14 February 2013

Rakyat tidak berselera lagi dengan UMNO

Kalau kita menganggap isu Deepak dan Perdana Menteri serta isterinya ini secara ringan, ia merupakan satu isu yang sangat seronok di jadikan kajian semua kerana Deepak sudah jadikan isu ini sebagai satu isu politik besar untuk negara. Deepak bukannya seorang ahli politik tetapi apa yang dilakukan keatas beliau oleh Rosmah dan suaminya Najib itu secara terus menjadikan Deepak orang penting dalam politik negara sekarang ini.

Secara terus terang Deepak mahukan Najib bersara dan di gantikan dengan Muhyiddin Yassin untuk membina imej baru bagi BN sebelum pilihanraya kita tiba. Tetapi oleh kerana Deepak menjadi isu politik sekarang ini maka Deepak seolah-olah menjadi orang penting dalam politik atasan yang melibatkan Najib dan Muhyiddin. Isu Deepak dan Rosmah Mansor serta Najib ini di andaikan dilakukan oleh pihak pembangkang tetapi lama kelamaan ia menunjukkan kecenderungan yang isu ini datang dan di perbesarkan oleh UMNO sendiri dan yang menjadi ‘suspect’ nya ialah Muhyiddin Yassin sendiri.

Deepak mula merasakan jemu dan marah terhadap Najib dan isteri apabila beliau merasakan tertipu dengan segala urusan perniagaan beliau sehinggakan beliau mendapatkan kerugian besar. Isu ini telah di ketahui umum dan ruang terlalu sempit untuk di muatkan dalam posting ini. Orang ramai memahami keadaan yang menimpa Deepak apabila beliau di perguna oleh Najib dan isterinya ketahap optima untuk menutup kejahatan yang dilakukan oleh Najib dan isteri.

Deepak telah menulis surat terbuka kepada Dr Mahathir yang beliau anggap mempunyai sama keturunan itu kerana saranan Dr Mahathir agar Najib hanya membiarkan dan tidak melayan tuduhan Deepak yang bermacam-macam terhadap Najib. Deepak bertanyakan jika Dr Mahathir berada di dalam situasi beliau apa yang Dr Mahathir akan lakukan dan lain-lain lagi. Deepak merasa tersentuh dengan komen Dr Mahathir itu kerana sememangnya Mahathir merupakan seorang yang terlalu biasa mengambil kesempatan di atas keadaan seperti sekarang ini.

Tidak ada siapa yang menyalahkan Deepak dalam isu ini kerana imej Najib itu sememangnya tidak mengejutkan jika perkara seperti yang di alami oleh Deepak itu dilakukan oleh Najib terhadap sesiapa termasuk Deepak.

Tetapi apa yang tidak betulnya Deepak memberikan ulasan politik dan beliau terjun dalam politik yang beliau tidak memahami latar belakangnya sekarang ini. Bagaimana Deepak boleh memberikan pandangan yang Najib mesti berhenti dan digantikan dengan Muhyiddin? Apakah Deepak sudah terlalu yakin yang Muhyiddin boleh memperbaiki imej parti sedangkan tiada siapa yang ada di dalam barisan Majlis Tertinggi parti UMNO itu layak untuk mengambil alih kepuimpinan Najib.

Bagi pandangan saya dan ramai yang lain jika Muhyiddin menjadi pengganti kepada Najib elok di cadangkan supaya kekalkan Najib sahaja kerana Muhyiddin tidak mampu untuk membawa perbezaan dengan tadbiran dan politik Najib. Jauh sekali jika Najib digantikan dengan tiga orang Naib Presiden parti itu kerana mereka tidak mempunyai sisek untuk menjadi pemimpin utama negara.

Pendeknya Muhyiddin serta kesemua Naib-Naib Presiden UMNO tidak mempunyai kelayakkan untuk mengambil alih kepimpinan Najib walau seburuk mana pun tahap kepimpinan Najib. Ini di sebabkan kerana semua mereka yang duduk di dalam Majlis Tertinggi itu merupakan mereka yang datang dari acuan yang sama sahaja. Jika Muhyiddin mengambil alih mungkin yang beruntung hanyalah Dr Mahathir kerana itu kehendak beliau sebenarnya. Mahathir tidak ada perasaan sayang kepada partinya dan apa yang beliau mahu hanyalah keuntungan untuk diri beliau dan kroni beliau semata-mata. Beliau hanya mahu dilihat sebagai orang penting dalam segala-galanya.

Saya bukan mengatakan yang Najib itu layak dan berkepimpinan  Malahan itu lah sebabnya rakyat menolak UMNO dan BN sekarang ini. Yang saya katakan ialah tiada siapa yang ada di dalam Majlis Tertinggi UMNO sekarang ini termasuk Najib akan mampu mempertahankan arus perubahan yang sedang berlaku dikalangan rakyat dan Pakatan Rakyat akan menjadi pilihan rakyat dalam pilihanraya ini.

Pandangan ini tentu tidak akan diterima oleh penyokong membuta tuli UMNO atau pun Najib tetapi hakikatnya UMNO akan tumpas dengan kepimpinan yang ada sekarang ini. Blog ini telah berulang kali manyatakan yang rakyat tidak menghormati barisan kepimpinan UMNO itu lagi dan parti itu akan menjadi parti tunggal yang akan memenangi sedikit kerusi dalam BN di Semenanjung ini. Ia akan menjadikan BN itu UMNO, UMNO itu BN. Itu sahaja. Parti-parti komponen yang lain boleh di anggap tiada lagi selepas pilihanraya nanti.

Saya memberikan reaksi ini kerana saya hanya mempunyai satu keyakinan. UMNO sudah begitu terlewat untuk memperbaiki diri kerana parti itu dikuasai oleh mereka yang tamak haloba yang sanggup melihat parti itu jatuh bergelimpangan dalam pilihanraya kali ini.

Pihak pembangkang dan penyokong-penyokongnya wajar berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana beliau (Mahathir) telah lama melakukan kerja yang akhirnya memusnahkan parti yang di tubuhkan oleh beliau sendiri itu. Sehingga ke saat ini Mahathir masih lagi melakukan kerja yang membinasakan parti itu sehinggakan UMNO sudah tidak di kenali lagi oleh rakyat termasuk ahli-ahlinya sendiri.

Rakyat lebih mengenali Pakatan Rakyat. 

18 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan!

Secara ringkasnya boleh saya katakan segala tindak tanduk mahathir sekarang ini adalah bukan untuk kebaikan negara, tetapi tindakannya sekarang adalah semata-mata untuk menyelamatkan tengkuknya dari di pancung oleh Anwar Ibrahim. Dia memang pengkianat negara yang harus di humban kedalam penjara akibat perbuatannya yang kejam keatas saigan-saingan politiknya.

Sebab itu dia tidak memperdulikan Deepak sebab yang pentingnya dia anak beranak selamat dari hukuman rakyat atas dosa-doasanya yang menyamun kantung negara untuk keluarga dan kroni-kroninya. Dia akan menjadi sejarah baru seperti diktator Hosni Mubarak dan diktator lain di dunia akibat perbuatan jahatnya di masa beliau diamanahkan rakyat tetapi dia telah menipu rakyat dengan pelbagai salah guna kuasa,

Jalan P.Ramlee said...

Salam pak,

Saya di flat sri kota bandar tun razak. Pagi ni suasana biasanya tenang dan aman. Tapi pagi ni mcm di medan perang. Bunyi muzik org menyanyi lepas subuh menyesakkan dada, bau asap lori bomba menghilangkan selera, dan 80,000 mahasiswa yg suka dan rela menyapu sampah di taman dbkl. Selera saya hilang.

Semalam di belakang stesen petronas, saya berbual kosong dgn penjawat awam. Marah dgn Ali Mamak sebab dah mcm menteri rasuah mereka dengan elaun. Penjawat awam hilang selera.

Sorang lagi ada uniform hercerita tentang pencerobohan di Sabah. Filem perang sudah mula dimainkan bagi tujuan menakutkan rakyat. Filem diarahkan menteri jalan semarak untuk huru harakan negara untuk takutkn rakyat menjelang pru13. Anggota keselamatan sudah hilang selera.

Anak saya bertanya, dady (mcm anak org kaya) why Psy not coming here in KL instead of Penang? And how much the ticket? i want to watch Psy. Anak saya pun sudah hilang selera.

Saya baru tahu blog Pak semalam, dari seorang kenalan baru yg bertugas di Putrajaya. Beliau pengikut tegar Pak. Pagi ni saya habiskan masa membaca byk posting tuan. Sebagai org lama dalam parti, saya beri tabik. Dan sekarang saya faham kenapa Pak berani tukar. Namum saya masih sayang parti itu. Dan harapan saya hanya pada orang mcm Pak untuk ubah parti. Bukan rizal, bukan sayed, bukan salleh apa lagi bukan yg lain. Mungkin utk pru14. Rakan di KK cakap ini kalilah.

Saya sudah hilang selera. Kami hilang selera.

Ontahsaponamo said...

AS Salam Tuan Aspan

Artikal yang amat topat kono tang dahi. Diharap artikal ini diulang tayang dengan lebih kerap terutama dah hampir sangat dengan PRU 13. Mohon Tuan Aspan tolong halalkan apa yang telah dan akan saya copy n paste segala artikal Tuan untuk saya sebarkan kedalam FB saya. Inilah sahaja yg termampu (dari tidak berbuat apa-apa) untuk membantu bagi menukar kerajaan yang menzalimi rakyatnya

Urang Awak said...

Gerombolan2 UMNO harus sedar hidupnya UMNO pada hari ini adalah diatas keringat orang2 Melayu bukannya orang2 Melayu macam Shah~lizard, Nazri Teksi dll.

Mana boleh "HIDUP MELAYU" jika yg memiskinkan orang2 Melayu adalah orang2 Melayu UMNO itu sendiri. Pemimpin2 UMNO sentiasa mencari idea & memikirkan bagaimana nak memiskinkan orang2 Melayu.

Letrik, air, telekom, beras, gula, tepung, jalanraya, keretapi, hospital, kapalterbang, Felda, benih padi, university, JPJ (Puspakom), Polis (EAS), Sijil Halal dll telah menyusahkan gulungan miskin khususnya orang Melayu.

Pemimpin2 UMNO tidak iklas didalam usaha memperjuangkan nasib kaum Melayu. Yg diperjuangkan adalah poket sendiri, family, suku sakat dan kroni2.

Sumpahan keramat "HIDUP MELAYU" yg sentiasa bergema di dewan PWTC di setiap kali PAU diadakan dimana pemimpin2 UMNO berikrar diatas nama Allah telah memakan diri sendiri.

Sumpah sumpit garam belacan
Melayu Miskin UMNO yg telan

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Tepat! Justeru, inilah sebenarnya ulang-tayang skrip drama seperti yang pernah dinukilkan Al-Quran bila golongan Munafiqun kononnya beriya-iya benar menjanjikan kerjasama dengan Yahudi untuk mempertahankan diri bersama-sama memerangi Rasulullah dan para sahabat Baginda. Tetapi, akhirnya, masing-masing lari ikut pintu belakang ... Bukankah itu satu lagi petanda jelas, imej UMNO sekarang ini tercalar teruk dirogol Mahathir jahannam tu sekian lama?

Mengenai Deepak pula, saya rasa dia tu sebenarnya cadangkan Muhyiddin ganti, mungkin didorong emosi, dan tak salah, kalau dikatakan, dia memang tak layak mengulas bab poltik pun. Apapun, paling penting, pendapat saudara yang UMNO telah terlewat memperbaiki keadaan sudah tidak dapat dinafikan lagi, melainkan segolongan kecil penyokong tegar mereka, walaupun era IT telah berjaya merungkai permasalahan selama ini. Justeru, kepada puak-puak ini, kalian harus ingat, ini baru IT dunia; belum lagi kitab suratan-Nya di sana, sehingga kulit badan sendiri pun jadi saksi, tau?

Terima kasih dan salam jihad.

PokAmid said...

Tuan AA menulis: beliau (Mahathir) telah lama melakukan kerja yang akhirnya memusnahkan parti yang di tubuhkan oleh beliau sendiri itu.

Saya amat setuju dengan kenyataan tuan ini, malah boleh ditambahkan berikut: "akhirnya memusnahkan bukan sahaja parti yang di tubuhkan beliau sendiri, tetapi negara dan juga sistem pemerintahan negara yang disayangi ini."

Anonymous said...

Saya tak hilang selera tengok rosmah. saya teringin nak ambil jadi pelakun utama filem terbaru saya. pegang watak ibu tiri !!!!

Anonymous said...

Salam Pak,

Seperti yang selalu ulangi, lagi kerap Mahathir buat kenyataan lagi parah umno dibuatnya.

Mahathir dah jadi Ahmad Nesfu dalam cerita Tiga Abdul. Najib adalah tuan punahsihat 25 percent.

Mohd Zuki

Anonymous said...

Tahun 2010,saya berbual dengan kawan saya,yg merupakan anak ketua setiausaha sebuah kementerian,beliau mengatakan bn khasnya umno akan kalah dlm pilihanraya akan datang..kerana org melayu tidak mahu lagi umno..sudah tentu maklumat yg beliau dpt mesti dari bapa beliau yg berpangkat Tan sri..

Sekarang ini kita lihat sendiri,yg najib cuba membeli undi dari cina,india sampaikan india muslim mahu fi beri taraf bumiputera..

Sekarang ini juga,kita lihat najib menggunakan pengaruh mamak mamak untuk mengerakkan sesuatu kumpulan,termasuk kumpulan yg akan mencetus huru hara..PERtiga.yg akan mengambil tugas perKida...biarkan si luncai dgn labu labunya...

Anonymous said...

Humanity is not about racial survival.

If we fail to fully protect the REAL Bumiputra and Orang Asli's unique traditions, culture and way of life and ensure their progress and survival in the modern world for the benefit of generations to come....we fail as a country.

JERLUN said...

Rakyat sudah tidak berselera dg UMNO. Bukan shj rakyat Malaysia malah semua UMNO cawangan seluruh negara dan juga Bahagian sudah pening-pening lalat dan tidak selera utk meneruskan hidup.

Jika ini berlaku, apakah alamatnya? Alamat nak mampus!. Isu mengenai PM,Tok Chai Madeiyy Kutty Kerala Mamak tongkang,TPM,Menteri-menteri kabinet UMNO sudah tidak boleh ditutup dg nyiru lagi ber kaitan dg penipuan,penyelewengan,merompak duit Rakyak .sekarang mereka sedang sibuk membawa wang RM keluar negara.

Ketidakseleraan akan dimuntahkan oleh Rakyat dalam kertas undi PRU 13 nanti.Sudah tidak lama lagi.Pejam celik pejam celik...Rakyat akan mengajar UMNO jadi parti pembangkang!

Jerlun-kami menanti Mukriz.Inikali lah

ahmadyani said...

Kalau N undur dan digantikan dengan orang lain yang lebih hebat darinya pun sudah idak berguna lagi. Orang sekarang bencikan umno. Sebaik-baik orang yang ada dalam umno pun terkena 'getah' kebencian ini.

Anonymous said...

Kalau faham apa beza keadilan dan kezaliman kita akan tolak 100% BN.
Ini berdasarkan rekod jenayah rasuah pemerintahan BN selama ini.Rakyat tak mampu lagi mempertahankan BN. BN perlu rehat satu penggal buat pembetulan inshallah akan berkuasa semula selepas PRU 14 nanti.

PermataHijau said...

Semalam 13 Februari 2013, saya bertembung dengan anak murid saya yang mengikuti kursus anjuran SPR. Sewaktu makan tengahari dia dan dua orang rakannya dengan bersemangat mengatakan
"kita kena jaga Melayu, kalau UMNO kalah, Melayu akan hilang, kalau PR menang dalam PRU 13 nanti, DAP akan menguasai negara. Cina-cina lain (MCA)akan swing dan akan memerintah negara ini. Kemana kita nak pergi? Cina akan menubuhkan Malaysia Utara merenangkumi Perlis, Kedah, Penang dan Perak. Kalau kita nak masuk kena pakai "border Pass". Sampai begitu jahatnya Cina DAP ni.
Rupa-rupanya mereka baru di"brainwashed" oleh orang-orang UMNO. Dalam hati kesiannya anak murid aku ni, kena kelentong dia.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan.

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya.

Bagaikan tikus membaiki labu,
Makin dibaiki semakin punah.

Orang hindustan berniaga permaidani,
Boleh bayar ansur2(kutu).Apabila mata telah kalih melihat permaidani, para pemain kutu beralih kpd minat lain.
harap2 sipenjual permaidani tak faham permainan baru, dan di "Spin" oleh pemain kutu.Si penjuah permaidani meroyah makan diri.

Laksana jong sedang pechah.
Anak2 kapal berebut2 melarikan muatan tanpa berfikir untug nasib hidup atau mati.

Apabila sudah benci, mata memandang pun beserabut.

Bila nak merompak biarlah masa muda, mata terang, agar tahu kemana nak lari. Jika dah tua tu faham2lah nak berhenti.

Sang Syaitan memang makan tak pernah kenyang kerana tidak mempunyai hati perut.

Jika sudah tua tu faham2lah nak bersara, harta dunia bukan boleh dibuat masuk kubur.

Jika segala pelusuk tunjuk perasaan, faham2lah orang dah tak suka. Adalah kemaluan sikit nak rasa malu.
Turu2lah.......Myi


Anonymous said...

Saya bukan tak selera tapi nak muntah.

Ibrahim bidi said...

AA,

Umno membunuh semangat melayu untuk maju.
Umno itu sudah ketinggalan zaman kerana tidak pernah berfikir dan hidup mengikut peredaran zaman.
Umno hanya boleh mendapat sokongan org kpg shaja dan org asli.

Selain dari org asli dan org kg tua-tua, Umno hanya disokong oleh kapitalis dan warlords yang berkepentingan perniagaan aja.

Kelas menengah bertambah susah. Dia nak beli dgn BRIM. Kata org putih, it is insulting to our pride.

Umno berfikir rakyat bodoh tetapi sebaliknya rakyat nampak Umno itu lah yg bodoh.

Tinggalkan lah Umno ini. Umno merosakan nilai kehidupan kita.

Seri Makmur Pekan said...

Sdr ku AA

Najib desperate
Muhyiddin itu tidak kurang desperate nya.
Semua naib-naib presiden Umno tidak ada material kepimpinan.

Majlis tertinggi Umno semuanya lesu.
yang berada dalam kerajaan semuanya rasuah.

Apa yg nak kita harapkan lagi??