12 February 2013

UMNO patut bersyukur jika jadi pembangkang

Lawatan Najib ke Pulau Pinang merupakan lawatan yang membazir bagi dirinya dan partinya. Lawatan beliau itu adalah lawatan politik dan kali ini beliau diiringi oleh penyanyi pop terkenal Psy dari negeri Korea dan berbelanja sebanyak RM 2 juta untuknya. Saya tidak tahu berapa pula bayaran yang di bayar kepada penyanyi tempatan, Shila Hamzah. Psy menyanyi tidak lebih dari 10 minit itu merupakan orang yang di harapkan oleh Najib untuk meniupkan ‘mood’ bagi mendapatkan sokongan terhadap beliau dan BN dalam pilihanraya nanti. Najib sedang berusaha untuk merampas Pulau Pinang dari DAP dan Pakatan Rakyat.

Najib tidak membawa dirinya sebagai pemimpin utama secara betul dan tidak ada siapa di kalangan kabinetnya mampu membawa diri mereka sebagai pemimpin yang baik lagi. Najib telah dimalukan oleh orang ramai semasa berada di Pulau Pinang dihadapan tujuh ribu orang yang di angkut beramai-ramai itu. Beliau dimalukan oleh orang ramai dengan jeritan ‘NO!’ apabila beliau bertanya samada sudah bersedia untuk BN atau tidak. Laungan ‘NO’dengan spontan dan gemuruh telah di tunjukkan oleh orang ramai di situ. Sebelum itu pertanyaan Najib samada mereka bersedia untuk Psy, orang ramai dengan gemuruh menjawab YES apabila Najib bertanya samada sudah bersedia untuk Psy atau pun belum.


Keadaan seperti ini sepatutnya memberikan kesedaran kepada semua pemimpin UMNO BN bahawa rakyat sudah tidak mahu lagi memberikan sokongan atau dukungan terhadap BN pimpinan Najib dan barisan kepimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi parti itu. Rakyat terpaksa berhimpun dan menyatakan secara berdepan yang mereka tidak mahukan lagi BN untuk memerintah mereka.

Dalam perhimpunan CNY itu sepatutnya memberikan Najib kesedaran yang rakyat tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan hiburan yang mengasyikkan lagi. Rakyat mahukan kerajaan yang serius dan berani berubah. Tetapi rakyat tahu pimpinan hari ini tidak berani berubah sikap dan perangainya kerana berubah bermakna tidak rasuah dan tidak menyalah gunakan kuasa.

Kini elok kita bertanya, mampukah BN meyakinkan rakyat yang mereka tidak akan rasuah lagi? Rakyat sedar yang ketagih rasuah seperti pimpinan UMNO tidak mampu mahu berubah dan tidak akan mampu untuk berubah. Stigma kotor yang melekat kepada batang tubuh pimpinan BN dan UMNO itu tidak dapat di bersihkan lagi. Itu sebab saya katakan yang UMNO perlu mencari orang lain untuk memimpin bagi menukar imejnya yang terlalu busuk dan buruk itu.

Jika keburukkan imej yang dihadapi oleh UMNO itu tidak dapat di ubah, berikanlah sepuluh kali BRIM, TRIM dan apa-apa RIM yang lain rakyat perlukan perubahan. Kalau UMNO masih menerajui negara, ia bukannya perubahan. UMNO tidak boleh menggantikan Muhyiddin sebagai gantian kepada Najib. Begitu juga Zahid Hamidi, Hishamudin dan Shafie Afdal. Mereka mereka ini tidak boleh menggantikan Muhyiddin dan begitulah seterusnya.

Menggantikan Najib dengan Muhyiddin tidak akan membawa apa-apa kebaikan malah ia akan meruntuhkan lagi UMNO dan akan mati lebih cepat. Kesemua pemimpin dalam Majlis Tertinggi itu tidak boleh menggantikan Najib. Yang boleh menggantikan Najib hanya lah sesiapa yang berada di luar barisan pimpinan itu untuk membawa imej dan aura yang baru bagi parti itu. Tetapi itu tidak juga berlaku. Maka perubahan parti pemerintah merupakan jalan dan satu-satunya kaedah untuk membetulkan yang salah, menyambung yang putus dan menampal yang koyak hasil perlakuan UMNO dan BN itu.

Tetapi rakyat masih bernasib baik kerana jika UMNO dan BN tidak mampu berubah maka kita ubah, kita boleh tukar BN itu dengan parti-parti yang lain yang telah lama wujud secara halal dalam negara ini. UMNO boleh kembali memerintah mungkin sepuluh tahun lagi apabila mereka memperbaiki imej mereka semasa berada sebagai pembangkang nanti.

Di India parti Kongress telah kembali berkuasa setelah di tumpaskan oleh parti Janata dahulu. Parti Kongress telah mencapai kemerdekaan negara India dan telah di tumpaskan oleh rakyat kerana isu yang sama seperti yang di hadapi oleh UMNO di negara ini. Di Jepun juga parti Liberal Demokrat telah kembali berkuasa setelah berada sebagai parti pembangkang beberapa ketika kerana di tolak oleh rakyat Jepun pada awal tahun 2000 dahulu sedangkan Liberal Demokrat merupakan parti yang telah membawa Jepun menjadi kuasa ekonomi ketiga besarnya dalam dunia ini.

UMNO perlu melalui proses introspeksi kerana parti itu sudah tidak lagi tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Yang buruk di anggap baik dan yang baik di anggap buruk. Itulah sebabnya rakyat negara ini wajar melakukan perubahan itu sedaya upaya kerana jika rakyat tidak mampu mengubahnya maka kesalahan itu akan terletak di bahu rakyat sendiri.

Jika UMNO menjadi pembangkang masa itu boleh digunakan untuk melakukan pembaikan kepada kualiti kepimpinan parti itu dan pemimpin-pemimpinnya boleh belajar berfikir kerana pengalaman sebagai pembangkang itu perlu untuk melatih pemimpin-pemimpin parti itu untuk berfikir dengan baik. Apabila UMNO sudah bersedia menjadi parti yang baik, mungkin Hishamudin tidak akan bercakap seperti orang yang hilang akal lagi.

Mungkin Najib akan lebih matang dan memahami perasaan rakyat dan tidak lagi bercakap memperbodoh-bodohkan rakyat lagi. Mungkin semasa itu Mahathir akan lebih baik dan tidak lagi melakukan hasutan dan memecah belahkan pimpinan UMNO lagi. Semasa itu nanti mungkin Rais Yatim tidak lagi menunjukkan sikap mengampu dan membodek pucuk pimpinan semasa itu. Satu lagi kemungkinan ialah UMNO akan sedar yang melakukan rasuah itu kerja hina dan boleh menjatuhkan tamadun rakyat.

Dengan meletakkan UMNO sebagai pembangkang maka UMNO akan tahu samada tuduhan Pakatan Rakyat mampu mentadbir negara. UMNO boleh memantau samada pimpinan Pakatan Rakyat melakukan apa yang mereka (UMNO) lakukan semasa memerintah selama 56 tahun itu. UMNO boleh memantau samada PAS, DAP dan PKR akan menaikkan harga bekalan alat pertahanan negara berlipat kali ganda atau tidak.

Yang terlebih penting untuk UMNO semasa menjadi pembangkang itu ialah bahawa memberikan pendidikan percuma itu boleh dilakukan. Menghapuskan tol itu juga boleh dilakukan dan tidak akan membankrapkan negara. Pakatan Rakyat juga akan mengajar bagaimana Badan Kehakiman yang bebas itu boleh membina negara dengan baik. UMNO juga boleh melihat samada berlaku pembunuhan wanita asing yang melibatkan pimpinan negara semasa itu nanti.

UMNO juga akan belajar dan mengetahui yang rupa-rupanya pemimpin boleh mentadbir negara tanpa rasuah dan belajar yang ketagihan rasuah itu boleh dielakkan jika usaha menolaknya dibuat pada awal pentadbiran kerajaan baru itu.

UMNO juga akan belajar bagaimana untuk menjadikan media massa yang lebih adil dan terbuka itu akan membina minda dan sikap rakyat keseluruhannya.

Pendeknya jika UMNO menjadi pembangkang ia lebih menguntungkan UMNO lagi kerana ia memberikan kesempatan bagi parti itu memperbaiki diri mereka untuk menjadi parti yang bertanggungjawab dan berdisiplin yang tinggi.

Yang terpenting lagi bagi UMNO belajar semasa menjadi pembangkang itu ialah mengakui yang negara ini rakyat yang punya, bukannya Mahathir, Najib atau pun mana-mana pemimpin dari partinya.

27 comments:

Anonymous said...

setuju dengan pendapat aspan, UMNO sellu melaungkan yg pr x mmpu memerintah n hanya tahu bckap n mmbebel, beri peluang pada pr memerintah sepenggal baru tahu boleh mentadbir ke x, 2 lah bila dh lma pgang kuasa,mkin sombong n ego, yg ksian glongan yg tggal d luar bandar, x abis2 kna tipu, 2 pn ade yg prcaya.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Are You Ready For BN?

Anonymous said...

Mengikut mahathir negara akan huruhara kalau pr kalah. Pr tak pernah menang kerajaan persekutuan tak huruhara pun.

zaz said...

Tuan AA mengikut kenyataan TV3/4 kehadirannya 80,000?!! biar betul.

Anonymous said...

Salam,

Tok Guru Nik Aziz pernah berkata, kalau UMNO kembali kepada sistem Islam, maka saat itu dia bubarkan PAS.

Kalau pimpinan UMNO kembali bersih, ada integriti, adil dan saksama, maka semua rakyat tidak kira kaum akan beri sokongan penuh 100%.

Tapi kepimpinan umat Melayu dalam UMNO ini, yang mengaku Islam, tapi masih berlagak dan berkelakuan tidak selari dengan Al-Quran.

Kita tahu, orang bukan Islam di Malaysia ini sememangnya ingin kepimpinan Islam yang amanah, bahkan mereka syukur kalau hak mereka dilindungi sepenuhnya dalam landasan Islam dan mematuhi perlembagaan negara. Mereka tidak hendak lebih dari itu. Mereka tahu mereka adalah golongan minoriti.

Tapi yang masalah besar, ialah sikap umat Melayu UMNO baru ini yang sangat memalukan umat Islam lain. Bahkan para pak ustaz totok UMNO pun cakap bercelaru.

Mana mungkin UMNO nak dapat "respect" dari orang bukan Islam, kalau perangai melebehi syaitan.

Saya percaya, orang bukan Islam lebih bersedia menerima pimpinan dan ceramah macam Nik Aziz, daripada ceramah Menteri Agama dan Professor kangkung yang suka merapu tidak tentu pasal.

Saya sebagai orang Islam, berasa malu terlalu banyak anak Melayu sanggup bersifat samseng gara-gara nak jaga hati puak UMNO bapak samseng di negara ini.

Saya malu, sebab mereka yang kena upah ini pun, hidup tidak kaya manapun. Contoh masa keramaian, Orang besar UMNO makan bawah khemah berkipas angin. Mereka ini makan bawah pokok dengan sekampit nasi ayam setelah berpeluh-peluh berdiri tengah panas menyamput pimpinan perasuah besar UMNO.

Anonymous said...

Bang, kini parti umno (baru) ni hak mamak la bang. Orghang melayu tukang cukupkan korum jer.

Anonymous said...

Betul tu Pak Aspan. Kesusahan adalah pembina karekter. Anwar Ibrahim yang gagah berdiri pada hari ini adalah hasil daripada siri kesusahan pada tahun kebelakangan. Hendak juga saya nyatakan beberapa tokoh negarawan yang hebat lain seperti Morsi, Mandela dan lain-lain sebagai contoh. Tanpa keperitan, kesenangan adalah tidak bermakna. Dan semoga kemenangan Pakatan Rakyat pada masa hadapan Inshaallah, bukan sahaja membuka jalan bagi keadilan dan kesaksamaan, tetapi juga untuk kebebasan untuk memilih lebih luas.

Anonymous said...

Ksn mamak

Anonymous said...

UMNO kata jadi pembangkang senang. Kali ini rakyat kena bagi umno buat keja senang nak suruh buat keja susah tak boleh diharap.

Ahmad Mot said...

Salam,

Tukar aja kerajaan sekarang kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat melalui PRU13 nanti. Jangan BN ingat dengan kuasa yang ada pada mereka akan kekal sehingga kiamat.
Percayalah bumi Malaysia adalah hak rakyat Malaysia dan bukan kepunyaan BN.

Anonymous said...

Hurura dah jadi isu.

Teknik menakutkan mula digunapakai oleh BN dan agen2nya.

Teknik menakutkan hanya berkesan disetengah masa dan disetengah keadaan sahaja.

Pastikan rakyat jangan rasa takut.

Takut tidak memanjangkan umur dan berani tidak memendekkan umur.

Berani kerana benar.

TOK KEPAK JERLUN said...

UMNO ....sudahkah UMNO bersedia jadi pembangkang? Musa Hasan pula telah membayangkan keadaan huru hara akan berlaku jika ada parti politik yg kalah.Apakah jika UMNO kalah,akan berulang Mei 13?

UMNO tidak boleh menerima yg Rakyat sudah tidak boleh terima UMNO lagi!.UMNO meroyan menggunakan kuasa terutamanya KDN.Polis telah diperkudakan utk menyekat Kebangkitan Rakyat.Keadaan hari ini telah jelas yg UMNO kena bersedia jadi parti Pembangkang.Soalnya UMNO hendak belajar ke?

Jadi Pembangkang bermakna tidak boleh lagi mengarahkan Polis.Tidak boleh menggunakan TV Perdana utk mengungkit-ungkit jasa UMNO.

Semua muka-muka UMNO : TokChai Madeiyy Kutty mamak tongkang Kerala,Najib,Muhyiddin dan barisan Pembangkang tidak boleh lagi cari publisiti murahan di akbar Perdana.Pemimpin UMNO tidak lagi mendapat gaji Menteri.Hilang semua perks lagi tu! Sudah tidak boleh lagi buat komisyen akan projek Kerajaan dari budget tiap Kementerian! Mungkin tidak boleh lagi pandu kereta laju di PLUS.Selepas ni semua kena bayar!

SANGGUP KE UMNO JADI PARTI PEMBANGKANG?RAKYAT SAJA YG BOLEH MENJADIKAN UMNO PARTI PEMBANGKANG DLM PRU 13 !


TOK KEPAK JERLUN

Anonymous said...

Adakah BN akan menang ...no...no...no...

Anonymous said...

Aku sangat berharap agar media pecacai UMPORNO mempelawa Aspan untuk mana-mana program percambahan minda mereka.
TQ
Are You Ready for BN..???
Kah… kah… kah… kah…kah..

Wan Shamsudin said...

Pak Aspan;

Baru baru ni saya baca buku 'Black Rose' olih Deepak, sedap jalan ceritanya. Sepatutnya semua Rakyat Malaysia dimestikan membaca buku 'Black Rose' ini...100%CONFIRMED UMNO jadi pembangkang...Ketua Pembangkang tentunya Muhyidin Yasin...Najib dan Rosmah di rehatkan dengan elaun percuma....MANA BISA MEREKA SEMBUNYIKAN BANGKAI..

Anonymous said...

setuju dengan saranan Aspan..orang Islam seharusnya rasa bersyukur..

Saya diajar oleh nenek saya dari kecik lagi. Bila saya komplen duit belanja harian saya hanya 10sen saja sedangkan kawan saya 20sen, nenek saya menasihati bersyukurlah cu...ada orang takde duit belanja pun..Syukurlah ketika itu sekolah menyediakan minuman susu lembu percuma ketika itu..saya salah sorang yang sentiasa beratur untuk mendapat minuman tersebut..

Bila saya dapat biasiswa untuk belajar luar negeri, saya pun bersyukur jugak kerana negara aman, makmur dan pemimpin baik, dapat jugak rakyat miskin merubah hidup mereka melalui pelajaran.

Bila atuk saya cerita masa susah dalam perang Jepun, dan masa kominis perintah Malaya dalam dua minggu, ramai orang Melayu sengsara hidupnya... Syukur lagi kerana perintah BN lebih 55 tahun, aman damai dan makmur..Kalau Mlaya jadi kominis silap silap jadi kat Kemboja tu, ramai umat Islam disembelih..

Syukur jugak Malaysia tak jadi sebahagian dari Indonesia...kalau ikut pemimpin PAS dulu mereka berminat kearah itu..Kalau tak mungkin kita pulak jadi warga kontrek dan babu.

Kalau ditakdirkan jugak Pakatan Rakyat menanng PRU, syukur jugak saya kerana yang akan jadi Perdana Menteri Haji Hadi ataupun Tengku Razaleigh, kedua duannya beragama Islam, Melayu tulen dan mempunyai moral yang tinggi.

Batu Ronson

Anonymous said...

UMNO menang tak hairan kerana dia biasa dgn kemenangan.

UMNO kalah belum biasa. Cuma rasa sikit2 di beberapa negwri.

UMNO kena belajar bersungguh2 bagaimana untuk terima kekalahan dgn tenang dan redho jgn panik dan jangan kelam kabut. Jahui diri dari terlibat denga perhimpunan haram. Kalau nak berhimpun minta permit polis dulu.

Kalah semua tak mungkin. Cuma majotiti je kurang. Kuatkan barisan dan ambil alih semula PRU 14.

Jangan buat huruhara nanti masuk penjara ,leceh. Kalau masuk penjara ada dua kemungkinan .
Pertama.. Jadi bertambah kuat semangat.
Kedua... jadi mamai atau gila kerana terkurung.

Anonymous said...

R U drunk CNY for asking that question?

Anonymous said...

Salam tuan. tak sabar rasanya nak tunggu pengumuman berita kemenangan pr dalam tv3 suku. nak tengok macam mana gaya berita dan muka muka pembaca berita yg saban malam membawa berita berat sebelah. dah lama tak tengok buletin utama sebab asyik nyakitkan hati kalau tengok. baik layan astro 132 maharaja lawak ada gak pekdah.

Alam Flora said...

As Salam Tuan Aspan.

Kita juga sangat bersyukur jika Melayu dapat pencerahan dan tidak banggang terlampau atau rabun siang dan malam walaupun usia mungkin mencecah senja. Mungkin dek kerana terlalu lama makan benda-benda haram atau hasil keringat dari orang lain yang kurang keberkatan (lintah darat) maka otak mereka memang terlalu beku dan membatu (+ Ronson). Bak pepatah Melayu " sepuluh jong berlabuh, anjing tetap bercawat ekor jua" (adakah anjing batu?, kalau ketam batu adalah)

Anonymous said...

ARE YOU READY FOR PSY (DSAI?)
YESSSS!
ARE YOU READY FOR BN?
NOOOOOOOOOOOOOOOO!

Anonymous said...

Batu Ronson,

Dalam list bekas2 pemimpin dunia yang kaya raya, 90% dari mereka mengaku beragama Islam dan majoriti rakyat mereka beragama Islam TETAPI hidup melarat dan sengsara.

Mereka mencuri dan memakan haq rakyat yang telah Allah swt AMANAHKAN kepada mereka. Tidakkah mereka bermusuh dengan Allah swt dan Rasulullah saw??

(Bagi negara ini, pemimpin2 terdahulu TAK MAKAN haq rakyat seperti yang sedang berlaku sejak Mahadei naik ke mercu kepimpinan negara DAN dia sibuk letak mamak2 dalam kedudukan penting negara untuk dia bebas buat onar! Pemimpin2 melayu lepas dia semua kena ikut jalan yang dia sudah tentukan!!. Kalu ada yang nak buat jalan sendiri, teruk dia belangkung! dan dia jugak guna berahem ali, harussani, assan ali, zul kulim, zahrain, Zami dll. Dulu2 benda2 begini ada berlaku??)

HANG BUTA KAH BATU RONSON???
atau
HATI HANG SUDAH HITAM DAN KAUDU???

Anonymous said...

Khas untuk Batu Ronson dan yang se kapal dengannya:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/02/13/killing-the-mother-of-all-golden-geese/

(kalau tak paham bahasa Inggeris, suruh cucu alih bahasa!)

Anonymous said...

With numerous scandals from small to grand scandal.....the way the country is governed is criminal.

The people trust are betrayed by their 'leaders ' for far too long.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah! Syukur ke hadhrat-Nya yang telah mengurniakan kita aqal dan nafsu. Justeru, kesempurnaan kita sebenarnya terletak epada sejauh mana kita mampu mengawal nafsu dengan panduan aqal yang secara fitrahnya cenderung terhadap nur dan hidayah, sedangkan nafsu pula, sebaliknya.

Memang benar, syukur adalah suatu tuntutan. Namun begitu, adakah dengan itu bermakna kita tak perlu berubah? Bukanlah permasalahan sama ada kita ini seteruk Indonesia atau negara lain; persoalan terbesar yang perlu difikirkan, khasnya kepada kita, umat Islam lagi pilihan ini, kepada siapakah patut kita ajukan jawapan "Kami dengar dan kami taat"? Mungkin, kita belum benar-benar merasakan keperitan hidup sebagai seorang jahiliyah suatu ketika dulu, lantas bagaikan memandang mudah soal kepimpinan adil ini lagi bersikap sentimen ... Seandainya benar kepimpinan tertinggi itu mesti hanya daripada bangsa tertentu, sudah lama Allah SWT memilih Yahudi sebagai pemimpin dunia, kan? Hanya kebetulan Perlembagaan negara memperuntukkan hak jawatan ini kepada bangsa Melayu sebagai antara hak istimewa, disokong faktor "majority". Cuma, sayangnya, kepimpinan UMNO inilah yang telah berlaku khianat, kan? Oleh itu, pada hemat saya, kita buang sahajalah UBN yang dah makin tak boleh pakai ini; soal kepimpinan daripada PR, jika mereka ditakdirkan menang, terpulanglah kepada sesama kepimpinan tertinggi mereka untuk menentukannya, k? Jangan lupa, sejarah sebenarnya telah melakarkan kepimpinan DSAI sebagai peneraju ekonomi di bawah kediktatoran Mahathir gila itu yang kemudiannya sengaja dirobek dik nafsu itu tadilah ... Akhirnya, sikap penontobn terhadap Najib peristiwa semalam bukti jati diri kukuh warga Malaysia tercinta kini dan selamanya, insha Allah.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Bang,

Setan @ Syaitan yang teramat cenderung dengan kesesatan, kemunafikan, kebathilan, penindasan, salahguna kuasa, pernah bersyukur kah??

Macam mana rupa setan @ syaitan bila bersyukur?

Anonymous said...

Saya setuju pendapat tuan. Orang luar bandar atau kampung lebih pentingkan semangat kepartian daripada melihat isu nasional. Pemikiran mereka hanya berkisar kepada tv3 utusan dan angkatannya. Harap ada perubahan selepas ini. Buka mata buka minda.