

Rakyat sebenarnya adalah di dalam ‘desperation’ untuk melihat perubahan tetapi mereka tidak nampak juga perubahan walaupun pemimpin tertinggi mengumumkan satu demi satu projek pembangunan yang nilainya berbillion ringgit. Rakyat di bawah tetap dengan keadaan lama malahan dengan naiknya harga barangan sekarang ini mereka merasakan himpitan dan tekanan dari kenaikan kadar inflasi yang tinggi itu.

Mereka memilih untuk memberikan undi dan sokongan kepada pembangkang yang dikatakan oleh pemimpin–pemimpin UMNO sebagai pihak yang tidak berkemampuan untuk menjadi kerajaan. Tetapi apabila rakyat di lima buah negeri memberikan mandat kepada PR maka nyata mereka mampu memimpin dengan lebih baik dari pihak kita.

Apabila PR mampu mentadbir UMNO pula yang berasa tidak tentu arah kerana rakyat nampaknya memberikan dukungan kuat kerana apa yang mereka mahu lihat, iaitu perubahan budaya dan sikap itu boleh diberikan oleh PR kepada mereka.

Ramai rakan-rakan dari Selangor mangakui yang pentadbiran Selangor sekarang adalah lebih telus dan mampu menyelesaikan perkara-perkara penting yang telah diabaikan oleh kerajaan BN dahulu.Sebelum ini BN mengambil semuanya ‘for granted’ dan tidak menyedari rakyat ramai memerhatikan tingkah laku yang kurang baik sejak berdekad-dekad dahulu.

Sekarang ini kita menyaksikan pemimpin-pemimpin UMNO di Selangor ‘terhayak ke sana, terhayak ke sini’ untuk memalingkan sokongan rakyat kepada mereka. Mereka berdemonstrasi di sana sini dan bercakap seperti orang yang sudah ‘tidak betul’ lagi. 'Attribute' mereka seperti pembangkang, maka mereka akan terus jadi pembangkang di Selangor. Bagi saya di Selangor keputusan pilihanraya nanti adalah ‘predictable’. UMNO sudah tidak UMNO lagi.

Anda tahu maksud saya.

28 comments:

Anonymous said...

it's spot on bro.

deen

Anonymous said...

UMNO tidak ada credibilty kerana pemimpinya tidak ada credility lagi. Apa yang sdra. saran adalah tepat sekali. Segalanya berubah apabila Mahathir membiarkan siapa yang ingin kaya boleh membuat apa yang patut dengan apa cara sekali pun. Undang-undang dibengkokkan dimana perlu demi menghalalkan apa yang haram.
Pak Tua

Anonymous said...

Benar Pan, UMNO sekarang bukan macam UMNO dulu. Dulu ada agenda memperjuang nasib rakyat, membangun negara selaras dengan pembangunan insan. Sekarang pembangunan negara selaras dengan membangunkan toko2 besar, tokey2 besar, kantong2 besar, hidung2 besar..ehh, tersasul pulak.

Anonymous said...

Terima kasih En Aspan. Rencana sdr penuh dengan 'insights' dan kegagalan orang kita amnya.

punk5terung

Anonymous said...

Don't count your chickens before they hatch.

UMNO may be weakened, but PKR Selangor is not in good shape either. There are elements within PKR Selangor that are causing trouble to the state leadership because they want to get rid of Khalid Ibrahim. And the way to get rid of Khalid is to intentionally show him as unfit to be leader by sabotaging his efforts.

This was actually the same thing done by anti-AAB faction in UMNO prior to 2008 GE.

So it is quite a likely possibility that Selangor will fall back to BN due to internal bickering in PKR.

Anti Musibat said...

Whatever it is, Pakatan Rakyat is still viable and solid for the Rakyat.

They are more transparent and noble towards their deed of harmonizing the Rakyat.

Any institution definitely having few hypocrites for their own selve interest. But I think BN more severe and having serious illness in comparison.

Rakyat is not bother about what internally happen in the organization but Rakyat is focussing more towards the positive interest of the Nation and generally for the Rakyat too.

Pada saya yang ingin mengkucar-kacirkan Kerajaan PR Selangor adalah tangan-tangan ghaib yang dah mentedarah terlalu banyak duit haram diSelangor ini hasil dari rompakan yang tidak bermoral mereka.

Mereka inilah puak-puak yang cuba mengadu domba, merasuah ADUN dan lain-lain perbuatan jijik supaya Kerajaan PR tidak boleh berfungsi.

Itulah sebabnya ADUN Pel. Klang tercucuk hidung sebab dah dapat rasuah betina 2nd hand bekas cuci mangkuk pemimpin UMNO setempat dan dapat rasuah duit sehingga anak bini dia minta cerai. Kenalkan siapa...? Inikah sama berlaku di Perak. Tak tahulah berapa juta dah dah dipakai untuk ini sahaja. Tahukan siapa yang buat kerja kotor ni? Inilah kerja ikan yang dah busuk dari kepala sampai ke ekor. Mereka ini bukan busuk zahir sahaja, sampai batin, hati semuanya busuk. Pendendam pulak tu...!

Anti Musibat

Syok sendiri said...

Anti Musibat

Betul sangatlah tu. Geli geleman aku baca kutukan kau.
Yalah Anwar is cleaner than soap. Dia bersih lagi menciutkan.
Hahaha.

Anonymous said...

kepada semua pembaca, kalau UMNO hendak mencuba mengambil alih semula Selangor, siapa yang nak jadi MBnya?

Noh Omar? Khir Toyo, Zain Badak? Ezam Md Nor? atau siapa?

Kalau nama-nama tadilah yang nak dijadi MB Selangor ni, elok kita surrender dari awal sahaja. Sebenarnya Noh Omar, Zain Badak dan Khir Toyo ini tidak pun boleh dijadikan calun.

Nama mereka berat nak pikul. Kita nak nama yg boleh dijinjeng, bukan dipikul.

Saya rasa BN patut tumpu kat negeri lain aje.

Bak kata Aspan, di Selangor keputusannya sudah predictable


mail boyak

Anti Musibat said...

Syok sendiri,
Kau nak geli pasal apa. Kalau tak tahu berhujah, janganlah suka nak sindir orang. Macam ni ke cara kau berhujah.

Yang kita komen adalah pasal topik Selangor. Kalau nak cerita Anwar kita buka topik lain, OK...!

Jangan jadi Belukang yang banyak makan taik sebab Belukang syok sendiri dengan banyak makan taik. Ingatkan orang lain jugak. Serius sikit.

Anti Musibat

jaffar said...

Aspan, the gutter politics by UMNO and BN would be the eventual reason for the demise of this coalition.

Bear with UMNO just a while more before the party is dead.


jaffar

Anonymous said...

Salam. Apalah nak jadi kita ini. Sesama bangsa bergaduh dan sudah berpecah maka mudahlah bangsa lain mengambil alih sepertinya Melaka jatuh ke tangan Portugis. Juga seperti di Iraq, Afghanistan, Palestine dan lain2 negara di Timur Tengah. Bangsa lain walaupun berparti mereka masih bersatu demi bangsa dan ugama Yang rugi hanyalah orang Melayu sendiri. Saya berdoa kepada Allah swt agar kita orang2 Melayu Islam balik bersatu dan bermuhasabah bersama-sama demi ummah dan Islam. Amin.

Anonymous said...

anti musibat ko je lah yang betul. orang lain semua tak betul. macam la jugak puak2 ko pakatan haram tu.

Anonymous said...

"Apalah nak jadi kita ini. Sesama bangsa bergaduh dan sudah berpecah maka mudahlah bangsa lain mengambil alih sepertinya Melaka jatuh ke tangan Portugis."

Salam, Selalu saya mendengar petikan kata-kata seperti di atas, dan sinonimnya seperti perpaduan Melayu dan sebagainya.

Pada pendapat saya, pernyataan seperti di atas memerlukan konteks. Bangsa Melaka dahulu, yang menghuni secara tetap rata-ratanya adalah homogenus Melayu,Oleh itu, bila bangsa berpecah maka negeri Melaka pun jatuh.

Malaysia hari ini, penduduknya bukan homogenus lagi. Tidak ada bangsa penjajah luar secara literal, kerana kebanyakan negara termasuk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Sekarang, cabaran utama luar negara ialah daya saing, ilmu, dan ekonomi.

Di negara sendiri, semua kaum adalah rakyat Malaysia. Kaum Cina bukan musuh kaum Melayu, dan tidak berhasrat untuk "menjajah" kaum Melayu. Jika kaum Melayu lemah, tertinggal dll, secara umum semua akan merasa susah kerana kaum Melayu ialah kaum majoriti. Macam mana ada kestabilan ekonomi dan pembangunan bila kaum majoriti lemah?

Pada pandangan saya, musuh kaum Melayu utama ialah kaum Melayu sendiri. Kaum Melayu selalu diperlekehkan secara lemah dan perlu "dilindungi" oleh dasar-dasar dan hak-hak istimewa oleh ahli politik dan NGO. Macam mana hendak mendapat penghormatan sekiranya hanya berteriak untuk mendapatkan sesuatu semata-mata atas nama kaum? Pada zaman globalisasi, di luar negara Malaysia siapa yang kisah apa kaum/warna kulit anda sekiranya tidak dapat menunjukkan hasil?

DEB yang diperkenalkan dahulu untuk membantu membasmi kemiskinan, tapi disalahgunakan oleh ahli politik. Siapa kerajaan selama hampir 40 tahun? Kerajaan BN bukan, yang majoritinya Melayu? Jadi kenapa sampai sekarang kaum Melayu masih dikatakan ketinggalan dari segi ekonomi?

Walaupun sebenarnya, kebanyakan "hak-hak" istimewa ini dikuasai oleh kroni-kroni dan ahli politik sahaja. Cuba tanya kat penduduk kampung dan rakyat Melayu yang biasa, cuba senaraikan apa hak istimewa diorang? Pernah terima apa-apa tak? Namun, mereka telah ditanam dengan mentaliti bahawa kaum Melayu mempunyai hak-hak istimewa yang perlu dipertahankan, walhal sebenarnya mereka cuma mainan ahli politik untuk meneruskan sikap korup dan kemewahan ahli politik.

Selagi bangsa Melayu tidak membuang mentaliti bahawa mereka adalah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum lain; dan masih menjadi mainan ahli politik dan kroni untuk meneruskan sikap korup, maka selagi itu bangsa Melayu akan dipandang rendah di mata dunia.

Salam Perjuangan said...

Salam buat Anon 17.15 dan semua,

Masalahnya macamana nak bersatu kalau UMNO asyik nak pecah Melayu. Tengok diSelangor. Dulu UMNO yag tubuhkan JKKK. JKKK ni untuk Kemajuan dan Keselamatan kampung.
Kampung Melayu yang hidup rukun aman damai jadi berpecah sebab UMNO sendiri tak iktiraf JKKK dan tubuh pula JKKP.

Sebenar Melayu boleh bersatu kalau ikut perintah Allah dan Rasul sebagaimana ada pendapat pengomen dalam soal ini.

Tapi kalau pemerintah mendekatkan diri dengan fitnah, mengaibkan orang dan lain-lain, boleh ke... Melayu bersatu. Boleh ke Melayu fasik dan Melayu Iman bersatu? Boleh ke air dan minyak bercampur?

Melayu iman sering muhasabah diri, hidup sederhana, tidak mudah egoistik dan lain-lain sifat2 mahmudah. Tapi Melayu fasik dengan sebab kesenangan hidup ni, boleh ke muhasabah diri?

Melayu mana yang tidak mahu hidup rukun, damai dan harmoni. Tapi kalau dah hidup sentiasa dihimpit dengan beban hidup dan kesusahan selaku kepala keluarga, boleh ke Melayu bersatu. Betul tak?

Wassalam.

Salam Perjuangan

kluangman said...

cukup tidak relevan untuk mengimbas balik cara dan gaya pemimpin dan ahli umno terdahulu untuk memperkatakan tentang kenapa UMNO tidak begitu UMNO sekarang ini.

Tidak relevan dari segi keadaan dan masa serta cabaran seperti masa dan keadaan hari ini. Cukup mudah menjadi ketua kepada sekumpulan masyarakat yang jahil dari menjadi ketua kepada sekumpulan masyarakat yang bijak pandai dan mengaku bijak pandai.

Gemarnya sesetengah mengecam Mahathir lebih kepada geram sebab anwar tak mampu rampas kuasa di zaman mahathir dan hingga sekarang merana tak sudah.

Bagi yang tidak gemar UMNO, yang tidak gemar khir toyo, anda boleh bebas menulis, menuduh dan maki pun anda diberi kelonggaran, tapi yang tidak suka pkr dan anwar, anda jangan cuba cuba jentik.

UMNO sekarang tidak seperti umno dahulu sebab sekarang ada ahli umno bertalam dua muka, ada ahli umno yang masih mempertikaikan umno baru dan umno lama, tak sudah sudah perkara yang sama di ulang ulang sedangkan bezanya hanya lebih pada nama dan kulit.

Bagi yang gagal merosakkan UMNO dan gagal merebut jawatan, mereka akan keluar atau secara diam bersekongkol dengan pihak parti lain. Segala rahsia dan siasah politik UMNO didedahkan kepada musuh, dibimbing dan di ajar bagaimana untuk memburukkan pemimpin UMNO, bagaimana mahu menjatuhkan UMNO.

Golongan manakah yang menunjukkan contoh memperlekeh dan mempertikaikan Islam dan hak Melayu kalau bukan dari golongan yang kecewa ini hingga menyebabkan hari ini kaum lain sudah tidak hormat lagi kepada Melayu dan Islam.

UMNO tidak hebat kerana sebok mempertahan diri dari serangan, sebok menangkis fitnah, sebok menyatukan kaum sedangkan di pihak yang lain sedang memukul gedang dan menyalakan api perkauman dengan kuat sekali.

UMNO tidak perlu lagi hebat, memadai relevan dan survive dengan segala kepayahan yang ada. Yang hebat sewajarnya Melayu dan Islam tidak kira dari wadah mana mereka datang.

Anonymous said...

anon 19.59..

saya ingin memperbetulkan pandangan anda iaitu gemarnya sesetengah mengecam Mahathir lebih kepada geram sebab anwar tak mampu rampas kuasa. Kita sendiri sedia maklum bahawa kejatuhan anwar berlaku atas sebab yang dilihat 'mencurigakan' dan proses pendakwaan dan proses penghakiman juga dilihat 'mencurigakan' bukan benci mahathir kerana dia mahathir tetapi sikap dan tindakan beliau itulah yang dibenci. Dilihat 'double standard' dalam memberikan kenyataan kepada setiap pemimpin dalam UMNO.

Bagi isu khir toyo, kebencian kepada beliau bukan disebabkan dia adalah khir toyo tetapi terdapat permasalahan berhubung isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh beliau.

Harap jelas dengan perkara ini.

Anonymous said...

Ada benarnya pandangan tuan Aspan, tetapi pemimpin dulu-dulupun kejar kekayaan juga, cuma maklumat pada waktu itu tidak sampai dengan mudah.Akibatnya banyak fakta yang diputar belit. Kalau dlm tahun 1969dulu rusuhan kaum berlaku kerana jurang ekonomi yang jauhantara kaum. Dan oleh kerana itu DEB digubal, malangnya pelaksanaan DEB itu juga menyebabkan jurang ekonomi antara rakyat dan orang-orang politik. Segelintir orang Melayu menjadi kaya manakala majoriti orang Melayu masih terhimpit dengan desakan ekonomi. DEB juga gagal dilaksanakan dengan berkesan. DEB menjadi alat untuk memperkayakan kroni dan ahli keluarga. Tidak mustahil peristiwa 13 nei 1969 berulang lagi. Kali ini kaum buruh dan orang bawahan akan menggempur pemimpin-pemimpin dan keluarga mereka yang kaya-raya, lebih-lebih lagi bila rakyat terus ditekan dengan pelbagai akta dan undang-undang untuk melindungi pemimpin-pemimpin politik. Bagi saya pemimpin politik UMNO adalah penyamun dan perompak walaupun saya ahli UMNO tetapi sudah lama saya bermufarakah.

Anonymous said...

penerangan saudara aspan ini seperti pernah diterangkan oleh ibnu khaldun dalam kitabnya Al Muqaddimah...

lebaikudin said...

Assalam Saudara Aspan,

Keruntuhan UMNO ini bermula selepas Tun Hussein Onn,lebih tepat zaman Tun Mahathir Mohamad.

Pada zaman 50an-70an,UMNO dipelopori di kampung2 oleh golongan guru dan 'peon',iaitu kerani kerajaan.

Merekalah yang paling terpelajar semasa itu,dan org2 kampung menyokong sepenuhnya kerana niat mereka untuk memajukan bangsa adalah jelas.

Sekarang ini ahli2 UMNO adalah yang sebulu dengan ketua bahagian/cawangan.

Ditempat saya aktif,ketua cawangan membayarkan yuran keahlian anak2 buahnya dalam lingkungan 100 org,daripada lebih 300,yg melayakkan mengundi semula beliau sebagai ketua.

Org no. 2 adalah sepupunya manakala anak dan menantunya menguasai jawatan setiausaha dan bendahari.

Jadi kita boleh meneka dengan tepat siapakah yang menguasai projek2 kelas F.

Inilah pejuang2 bangsa yang kita harapkan mempertahankan kemajuan dan kemakmuran negara.

kluangman said...

Kejatuhan anwar atas sikapnya sendiri yang membelakang undang2 dengan menghasut dan mengadakan demo dan reformasi haram di jalanan. Pemahaman bahawa sistem kehakiman mencurigakan adalah tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan sengaja diada adakan apabila keputusan tidak memihak kepada mereka - tak dapat anggur, masam katanya.

Anwar juga pernah mendakwa ada berpeti peti dokumen bukti Mahathir korup, mana dia?

Sebelum tawan selangor pun, katanya ada selori dokumen khir toyo rasuah, mana dia?

Khir toyo hanya didakwa dengan pertuduhan yang lemah. masih dalam proses mahkamah, beli mahal, jual murah2 pun kena dakwa-lawak sungguh.

Fitnah dan pembohongan anwar janganlah jadi pegangan simpul mati awak pula.

Anonymous said...

kluangman, i appreciate your attempt to talk about politics but your are just a novice.

We are not talking about who is wrong and right but talking on what the weakness of the current leaders.

We are talking about political values and spirit.

We are not talking about Mahathir whose thinking has expires its shelve life.

Pls be a bit more adult. I think you still young and warrants a bit more exposure.


Lani, kluang

kluangman said...

Lani, Kluang



Saya tidak memerlukan apa apa penghargaan.
Politik dan untuk bercakap hal politik bukan milik orang tertentu sahaja, samada saya baru atau lama, awak dan saya hanya ada satu pangkah di kertas undi masing2, sama nilainya.

Yang lama dan ranum seperti awak tolong fokus dan beri ulasan yang masak dan plausible atas mukaddimah aspan.

Anonymous said...

Kpd Kluangman,

Amat malang sekali perbahasan sdr tidak menepati apa yang diutarakan dalam penulisan Sdr Aspan. Anda lebih kepada mensensasikan perkara yang saya kira anda pun tidak pasti. Terlalu emosional. Adalah amat malang sekali OTAK yang ALLAH kurniakan tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Rakyat kini mahu melihat pemimpin yang berINTEGRITI tinggi dalam semua keadaan. Lihat sahaja gelagat PEMUDA Bahagian, tidak ada siapa yang lekeh, RUMAH BESAR, KERETA MEWAH dan...itu belum lagi jadi YB atau MENTERI.

Cuba bertandang ke rumah TGNA atau TGHA. Lihat apa yang dia ada .... kalau nak dibandingkan dengan sesetengah MB UMNO yang ada sekarang ini ? Tunjuklah contoh yang baik. Takutlah dengan peringatan ALLAH. Ini belum lagi bandingkan lagi dengan Saidina Umar dan seangkatan dengannya. Ke mana kita nak bawa kekayaan itu semua ? Ada sesiapa kepala UMNO yang berani nak dedahkan nilai harta mereka sepertimana yang dilakukan oleh EXCO PR Selangor ?

Ambillah perkiraan ini...jangan terlalu EMOSIONAL sampai mendangkalkan pemikiran kita.

MELAYU-JAWA MALAYSIA

Anonymous said...

Kluangman & anon 17.15
Sy nasihat jgn cerita pasal bangsa dan peprcahan melayu, kjaan melaka atau palestine iraq dsbgnya dgn puak yg hanya membincangkan hak the weakness of the current leaders.
Puak ni tak pakai semua tu. Mereka hanya anggap cerita2 tu sbg dongengan umno utk menipu rakyat, mengugut rakyat dan utk terus kekalkan kuasa dan selamatkan kroni semata2.
Hujah kamu tu hanya relevan bila keaadaan sudah benar2 berlaku dan melayu sudah benar2 senasib dgn palestine,iraq dan afghanistan. Kerajaan melayu sudah benar2 hancur sptmana kjaan lama melaka.
Puak2 ni ada teori dan keyakinan mereka sendiri dan tak mungkin kamu boleh memperbetulkan persepsi mereka.
Puak ni tau bila tarikh sebenar umno rosak dan tau bila taikh puaka penyakit dlm umno itu bermula, iaitu pd tarikh mahathir mula berkuasa. Sebelum tu umno ok. Kalau ada tak ok tu disebabkan mahathir nak berkuasa cepat. Selepas mahathir pun ok. Yg jadi tak ok sebab mahathir juga yg asyik susahkan paklah kalau mahathir tidak wujud dlm dunia ni semua masalah ni tak akan timbul. Umno pun takkan rosak binasa dan kjaan pun tak akan lemah dan rasuah. Bagi puak2 ni, semuanya berpunca dr mahathir. Mereka tidak ada alasan lain kecuali mahathir.
Manusia yg berdosa di negara ini hanya seorang iaitu mahathir. Bagi mereka yg masuk neraka wakil drvmalaysia hanya mahathir.
Sabarlah je ye..
Dont ever mention about anwar. Dont ever try to spread the fault to other people except to mahathir. Ok?

Anonymous said...

jangan terlalu yakin selangor akan masih kekal di tgn PR....walaupun mereka buat kerja LEBIH BAIK DARI BN, tetapi ada byk undi pos di selangor terutamanya org RELA...undi pos boleh menjatuhkan PR...sad but true...

kluangman said...

anon 08.55 - understood.

Penyokong yang bagus kepada pemimpin2 mereka yang bagus memang tidak boleh disebut dijentik - mereka boleh bertukar warna hijau.

Anonymous said...

Saya setuju....Mahathirlah punca segala galanya..
Mamak bukan melayu....Siam juga bukan melayu...mereka juga adalah pendatang...

Inilah hakikatnya walaupun pahit untuk menerima.....

Anonymous said...

Your column always remains one of my favourites, bravo.....