Berbagai usaha dilakukan oleh setengah pihak untuk menyatukan orang Melayu, malahan telah ada usaha untuk menyatukan Melayu dengan berpremiskan kepada agama Islam yang menjadi anutan 99 peratus dari orang Melayu. Tidak ada sesiapa yang menentang usaha menyatukan bangsa Melayu yang kini berpecah dan berpuak. Mana-mana orang Melayu yang menentang perpaduan Melayu itu adalah mereka yang tidak berguna kepada bangsanya.
Perpaduan itu hendaknya wajar bermotifkan untuk bersatu bagi mengkayakan budaya kita, adat resam kita serta bidang-bidang penting yang lain seperti di dalam bidang ekonomi dan tidak terkecuali juga bidang politik. Jika kita gunakan isu perpaduan itu untuk menjadi medium untuk menambah rasa hormat pihak lain, itu adalah usaha yang murni.
Tetapi jika kita mengusahakan jalan perpaduan itu dengan menyakiti pihak lain ianya akan menjadi isu yang akan membunuh tujuan asal kita untuk berpadu itu. Pihak yang sedang menghangatkan isu kristian hendak menjadikan agama itu sebagai agama rasmi yang sedang diperkatakan dengan hebat oleh masyarakat sekarang ini mengundang masalah, bukan kepada pihak lain tetapi kepada pihak kita sendiri.
Entah siapa punya ‘splendid idea’ yang menzahirkan isu ini tidak siapa yang tahu, tetapi ianya di paparkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia. Semua orang tahu tujuan untuk menyiarkan ialah untuk menakutkan orang Melayu Islam dengan membuat tuduhan yang agama kristian akan menjadi agama rasmi negara jika orang Melayu tidak berpadu dan tentulah dikaitkan parti-parti politik lain untuk di jadikan kambing hitamnya, dan parti itu tentulah DAP.
DAP dijadikan sebagai kambing hitam adalah kerana parti itu sedang mendapat sambutan di kalangan bangsa Cina dan juga sebahagian kecil orang Melayu yang sudah celik dan mampu untuk berfikir. Untuk mengelakan orang Melayu terpikat dengan parti ini melalui gabungan PR maka isu kristian akan jadi agama rasmi negara ini di rasakan sebagai isu yang paling baik untuk digembar gemburkan.
Bagi saya ini adalah pemalsuan fakta dan tidak payah diulas dengan panjang lebar. Isu ini adalah ‘desperate political move’ dan ini merbahayakan negara. Orang Islam ada hak untuk mempertahankan agama Islam itu sebagai agama rasmi negara, tetapi untuk menuduh orang kristian berhasrat untuk menjadikan agama mereka sebagai agama rasmi negara adalah satu ‘tahyulan’ yang sangat gila dan tidak masuk akal.
Akhirnya perpaduan di antara kaum dan agama akan gagal untuk dicipta, perpaduan di antara sesama orang Melayu dan Islam pun akan gagal kerana mereka tahu yang cerita ini adalah cerita ciptaan pihak yang ingin memecah belahkan rakyat kerana sudah beransur kehilangan sokongan.
Bagi saya unsur yang membawa cerita dongeng merbahaya ini mesti kita abaikan kerana kita sedang mempunyai masalah yang sedia ada. Jangan pula ada pihak yang lain yang membelahkan kita lagi.
Tidak ada siapa yang cuba untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara. Isu ini hanya di ada-adakan untuk mengawal perasaan takut yang sedang di alami oleh satu pihak. Mereka takut tersungkur di depan mata rakyat.
Orang Islam dan kristian sekarang ini bukannya gulungan yang bodoh lagi. Mereka tahu maksud dan tujuan pihak yang menghangatkan isu ini.
It’s all politically motivated. That’s it.
28 comments:
Aspan, kita akui kalau dalam hal ugama ni tentulah orang Islam yang memulakannya. Utusan kepala pembawa perpecahan. Utusan akhbar syaitan yg menghasut untuk orang Melayu Islam dan rakyat senegara berpecah belah.
DbM
Ada beberapa isu di sini, yang secara logiknya amat wajar dipersoalkan.
1. Salah satu akbhar utama nasional membawa sebagai halaman pertama, suatu artikel yang hanya berdasarkan desas-desus penulisan blog yang tidak disiasat lanjut. Dan penulis blog itu pun hanya berdasarkan 'second-hand' information. Jadi kebenaran perkara ini amatlah diragui.
Hanya majalah tabloid/sensasi yang biasa emmbawa muka depan artikel berdasarkan gosip-gosip. Ini pula akhbar harian nasional.
2. Apa motif orang Kristian atau pun mana-mana penganut agama atau pun bangsa berbuat begitu? Apa manfaatnya? Sekadar nak bangga?
Kalau macam tu, boleh je saya tuduh dengan sesukanya masyarakat Muslim di China, Perancis (~20 juta Muslim) tak cuba meletakkan Presiden Muslim? Ataupun penganut Kristian di Mesir? Atau mana-mana lagi penganut agama minoriti di serata dunia.
3. Kalaupun ada percubaan untuk berbuat begitu, ia adalah usaha yang sia-sia, kerana ia 100% mustahil.
Nak letak ahli parlimen yang beragama Kristian pun tak tentu lagi? Sekarang ini ada berapa MP Kristian? Antara DAP dan PKR pulak, berapa yang Kristian? DAP yang majoriti Cina pun, berapa yang Kristian?
Lepas tu, nak pinda perlembagaan kena ada 2/3 sokongan. Siapa yang akan menyokong? Mana perginya MP Muslim dari BN, PAS, PKR? Dan MP yang bukann Muslim pun tak tentu akan sokong lagi.
Akhirnya, kena melalui YDM Agong. Siapa yang berpendapat bahawa ini akan mendapat kelulusan Agong? Majlis Raja-raja akan senyap sahaja? Yang penduduk Melayu yang majoriti 50% di Malaysia pun senyap je?
Cuba pertimbangkan pernyataan ini, "Agama Islam, yang dimeterai sebagai agama rasmi Persekutuan dalam Perlembagaan dan dianut oleh kaum majoriti di negara ini, kini diancam oleh beberapa penganut agama minoriti di negara ini". Boleh masuk akal tak?
Jika dilihat dari isu-isu seperti Alkitab dan sebagainya, siapa yang berasa lebih terancam?
ulasan yg sgt baik Tuan Aspan.tqvm
Itulah sifat orang melayu, semuanya tak apa..... sok tergadai smuanya pun tak apa..., tiada siapa yang merosakkan melayu melainkan melayu jua adanya...
Tuan Haji.
Apa kita nak terpengaruh dgn gossip menukarkan agama resmi tersebut kerana pokok ceritanya datang dari akhbar penghasut maha 'Dajjal' dan punca galiannya pula dari para blogger UMNO (kecuali Tuan Haji)yg dah sememangnya maha pembohong di alam semesta ini.
Kok ye pun rasa dah tak selamat lagi dari kehilangan sokongan rakyat, jangan lah dibawakan cerita 1001 malam yg tak logik tu. Bawakan lah artikel yg munasbah dan berfakta spti Tuan Haji selalu lakukan.
Agaknya para blogger UNMO ni kena belajar dulu cam mana nak cari bahan berita dari Tuan Haji sampai khatam, barulah boleh mereka mula menulis....
Akhbar ini membesarkan isu yang dibawa oleh blog blog yang tak pasti betul tidaknya. Kini Perkasa pula masuk campur dan buat laporan. Pihak berkuasa pula mendiamkan diri seolah mengiakannya. Inilah apa jadi jika negara dipimpin oleh pemimpin yang bodoh dan pentingkan diri sendiri.
Pak Tua
pertama sekali tahniah dan syabas kepada golongan subversif dan pengganas moden yang berjaya menyerap masuk secara halus kepada orang melayu yang kini secara terang terangan sudah hilang keyakinan atau kurang hormat (kurang ajar) kepada Sultan dan Raja2 Melayu, ada yang bangga mengeji ulama dan mufti dan yang terbaru utusan malaysia sudah dicop dajjal dan pemecah perpaduan sekadar utusan hanya membuat laporan awal tentang unsur perkauman dan usaha pihak kristian yang mempunyai niat mengatasi perlembagaan.
Utusan bukan sahaja tidak dapat terima kasih tetapi caci dan kejian dari orang melayu sendiri. Jika jualan utusan berkurangan dan maklumat tidak dapat disampai dengan segera dan cepat makin mudahlah perancangan mereka.
Tetapi apakah ini berlaku pada media lain seperti suratkhabar cina dan tamil yang super rasis setiap hari? Jualan mereka meningkat kerana bangsa mereka menghargai dan cukup bangga dengan peranan akhbar.
Jika ada yang beranggapan usaha pihak tertentu sebagai enteng dan mustahil itu adalah kerana mereka tidak melihat secara skop yang lebih luas sedangkan di peringkat dunia Islam telah dilabelkan sebagai merbahaya.
Berbanding dengan majoriti negara arab, Malaysia masih berpotensi untuk ditukar status kepada negara bukan Islam dan ini tentu menggembirakan dan rasa selamat di kalngan negara jiran asean, antaranya Singapura.
Jika ujud niat dan usaha ini di dalam Malaysia sendiri dengan sokongan pengkhianat bangsa dan ugama yang sudah hilang pertimbangan kerana taksub kepada pemimpin dan parti mereka seperti yang berlaku sekarang sudah tentulah sokongan yang kuat akan diberi oleh pelbagai pihak di luar sana termasuk kewangan dan perisikan.
Rangkaian mereka seluruh dunia mampu digunakan untuk mendesak malaysia memberi 'lebih' kebebasan berugama termasuk berdakwah secara bebas dan pelbagai sabotaj seperti boikot dan melumpuhkan ekonomi negara mampu dibuat jika malaysia tidak memberi kelonggaran.
Apakah ini mustahil berlaku di Malaysia? Dengan ketandusan dan kedayusan kepimpinan UMNO sekarang, dengan PAS yang sedang bermimpi untuk berkuasa dan anwar yang menempah sendiri pelbagai musibah, semuanya tidak mustahil malah pihak musuh melihat inilah masanya untuk mereka sekurang kurangnya mencuba melakukan sesuatu ketika orang Melayu berpecah.
Mereka terdesak lakukan sekarang apabila ada usaha lain untuk menyatukan semula Melayu sedang giat dibuat melalui Perkasa, 1M1B dan ura ura PAS akan keluar pakatan. Jika Melayu kembali bersatu dalam apa jua bentuk, musnahlah rancangan jahat mereka itu.
Jika hari ini orang Melayu mengharapkan UMNO, PAS atau PKR untuk menyelamatkan bangsa dan ugama, anggapan itu silap.
Memang benar utusan dilihat milik UMNO selagi UMNO itu UMNO tetapi jika UMNO sudah menjadi bubur dan pemimpin sudah dipuaka, Utusan akan berdiri dengan sendiri.
Hanya utusan malaysia sahajalah benteng terakhir mata, telinga dan lidah orang Melayu dan Islam untuk bersatu hati dan berjuang mempertahankan hak.
Ibrahim Ali kata ada unsur-unsur komunis la pulak..
Dia ni terlebih minum air daun ketum ke?
UMNO, Perkasa, Utusan, BigDog, MarahKu dah abis isu ke? Mereka ni menambah kerosakan yang dah memang sedia teruk.
Pak Aspan, nasihatkalah mereka ni semua, carilah cara lain kalau nakkan balik sokongan orang Melayu beragama Islam.
Islam lemah kerana pemimpin yang di amanahkan menjaga agama ni sudah banyak buat tak betul.
Kawan-kawan Cina saya selalu cakap - Melayu bunuh Melayu!
Yang buruk datang dari diri kita sendiri!
Siapa yang mulakan permainan agama ni?.Apa agenda DAP bila berjumpa dengan pastor-pastor dari Sabah dan Sarawak? Dah tentu ada agenda tertentu untuk mempengaruhi pastor-pastor tersebut.
Musykil pulak saya dengar jawapan Jeff Ooi mengatakan yang dia tengah sebok dengan IPAD beliau dan tak tahu menahu dengan sumpah yang diadakan. Apa kata Aspan, kalau sumpah ni benar-benar berlaku? Sebagai orang islam, Aspan sokong ke?
Kebetulan saya pergi Pulau Pinang minggu lepas dan sewaktu kembali saya singgah sebentar di R&R Tapah. Saya terjumpa dengan satu kumpulan pemuda-pemudi yang saya percaya beragama Kristian melihatkan T-shirt yang dipakai menunjukkan gambar beberapa orang menegakkan tiang Cross dengan perkataan "Erecting Christianity"; Dalam hati saya, berani dia orang ni. Saya juga terlihat dua orang pemuda-pemudi seiras muka Melayu dalam kumpulan tersebut.Tak beranilah nak saya tegur takut-takutkan saya jadi emosi kalau memang betul kedua-dua mereka adalah Melayu. Dalam hati saya berkata;" Mungkin keturunan Portugis"
Dikawasan perumahan saya ada poster terpampang "Satu dalam Kristus" dengan beberapa bahasa lain; yang peliknya "Satu Dalam Kristus" ternyata dipaparkan dalam huruf yang lebih besar berbanding dengan bahasa lain. Apa maknanya? Nak mempengaruhi orang Melayu?
Bagi saya bab agama adalah perkara yang begitu sensitif. Rakyat dinegara jiran sanggup berbunuhan dalm bab agama. Bagi saya, samada DAP, PKR dan PAS ataupun BN , janganlah main dengan agama. Buruk akibatnya kerana nak pertambahan undi dengan mainkan sentimen agama.Tak perlulah hasut rakyat mengatakan tiada kebebasan agama disebabkan BN mengharamkan perjualan bible Bahasa Malaysia di Semenanjung ni.
@kluangman 7:30,
Sentimental la saudara ni..
Saya tak beli utusan meloya sebab banyak media alternatif lain untuk dapatkan berita. Kita sekarang dalam tahun 2011 la!
Macamana nak jadikan utusan meloya `the final frontier', kalau boleh mendahului National Security, Kementerian Dalam Negeri dengan mengambil posting dari blog? Mana kredibiliti? Want to revisit 13 May ke saudara Kluangman.
Yang buruk datang dari diri kita sendiri!
kluangman ni mesti mamak batu api.
Orang Miskin Mersing - bila nak kaya?
CIA dan Mossad dapat maklumat tepat pun dari dalam tandas sahaja, itu tempat yang paling sesuai dan selamat - apa kredibilitinya?
Tanpa maklumat dari blog2 tersebut dan dilaporkan Utusan, orang Melayu dan Islam masih berdondang sayang.
Kalau keluar video persumpahan tersebut pula selepas ini - ini tipu, itu palsu, itu konpirasi, itu kerja polis cawangan khas, bla bla bla..
?! Memang digalakkan baca media alternatif lain terutama harakah atau suara keadilan sebab itu pintu masuk syurga, jalan pintas pantas tanpa perlu berjuang dan berjihad mempertahankan Islam dari Kristian.
kluangman,
At times you sound good but at another time you sound so childish. Your premise of argument looks so lopsided and that makes me sick of your thinking.
Zai
@Anon 9 May 07;51:
Perjumpaan antara ahli politik/MP dengan ketua agama adalah satu perkara biasa. Ini kan negara berbilang kaum dan agama. Jadi kalau ada MP yang jumpa paderi Buddha atau Hindu, maknanya diorang nak bersekongkol tumpaskan perlembagaan negara? Yang Obama tu pun ada jumpa dengan wakil ketua Islam di Amerika Syarikat, nak tuduh ke yang dia tu berkonspirasi nak masukkan agama rasmi Islam ke dalam perlembagaan Amerika Syarikat?
Pasal ada muda-mudi yang berpakaian baju-T berunsur Kristian, apa yang silapnya? Sering saja saya tengok poster atau sticker kereta macam "I love Islam/Berzakatlah/Bacalah al-Quran" dan sebagainya. Memang Islam agama rasmi, tetapi takkan agama lain tak boleh dipamerkan sekali dan kena sembunyi-sembunyi dalam rumah atau kuil/gereja sahaja?
Tentang pulak kemungkinan ada Melayu yang beragama Kristian, ini adalah isu sensitif. Sekadar saya nak kata: kini kan ramai yang kahwin campur dan sebagainya, mungkin itu keturunan cicit dia ke apa. Lepas tu,ada pulak Cina/orang asli/lain-lain yang nampak macam Melayu sikit. Ini sebab aku pun sering kena tanya yang aku ni Cina ke Melayu.
@Kluangman
Saya rasa daripada membahaskan konspirasi, cuba respons dahulu bagaiman satu akhbar nasional boleh membawa berita yang sememangnya boleh menimbulkan emosi tanpa usul periksa atau siasatan. Artikel yang berdasarkan penulisan blog yang berdasarkan info SMS orang lain.
Selalu je dituduh akbhar Cina dan India rasis - tetapi akhbar mana yang membawa artikel-artikel berunsurkan kekauman. Pernah dibaca ke akhbar Cina/India tu? Kamu rasa kat Kementerian dalam negeri, diorang tak upah sekurang-kurangnya seorang pegawai yang boleh memahami bahasa lain? Tak kira Bahasa Cina/India/Jawi/Arab, bukankah tugas Kementerian tu untuk mencari unsur-unsur subversif?
Dan akhir sekali, ini lagi pasal hak orang Melayu tercabar? Apa "hak-hak" ini yang tercabar? Dari segi politik, orang Melayu paling ramai Dari segi agama, agama Islam dalam Perlembagaan dan paling banya dianuti. Dari segi ekonomi, ada pun DEB, MARA dan lain-lain walaupun implementasinya disalahgunakan. Apa yang paranoid ini?
Inilah yang saya pelik - hanya di Malaysia sahaja kaum majoriti yang mendapat taraf istimewa dalam Perlembagaan, boleh takut diancam oleh kaum minoriti yang lain.
@Kluangman 8:33,
Saya memang dah lama hidup miskin sebab tak de rezeki nak jadi kontraktor Kelas F atau AJK Bahagian atau Ketua Cawangan atau power broker Umno, saya cuma ahli biasa Umno yang di perlukan bila nak tampal poster pilihanraya saja
Saya percaya sedara Kluangman orang kuat Umno yang dah dapat banyak faedah melalui parti, jadi boleh tak sedara Kluangman berpisah sikit dengan kekayaan sedara untuk tolong saya buat meniaga kecik-kecik kat Mersing ni? Nak mintak tolong dengan MP Mersing/Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia memang le tak boleh sebab saya tak de lesen supply peluru, kereta kebal, kapal selam...
Kat kampung saya ada seorang budak lelaki umur dalam 13 tahun, tak bersekolah. Dia kerja kat kedai basikal Cina untuk tolong keluarga. Sebelah kedai basikal tu restoran KFC yang besar gedabak. Tiap kali orang Melayu, Cina, India masuk makan, budak ni cuma mampu tengok terkebil-kebil. I have been watching all this while, so far no God damn Kontraktor kelas F Umno, AJK Bahagian, Ketua Cawangan, Jabatan Kebajikan atau pejuang-pejuang Melayu macam sedara yang makan kat KFC tu sudi singgah bertanya hal budak ni.
We are talking about reality bro Kluangman. 60% orang Melayu di Mersing dan seluruh Malaysia ni hidup bertungkus lumus nak mencukupkan keperluan hidup and yet you're talking about CIA, Mossad. Saya pun tak perlu baca Harakah atau suara keadilan to reserves my placing in heaven.
I figure you're a very frustrated and depress Umno goons, wondering what when wrong and try dragging everybody to indulge in your dilemma. And the thought of losing all the priviliges for being rich and famous Umno strongman hurts so much isn't it.
Bila saya nak kaya? Bersyukur lah dengan apa yang ada!
'DAP dijadikan sebagai kambing hitam adalah kerana parti itu sedang mendapat sambutan di kalangan bangsa Cina dan juga sebahagian kecil orang Melayu yang sudah celik dan mampu untuk berfikir. Untuk mengelakan orang Melayu terpikat dengan parti ini melalui gabungan PR maka isu kristian akan jadi agama rasmi negara ini di rasakan sebagai isu yang paling baik untuk digembar gemburkan. '
Jadi DAP adalah parti politik yg terbaik bagi org Melayu? apa hujah ko Aspan?ko dah isi borg jadi ahli DAP?
dari suratman,
kok ye pun nak alihkan perhatian rakyat dgn kenaikan harga minyak(wlaupun dengonye harga minyak dunia jatuh), janganla naikn isu beso2 sgt..cite pasal perbalahan antara snap dgn dap dahla..(ntah betul ntah tidak?)..ala..rakyat kan mudah teralih perhatiannye..jgnla wat mcmni..bala!bala!smua bala ni!
pendakwah kristian dah memang keja diorang menyebarkan agama depa...itu KPI depa...
yang penting mcm mana nak kuatkan akidah anak2 kita..jaga kebebasan mrk..tanamkan ilmu2 agama...gomen kena pantau unsur yang merosakkan...jgn melenting bila kristian ni agresif sgt tapi pada masa yg sama kita rasa tak kesah dgn unsur barat yg meresap dlm kehidupan kita..
dan penting jugak kuatkan aktiviti dakwah islam...jgn dipandang serong dan lekeh org islam yang berdakwah...mcm main bola gak..kuatkan attack pada masa yang sama kuatkan defend...
BUAT SEMUA,
APAPUN JANGAN PANDANG BELAKANG. DAP, PAS DAN PKR TELAHPUN MEMAKTUBKAN PERSEFAHAMAN HITAM DI ATAS PUTIH DENGAN TREATY BAHAWA ISLAM ADALAH AGAMA RASMI NEGARA DAN TERBUKA LUAS UNTUK DISEBARKAN.
INI FAKTA....!
JADI, TAK PERLULAH KERAJAAN NAK ALIHKAN PANDANGAN RAKYAT YANG KONONNYA ISU KRISTIAN INI KERJA DAP. INI PSYWAR UTUSAN MILIK BN DAN PASTILAH INI ARAHAN BN. SIAPA TAK KENAL PEMIMPIN BN. MEREKA INI BANYAK YANG DAYUS, SUKA MENGANIAYA ORANG DAN JENIS MANUSIA YANG SUKA MEMBALING BATU MENYOROK TANGAN. INI FAKTA....! HABIS JENTERA DAN PENJAWAT YANG BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DIGUNAKAN BN UNTUK MENEGAKKAN BENANG BASAH MEREKA. INI KERJA MUNGKAR DAN INI FAKTA...!
SO SORRY.....LAH BN? RAKYAT TAK BODOH LAGI. SAYA ULANG RAKYAT TAK BODOH LAGI UNTUK DIPERBODOHKAN.
AHLI DAP MAJORITI ADALAH PENGANUT BUDDHA BUKANNYA KRISTIAN. KALAU ADA PEMIMPIN ISLAM YANG BAIK DALAM PAKATAN YANG BOLEH MEMBERI CONTOH YANG BAIK, TIDAK MUSTAHIL MEREKA-MEREKA YANG DI DALAM DAP INI AKAN MEMELUK ISLAM. POKOKNYA DIBERIKAN KEFAHAMAN SECARA BERTERUSAN TENTANG ISLAM. SO WHAT IS THE MAIN ISSUE????
ISU SEBENARNYA SEBAB MCA DAH TERSEMBAM, MASIH MELALUT MENGUTUK ISLAM. UMNOPUN NAK IKUT SAMA TERSEMBAM KERANA UMNO TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DAN UMNO TIDAK BELAJAR DARI SEJARAH. ASYIK KELUARKAN ISU BODOH-BODOH YANG BERLAWANAN DENGAN KEHENDAK DAN KEBIJAKSANAAN RAKYAT HARI INI.
FAHAM TAK RAKYAT SEKARANG NAKKAN HARGA BARANG TURUN. RAKYAT SEKARANG NAKKAN KEHARMONIAN. RAKYAT TIDAK MAHU MENAMBAH MASAALAH DENGAN ISU-ISU YANG DIMAINKAN AKHBAR NASIONAL YANG NASIONAL TIDAK MEMBAWA SEBARANG MANFAAT. RAKYAT DIDAHULUKAN DENGAN CARA MENURUNKAN HARGA MINYAK, HARGA KERETA, HARGA BARANG KEPERLUAN HARIAN, HARGA RUMAH DAN LAIN2. RAKYAT DIDAHULUKAN APABILA PEMIMPIN YANG MEMBUAT SALAH ITU MEMOHON MAAF KEPADA RAKYAT. INI FAKTA....!
BERPIJAKLAH DIBUMI YANG NYATA. HARI INI, BEBAN KEHIDUPAN RAKYAT ADALAH ISU UTAMA NEGARA. JANGANLAH BN NAK MENAMBAHKAN KEKALUTAN LAGI DAN KALAU DAH TAK BOLEH MEMIMPIN, ADA BAIKNYA MEREKA INI MERENDAH DIRI CARA BERHEMAH MENGUNDURKAN DIRI DARI PERSADA POLITIK NEGARA TANPA BANYAK ALASAN. INI NAMANYA MARUAH. INI FAKTA...!
JANGANLAH BN NAK HERET RAKYAT KE LEMBAH KEBINASAAN DAN JANGANLAH DISEBABKAN BN YANG NILA SETITIK TU NAK ROSAKKAN RAKYAT YANG SUSU SEBELANGGA PULA.
KADANG-KADANG TENGOK GAYA SEGELINTIR KECIL PENULISAN NEGATIF PENGOMEN DALAM BLOG INI, NAMPAK SANGAT NAK MENZALIMI GOLONGAN MISKIN. INILAH GOLONGAN YANG SUKA MEMAKAN DAGING SAUDARA MEREKA SENDIRI.
"Intelek Rakyat"
1. SSB mungkin (Sistem Saraan Baru) suatu ketika dahulu, tetapi pada sisi lain, SSB juga bermaksud (Salomon Smith Barney) iaitu syarikat Yahudi. Justeru, siapakah penasihat politik dan ekonomi Malaysia di era Mahathir?
2. Apakah ras pemilik syarikat Association of Public-Safety Communications Officials (APCO) yang kini menjadi penasihat politik dan ekonomi Malaysia era Najib?
the next biggest group of religion in Malaysia after Islam is Buddhism and mind you, there are many Buddhists in DAP than Christians... So why in the world would the DAP wants Christianity be the official Religion of Malaysia...???
Bodoh punya Utusan
Baghal punya umno
Bangang punya Perkasa
Kluangman bunyi macam Quiet Despair.
Lama ya QD tak masuk blog Aspan.
Dengarnya anak bekas diplomat dan lahir di AS.
Agaknya dah balik kampung asal dia kot.
Duduk dan belajar merata dunia tapi fikiran macam orang kampung.
AKU SETUJU DENGAN ANON 9 MAY 13.32
... KITA MERASA TEKANAN ATAS SEBAB KITA SEBELUM INI DAN BERTERUSAN KINI, KURANG 'BERSEMANGAT' DALAM MENYEBAR DAN MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM. TELAH MERASA SELESA DENGAN APA YANG ADA DISEKELILING. SETELAH USAHA KRISTIAN NAMPAK BEGITU MEMBUATKAN HASIL DALAM PENYEBARAN AGAMA MEREKA.. BARU KITA HENDAK TERSEDAR.. PERSOALANNYA MENGAPAKAH KITA BERHENTI SETELAH KITA GIAT BERUSAHA DALAM MENYEBARKAN DAKWAH SEBELUMNYA? ADAKAH KITA MERASAKAN YANG BUMI INI MILIK MELAYU DAN ISLAM MAKA SUDAH PASTI KITA DIRASAKAN TIADA ANCAMAN DARI MANA-MANA KUMPULAN KAUM DAN AGAMA UNTUK MERAMPAS KEISTEMEWAANNYA DARI KITA? NAMUN APABILA TERDAPAT SERANGAN OLEH MEREKA, KITA TAK MAMPU BERSEDIA UNTUK MENANGKISNYA DENGAN TINDAKAN YANG RASIONAL DAN HANYA MEMIKIRAKAN IANYA PERLU DISELESAIKAN MELALUI SENTIMEN YANG KASAR DAN JUGA MELALUI 'KEKERASAN' JIKA PERLU, SEDANGKAN SEBELUMNYA KITA ENAK DIBUAI MIMPI INDAH..LUPA DENGAN PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN SECARA BERTERUSAN.
DIMANA SILAPNYA KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM? DIMANA USAHA KUAT KITA SEBAGAI MUSLIM UNTUK MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM YANG SUCI INI TANPA RASA PENAT DAN LELAH. ADAKAH DILAKUKAN PADA SETIAP HARI DAN ADAKAH DILAKUKAN PADA SETIAP KETIKA?
SEMUA KEJADIAN INI MERUPAKAN PENGAJARAN BUAT KITA ORANG ISLAM UNTUK SEDAR DARI TIDUR DAN BANGKIT MEMPERJUANGKAN AGAMA KITA AGAR LEBIH KEHADAPAN DARIPADA MEREKA. BANGKITKAN DAN USAH MEMPERSALAHKAN PIHAK LAIN ATAS USAHA MEREKA KERANA ITU PILIHAN MEREKA. yANG PENTING, APA YANG PATUT DAN APA YANG SEDANG KITA LAKUKAN. BERJUANGLAH DEMI AGAMA DAN NEGARA BERJUANGLAH DENGAN CARA BUKAN BERDARAH TAPI SECARA ILMIAH DAN RASIONAL!
Anon 11:03, saya tak tau siapa awak ni kerana berselindung di sebalik anon.
Kalau tak faham apa yg dikatakan oleh penulis elok duduk diam-diam, korek tahi hidung kau.
Yang Aspan kata orang sekarang dah pandai berpikir dan tahu yang UMNO hanya menggunakan DAP sebagai batu landasan...bukannya dia kata DAP itu baik untuk orang Mlayu.
Nak berdebat dalam isu yang besar dan tinggi kau tak mampu. Jiwa kau kecil. Saya ingat awak ni lubang idung saja yg besar.
ismail farouk
yang menyedihkan orang yang bertanggungjawab menyebarkan penipuan yang sangat jahat ini adalah orang Melayu sendiri.Mereka lupa bahawa org kristian tidak berminat mencampuri hal sedemikian dan lebih mementingkan kedamaian dan keharmonian semata-mata.Jika berlaku apa-apa, elok disalahkan oleh orang "Melayu" yang tertentu sahaja.
sebelum ni, ada orang cerita. Hmm orang la cerita. tak tahu betul ke tidak, sebab saya tak baca utusan. Ada mufti cakap dalam utusan, orang yang tak setuju penggabungan UMNO dan PAS ni, menentang islam. Siap ada nas lagi. Pelik la bunyi, ada tulis kena gabung PAS dengan UMNO ke, dalam quran atau hadis nabi. Sekarang cerita pasal kristian pula. Hmmm... orang putih kata "something fishy somewhere here" ...
Orang semenanjung memang tidak biasa bila melihat perkataan "Satu Dalam Kritus" atau Pemuda dan Pemudi menyanyikan lagu2 kerohanian semasa hari-hari besar umat kristian atau dijalanan.Org semenanjung juga harus sedar bahawa penghijrahan org Sarawak, Sabah dan juga sebahagian besar org2 projek IC ke Semenanjung adalah utk mencari kerja disebabkan kerajaan persekutuan dan negeri tidak mampu memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di sana.Hasil daripada penghijrahan tersebut tentulah membawa budaya dan agama masyarakat di sana.Jgnlah salah anggap bahawa mereka mempunyai tujuan yg lain kerana itulah yang mereka amalkan dan ini tidak menjadi masalah kalau di Sabah dan Sarawak.Dengan adanya konsep 1Malaysia, org Semenanjung harus lebih bersikap terbuka seperti mana org2 Sabah dan Sarawak lebih bersikap terbuka terhadap org2 di Semenanjung.
KERAJAAN PUSAT HARUS MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA BAGI MENGATASI PERKARA INI. JANGAN SAMPAI NASI MENJADI BUBUR BARU NAK MENGAMBIL TINDAKAN. KALAU PERLU UMNO BN DIKORBANKAN PADA PRU 13 NANTI DEMI KESETABILAN NEGARA, APA SALAHNYA. SEKURANG2NYA PEMIMPIN UMNO DAPAT MEMBUAT POST MORTEM. PILIHAN RAYA SETERUSNYA BOLIH MERAMPAS KEMBALI KALAU UMNO BN BEGITU YAKIN TIADA PARTI LAIN SEHEBAT MEREKA. TETAPI IKHLAS CAKAP LAH, PERKASA ADALAH BEBANAN KEPADA UMNO BN. KEBANYAKAN ORANG MELAYU MELUAT SUNGGUH DENGAN MEREKA...
Post a Comment