Saifuddin Nasution Setiausaha agung PKR dan Khairy tidak sepatutnya berbalah dalam isu pengurangan subsidi RON95 ini. Bukankah sekarang masing-masing bertujuan untuk mendesak pihak yang berwajib untuk tidak mengurangkan subsidi RON95 itu? Kenapa sudah bersama ingin melihat tidak ada pengurangan subsidi RON95 itu, masih lagi hendak bertelagah. Kenapa dalam niat dan usaha yang sama masih hendak bertelagah. Saya tidak faham.
Dalam isu ini saya tidak dapat menerima serangan Saifuddin terhadap Khairy kerana saranan Khairy itu merupakan satu ‘favour’ yang sangat besar kepada rakyat yang sedang dalam keresahan sekarang ini.
Bagi saya semua pihak wajar memberikan sokongan moral terhadap desakan Khairy untuk kerajaan tidak mengurangkan subsidi RON95 buat seketika ini walaupun beliau bersetuju untuk dilakukan penstruktoran terhadap subsidi RON95 ini. Saifudin sepatutnya mengambil isu ini secara objektif dan pandangan Khairy itu sebagai pandangan yang sangat menyejukan hati rakyat.
Rakyat mahu mendengar suara-suara di kalangan pimpinan semua pihak yang menyebelahi rakyat yang berdukacita dengan isu pengurangan subsidi ini. Dalam isu ini apa yang diperkatakan oleh Khairy itu benar dan betul selari dengan kehendak ramai. Tidak timbul masalah bermuka-muka Khairy seperti yang dituduh oleh Saifuddin itu. Saifuddin sendiri ada sejarah bermuka-muka itu. Tetapi bukan waktunya untuk berbalah tentang isu bermuka-muka ini.
Mahathir bermuka-muka, Najib bermuka-muka dengan kaum-kaum yang berbagai, dan banyak pemimpin yang bermuka-muka dikalangan pemimpin politik dunia ketiga ini.
Dalam hal yang melibatkan orang ramai seperti isu subsidi ini, kita wajar melupakan siapa dari pihak mana. Yang pentingnya ialah samada kenyataan Khairy itu wajar atau pun sebaliknya. Bagi saya sebagai Ketua Pemuda beliau memang sepatutnya diberikan dukungan dalam isu ini, melainkan ada pihak samada dalam BN/UMNO atau pembangkang melihat segala-galanya dari sudut politik yang sempit dan kuno.
Tidak timbul isu Khairy sombong atau apa, ini isu yang melibatkan rakyat yang ramai. Buat masa ini kerajaan wajar mencari jalan untuk menyelesaikan isu bebanan subsidi ini, tetapi buat masa sekarang kita meminta pengurangan subsidi terhadap RON95 ini ditangguhkan dahulu.
Itu sebenarnya yang diminta oleh Khairy kalau bacaan saya itu betul. DAN permintaan itu wajar. Itu jugalah permintaan Saifuddin dan partinya PKR. DAN hanya Khairy dari kepimpinan UMNO yang berani bercakap secara tegas dalam isu ini.Yang lain bercakap berpusing-pusing.
Oleh itu, saya hendak bertanya kepada Saifuddin, kenapa nak bergaduh? Silly isn’t it?
24 comments:
setuju sgt...
pakya
pak aspan...
sy setuju dengan pendapat pak aspan...walaupun saya bkn penyokong kahiry, tetapi bg sy,saifudin hanya akan 'mengeruhkan' lagi keadaan....dalam isu pengurangan subsisdi ini, kita seharusnya bersatu demi kepentingan bersama...ketepikan fahaman politik...mungkin pendapat khairy dilihat seperti mahu menghentam najib, tetapi, cuba kita fikirkan dari sudut kesusahan kepada rakyat....
sekadar pandangan...sy masih mentah dalam dunia politik...
Saya juga bersetuju. Tahniah. Berani kerana Benar.
Aspan,
The problem with UMNO goons they conspire against Khairy and they want to win the elections.
The bunch of UMNO leaders are insincere lots.
Khairy should be in the opposition.
That's my wild idea.
Tok Pan,
Hamba setuju sangat la dengan kalam tuan kali nie. He3..
Dalam bahasa lain, Kairy sedang kenyit mata dengan Saifudin. Bahasa politik Melayu kalau nampak sedang bergaduh ertinya depa sedang berpakat di belakang. kalau masing2 sedang memuji lawan ertinya dua2 sedang tikam di belakang.
He3...Ucapan selamat datang ke PR kepada Kairy.
-sender Rakyat 14 N Malaya lo
Khairy sudah sedar kesilapan pak mertua dia dulu yg menaikkan harga minyak 78 sen sekali gus telah menyebabkan BN hampir bungkus. Atas kesedaran itu dia ingin membetulkan kesilapan lalu agar tak berulang lg di zaman Najib.
Rembaui
Kenaikan harga minyak dunia adalah ssuatu yg diluar kawalan negara kita. Selama ini harga luar kawalan ini diserap oleh kjaan dr dikenakan kpd pengguna dgn subsiidi.
Yg mendpt subsidi pula adalah golongan pengusaha yg rata2nya didominasi oleh 1 kaum. Kaum inilah yg mengawal harga barang kawalan dan yg bebas menaikkan harga brg pengguna. Cartel ini jugalah yg menyokong parti yg skrg membelasah kjaan kerana meningkatnya harga barangan keperluan di pasaran. Yg jadi kuda tunggangan siapa lg jika tidak melayu pembangkang.
Honestly, Khairy is among the very few with good brain in UMNO. His political enemies may not like this comment.
BUT that is undeniable fact.
Aspan,you should write something about this budding leader.
Salam..Tgh mencari pemimpin yang mengutamakan kebajikan rakayat dari parti yang di anutinya......
Kawan-kawan Pak Lah memang patut mempertahankan Pak Lah dan menantu.
He he! (hanya yang tahu saja akan faham)
Inilah masalahnya dengan sesetengah pemimpin pembangkang. Bila Khairi yg merupakan ahli UMNO mengutarakan sesuatu yang baik untuk rakyat, mulalah melenting dan menuduh yang bukan2. Bukankah Pembangkang hendak membela rakyat, jadi sudah sepatutnya bersetuju dgn pandangan dari Khairi. Tak kiralah dia dari parti apa. Yang penting rakyat hendaklah mendapat pembelaa. Tidak timbul sikap bermuka-muka atau untuk mencari nama di sini. Ada juga orang UMNO seperti Khairi yang berani menegur dan tidak seperti kerbau yang ditindik hidung. Tahniah kepada Khairi. Dan pada Saifuddin, janganlah sebab Khairi dari UMNO, apa yang saja yang dicakapkan oleh beliau dipandang tidak ikhlas. Pemimpin PAS pun saya rasa ramai yang tidak ikhlas dalam memimpin. Berhenti salah menyalah antara satu sama lain. Rakyat macam saya ni dah lah bosan dengan kepimpinan BN yang ada sekarang, tapi dengan sikap Saifudin begini, rasanya sama je sikap orang politik ni. Tidak ada keikhlasan untuk membantu rakyat. Mencari nama yang lebih. Ini yang mula meluat dengan PAS ni!!!!!!
Bagus sebenarnya minyak naik ting gi-tinggi ni. Kalau boleh RON95
naik sampai RM5. Biar padan muka orang Melayu yang asyik mengundi kerajaan BN. Yang leka dibuai oleh janji-janji manis BN.
Khairy dah berani skrg. Masa zaman paklah dulu dialahbyg mencadangkan harga minyaknnaik sampai 70sen. Skrf bila dah tak tau mana nak pegi tak tau nak buat apa tanpa jawatan barulah nak ambil tahu isu rakyat.
Barang pengguna naik siapa yg kawal? Kjaan tak mampu kawal. Macam jugak kenaikan harga minyak dunia. Luar kawalan kjaan. Golongan kapitalis cinalah yg mengawal turun naik harga brgan pengguna sebab golongan inilah yg jd pembuat, pembekal dan peruncit. Mereka bertindak sesuka hati menaikkan harga barangan utk jatuhkan kjaan BN. Maksudnya beri tekanan secara ekonomi kpd rakyat d,gn harapan rakyat akan bangkit menentang BN. Inilah akibatnya jika ekonomi dikawal penuh oleh 1 kaum saja. Bila ekonomi terlalu kuat mereka mampu menentukan siapanyg harys perintah negara. Hari ii kapitalis cina ini mahu DAP jd kjaan.
bolum jadik mentori buleh lah ckp....
sok kono hulur jawatan mentori...sonyap yolah.....apo dibuek kek najib..kono lah angguk....
Salam hormat saudara Aspan,
Begini lah pemikiran sesetengah orang politik bukannya nak menyelesaikan masalah rakyat . Sepatutnya mereka bersama dlm isu untuk membantu rakyat Ini tidak lebih kepada mempertahan ego dan parti masing2.
Izinkan saya terkeluar sikit dari tajuk posting saudara tetapi masih lagi masalah subsidi minyak.Saya tak paham lah saudara Aspan masalah harga mnyak ni terpasa naik kerana kita mengeluar minyak, Alasan mereka minyak kita di eksport. Jika harga pasaran dunia naik sepatutnya revenue kita lagi tingi dan bleh menampung kenaikan subsidi untuk faedah rakyat.
Walaubagaimana pun saya orang kampung tak tau tentang ekonomi ni. Mungkin ada antara pengikut blog saudara yang pandai mengenai hal ini dan boleh memberi penerangan dan indirectly membantu kerajaan memberi kefahaman kepada rakyat.
orang kampong
khairy ni kalau tak terlanjur menyebat juga harta rakyat dah lama masuk keadilan atau PAS. dia ni memang cerdik. luas pengetahuan dan bijak berhujjah. apa pun najib buat, kenalah sabar dan tahan. maklumlah fail dok kat tangan orang. orang-orang UMNO ramai macam tu.cuba lah lihat bila benar-benar UMNO tak boleh jalan. akan ada " mass migration " nanti. kesian khairy. cerdik tapi ada beban. itulah ....tak ramai yang tahan dengan godaan harta. terkadang sanggup jual maruah. macam pak aspan juga, kalau dia ni blogger upahan, mampus blognya tak akan menarik. jumud.
1.setuju dengan tok pan
2. setuju dengan anon 06:40
3. pemimpin samada PR @ BN byk yang hampeh , mereka bukan pikir rakyat melainkan diri mereka jo
jawpan kepada tuan-tuan;
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=5983
Fooart
Saya bersetuju dengan sdr supaya RON95 dinaikan kepada RM5 atau RM6. Kita nak tengok badai menyokong BN.
Lagi pun lagi subsidi hendak ditarik balek lagu Rosmah belanja jutaan wang rakyat untuk menampong perbelanjaan borosnya.
Najib mintak kita ubah cara kehidupan, tapi bini dia sendiri tidak berubah. Asyik lanyak wang rakyat saja.
Hampeh!!!
Ismail Sabri kata RON95 tidak akan dinaikan. Tahniah lepada Khairy.
Tetapi YB Khairy, please take note that the earlier the GE comes by, the earlier RON95 subsidy will be withdrawn.
Boleh potong kelengkeng saya, RON95 akan naik selepas pilihanraya.
Jangan tertipu dengan trick BN ini.
Sekadar memperingatkan sdr2 sahaja.
Dengar boleh tak dengar pun boleh.
Salam sejahtera semua..
Kenapa pemimpin kita xbelajar daripada pemimpin Jepun..bila dilanda bencana, mereka duduk semeja, buang sekejap semangat kepartian masing2, bincang macam mana nak pulihkan negara..tsunami sudah lebih 2 bulan berlalu, bila kita tengok, banyak jalan kat Jepun dah dibaiki dah siap dipasang penghadang jalan menggunakan kabel sebagai pengukuh struktur jalan..kalau kita?..kena banjir tahun depan pun belum tentu jalan yang rosak ni dibaiki..
tengok je la kes tanah runtuh kat selangor..semua kata dia samapi dulu..dia tolong dulu..nak tolong pun agak2 laa..siap nak kena fikir parti lain lak..ohh..mungkin sebab kita masyarakat majmuk..kita ada acuan kita sendiri..
mungkin xsemua YB macam tu..tapi sebahagian yang buat macam tu menyebabkan rakyat menyampah..dengan kata lain, tolong ada makna..teringat cerita p ramlee, "baik..baik ada makna tu"...
akuein
Sdr Aspan,
Mengenai nak mempertahankan isu yang dibincang, saya berpandangan kedua-dua mereka ada hujah politik mereka masing-masing. Yang perlu dilihat ialah bagaimana wakil rakyat menjadi pembela rakyat marhain ini.
Bagi pak menteri, mereka hanya nampak pada kantung negara. Projek terkantoi dan dijanjikan pada rakyat masih banyak lagi tak bergerak. Tengok saja janji-janji manis semasa PRK masih lagi tak tertunai dan kini PRU13 dah hampir. Kantung dah kering mana nak cari ongkos nak tampung itu semua dan ditambah lagi sesi budget yang dibentang OKT. Macam mana nak menampakkan budget hebat untuk membela rakyat. Mana tidaknya... nanti rakyat akan SPIN ke PR. Strategi LAPOK BN.
Beberapa perkara yang menjadi persoalan :
1. Dulu masa nak naikan harga petrol, beri alasan untuk memperbaiki sistem pengangkutan tapi habuk tak nampak.
2. Kenaikan harga global sepatutnya mengimbangi harga eksport dan import minyak negara.
3. Perkiraan jumlah subsidi kerajaan ke atas bahan gas masih lagi tanda tanya rakyat. Betul ke amaun subsidi seperti yang diwar-warkan ? Hanya pak menteri saja yang tahu.
Tanya pada diri kita sendiri...
MELAYU-JAWA
Askm tuan Aspan, tak payah gaduh-gaduh pasal minyak naik ni. Saya rakyat biasanya ni sampai hari masih meluat dan benci dengan Pak Lah keranma menaikkan minyak secara mendadak. Kalau benar Khairy tu bijak, mengapa dia tak nasihatkan pak mentua dia dulu. Saja berlakonlah Khairy ni. Bagus juga kerajaan naikkan minyak ini, biar para pengundi UMNO dan BN rasa. Padan muka.
Post a Comment