08 May 2011

Boleh kah BN menang besar dengan menggunakan isu moral?

Nampak cara pemimpin besar kita bercakap dan bergerak pilihanraya semacam dah nak dekat sangat. Kalau dikaji pula cara bergerak pemimpin pembangkang juga menambah keyakinan kita yang waktu untuk memilih siapa yang akan memerintah dan mentadbir negara sudah semakin hampir.

Yang paling menarik sekali ialah isu-isu yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak yang sedang berlumba-lumba mendapatkan keyakinan rakyat semakin panas dan menarik perhatian ramai termasuklah diri saya. Saya dapat agak banyak pandangan dari kawan-kawan yang serius memberi pandangan yang serius baik buruknya sesuatu isu bagi kedua-dua belah pihak itu.

Nampaknya BN/UMNO memberikan keutamaan kepada isu moral untuk menjauhkan pengundi dari parti-parti pembangkang. Isu video seks dan sodomi memainkan peranan utama di pihak BN untuk menagih sokongan yang kian menurun untuk kembali kepada pihak pemerintah kerajaan Persekutuan itu. Ramai pemimpin setiap peringkat BN khususnya UMNO merasakan kali ini isu terhadap Anwar bak kata orang minang merupakan isu yang ‘mangkuih’ bagi BN.

Beberapa pemimpin UMNO yang selalu bersama saya begitu berkeyakinan yang isu video yang dikaitkan dengan Anwar itu akan membawa kembali BN dengan kemenangan di setiap kerusi yang BN telah kalah dahulu. Begitu ‘confident’ sekali mereka ini. Isu moral terhadap Anwar merupakan isu yang memberikan semangat kepada mereka untuk mendapatkan kembali sokongan ramai terhadap BN. Saya hanya mendiamkan diri sahaja kerana keadaan yang sebenarnya berlaku di bawah ini bukannya seperti yang mereka sangka.

Tetapi oleh kerana mereka menganggap mereka pandai dan bijak saya hanyalah menganggokkan kepala sahaja….dan itu pun yang pemimpin-pemimpin UMNO suka…just say ‘yes’. Pemimpin-pemimpin UMNO selalunya berasa rimas kalau kita membuat perbahasan terhadap isu yang mereka bahaskan. Berkata benar adalah satu kesalahan besar kepada pemimpin-pemimpin dan penyokong UMNO dan BN.

Saya cuba juga untuk memberikan pandangan yang berbeza dengan mengatakan kalau BN menggunakan isu moral untuk ‘admonish’ pembangkang ianya akan merugikan BN akhirnya. Tetapi mereka tetap merasakan mereka telah melakukan perkara yang terbaik buat UMNO dengan menggunakan isu moral untuk menjatuhkan parti-parti pembangkang. Kalau sudah begitu..gasak dialah. Saya hanya berkata dalam hati saya, “May God bless you!”.

Saya hanya berdiam diri selepas itu sambil membaham karipap-karipap tebal yang mereka pesan yang masih ada di hadapan saya itu sampai habis. Habis sahaja karipap-karipap itu saya terus sahaja meminta diri kerana waktu untuk menghantar cucu saya mengaji Quran sudah sampai. Menghantar cucu pergi mengaji lebih berfaedah dari mendengar cerita dongeng yang hanya memberi ‘amusement’ kepada diri mereka sendiri.

Saya merasakan kita hanya membilang ‘buah kerayong’ sahaja setakat ini. Di situ kita menang, di sana kita menang, di sini kita menang besar dan keseluruhannya kita dapat kemenangan 2/3 di DUN Selangor.

Rata-rata di kalangan orang UMNO mereka percaya yang isu moral yang dilabelkan terhadap pemimpin pembangkang itu sangat mujarab untuk mendapatkan sokongan ramai. Kita tidak mengambil isu yang baik dan mengambil isu moral untuk menjatuhkan PR. Sesungguhnya ini adalah isu yang ‘counter productive’ bagi UMNO dan BN kerana ia hanya membuatkan rakyat berasa mual dan jelek.

Menggunakan isu moral yang tidak ada batas itu memakan diri UMNO sendiri. Rakyat bertanya bagaimana pihak yang ditolak rakyat kerana isu moral yang nyata boleh menggunakan isu moral untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat? UMNO/BN tidak ada isu moral kah?

Bukankah isu rasuah itu merupakan isu moral yang paling rendah sekali sehinggakan rakyat mempunyai persepsi yang UMNO itu adalah rasuah dan rasuah itu adalah UMNO. Apa yang membezakan di antara isu seks dengan isu rasuah? Bukankah rasuah itu merupakan kerja hina yang disamakan sebagai mereka yang memakan daging saudaranya sendiri?

Kenapa BN berani-beraninya menggunakan isu moral sebagai senjata yang mereka percaya sebagai senjata yang paling ampuh bagi BN? Rakyat lebih berminat untuk melihat harta yang mereka amanahkan kepada pemimpin itu dijaga dengan baik seperti yang diamanahkan? Rasuah merupakan dosa besar terhadap rakyat. Jika Anwar melakukan sodomi terhadap 50 orang, kerajaan BN pula seolah-olah membuntutkan 28 juta rakyat Malaysia melalui rasuah.

Isu moral hanya akan menjadi isu yang sesuai untuk dimainkan oleh UMNO jika UMNO sendiri tidak bergelumang dengan isu moral. Masalahnya kita merasakan isu moral ini hanya layak untuk di isukan terhadap pembangkang sahaja. BN di sebaliknya seperti mempunyai kekebalan dalam hal rasuah, jenayah, merogol , membunuh dan sebagainya.

Rasuah berlaku dari atas sehingga ke bawah, dari penggubal dasar sehingga ke pelaksana. Bagaimana pimpinan kita hendak memberi alasan kepada rakyat terhadap isu pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan di peringkat bawah seperti di pejabat-pejabat kerajaan di daerah-daerah yang mempunyai lessen kelas F untuk berlumba dengan kontraktor sepenuh masa misalnya.

Moral yang rendah ini sudah menusuk dengan begitu dalam di dalam sistem perlaksanaan dasar yang telah ditetapkan. Bagaimana Najib hendak menjelaskan kenapa Menteri-Menteri Besarnya yang begitu kaya raya walaupun baru sahaja menjawat jawatan yang di amanahkan rakyat itu?

Bagaimana Najib hendak memberikan alasan kenapa bekas pemimpin utama negara menggunakan wang rakyat sehingga melebihi RM 1 billion untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang gagal? Boleh kah isu ini di tutupi oleh Najib dan barisan kepimpinannya? Berlambak-lambak isu moral terhadap kita boleh di jadikan isu besar oleh pihak lain, tetapi kita masih lagi percaya isu jam omega dan video seks akan memberikan kita kemenangan. Takkanlah jam omega boleh kita jadikan isu untuk memilih kerajaan.

Kenapa payah sangat untuk menyelesaikan isu pemimpin MCA dan UMNO yang terlibat dengan kes PKFZ yang melibatkan RM12 billion itu. Ini semuanya isu moral yang melibatkan kehilangan wang rakyat yang berbillion ringgit. Sebaik manakah taraf moral pihak kita untuk mengisukan pihak lain dengan isu sejelek ini. Kita beriya-iya mengatakan berzina itu berdosa besar tetapi tidak pula mengisukan rasuah dengan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anaknya itu tidak pula dikatakan berdosa.

Kita masih lagi berfikir di takuk lama. Ramai di antara kita masih menganggapkan orang ramai masih lagi menerima apa sahaja yang kita perkatakan. Kita masih beranggapan yang orang ramai masih lagi menerima apa sahaja isu yang kita perbesarkan terhadap pembangkang. Kita begitu marah dan kecewa jika orang ramai tidak percaya kepada kita. Kita tidak sedar yang kita sedang menghadapi krisis keyakinan terhadap parti dan kepemimpinan kita sendiri dalam isu moral ini.

Jadi persoalannya sekarang apa kah yang dimaksudkan oleh PM Najib yang BN akan menggunakan apa juga cara bagi mengambil kembali pemerintahan Selangor itu?

Hendak menggunakan ugutan? Najib dah ugut bangsa Cina dengan memberikan amaran yang Cina tidak akan diwakili di dalam kerajaan jika MCA tidak mendapat sokongan Cina di dalam pilihanraya yang akan datang. Pimpinan Dewan Assembly Hall Cina Kuala Lumpur dan Selangor telah pun menjawab yang mereka tidak perlukan wakil di dalam kerajaan jika MCA mewakili mereka. Mereka telah pun menolak MCA secara terbuka.

Nak lakukan rampasan kuasa seperti yang kita lakukan di Perak? ATAU nak guna bomoh dan ilmu hitam?

11 comments:

Anonymous said...

Isu moral dimainkan oleh BN? Kurang tepat tu Aspan.

Tuduhan sodomi dibawa oleh Hj Saiful ,pembantu Anwar Ibrahim dan beliau ini memang penyokong kuat Anwar Ibrahim, Anwar Ibrahim ni idola dia.Tak de kena mengena dengan UMNO pun.

Video 'China Doll' pulak dibawa oleh Eskay, kawan baik dan kawan berhibur Anwar . Dia pun bukan ahli UMNO .

UMNO tak perlukan kes sodomi dan kes China Doll ni untuk menang besar.Tapi dah ditakirkan Allah, benda dah nak menjadi, kes macam ni mungkin membantu UMNO.Misalnya, kat opis saya, dulu ramai penyokong tegar PAS dan PKR. Semenjak kes liwat dan kes China Doll ni, amat kurang kedengaran mereka ni bersuara, mungkin malu kot sebab pemimpin idola mereka kaki liwat dan kaki China Doll.yelah, Aspan.. bangkai gajah macam mana nak ditutup dengan nyiru, baunya semerbak. Dah terbau, kalau malu duduk diam ajelah.

Berkaitan dengan "ugutan" Najib pada bangsa Cina, yang mereka tidak ada wakil jika tidak memilih MCA.Bukan kah ini amalan demokrasi yang diguna pakai di seluruh dunia.Tunjukkan saya kat mana yang wakil kalah dilantik jadi menteri.Hanya kat Malaysia je, Aspan sebab orang Melayu UMNO dah lama baik hati. Kalau melayu PAS dulu hanya yang beragama Islam sahaja yang akan diambil.

yindanyan said...

Isu sodomi dan video adalah umpan dari pembangkang ? Dikonspirasikan oleh pakar kelentong rakyat?

UMNO dan BN terperangkap dalam menyambut umpan yang diberi.

Pada masa yang sama Datuk lupa bahawa anak cucu orang UMNO, PAS, PKR, DAP ramai yang tidak ingin menuruti jejak langkah parti emak bapa dan datuk mereka.

Generasi lama Syiok Sendiri dalam berpolitik.

Generasi baru melihat datuk nenek mereka terperangkap dalam peti undi.

wassalam

yy

Quantum Metal Consultant said...

Siapa yang tidak bermoral?

Tuding menuding - perang yang tiada kesudahan.

Kemenangan tidak mencerminkan kekuatan sebenar dan kekalahan tidak juga mencerminkan kelemahan mutlak

Semuanya bergantung kepada kecekapan strategi. Niat yang jahat tetapi jika dirancang dengan baik akan mencapai matlamat tetapi niat yang baik tetapi tiada perancangan yang berkesan akan menemui kegagalan.

Dari segi perancangan, kecekapan dan keberkesanan strategi, semangat juang serta taktik menawan disertai penyokong yang faanatik dan taksub - kemenangan PRU13 berpihak kepada Pakatan Pembangkang.

Najib kena tahu.

Anonymous said...

Tahniah Sdr Aspan...

Kaum muda kini ingin mendengar dan melihat sejauh mana kerajaan sedia ada mampu menangani isu-isu ekonomi, kepolisian, kehakiman, pelajaran, rasuah, kesihatan dll... yang kini dirasakan tidak disentuh banyak oleh pemerintah.

kedudukan NKRA, KPI dan seangkatan dengannya hanyalah angka-angka yang tidak ketahui dari mana dia datang kerana ianya tidak disokong kuat dengan fakta yang sebenar....sebagai contoh .... bab keselamatan ... mengikut angka yang diberi JENAYAH dah menurun tapi realitinya di depan mata kita mahupun dilaporkan oleh media cetak mahupun media elektronik jenayahnya tak henti-henti malah bertambah-tambah pula, tak nampak penurunan.

Menggunakan ISU MORAL sebagai senjata untuk menjatuhkan parti lawan adalah merupakan satu kesilapan besar KECUALI ianya telah terbukti benar dimata pemikiran rakyat. Kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman juga agak terhakis apabila pemerhati-pemerhati mendapati banyak kelemahan dalam mengendalikan kes-kes.

Lihat saja kes sodomi, cerita yang didedahkan pun dah tunggang langgang...mula-mula cerita kes macam tu dan sekejap lagi ditukarnya skrip.. Kita perlu ingat, kaum muda yang berakal dan berasional akan merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Lihat saja berita-berita sensional yang dikeluarkan oleh arus perdana tajaan UMNO dengan sengaja ingin mengapi-apikan sentimen BANGSA dan AGAMA. Agaknya...ini juga akan memakan tuan.

Ingat dan ingat....rata-rata kaum muda dah berpelajaran dan setiap tahun pencapaian keputusan semua A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM/STPM dan peringkat lebih tinggi lagi (universiti) sentiasa meningkat. Ini menunjukkan generasi muda lebih pandai berfikir dari generasi terdahulu.

Tidak seperti dulu, sumber berita amat terhad. Kini, kaum muda sentiasa membuat penapisan atau perbandingan dengan melihat dari pelbagai sumber sebelum mereka dapat menerima satu-satu berita tersebut.

Sampai kini budget yang dibentangkan pada Okt 2010 tidak selaras apa yang dilaksanakan masa kini. Ini adalah akibat dari projek MEE SEGERA atau PROJEK WAHYU apabila satu-satu PRK diadakan.

PEMIMPIN BN kena buat pendekatan yang berbeza dan jangan hanya RETORIK.


MELAYU-JAWA MALAYSIA

Batman Omputih said...

Saya sokong yinndanyan, kluangman dan melayu-jawa malaysia. Inilah gologan yang peka rakyat. Pencapaian penulisan Kluangman kali ini OK menepati matlamat. Keep it up.

Sering sangatlah puak pencacai dalam blog ini takut pakai nama sebab orang macam ini adalah agen kepada gologan pemfitnah dan suka baling batu sorok tangan. Agak zaman British, zaman Jepun dulu, beginilah agaknnya agen-agen pemusnah anak bangsa dan negara bergerak ye...!

Batman Omputih

Anti Musibat said...

Anon 08.41.

Jangan cakap ikut sedap mulut je. Mana fakta? Mana bukti? Kau tak nampak ke... sampai kedai kopi pun orang yang bersembang menyalahkan Kerajaan kerana membawa cerita tak bermaruah. Malulahlah sikit sampai pendita Kristian diMalaysia nipun boleh komen Kerajaan lemah akal budi dalam soal ini.

Chua Soi Lek dah mengaku memang dia pelaku, manakala Anwar mengatakan dia difitnah oleh peniat jahat. Soalnya kenapa BN masih boleh terima yang dah bersalah malahan tidak didakwa....?

Dalam soal Anwar, ko tak tengok ke.. macam mana 21hb dia berambut pendek dan 22hb rambut asli dia ketika dimahkamah memang panjang.
Ini kan fakta penipuan komplot konspirasi BN.

Kau tak perasan ke si Eskay mula2 cakap TIADA bersama Anwar dan bila sumpah laknat dia kata ADA bersama Anwar. Inikan fakta rekayasa dan penipuan.

Polis kata mula2 kat hotel dan kemudian tukar statement kat condo. Eskay kata kat Datuk Johari kat club house. Polis kata student kolej swasta, tapi Eskay kata pelacur. Mana yang betul...? Faktalah sikit.

Dahlah CD dari Siam dan ada pulak tu tulisan Siam kat video tu? Kalau ya pun, buatlah colour punya video, fokus kat muka betul-betul macam Soi Lek tu. Ini bukan zaman Charlie Chaplin lagi.

Munasabah ke...? Dahlah suasana bilik dalam video tu macam bilik Hotel pariah. Kalau nak buat fitnahpun, buatlah betul-betul dan faktalah sikit.

Buat apa nak buat sumpah laknat yang takde dalil dalam hal ni. Yang ada kazaf. Kenapa nak putar belit. Kau ingat Rakyat Malaysia ni bodoh sangat dan buta agama ke...? Faktalah sikit, mangkuk hanyun ooi....!

Mufti2 yang kuat pada BNpun reverse dalam bab fitnah dan sumpah laknat ni. Tak nampak ke..? Ini fakta.

Ingat Anwar tu bodoh sangat ke...? Nak bergerakpun susah sebab dalam keadaan gini siapa yang tak tahu Anwar dikawal dan 24 jam perhatikan oleh agen-agen penyamun negara.

Tengok sekarang konspirasi si Saiful tu. Kan sekarang sikit-sikit dah terbukti siapa Saiful sebenarnya? Dalam dubur ada 10 kesan air mani. Anwar cakap cajlah suka sama suka kenapa nak caj Anwar sorang. Buta ke...? Faktalah sikit.

AKUPUN AHLI UMNO JUGA. AKU TAK KENAL ANWAR. TAPI AKU DAPAT MEMBEZAKAN APA YANG BETUL DAN APA YANG SALAH. Pakai akallah sikit. Faktalah sikit. KAN APA YANG TN. ASPAN TULIS INI FAKTA.

Memang besar musibatlah manusia bertopeng yang tak tahu malu.

"Anti Musibat"

Tobat Lahum Aku Takmau umno said...

anon atas sekali tu amatlah bertepatan dengan para r tu;isan Pak Aspan....

Syabas dengan pemikiran sedemikian... teruskan sehingga umno akhirnya berkubur....

Anonymous said...

umno hanya hidup dengan kuasa dan fitnah...konon nak perjuang isu moral...telek lah sikit pemimpin mana dalam um-no/b-end yang tinggi moralnya??????cakap bukan main lagi pejuang melayu konon,melayu mana yang kenyang?melayu terbanyak terus bodoh dan hanya berguna bila sampai pru saja dengan nilai nasi bungkus dan air kotak saja......bangkit rakyat tumbangkan um-no/b-end dalam pru13 nanti..baru kita tahu sapa yang kena........?????

JinChrist said...

Datuk,
Pemimpin kita semuanya zalim, kos hidup semaking tinggi. Rakyat secara keseluruhannya terseksa dengan kesempitan hidup. Jenayah meningkat. Sepatutnya kerajaan tumpu pada isu tersebut. Bukannya, slalu songlap jer. Duit rakyat hilang berbillion-billion. Sekiranya rasuah di peringkat menteri2 tidak ditangani, negara kita akan merudum macam negara Afrika. Kita tidak boleh merampas dari generasi akan datang. Duit minyak untuk pembangunan masa depan bukannya masuk poket kerabat diraja dan golongan bangsawan. Renung2 kanlah.
Rakyat Malaysia yg berbangsa tioghua sudah sedar...bilakah rakyat yang lain akan sedar. Minda Manusia tidak harus di perbodohkan oleh pemimpin2 tamak.

Anonymous said...

'Berkata benar ada satu kesalahan besar kpd pemimpin dan pengikut BN'.
Kesimpulan sdr aspan yg terlalu prejudis dan gagal melihat kesalahan yg dilakukan oleh selain dr pemimpin dan pengikut BN. Berkata benar hanya dilakukan olehborg lain dan yg bohong hanya bn n umno.
Tidakkah kamu terfikir langsung kebenaran disebalik video dan kes liwat tu aspan?
Jika ada yg cuba membawa kebenaran sdr tuduh pula mggunakan isu moral utk kembalikan sokongan. Org lain yg mendedah pemimpin umno juga yg sdr kaitkan utk mdpt sokongan.
Bagaimana pula dgn anwar dan pembangkang yg sering menggunakan isu moral pemimpin bn? Tidakkah itu mengguna isu moral utk dpt sokongan juga? Menggunakan surat akuan bersumpah menuduh najib rosmah membunuh altantunya tu bukankah percubaan utk membunuh personaliti najib dgn isu dan masalah moral utk membolehkan rakyat hilang kepercayaan kpd BN dan para pemimpinnya?
Sdr selalu menyebut soal introspektif tp sdr sendiri gagal meletakkan nilai ini didlm penulisan sdr.

Salam perpaduan.

Anonymous said...

Berita kematian osama ladin tak boleh tutup lagi. Semua org bincang pasal kematian osama.
Berita gempa dan tsunami jepun pun dah meletop dan tak boleh tutup lagi.
Berita 3 anak hanyut di ulu bendul pun tak boleh tutup lagi semua org bincang.
Berita saiful bukhari repot kena sodomi oleh pemimpin tertinggi pembangkang pun meletop dan tak boleh dielak dr menjadi perbahasan umum.
Berita ada org dedah video seks anwar juga dah meletop dan tak termampu lg ditutuo dr diperbincang dan dbahaskan oleh sesiapa.
Tetapi akhirnya pihak berkuasa juga yg dituduh membesar2kan isu utk mendpt kembali sokongan.
Bolehkah tuan beri satu formula utk tutup sesuatu isu besar dr menjadi pbahasan umum? Atau pun dipendam terus saja isu itu? Atau jgn sesiapa beri pandangan atau desakan utk mengetahui perkara itu lebih lanjut? Atau suruh sj polis pendamkan terus isu moral sesiapa pun demi utk tidak membesarkan apa2 cerita dan komen public?
Kalau tuan boleh beri cara membendung isu besar dr menjadi phatian umum, sudah tentu ini sesuatu kejadian yg luar biasa.
Bengongbingung