03 February 2013

Sekarang Mahathir minta semua mengundi parti pula

UMNO sedang berusaha dan mungkin telah dapat menyenaraikan ‘winnable candidate’ untuk pilihanraya kali ini. Itulah yang disebut-sebut setiap kali dalam mesyuarat dan perbincangan tentang pemilihan calon dalam UMNO sekarang ini. Tujuannya ialah untuk mendapatkan sokongan dan keyakinan rakyat untuk memperbaiki prestasi UMNO yang sudah merudum sekarang ini.

Semalam Mahathir berlainan pula pandangannya. Beliau meminta semua rakyat mengundi UMNO dan jangan memilih calon. ‘Siapa sahaja yang diturunkan oleh UMNO sebagai calon kita mesti undi’ katanya. Apa yang dikehendaki Dr Mahathir ialah rakyat tidak payah menggunakan otak dan pemikiran. Bagi Mahathir apabila rakyat memilih itu ikut sahaja siapa yang dicalonkan dan tidak payah berfikir banyak. Mahathir sudah biasa dengan membuat arahan sahaja dan arahan beliau mesti diterima.

Tidak berapa lama dahulu dia juga yang menyatakan UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi semalam beliau juga yang meminta kita mengundi parti yang beliau katakan busuk itu. Beliau juga yang mengatakan beberapa bulan dahulu UMNO sudah tidak ada apa-apa lagi, kerana yang pandai masuk PAS, yang baik sertai PKR dan yang bijak sudah menyokong DAP. Oleh itu jelas Mahathir ini tidak boleh di ikuti langsung kerana kita akan diperbodoh-bodohkannya sepanjang masa. Sesungguhnya Mahathir ini mudah lupa, bukannya Melayu yang mudah lupa seperti yang beliau katakan dahulu

Apa yang paling menariknya lagi, pada pilihanraya yang lalu Mahathir telah meminta rakyat jangan mengundi mengikut parti. Beliau mahukan rakyat memilih calon kerana jika parti menurunkan calon yang tidak baik maka ia tidak akan memberikan keuntungan kepada rakyat dan negara termasuk parti-parti yang menurunkan calon-calon itu. Semasa itu Mahathir berkata yang negara perlukan calon-calon yang baik dan mengikut kehendak masa dan zamannya.

Memang sikap Mahathir suka membodoh-bodohkan orang lain. Kita bukan tidak faham, tujuan beliau meminta rakyat mengundi calon bukannya parti dalam pilihanraya yang lalu, ialah untuk menjatuhkan Abdullah Badawi kerana beliau terlalu sakit hati dengan penggantinya itu kerana terlalu degil dan tidak mahu bertindak mengikut kehendak beliau. Semasa berkempen di Kedah dalam pilihanraya itu beliau hanya pergi ke Jerlun untuk membantu anaknya Mukhriz.

Tujuannya ialah untuk melemahkan keputusan pilihanraya itu. Dengan jatuhnya prestasi kemenangan BN maka mudahlah beliau untuk melakukan dan membantu sesiapa yang hendak mengambilalih Badawi itu dengan mudah dan kehendak beliau telah berjaya dilakukannya. BN menang tetapi hilang sokongan 2/3 dalam Parlimen. Maka mudahlah mendesak Abdullah untuk berundur. Najib pun naik setakuk lagi dan menjadi Perdana Menteri  sekarang ini, tetapi mempunyai terlalu banyak dan besar ‘baggage’ nya untuk menjadi seorang PM yang diyakini rakyat.

Walaupun Mahathir sudah membayangkan agar Najib perlu meletakkan jawatan jika keputusan PRU nanti lebih teruk dari keputusan PRU yang lalu. Tetapi kali ini Mahathir tidak boleh lagi meminta rakyat memilih calon dan bukannya parti. Jika itu masih menjadi saranannya maka UMNO akan kalah terus dan Mahathir sudah barang tentu memahami keadaan sekarang . Mahathir bukannya tidak faham keadaan sekarang. Beliau tahu UMNO sedang tenat dan imej UMNO begitu buruk dan parti itu sudah dianggap parti usang oleh majoriti rakyat termasuk orang Melayu sendiri.

Memahami keadaan itu sekarang lah yang menyebabkan Mahathir terpaksa mendesak semua pihak memberikan undi terhadap sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh UMNO nanti. Mahathir terlupa yang rakyat yang ramai-ramai ini pergi juga ke sekolah sikit-sikit dan rakyat mampu untuk memberikan pertimbangan yang wajar untuk kebaikan negara.. Lagi pun Mahathir sudah disedari oleh ramai yang beliau merupakan seorang yang terlalu mahir memutar belitkan kata-katanya sendiri serta keadaan politik negara. Mahathir mempunyai ‘stake’ yang begitu besar jika UMNO kalah.

Mahathir sudah sedar yang orang Melayu sudah memahami yang tanpa UMNO Melayu akan tetap boleh bertahan dan wujud dalam negara dengan kemajuan mengikut waktu dan zamannya. Dulu-dulu boleh lah Mahathir kelentong rakyat terutamanya orang Melayu yang tanpa UMNO Melayu akan mati dan pupus. Di Kelantan, rakyat sedar UMNO sudah berada di pinggiran tetapi tidak pula kita mendengar Melayu di situ mati bergelimpangan di jalan-jalan raya.

Malahan rakyat sudah sedar jika mahukan kemajuan, pemikiran rakyat tidak boleh dikongkong. Mereka sekarang ini sedar jika pemikiran rakyat dikongkong,  orang melayu tidak mampu untuk maju kerana pemikiran dan otak yang tidak pernah mempunyai pemikiran sendiri. Selama ini mereka hanya mengharapkan UMNO untuk melakukan pemikiran bagi pihak mereka. Akhirnya mereka sedar yang UMNO itu hanya lah menjadi alat kepada ‘warlords’ yang tidak pun membantu UMNO untuk kepentingan rakyat ramai. Rakyat sudah sedar yang UMNO yang memperlakukan rakyat sebagai lembu dan kaldai mereka sahaja untuk kepentingan segulungan kecil rakyat semata-mata.

Menolak UMNO itu merupakan satu tindakan yang mulia kerana membiarkan UMNO menggunakan kita sebagai kaldai itu adalah satu tindakan yang menzalimi diri sendiri. Rakyat mesti melakukan sesuatu yang memberikan kebaikan kepada rakyat yang ramai, bukannya untuk kebaikan Dr Mahathir dan konco-konconya sahaja. UMNO itu bukan kepunyaan Mahathir sahaja malahan UMNO sudah tidak di segani oleh banyak pihak kini.

Apa yang UMNO tahu hanyalah membeli perasaan rakyat dengan BRIM RM500 sahaja. Murah betul nilai jiwa rakyat ini dari pandangan UMNO terutamanya dari pandangan Najib.

Cukup-cukuplah rakyat diperkudakan oleh pimpinan UMNO selama ini. Kalau tidak kesian kepada rakyat yang ramai, setidak-tidak kesian lah kepada diri kita sendiri.

23 comments:

Othman Masri said...

Itu lah maknanya vision 2020 ..fikir-fikir lah sendiri..

Anonymous said...

Kalau lah PR xdpt tawan Putrajaya pd PRU13 ini, bererti Melayu memang bangsa yg BODOH & DAYUS. Silap2 langkah mungkin boleh jadi LEBIH HINA lagi, justeru PUPUS dari Bumi Malaysia

Anonymous said...

mantap artikel tuan AA..ameno dulu kini dan selamanya cuba bodohkan rakyat...alhamdulillah hnya yg dh nk dijemput Ilahi je (generasi tua)yg masih sokong parti karat tsb... insyaallah jika PR ambilalih Putrajaya.. rakyat akan hukum pemimpin2 yg tidak amanah..

Anonymous said...

Mahathir sedar yg dirinya adalah org yg pertama akan dicantas apabila pkr mengambil alih putrajaya nnti.dia akan berjuang mempertahankan diri dan empayarnya hingga ke titisan darah yg terakhir.pkr mesti berlaku adil.buktikan pd rakyat yg bukan dendam yg akan menghukum mereka2 ini nnti tp hukuman yg berlandaskan undang2.buktikan pd rakyat yg pkr adalah jujur,tulus dan ikhlas dlm menjlnkan tanggungjawab terhadap rakyat jelata bukan seperti mahathir dan konco2nya yg hanya mementingkan poket dan diri sendiri.

Amuraria said...

MAMAK MUDAH LUPA ! ABU !

Anonymous said...

Penghijrahan orang UMNO kepada pembangkan adalah tindaskan yang ikhlas kerana mereka itu tidak ada apa2 kepentingan jika dibandingkan dengan pemimpin UMNO sekarang beriyaiya sangat mahukankan sokonglahlah UMNO membabi buta termasuk memangkan setan yang ghaib asalkan parti umno.Pengundi dah bijak,dah berilmu,bermaklumat jadi biarkanlah mereka pilih pemimpin dan parti yang bolih menepati acuan pengundi tersebut.Jangan sekali2 perlekehkan pengundi kerana pengundi tidak ada sebarang kepentingan dalam pilihan raya selain dari kebahagiaan,keselesaan hidup yang ditadbir olih pemimpin yang bolih dipercayaai.Pemimpin UMNO p[erlu cerminkan muka dulu samaada semasa kamu jadi Menteri Besar dulu bersih sangat ke atau amanah sangat ke ?Ceramah umno diseluruh negara semuanya memperlekehkan ,menghina ,mengaibkan pembangkang yang sebenarnya diketawakan olih pendengar kerana pemimpin itu lagi teruk kelakuannya.Isa Samad misalnya cakap berapi dalam kempennya tapi ada kah usahawan melayu jadi jutawan semasa pemerentahannya ? ada ? .Yang ramai selepas peninggalannya ialah jadi musuh Mat Hasan dan bankrap .Jadi arahan suruh pangkah parti dah ketinggalan zaman dan satu penghinaan kepada pengundi ,jadi haraplah pengundi gunakan kepandaian untuk pilih pemimpin yang bolih dipercayaai untuk mentadbir negara jika gagal hanya kitalah yang dipersalahkan ...Wallah Hu Alaam...

Anonymous said...

Saudara AA and para blogger

Jika kaum Melayu masih ingin diperkudakan oleh golongan Mamak yang kian lama telah memperlembukan mereka, ke manakah masa depan kaum Melayu?

Salam.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Mahathir's stake in Malaysia

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

A true leader is someone who has the vision that focuses not just on one particular ethnic group in the country but instead nurture the future for everyone. A good leader is someone who knows what the biggest threat the country is facing and directs the people to stave off that threat. A good leader is also someone who is impartial in his ability to promote harmony in the country for as long as possible.

UMNO is a political loser leading the country to nowhere. They do not have the capacity or function to understand what is going on in the outside world. UMNO have no serious idea where Malaysia will be in the next 30 years. With the emergence of the three new superpowers, India, China and Russia, standing tall and alongside the USA and the European Union, UMNO knows nothing of the kind of world it will shape up to be and how Malaysia may or may not be able to share let alone compete for the ever diminishing slice of cake of the world economy.

UMNO only knows how to get the Malays to fight with other non-Malays on insignificant issues within Malaysia, while in the meantime everyone knows all too well that these issues are often times trivial, self-destructive and merely self-serving.

UMNO has no genuine interests in learning how their impoverished Malays will go on living in the future and they have no welfare concern as to what benefits them.

UMNO's chief aim is to garner votes from them. The practical outcome of the NEP is good enough evidence on how the party benefits the cronies but not the huge segment of destitute Malays. Despite all their despicable acts UMNO are still in the power because UMNO has successfully indoctrinated the majority of the Malays to be weak!

Anonymous said...

Apakah Mahathir sanggup menjadi bogeyman untuk selamatkan UMNO sekali lagi?

Anonymous said...

Pak Aspan,

Why UMNO CANNOT be trusted

Anonymous said...

Tuan,

Saranan tuan tentang taktik taktik Mahathir patut di fikir dengan mendalam olih ahli UMNO dan rakyat biasa.

Yang lebih mengharukan adalah bagaiman beliau menuduh Abdullah Badawi menyebabkan kekalahan banyak kerusi BN dalam pilihanraya 08.Sedangkan Beliau lah yang Amat bertanggungjawab dengan kempen b eliau mengutuk dan menghuduhkan Badawi di masa pilihanraya tersebut.




Joe Black

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Absolutely right!!! Itulah dia kerja mamak celaka Mahathir bapa syaitan ni: "yes boss!!!" Kan sama dengan perangai Fir'aun yang berkata: "Akulah Tuhan kalian yang tertinggi!!" ...

Nak tau satu cerita tak? Dalam satu aktiviti BR1M terbaru, tokoh UMNO berkenaan bukan main cakap berapi; kononnya cukai kita kutip tahun lepas dah cecah 15 billion, that's why Najib masih mampu tepati janji untuk meneruskan pemberian ini. Malah, katanya, ekonomi Malaysia belum macam Singapura, Thailand, Amerika dan lain-lain yang dikatakan merudum dik krisis; lalu bermulalah perang "psychology" demi menonjolkan kebaikan dirinya, khasnya, serta UBN yang dah nak mampus ni. Oleh itu, cubalah kita renungkan, adakah calon-calon Democrat dan Republican, umpamanya, bersentimen sebegitu rupa? Ayuh! Bangkitlah! Dia bagi kita ambil; tang pilih nanti, suka hati kitalah, kan?

Terima kasih dan salam jihad.

KEYANG DOT said...

Setiap malam semua TV 1,2,3,9 dan station lain highlight ucapan Najib dan pemimpin UMNO yg lain.Najib dan Hisapmudin malam ni memcerca PR.Kononnya PR menabur fitnah.Sebaliknya mereka menabur fitnah ttg PR tak apa!.

Semua TV perdana digunakan at the fullest dg fokus muka dan ucapan mereka saja.Parti Pembangkang tidak diberi peluang mengguna TV perdana.UMNO fikir semua TV perdana mcm bapa mereka punya!Demokrasi apa ni? Amerika tidak begini mahupun United Kingdom.

Demokrasi yg ada ini semuanya tinggalan saki baki dari madeiyy.Madeiyy pula dg fahaman ISA" winner takes all".

BRIM telah bermula sekarang.Jika maasa Madeiyy dulu sorrylah.Mamak ini tidak akan bagi sekupang(sepuluh sen) pun.Semua barang-barang lama dia lelong.Madeiyy perhabis duit rakyat! forex,perwaja dan lain-lain.Bila dia kalah Forex,dia salahkan G.Soros!Kaki pelingkup duit Rakyat ttg Forex ,siapa lagi? jika tidak Mohd nor yaakob, mamak tongkang dari Penang.

Eloklah UMNO direhatkan dari landskap politik Malaysia dalam PRU 13 nanti!

Keyang Dot

azdes said...

apelah yang nak dikomen sangat tentang orang tua ni, makin hari makin racau dia kerana makan banyak sangat pas tu ajak anak2 makan sama pulak ni la akibatnya. doakan dia hidup lama lagi biar dia tengok ape yg dibuatnya selama ini. tuhan bayar cash la ni x tunggu mati...

Anonymous said...

Hakikatnya ialah pemimpin umno ni bijak. Terutamanya Dr M. (Nota: jgn kutok mamak sebab belah PR pun rmai mamak). Dgn kebijakan, mereka kekal-bodohkan melayu. Dgn kebijakan mrk takut-ugutkan melayu. Mereka bjaya. Nah hasilnya lebih 50 tahun dpt terajui negara. Kalau mrk beri ruang kebijakan dan d.emokrasi maka Pak BJ Habibie mungkin bguru dr umno. Cuma dpt sepenggal mmerintah, tapi ruang kebijakan dan bersuara telah disubur di Indonesia.; Malangnya H abibie blajar dr negara hitler bukan dr negara kita. Maka 50 tahun lah melayu telah dilayu dan di bodoh-bebalkan oleh umno. Cerdiknya org melayu ni kerana mengaji jahama dan quran. Tok nenek yg mengutamakan kitab jahama dan quran ni, anak cucunya lah yang pintor berani melawan birch dan umeno.

Anonymous said...

Cubaan Mahathir membangsatkan rakyat as if he is still in power!

Rakyat dah kenal mana kaca, mana permata dan selepas lebih 50 tahun di bawah regim BN, rakyat ibarat jauhari yang amat mengenali "manickam".

Kalau dulu kami di bulan purnama sering berkias, letaklah siapa saja waima lembu pakai skirt atau kambing pakai songkok tinggi, BN akan menang.

Situasi ternyata amat berbeza sekarang. Rakyat semakin bijak dan enggan lagi diperkudakan.

Ayuh PR, maralah ke Putrajaya!

KOJEK

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Allahu akbar! Alhamdulillah! Nah, berdasarkan kesemua 16 ulasan yang sempat saya tinjau sehingga setakat ini, nampaknya semuanya telah dapat melihat kejelikan UBN di bawah dakyah bapa syaitan nan kurang ajar ni. MCA melalui ketuanya pun tak kurang hebat ... Sampai dah makin meningkat meracaunya ketika pda satu aktiviti baru-baru ini, menagih tepuk sorak audience ... Kalian bolehlah baca apa ulasan Penasihat DAP akan tragedi memalukan sebegitu rupa. Tapi, apa nak buat; bila cukai dah kutip punyalah banyak lalu dibazirkan untuk tembolok sendiri, sentimen dan rohani sekalian rakyat saban waktu diledakkan dengan bom C4, ditambah sokongan padu para ulama "su'" (ulama jahat kaki ampu demi fulus) ibarat, kalau tak melampau untuk saya sebutkan, Hang Tuah yang sanggup mengorbankan Jebat, menyebabkan penguasaan 3m sepenuhnya, mereka pun berlagaklah macam Tuhan ... Lantas, marilah kita cantas mereka habis-habisan sebagaimana mereka cantas kita selama ni, k?

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Here is a little motivation song for all Malaysians, please share it:

Malaysia Maju Jaya Ini Kali Lah
http://www.youtube.com/watch?v=M2OMv7ezhqM

Anonymous said...

Pendekatan yg perlu diambil apabila berhadapan dengan arahan Mahathir ni mudah saje berlandaskan pengalaman yg kita sama-sama lalui.

Apabila Mahathir kata pangkah polan bin polan, kita pangkah yang lain dari apa yg dia suruh, InsyaAllah selamat. Kalau kita tak pasti dlm satu2 perkara yg Mahathir utarakan, cara yg selamat ialah jangan ikut kata dia. Buktinya, kerana mengikut kata Mahathirlah rakyat menanggung kesusahan tapi dia dan keluarganya senang lenang.

Anonymous said...

kalau begitu, baik diadakan pemilihan antara parti saja, setelah disahkan kerusi tersebut milik bn, baru calun ditentukan oleh ahli bn kerana selama ini saya dapati calun yang dipilih adalah ditentukan bukan oleh para pengundi tetapi pihak pucuk pimpinan tertinggi parti yang langsung tidak tahu apa yang berlaku diperingkat akar umbi

Harmi Harun said...

Mamak pandai buat lupa
tapi tak lupa macam Melayu....

Anonymous said...

Umno perasuah...
"Kita mesti bentras rasuah"
...Apa kata TDM pasal rasuah...
www.youtube.com
Anwar Ibrahim - Siapa mau 5 juta?