14 May 2011

Di antara kesetiaan dan tanggungjawab

“Abang Aspan, bagaimana kalau UMNO mengambil tindakan terhadap abang Aspan dengan memecat abang sebagai ahli UMNO?”

Di atas ialah soalan yang sering ditanya kepada saya akhir-akhir ini. Saya tahu sebab pertanyaan itu di tujukan kepada saya kerana mereka menganggap saya sebagai anti-UMNO kerana mengkritik parti kadangkala agak keras. Oleh kerana soalan ini sudah begitu banyak ditanya maka elok saya menjawab sekali gus dan tidak payah diulang-ulang acapkali pertanyaan itu. Saya adalah ahli UMNO tulin sejak 1971 lagi…no business, no position, no cronies, no ambitions and no nothing.

Pertamanya saya ingin memberitahu dan mengaku yang saya bukan seorang yang berpengaruh untuk menjejaskan sokongan orang ramai kepada UMNO. Saya hanya duduk di rumah dan tidak bergiat seperti orang UMNO yang lain berdemonstrasi melalui GAPS Selangor dan sebagainya. Berdemonstrasi ini saya lakukan semasa zaman pelajar awal tujuh puluhan dahulu.

Tidak ada sebab UMNO nak pecat saya kerana saya seorang yang tidak ada ‘consequence’ seperti ramai yang lain. Malahan tidak ada di kalangan yang berkuasa membaca dan mengetahui wujudnya blog yang kecil seperti blog saya ini. Saya adalah hamba yang lebih kecil dari habuk di atas tunggul di sisi semua pihak, apatah lagi di sisi Tuhan. Saya bukan setengah orang, jadi pemimpin dan berkesempatan memperkayakan diri dengan kuasa dan cuba berselindung di sebalik Tuhan. Saya tidak ada kemampuan itu walaupun sekecilmana sekali pun.

Jika pun saya dipecat ia tidak akan membawa apa-apa kesan kepada saya kerana memecat dan dipecat dalam parti adalah perkara biasa. Dr Mahathir pun pernah kena pecat sehinggakan beliau berdiri di atas pentas PAS semasa pilihanraya kecil Kapar setelah ADUNnya Hamzah Alang meninggal dunia. Semasa itu jarang-jarang ADUN atau Ahli Parlimen meninggal dunia seperti sekarang ini.

Saya bukannya ada kedudukan yang boleh membuatkan saya kecewa dan bersedih jika dipecat. Sedangkan Nabi Adam sendiri telah dikeluarkan dari syurga, jadi apalah sangat kesannya jika saya terpecat dari UMNO. Malahan apabila Adam dipecat dari syurga Adam telah berbakti dengan mengisi dunia ini dengan manusia sehingga penduduk dunia sekarang telah dihuni oleh lebih dari 3 billion manusia.

Kita semua adalah cucu-cucu kepada Adam termasuklah Samy Velu, Chua Soi Lek, Dr Mahathir, Eskay, Rahim Thamby Chik, Rosmah Mansor, kluangman, Tengku Adnan, Sanusi Junid dan Sophia Loren serta kesemua manusia yang ada di muka bumi ini samada yang masih hidup atau pun yang telah mati.

Tetapi setelah Adam dipecat dan dihantar kedunia ini, Adam juga telah menurunkan keturunan-keturunan mulia seperti Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi, aulia-aulia, ambia-ambia dan wali-wali Allah yang menjaga dunia ciptaan Maha pencipta ini. Apabila dipecat, Adam menjadi pencetus untuk membuktikan kebesaran Tuhan semesta Alam. Kita semua tahu Alam yang terbentang ini adalah dalil wujudnya Tuhan yang Maha Esa itu. Jika Adam tidak wujud kita tidak wujud untuk mengakui Tuhan itu adalah definite dan infiinite.

Jadi saya bermohon kepada semua orang supaya tidak mengambil pot jika saya dipecat atau dibuang dari parti. Tidak ada masalah dan tidak ada hal bagi saya. Ia tidak akan menjadi isu kepada diri saya dan UMNO. Kalau nak pinjam kata-kata MB NS Mohammad Hasan, saya ini bukan boleh ‘mendalamkan air’ pun. Cakap MB itu benar. Bagi diri saya yang penting ialah niat saya dalam mengkritik parti saya. Tetapi saya tidak lah sampai hendak melakukan sumpah laknat seperti Eskay atau sesiapa yang berselindung di sebaliknya.

Sekian jawapan kepada pertanyaan beberapa orang yang bertanya itu. Wassalam.

5 comments:

Aspan Alias said...

kepada semua,

Saya letakan kembali posting ini sekali lagi kerana article ini telah hilang dari blog ini semasa kita menghadapi masalah kepada gflatform blogspot kelmarin.

Maaf kerana semua komen-komen telah hilang dan saya tidak beberapa pandai untuk retrive kannya kembali.

Sekian. Harap maaf sdr.

johnwayne said...

Tak apa pak Aspan. Ramai blogger menghadapi masalah sama semalam. biasalah! ciptaan manusia, mesti ada silap di sana sini.

Kita kembali berbahas dari mula. Bagaimana kluangman!! Saya baru nak masuk berbahas dengan sdr kluangman yang budiman sebab saya berkahwin dgn orang Kluang.

Nak jumpa sdr bilang saya balek kg isteri saya nanti...boleh??

johnwayne

Quantum Metal Consultant said...

Apa yang terjadi pada blogspot.com semalam menimbulkan banyak persepsi..ada sesiapa yang dapat memberi maklumat yang tepat?

Terima kasih buat Johnwayne, Kluangman tidak menetap di Kluang.

Sedang membuat persiapan ke China minggu depan jika diizinkan Allah untuk rombongan pemborong produk China - BUKAN TAJAAN UMNO - keringat dan duit sendiri.

KITA DAH PUN BAHAS TAJUK DI ATAS, WALAU HILANG DI MATA IA TETAP SEGAR DI INGATAN.

johnwayne said...

Saya ucapkan selamat maju jaya dan menikmati rezki halal yang melempah ruah kepada kluangman.

Anonymous said...

Masuk PAS la wei