19 February 2013

Sebenarnya siapa menggigit tangan yang memberi?...Dr Mahathir atau...

Kali ini peneroka Felda pula yang menjadi sasaran kempen Dr Mahathir dalam siri lawatan beliau berkempen pilihanraya yang akan datang ini. Peneroka Felda merupakan satu golongan besar yang mampu melakukan perubahan kepada struktur politik negara kerana kumpulan ini merupakan kumpulan yang besar dan berkolompok dan menjadi rebutan kepada semua pihak yang bersaing dalam setiap kali pilihanraya.

Dr Mahathir seperti biasa menggunakan isu membalas budi untuk mendapatkan sokongan peneroka bagi UMNO yang kian hari kian menipis sokongan dari rakyat termasuk orang Melayu sendiri. Kalau selama ini peneroka Felda menjadi kubu untuk UMNO tetapi kali ini arus perubahan yang sedang berlaku di negara sekarang sudah menular ke dalam penempatan peneroka di rancangan Felda.

Isu menggigit jari pihak yang memberi makan itu tidak timbul dalam politik kerana peneroka juga merasakan tanggungjawab mereka terhadap negara yang mereka cintai itu. Mereka sudah tidak mahu terikut-ikut dengan nasihat lapuk dari pimpinan UMNO dan BN sekarang kerana peneroka juga bertanggungjawab terhadap  keselamatan masa depan anak-anak dan generasi mereka.

Nasihat Dr Mahathir itu satu nasihat yang terbalik arahnya. Sepatutnya nasihat itu datangnya dari peneroka kepada pimpinan UMNO yang telah menggunakan kebaikan hati peneroka selama ini sebagai satu kelemahan yang boleh diambil kesempatan dan dijadikan sebagai dahan-dahan bengkok untuk kera-kera liar meniti.

Peneroka juga mempunyai hati dan budi yang tinggi dan kerana hati budi yang tinggi terhadap negara itulah mereka sudah ramai keluar bertindak untuk menolak satu kerajaan yang tidak boleh menjamin masa depan rakyat dan generasi mereka. Peneroka terutamanya bagi generasi kedua sekarang ini mengambil tanggungjawab untuk bersama membanteras kelakuan pimpinan yang rasuah dan menggunakan kesempatan keatas rakyat termasuk peneroka yang baik hati selama ini.

Negara yang memberikan mereka tanah dan ladang dan mereka telah bersetuju untuk membayar segala apa yang mereka telah dapati. Mereka tahu dan memahami yang kerajaan telah mengambil segala kesempatan ke atas mereka untuk keuntungan golongan kapitalis besar yang menjadi kroni kepada kerajaan dan parti yang memerintah. Letih rasanya untuk mengulangi apa yang UMNO telah lakukan terhadap mereka.

Hanya peneroka tahu dan faham yang mereka mula bertindak untuk melakukan perubahan itu di atas sebab-sebab dan alasan yang kukuh. Lagipun sememangnya tanggungjawab mereka untuk bersama rakyat yang lain untuk menukar kerajaan yang sedang ketagih rasuah dan gila kuasa sekarang dengan kerajaan yang baru yang lebih meyakinkan.

Masakan kerana budi kerajaan itu perlu dibalas dengan sokongan berterusan walaupun kerajaan itu telah melakukan segala gejala yang buruk terhadap negara sekarang ini. Memberikan sokongan terhadap mereka yang telah menyeleweng itu adalah satu fardu kifayah dan ia wajib dilakukan dalam pilihanraya ini. Kita ada kata-kata dan perbidalan bagi menguatkan alasan untuk menukar kerajaan hari ini, iaitu ‘raja yang adil raja disembah, raja yang zalim raja disanggah’.

Apa yang benar-benar merosakkan negara serta siasahnya ialah kerana sikap kita menggunakan nilai berterima kasih itu tanpa berlandaskan kepada moral yang betul. Apa yang sedang dan telah pun ditanam oleh pihak kerajaan ialah untuk mereka terus menerima terima kasih kepada mereka walaupun mereka sudah hilang kelayakkan moralnya untuk mentadbir negara kerana perlakuan buruk yang terbentuk oleh kerana kuasa yang mereka (UMNO) tidak rela melepaskannya.

Bagi Dr Mahathir isu ini sememangnya isu yang paling mudah bagi beliau dan beliau tidak mempunyai alasan lain untuk memberikan sebab kenapa mereka mesti terus berkuasa. Nilai membalas budi ini pun tidak ada dalam diri Dr Mahathir itu sendiri. Mahathir telah menggigit tangan Hussein Onn dengan secara halus kerana mahukan jawatan yang di pegang oleh orang yang melantik beliau itu sendiri.

Mahathir telah meninggalkan UMNO ciptaan beliau semasa menghadapi pilihanraya yang lalu. Yang terlebih besarnya Mahathir telah menggigit parti UMNO yang telah menaikkan beliau dengan mengharamkan parti itu pada tahun 1988 dahulu. Mahathir telah membuang secara sistematik semua rakan-rakan seperjuangannya dalam kerakusan kuasa yang beliau  telah nikmati dengan sokongan rakan-rakan beliau sendiri.

Orang yang baru dua puluh tahun menyertai UMNO ini tidak akan memahami siapa Dr Mahathir ini sebenarnya. Tetapi kenaifan mereka tidak boleh menghalang sesiapa yang telah melalui sejarah dari awal politik negara kita. Mahathir bukannya menjadi Perdana Menteri kerana kekuatan beliau, tetapi kerana pengorbanan rakan-rakan seperjuangan beliau yang akhirnya beliau ketepikan secara sistematik itu.

Bagaimana Dr Mahathir hendak menyorokkan sifat menggigit tangan yang memberikan beliau makan kepada mereka yang sudah lama terlibat dengan politik negara kita ini? Dr Mahathir boleh temberang sekehendak hati beliau tetapi kepada yang mampu untuk mentelaah kejadian-kejadian yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri tidak akan dapat lari dari mengakui yang hampir kesemua gejala buruk yang terbentuk di dalam UMNO itu adalah hasil tangan Mahathir sendiri.

Sekarang orang yang telah menggigit tangan dan jari semua orang yang memberikan beliau segala-galanya ini menasihatkan orang lain supaya jangan menggigit tangan yang memberi itu. Entah apa sebabnya Mahathir sedang begitu kelam kabut dengan pertukaran pemikiran rakyat kali ini hanya beliau sahaja yang tahu.

Tetapi hukum akal mengatakan Mahathir merupakan orang yang terlalu takut kepada perbuatan dan kesalahan yang telah beliau lakukan sendiri. Beliau takut kepada demokrasi dan beliau tidak mahu menerima ‘consequence’ kepada demokrasi itu.

Itulah sebabnya demokrasi itu bukan semata-mata untuk memenangi pilihanraya tetapi demokrasi itu wajar selari dengan moral demokrasi itu sendiri. Dr Mahathir tidak mampu untuk melaksanakan demokrasi selari dengan moralnya sekali.

Kepada penoroka Felda, tuan-tuan semua berhak memantau kelakuan dan sikap pimpinan yang ada sekarang. Apa yang saudara lakukan dalam pilihanraya nanti mestilah berdasarkan kepada moral kepimpinan yang ada pada hari ini dan tidak semata-mata mengenang jasa pihak yang telah menjadikan negara kita ini tidak mempunyai siasah dan politik yang bermoral.

Kalau hendak mengenang jasa itu kenanglah jasa negara, bukannya kepada parti yang sedang dalam ketagihan dan kerakusan kuasa itu. Tidak wajar kita mempercayai laungan UMNO yang orang Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO hilang kuasa.

Malahan jika orang dan pemimpin UMNO yang ada pada hari ini terus mendapat mandat, Melayu akan hilang dunianya dan segala-gala yang ada pada mereka sekarang ini. Peneroka mesti ingat UMNO telah di beri isyarat sejak dua puluh tahun lebih dahulu untuk memperbetulkan keadaan tetapi mereka tidak melakukan apa yang wajar.

Sekarang ini UMNO melutut pula untuk terus mendapatkan sokongan ramai. Janji-janji mereka untuk memperbetulkan keadaan ini telah kita dengar setiap kali pilihanraya mendatang, tetapi kita lihat sendiri tiada apa yang dilakukannya untuk memperbaiki imej dan moral mereka walaupun masa yang banyak telah diberikan kepada mereka untuk berubah.

UMNO sudah hilang segala-galanya. Jika benar UMNO itu parti yang bertanggungjawab selama ini masakan negara kita berada dalam situasi yang kita alami sekarang ini. Ingat, UMNO tidak akan berubah. Jika ada pun perubahan ia adalah perubahan yang seperti kata perbilangan Inggeris, perubahan ‘from bad to worst’.

Kita kena berubah. ‘It’s now or never!’.

18 comments:

giorgio said...

Saudara Datok Aspan,

Saya membaca dan manbaca, Shahbudin menulis bahawa orang cina terus menolak BN kali ni, dan apakah ada kemungkinan orang cina menjadi mangsa jika PRU13 jatuh pada Pakatan, orang cina tahu BN tidak menpunyai masa depan untuk mereka, apakah kalau Pakatan menang kali ni, perlindungan ke atas orang cina kerana sikap sikap, ayat demi ayat yang digunakan oleh BN, seolah2 seperti memberi amaran kepada rakyat negara kita. Orang cina bertanggung jawab peristiwa 13 May, tapi apa2 pun memerlukan sepasang tangan untuk bertepuk. Pak Aspan tahu dari dulu hingga ke hari ini Landscape political negara kita..bagi saya Tunku la yang betul2 sayang kepada Malaysia, Tunku juga nampak seorang yang mengarang buku The Malay Dilema tu amat merbahaya kepada Malaysia, masakan orang UMNO sendiri tidak menampakkan bahayanya dan membawa Malaysia ke arus selatan...
Terima Datok Aspan

orgjitra said...

Awat la jadi lagu ni Tuan Aspan.....
Negara lain pun buat juga hospital, buat jalan, buat sekolah,buat macam-macam untuk rakyat, tak pula minta dibalas budi kerajaan.
Makin tak faham la dengan dia ni!!!

Anonymous said...

We have ourselves to blame for being influenced by evil/bad political 'leaders'.

These evil people in position of power, trust and influence will always find ways to exploit our dark/evil side with for their selfish and narrow interests at all costs.

Until strong, good and capable leaders are elected to lead the country, NOTHING is going to change and there is no quick fix.

Anonymous said...

BN tok sah bagi RM500;RM250; RM1.00 dan blah,blah,,blah. Kalau nak menang senang aje turun harga beras, gula, tepung, minyak masak dan petrol. Keperluan rakyat Malaysia seharian.Tak perlu minta belas kasihan rakyat.Macamlah dulu kita nak sekolah bapak kena minta sana minta sini duit ke nak belanja sekolah.Fikir-fikirkan lah

Anonymous said...

The 'GAME' is getting hotter?

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/02/19/act-on-ridhuan-or-face-music-minister-warned/

Here comes the NEW TAMIL HERO, son of SEMI-VALUE! And he calls Ridhuan Tee the 'Petaling Street Bumiputera' @ a cheap imitation?

Are we going to be sucked into this hoopla???

Anonymous said...

Bang,

Mahadei HANYA perlu berterimakasih kepada mereka2 yang telah membela dia sejak 1968 sehingga kini nun sana di Harvard Business School di New York, USA.

Kenapa pulak dia perlu berterimakasih dengan kita? Bukankah kita ini semua hanya ulam bagi dia??

Anonymous said...

bodonya mentaliti. bukan saja gigit kalau boleh kerat pun aku nak kerat tangan-tangan perompak ni.

ORANG KEDAH said...

orang Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO hilang kuasa.....wow....apa nama? Siapa org Melayu yg akan hilang jika UMNO hilang kuasa ? Rakyat Melayu ? jangan nak memperbodohkan kami Madeiyy Kutty ! Madeiyy kaki buruk siku! dia kata melayu mesti kenang jasa UMNO?! Apa jasa hang madeiyy ? mamak tongkang ni belajar doktor panadol cuma tahu mengungkit...ungkit! Sebenarnyya madeiyy takut hilang jawatan no 1 di petronas! Madeiyy hilang kuasa utk beri kontrak kpd anaknya! tiap-tiap hari muka Najib dan Mudin melalak kat TV Perdana! Itu saja mereka tau! berdebat takut ! Najib bukan anak jantan! Madeiyy pulak dg ketawa jenaka biawak dg biiji mata terbeliak mcm mamak kerala!

ORANG MELAYU TIDAK AKAN HILANG KUASA! MAHADEIYY MELALAK MEROYAN. ,NAJIB DAN MUDIN MEROYAN TAKUT TAK DAPAT JADI PM DAN TPM!ITU YG BETUL HAKIKAT SEBENARNYA.

BAI BAI UMNO. JUMPPA MADEIYY NANTI DI SG.BULUH YA......


Orang Kedah

Alam Flora said...

As Salam Tuan Aspan.

Mahathir dan UMNO lah yang sepatutnya berterima kasih kepada peneroka Felda kerana dengan adanya mereka (peneroka) inilah yang betul-betul sanggup menjadi balaci, kuli kong dan hamba abdi kepada UMNO terutamanya di Pahang bagi memenangkan UMNO di setiap PRU dah melebihi 5 dekad.

Mereka ini dilepaskan di hutan belantara untuk 10 dan 1 ekar tanah selama 25 tahun untuk memiliki sedikit harta dan kemewahan dunia, manakala para pemimpin UMNO yang mereka undi dan lantik sebagai pemimpin hanya perlu 1 penggal (4 tahun) untuk bolot jutaan wang rakyat dan segala projek mee segera serta menjual tanah dan harta rakyat bagi menimbun kekayaan kroni dan keluarga.

Bina bangunan Felda berharga 600 juta di New York untuk apa? Untuk Pok Cik dan Mok Cik Felda menginap secara percuma apabila makan angin kat US ke......?

Sudah-sudahlah bodohnya, tolonglah cerdik sikit kalau usia dah senjakala.........Nak tunggu Malaikat Izrail turun ke bumi memaklumkan bahawa yang kamu sokong selama ini (UMNO) adalah "syaitan yang bertopengkan manusia" baru kamu semua nak percaya?

Kenapa rata-rata di setiap bandar atau ibu negeri di negara ini di PRU12, penduduknya menyokong Pakatan Rakyat (pembangkang) atau bukan UMNO/BN, walaupun pembangunan dan kemudahan semuanya berpusat di bandar-bandar mereka?

Jawapannya kerana mereka percaya kepada maklumat luar (media baru) dan sanggup berubah dan tidak terlalu takut berubah seperti kebanyakkan peneroka yang rasa akan hidup hingga 1000 tahun di tanah-tanah Felda ini, oleh itulah mereka semua takut sangat untuk berubah atau berhijrah (kepada yang berkenaan sahaja).

Kalau lah datuk nenek kita dahulu pun takut berubah, nescaya kita semua masih beragama Hindu atau Buddha kerana sewaktu saudagar Arab dari Timur Tengah berdagang di Melaka dan membawa syiar Islam (Rasulullah SAW), datuk nenek kita dahulu dengan rela hati berubah dan sanggup menerima pembaharuan dan penghijrahan ke arah yang lebih baik dan mulia (Islam).

Anonymous said...

betul yang patut BN buat turunkan harga makanan asas beras,gula,tepong, minyak masak, petrol, gas. kenaikan barang -barang ini kesannya sangat besar kepada kami orang kampuny yang hidup kais pagi makan petang.

Anonymous said...

Betul2. Dia ingat nak mkn gaji buta ke. Dah bg gaji buat kerja la. Kalau tak nak kerja resign je lah jgn nak ungkit. Apa punya peminpin da.

Anonymous said...

Mahadey selagi dia ada, najib jd pm tanpa batu. Malu wei.

Anonymous said...

Kita tak gigit tangan dia, kita gigit hidung dia sampai putus.

Anonymous said...

Mahathir mudah berkata-kata..kerna di zamannya pemerintahannya belum wujud lagi era teknologi maklumat..andai kata di zamannya dulu wujud internet seperti sekarang ni,masa dia pecat anwar dan era reformasi dulu mahathir dapat digulingkan denfan mudah..

Kata2 mahathir ini begitu sinis,tiada lain seolah menyamakan peneroka felda dengan anjing-anjing ditepian jalanan yg telah dikutip..

Dulu basikal tua,lepas tu motor dan sekarang kereta..dulu lampu minyak tanah,sekarang neon..satu dunia merasakan perubahan tersebut,bukan disebabkan umno,tetapi peredaran kemajuan zaman..so apa yg umno buat untuk negara yg kaya ini????jawapannya mereka memerintah sambil lewa..kini negara kita saban hari dititik korea,ditinggalkan jauh singapore dan thailand vietnam telah sebaris kita..mengekori rapat ialah indonesia yg kekurangan sumber,seringkali ditimpa bencana..

Kalau akulah jadi kepala di felda,akan aku lakukan bantahan terhadap kerajaan yg biadap,percayalah kerajaan akan gerun dan melimpahkan segala macam pembangunan seperti mana gerunnya kerajaan pada masyarakat cina..

Tapi apakan daya,pemikiran majoriti felda ini lebih kurang seperti haiwan najis yg dimaksudkan mahathir di atas..

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan;

Maaf saya ingin menambah dan berkongsi pengalaman dan maklumat tentang Felda,isu Menyuap makan-mengiggit jari yg dibangkitkan oleh Sdr.

Umno/Mahadir tidak boleh menepuk dada mengaku menyuap peneroka Felda dengaan program pembangunannya.
Arwah Tun Abd Razak Hussin dan umno asal merancang dan melaksanakan pembangunan Felda. Peneroka mengerjakan tanah ladang mereka sendiri,kos pembangunan dikira hutang, dibayar dgn hasil. Selepas melampaui 30 tahun hutang langsai,peneroka diberi hakmilik tanah oleh kerajaan negeri.
Pada masa ini tangan yg menyuap hanya dengan ikan masin/sadin, beras, gula tepung dan barang2 asasi lain - hutang .Tak malu ke Mahadir mengungkit pekara ini?-Setakat menyuap ikan masin jangan dibanga sangat.

KEBANYAKAN GENERASI PERTAMA FELDA TELAH MENINGGAL DUNIA.Yang ada pun tinggal beberapa kerat saja, jika Mahadir menyuap sekarang pun tidak akan mengigit jari kerana gigi pun tak ada.Jika ada HUTANG pun adalah atas kos surung-tarik kerajaan yang melonggokkan kpd mereka agar nampak berhutang/terikat dgn kerajaan.

Yang ada duduk kuat berbunyi sekarang adalah generasi pertama peringkat akhir pembangunan Felda dimana pembangunan dibuat oleh Felda tetapi masih dikira hutang pembangunan dan generasi ke 2 dan 3 pembukaan Felda awalan.
Generasi ke 2 ini susah sikit Mahadir nak ungkit mengigit jari kerana gulungan inilah yg makan ikan masin/sadin semasa mak bapak menjadi peneroka, pergi sekolah menumpang lori balak,minum air sungai, berpelita diwaktu malam, pendek kata kerajaan bukan memberi kehidupan yg selesa kepada mereka. Keselesaan mereka sekarang adalah kerana kegigihan mereka menempuh keperitan hidup pada masa lampau. Dengan berpelajaran, minda mereka terbuka,boleh berfikir, walaupun umno, setiap 4-5 tahun sekali mengongkong pemikiran mereka.
Hingga sekarangpun masih terdapat banyak rancangan Felda tidak menikmati bekalan air bersih(mungkin pasal minum guna cawan-jadi tangan kerajaan tidak tergigit).

Saya mengucap syabas kepada peneroka hari ini kerana telah berani bersuara akan hak mereka walaupun ada isu2 yang dibuat secara paksaan yg boleh memudaratkan masa depan generasi mereka.
Hanya terdapat segelintir anak2 Felda yg minda beku masih menjadi barua kpd umno mengadaikan hak peneroka. Mereka ini susah nak berubah berana "makan ditangan", hidup senang dengan habuan yg diterima disamping menjalankan aktiviti BARUA sambil menikmati hidup mewah/selesa, boleh sama2 joli dgn umno.

Peneroka, anak2 Peneroka Wajib membuat perubahaan dgn memilih PR pada prU 13 ini kerana;
1. Mengajar umno/bn yg selama ini mengkhianati rakyat.
2. Memberhentikan perangai joli semasa memerintah atas penderitaan rakyat.
3. Menghentikan perlakuan rasuah dengan mengkayakan anak beranak dan kroni.
4. MEMBERHENTIKAN pemerintahan negara dengan cara bodoh.Kawalan sarahidup adalah lebih memberi kesan dari memberi sedekah kpd rakyat yg mana sebahagian besar tidak wajar menerimanya.
5. MENGHENTIKAN orang yg tidak bijak memerintah negara bagi memastikan negara tidak dibebani hutang, tidak pruduktif dan muflis.

Berubahlah untuk kebaikan Malaysia . Tiada ruginya membuat perubahan kerana perubahan mengajar manusia lebih matang dalam berfikir dan tindakan untuk memperbaiki masa depan . BERUBAHLAH.........Myi

Anonymous said...

Pemimpin-pemimpin ni, sepatutnya mereka berterima kasih kepada rakyat sebab rakyatlah yang telah memilih mereka. Mereka perlu sedar kerana rakyatlah mereka berada selesa pada ketika ini. Jangan sombong dan lupa daratan. Mereka wakil kepada rakyat, bukan raja kepada rakyat. Bila sudah berada di puncak kuasa, mereka lupa kepada rakyat yang telah memilih mereka. Guna kuasa sewenang-wenangnya menindas rakyat, mencari kekayaan diri dan keluarga dan pelbagai penyelewangan. Sepatutnya mereka membela dan memajukan rakyat dan penuhi harapan dan janji-janji mereka. Duduk bersama-sama orang-orang yang telah memilih mereka. Dengar permasalahan rakyat dan bangunkan kawasan yang diwakili. Bukan pandang dari atas sahaja. Nanti orang akan kata, tak gunalah aku kami pilih kamu kalau kamu tak boleh diharap. Jadi, sedar-sedarlah bagi pemimpin yang kata, rakyat kena ingat budi dan jasa pemimpin.

Riss said...

Bagaimana acara ini telah dihebahkan manjadi persoalan kepada kita. Mengapa Ahmad Maslan dengan terang memberitahu bahawa penayangan Tanda Putera adalah atas permintaan PM sendiri, seolah-olah mahu memberitahu dunia bahawa PM ni tak bijak menentukan strategi dan taktik yang berkesan untuk memenangi hati Melayu. Kita semua tahu dengan menayangkan Tanda Putera hanya menambah kebencian non-Melayu dgn memainkan sentimen perkauman yang sempit.
Kata-kata Maslan itu adalah permainan politik menjatuhkann Najib. Gembira kem Muhyiddin!!

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Allahu akbar! Syabas dan teruskan, saudara dan rakan-rakan pengulas! Malah, saya teruja benar dengan pepatah yang saudara sebutkan dan sekalian ulasan berfakta kalian, khasnya Saudara Alam Flora.

Nah, di sinilah, sekali lagi, ingin saya kongsikan, kebarangkalian mustajabnya doa seorang Al-Marhum ulama yang terkenal ditujukan kepada bapa syaitan 1-Malaysia ini, Mahathir bin Mohamad. Bukankah dengan teknik mengugut seperti itu mencerminkan gaya pemikirannya yang telah lebih sesat dan hina daripada binatang liar? Ha, nasib malang, kami yang OKU ni, golongan kami tidaklah seramai golongan yang diugut itu; lantas, hak dan keperluan asasi kami pun, sebahagian besarnya masih juga gagal dipenuhi, tau? Bayangkan, sebagai contoh, di Brickfields, yang terdapat ramai rakan-rakan cacat penglihatan, di rumah-rumah kedai yang mereka diami, nak berjalan pun susah ... motosikal diletak sesuka penunggangnya, kedapatan warung-warung yang beroperasi sehingga terkeluar daripada kawasan laman, sukarnya kam melintas jalan kerana yang nampak tak prihatin, ... Panjanglah rasanya nak sebut; juga, hak sebahagian besar kami beroleh pekerjaan dan jaminan hidup ... Oleh itu, adalah tepat untuk disimpulkan, mereka kini sebenarnya takutkan bayang-bayang sendiri, lalu, menggunakan apa juga sentimen ugutan, yang mana sebenarnya adalah lagu lapuk dik zaman dah ... Dengan ini, kepada rakan-rakan peneroka FELDA, khasnya, serta kita semua, amnya, biarkanlah si dajjal dan para sekutunya tu bising masa ini; kita sekalianlah nanti boleh kasi tendang sama mereka berambus daripada Putrajaya bila tiba masanya, k?

Terima kasih dan salam jihad.