01 February 2013

Dari dulu hingga sekarang UMNO dipecah-belahkan oleh Mahathir

Dr Mahathir semalam berkata nasib Najib bergantung kepada kehendak UMNO jika BN tidak dapat kejayaan lebih dari apa yang diperolehi oleh Abdullah Badawi dalam pilihanraya yang lalu. Beliau memberi pandangan peribadi beliau yang Najib sepatutnya memberikan laluan kepada Muhyiddin Yassin jika prestasi BN lebih lemah dari pilihanraya ke12 dahulu.

“Hanya nasib Najib tidak berapa baik kerana beliau mewarisi kerajaan lemah Abdullah Badawi dahulu” kata Mahathir lagi. Walau bagaimanapun Mahathir berpendapat perkara itu terpulanglah kepada UMNO untuk menentukannya. Kenyataan Mahathir ini merupakan satu kenyataan yang membawa makna seperti yang diduga oleh banyak pihak. Menggalakkan Najib untuk mengambil alih Abdullah dahulu merupakan tindakan sementara sahaja.

Najib merupakan pemimpin yang paling sesuai untuk dijadikan ‘stop-gap Prime Minister’ kerana dari awal lagi semua pihak tahu yang Najib tidak boleh kekal kerana mempunyai ‘baggage’ peribadi yang terlalu besar. Keadaan Najib tidak membolehkan beliau kekal lama sebagai Perdana Menteri. Sesungguhnya Dr Mahathir mahukan Muhyiddin untuk mengambilalih kepimpinan negara dari Najib dalam tempoh yang singkat sahaja.  Maka isu yang dipergunakan untuk menaikan Muhyiddin secara ‘expedient’ ialah isu dan masalah peribadi Najib itu sendiri.

Dalam pada itu Dr Mahathir pun tidak mempunyai keyakinan yang penuh tentang kemampuan Muhyiddin itu. Seperti biasa beliau sedaya upaya mahukan Muhyiddin mengambilalih untuk membuat persediaan untuk seorang ahli keluarganya untuk menggantikan Muhyiddin pula. Jika alasan Muhyiddin adalah orang terbaik untuk menggantikan Najib, ia merupakan alasan yang meleset.  Waktu akan menentukan yang Muhyiddin akan menghadapi masalah yang sama apabila Mahathir mahu menurunkan beliau (Muhyiddin) untuk memberikan laluan untuk keluarga beliau mengambil alih kepimpinan negara suatu masa yang tidak berapa lama lagi.

Pendeknya Mahathir tidak pernah mahukan dan menyayangi sesiapa pun di dalam politik ini. Hanya mereka yang lemah tetapi bercita-cita tinggi dalam UMNO itu mengambil kesempatan untuk menjadi pemimpin sementara Mahathir menunggu orang yang sebenar-benarnya menjadi pucuk pimpinan negara itu menjadi kenyataan. Apabila sampai keadaan itu barulah negara mempunyai kepimpinan yang terbaik dalam sejarah kemerdekaan negara kepada Dr Mahathir.

Itulah politik Dr Mahathir. Bagi Mahathir yang paling utama ialah peribadi dan keluarga. Selepas itu untuk parti kerana parti itu boleh menaikan keluarga dan kehendak beliau kerana parti hanyalah alat untuk memudahkan mendapatkan kehendak dan kemahuan beliau. Selepas itu barulah untuk negara. Negara merupakan isu yang paling akhir dan tidak mempunyai prioriti langsung bagi Dr Mahathir.

Semasa beliau mengambilalih kepimpinan kerajaan dengan pengorbanan rakan-rakan seperjuangan Mahathir merupakan seorang PM yang tidak mempunyai ‘grassroot’ yang kuat. Mahathir memulakan kepimpinan negara dengan menyisihkan pemimpin sebarisan dengan beliau secara sistematik. Jika dikaji dan dipandang dari apa sudut sekali pun Tengku Razaleigh lah yang sepatutnya menjadi pemimpin selepas beliau. Tetapi beliau tidak mahukan Tengku Razaleigh kerana beliau tidak mahu dibayangi oleh TR yang semasa itu menjadi ikon kepimpinan dalam UMNO. Jika TR menjadi Timbalan beliau niat beliau untuk menjadi Perdana Menteri berdekad-dekad lamanya itu tidak akan tercapai.

Seperti beliau gunakan Muhyiddin sekarang ini semasa itu beliau menggunakan Musa Hitam yang kebetulan juga seorang yang bercita-cita tinggi tetapi tidak dapat menyaingi kepopularitian TR. Mahathir memilih Musa untuk menyaingi TR dengan menggunakan pengaruh beliau (Mahathir) dengan merancang pertandingan Timbalan Presiden pada tahun 1981 dahulu. Padahal beliau tidak juga menyukai Musa. Musa hanya di perguna untuk melemahkan TR secara sistematik. Akhirnya Musa sendiri terpaksa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana Mahathir meletakkan mereka yang tidak sebulu dengan Musa seperti Daim dan Anwar Ibrahim yang baru menyertai UMNO semasa itu.

Begitulah cara Mahathir bermain politik. Beliau tidak memberikan tumpuan untuk membentuk kepimpinan, sebaliknya semua pemimpin didikan Tun Razak itu dilaga-lagakannya untuk meletakkan beliau duduk dengan aman dalam jangkamasa yang amat lama. Ghaffar Baba mengambilalih dan selepas itu Ghaffar di jadikannya mangsa dengan merancang Anwar untuk menandingi Ghaffar sehinggakan Ghaffar lari dan meletakkan jawatan sebelum pertandingan parti di adakan pada 4hb November tahun 1993 dahulu.

Selepas itu terjadi pula perpecahan beliau dengan Anwar yang membawa  kepada UMNO sehingga hari ini dan menggantikan pula dengan Abdullah yang begitu lemah dalam memimpin negara. Abdullah yang sedang mengantuk di sorongkan bantal semata-mata untuk menggantikan Anwar dan semasa itu beliau sudah mentadbir negara selama 22 tahun mengikut sistem beliau yang membawa perpecahan itu. Beliau tahu Abdullah bukannya ‘material’ sebagai seorang PM tetapi beliau merancang untuk menjadi de facto Perdana Menteri menggunakan Abdullah yang beliau sangkakan boleh dipusing kepala dari luar.

Malangnya Abdullah yang lembut itu rupa-rupanya seorang yang degil dan tidak mahu mengikut telunjuk dan kemahuan beliau maka Abdullah di hinanya dan bertindak mahu menjatuhkan Abdullah dan beliau sanggup meninggalkan UMNO sebentar sementara Abdullah di buang atau meletakkan jawatan.

Beliau tahu Najib juga bukan material sebagai seorang PM yang baik tetapi beliau gunakan Najib untuk menolak Abdullah dan sekarang permainan yang sama sedang berlaku dan menggunakan kelemahan Najib yang beliau tahu dari awal lagi. Niat Mahathir sekarang ialah untuk membawa Muhyiddin pula kepucuk kepimpinan negara. Beliau akan terus melakukannya jika beliau berupaya untuk melakukannya. Akhirnya Muhyiddin sendiri akan diketepikan dengan menggunakan kelemahan Muhyiddin yang tidak kurang teruknya jika dibandingkan dengan Najib.

Apabila berlaku satu di antara dua kejadian sahaja yang akan memberhentikan Mahathir melakukan kerja mengadu-domba ini. Yang pertamanya jika beliau tiada lagi dalam dunia ini dan keduanya jika Mukhriz berjaya mencecah pucuk pimpinan negara kita ini.

Sementara menunggu niatnya itu terkabul kita semua akan jahanam dan politik negara tidak akan dapat dikenali oleh sesiapa lagi.

Itulah sebabnya rakyat perlu melakukan perkara yang sangat penting untuk dilakukan…iaitu kita tolak sahaja UMNO dan BN dalam pilihanraya ini sebelum nasi menjadi bubur untuk negara kita ini.

Kita hanya mempunyai masa dua bulan sahaja untuk melakukan kerja yang baik untuk masa depan negara. Rakyat harus berpakat-pakat untuk membetulkan kembali landasan perjuangan rakyat dalam negara kita yang sepatutnya sebuah negara demokrasi ini.

Jangan segan silu untuk bertindak dan jangan merasa takut untuk melakukannya. Lagi kita merasa takut lagi mereka (UMNO) ini akan menekan pemikiran rakyat sehingga tidak ada lagi rakyat yang boleh berfikir dan mempertahankan nilai kemanusiaan yang di berikan akal dan fikiran oleh Allah swt.

14 comments:

Sikitol/Mudaliar Malang said...

Salam Tuan Aspan dan semua,

Satu-satu cara untuk mengekang tindakan Bapak Iluminati Malaysia yang tidak bermaruah ini adalah dengan ABU.

Nak harapkan Melayu Bersatu tidak mungkin kerana masih terlalu banyak keturunan belukang2 yang masih selesa dengan habuan kecil yakni 1/8 faraid samunan hasil negara. Belukang yang kerja hanya mengipas supaya menang sorak negara tergadai.

Perlu diingat bahawa silahanat yang tidak bermaruah ini adalah manusia :-
1)Perosak sistem kerajaan dan raja,
2)Perosak sistem perlembagaan, 3)Perosak sistem kehakiman,
4)Perosak sistem ekonomi,
5)Perosak sistem politik,
6)Perosak ekologi dan sosio budaya
Malaysia.
7)Perosak sistem pembangunan negara
dengan amalan mark-up keji
melibatkan rasuah keji, kroni
keji & nepotisme keji.
8)Perosak bangsa, agama dan negara
9)Akhir sekali silahanat ini akan
menjadi Perosak diri dan
keturunannya sendiri.

Memang telah ditakdirkan dari 1/2 kurun dulu bahawa hantu Sikitol dan Mudaliar telah hidup meresap ke dalam manusia2 malang di atas.

Sikitol/Mudaliar Malang

Anonymous said...

Itulah dia politik licik yang dibawa mahathir..daripada TR,TGB,dan DSAI semuanya dicantas..dan sekarang seolah-olah mahathir seorang sahaja yang cerdik..ini kerana tempoh dia menjadi PM selama 22 tahun itu terlalu lah lama,dan nama2 besar diatas tidak berpeluang untuk menjadi PM dan melakukan sesuatu untuk Bangsa dan Negara..begitu bijaknya mahathir cantas mencantas..dan Mahathir pula seorang "Mamak Kuty" yang lebih dahulu memahami budaya,otak dan cara melayu yang ringkas dengan bukunya Melayu Mudah Lupa..

Anonymous said...

Saudara AA dan para blogger

Dendangan Frank Sinatra memang sedap didengar, "I did it my way". Ynag lain yang tidak sebulu dengan beliau cuma ada satu pilihan, iaitu 'the highway'.

Anonymous said...

Beginilah risikonya jika kita kekalkan BN memerintah negara ini selepas PRU13. Tolak BN dari sekarang!

Anonymous said...

AMANAT NAJIB KEPADA MACAI

TOLONG FITNAH DAN KHABARKAN PERKARA BURUK SAHAJA TENTANG PR TERUTAMA HINA ANWAR SEBAGAI ALJUBURI,AGEN YAHUDI,AGEN ZIONIS
HINA NIK AZIZ SEBAGAI NIK NAJIS,KUDA TUNGGANGAN DAP

YANG BENAR
LAKI ROSMAH MANSOR

SEBARKAN KEPADA SEMUA

Alok Stak said...

UMNO telah ditubuhkan oleh Onn Jaafar.Mahathir pula menjahanamkan UMNO.Satu tu Turkish, yg ini pula mamak kerala,India.Eloklah sangat lah tu.......

nasihat kpd Mahathi- bila malam itu diisythiharkan UMNO kalah dalam PRU 13, cepat-cepatlah kau lari ke luar negara Mahathir.Jangan lupa bawa barang berharga!.UMNO mamak ni akan terus tidak bermaya.

Inilah kehebatan Madeiyy......

Aloq Stak

penyatarahman said...

Izinkan saya bentang teori 10 tahun Dr.M.
1969: Dr.M bergaduh dengan Tunku. Geram kerana kalah pilihanraya mungkin. Lalu disebarkan surat mengutuk Tunku. Umno pun berpecah akibat hasutannya itu.
1978: Tun Hussein Onn dalam dilema memilih calon Timbalan Presiden yg bakal naik jadi PM. Patutnya calon lebih senior Ghazali Shafie, KuLi dan Ghafar Baba dilantik. Tapi pandai pula Dr.M bermain politik. UMNO kalut dan ada bibit2 perpecahan. Dr.M yg paling junior akhirnya dilantik.
1988: Sejarah buat Umno. Tahun Umno hancur binasa. Mungkin akibat doa mangsa Memali. Tunku, Husein onn turut bersama menentang Dr.M (Melayu perlu disedarkan, ayat kenanglah jasa umno' tidak valid kerana semua bekas presiden umno pernah menentang umno kecuali tun razak dan tun lah)
1998: Dr.M vs Anwar. Melayu pun berpecah sekali lagi kerana Dr.M. Kali ini orang bukan melayu bersalah kerana 1999 umno hanya dapat undi cina, india & pos. Umno patut jadi history.
2008: Dr.M vs Paklah. Pun kerana hasutan Dr.M. sekali lagi perpecahan melayu terjadi.
2018: Selagi Dr M masih ada; perpecahan Melayu akan terus jadi agendanya.

Anonymous said...

sbb aper mahathir al kuttey senang memecah belahkan UMNO/BN.....sbbnyer kat dlm UMNO/BN dah tak der org yg ber"telur"..tak der yg cerdik dan pandai....semuanyer bodoh piang...sbb senang ajer di'pukau' oleh mahathir al kuttey dgn kata2 sesat laratnyer tu....semuanyer kaki kipas...kalu semuanyer mcm DSAI.....'bonyeh' celah kelangkang mahathir......

Anonymous said...

Pak Aspan,

What does a coward do when he is cornered?

Anonymous said...

Pak Aspan,

Bad leaders blame others.

Autocratic leaders often resort to blaming others when things go wrong, rather than taking responsibility for all that happens.

This “Old School” management style is synonymous with what many people think is leadership. This model operates on fear whereby the team member must perform or we’ll remove their ability to pay their mortgage, kids’ educational expenses, etc.

It's time to shift from old school to new social leadership. Good leaders don’t have to resort to primeval methods of control and manipulation.

Leaders of today need to create the safety, belonging, and mattering which are essential to our brain and our ability to perform at work, at home, and in our life overall.

The greater the feeling of safety, both mentally and physically; the greater the feeling of connection with others, or the feeling that we’re in this together and we belong together; the greater the feeling that we personally matter and make a difference and are contributing to the greater good to the nation.

Anonymous said...

Apa yg kata kan AA & komen2 di beri sini, semua nya betul TAPI bilangan Melayu yg faham macam ni SANGAT2 SIKIT. Masih ramai Melayu yg senang di perdaya & di tutup mata dgn Wang ringgit. Kalau yg masih suka Utusan & Metro pasti gagal lah kita utk ubah fahaman mereka

Anonymous said...

Terlebih dahulu saya nak minta izin tuan tanah menggunakan ayat "direct" di bawah..

Dunia tak kan aman selagi adanya Amerika dan Zionis Laknatullkah..

Begitulah apa yang ternampak dunia kini dari segi ekonomi dan politik adalah catuan Amerika dan Yahudi..

Negara-negara kecil yang lain cuma menuruti atas faktor desakan ekonomi dan ketenteraan..

tidak berat untuk saya samakan Mahathir dalam situasi di atas..

Malaysia dan melayu khususnya tak akan aman selagi adanya insan bernama mahathir.begitulah landskap politik umno/melayu dalam umno kini hasil ciptaan makhluk kotor ini..

antara regim diktator dalam dunia ini yang belum lagi dibicarakan berbanding regim lain mengikut wikipedia..

cuma bezanya Melayu tidak melawan bukan dek kerna ekonomi atau kekuatan,tetapi itulah Melayu yang ada sekarang tak ade balls, merasakan diri mereka bodoh akibat dari momokan Mahathir ini..

mahathir begitu untung dek kerana sifat Melayu yang otaknya ringkas ini..

Saya teringin untuk melihat Pembangkang menawan Putrajaya..nak nilai dengan adil segala kebaikan,keburukan,kerosakan yang di buat makhluk bernama Mahathir ini..

Aznan BH said...

Pada pemerhatian saya, kaum perempuan yang veteran lebih ramai yg masih sokong UMNO. Mereka ni golongan yg buta politik, kurang cerdik, senang disogok,ahli2 pengikut2 berita2 panas artis dan drama TV3, RTM dll, sembang2 kosong sesama perempuan, kuat dengki-mendengki dan duit sebagai pegangan hidup.

% Wanita umur > 40 tahun (lulus setakat SPM) keatas sokong UMNO = 80%

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Barangkali, inilah mustajabnya doa Al-Marhum Mantan Presiden PAS, Al-Fadhil Al-Ustadz Fadzil Noor (maaf, kiranya salah ejaan). Sebelum beliau meninggalkan dunia dan kita, beliau sempat mendoakan agar mamak celaka ini dipanjangkan umurnya agar dia sempat dipertontonkan dengan pelbagai kerosakan yang dicetuskannya sepanjang hayatnya. Ini bukan bermakna kita terlalu mengagung-agungkan mana-mana tokoh; cuma, apa yang jelas nyata kini sudahpun dimaklumi semua pihak. Namun begitu, di sinilah yang dikatakan peranan aqal yang dipandu nur dan hidayah-Nya dalam mengimbangi emosi. Justeru, saranan saudara pada beberapa posting yang lalu agar UMNO dan BN ini bertukar ke kerusi "PEMBANGKANG" tersangat wajar, supaya pada masa itu, mereka akan benar-benar bermuhasabah akan salah silap serta pelbagai bentuk jenayah dan penganiayaan yang mereka lakukan terhadap kita. Sekaligus, sekalian ahzab bapa dajjal 1-Malaysia, Mahathir ini, sama ada mampus atau berambus ... insha Allah. Oleh itu, apa mau tunggu lagi, kan?

Terima kasih dan salam jihad.