15 February 2013

Keinginan untuk berubah itu sudah lama terpendam di hati rakyat

Ketidakpuasan hati terhadap UMNO memimpin negara sebenarnya sudah lama di rasakan oleh rakyat khususnya bagi mereka yang boleh berfikir dan menilai sesuatu isu itu dengan baik, telus, ikhlas dan rasional. Hanya mereka tidak perasan yang ketidak puasan mereka itu sudah bersemi di dalam diri mereka sebegitu lama.

‘Sub conscience’ mereka yang inginkan perubahan itu sudah berada di dalam diri mereka sebegitu lama. Hanya setelah mereka nampak ketidak telusan dan elemen-elemen negatif sudah menjadi sebegitu jelas berlaku maka  barulah mereka menzahirkannya melalui parti-parti politik dan NGO-NGO dan berbagai-bagai saluran yang lain. Mereka kini menzahirkan rasa tidak puas hati itu dengan terbuka, lebih-lebih lagi zaman komunikasi yang canggih yang menjadi cara hidup rakyat di zaman kemajuan ini.

Di dalam sesebuah negara demokrasi elemen terpenting yang penyaluran ‘informasi’ yang aktif dan terbuka dan elemen ini sudah menjadi begitu maju sehinggakan kerajaan yang selama ini menekan dan menutup segala ‘avenue’ untuk rakyat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku itu tidak lagi berdaya untuk membendungnya.

Di negara ini, jika penyaluran maklumat itu berlaku dengan baik dua puluh tahun dahulu gerakan perubahan yang sekarang ini sepatutnya berlaku dalam tempuh itu untuk memberikan semangat melakukan gerakan perubahan itu. Semasa itu orang ramai sudah merasakan keadaan ini tetapi tidak terzahir kerana tidak mempunyai saluran maklumat yang bebas, salah satu dari elemen penting di dalam sesebuah demokrasi itu.

Keadaan itu sudah berubah. Apa-apa maklumat pun dari serata pelusuk dunia boleh di ketahui oleh semua asalkan sahaja seseorang itu tekun dan tidak ketinggalan menerima dan membaca semua maklumat itu setiap waktu. Tidak banyak perkara buruk yang dilakukan oleh sesiapa dan semua pihak itu bolih di sorokkan dengan mudah dan tidak juga mudah bagi sesiapa yang melakukan kebaikan itu dapat di lindungi dari pengetahuan umum.

Di negara kita perasaan gusar rakyat sudah begitu lama di rasakan tetapi seperti yang saya katakan tadi ia tidak terzahir dengan jelas dan perasaan itu terpendam di dalam jiwa rakyat sebegitu lama. Apabila timbul sahaja alasan dan sebab yang datang maka dengan sendirinya segala perasaan itu terluah dan selalunya ia akan menjadi isu siasah dan politik yang besar jika perasaan yang terpendam itu adalah perasaan yang terlalu menekan ramai rakyat jelata.

Perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan sudah mula dirasakan semasa kerajaan ini dipimpin oleh Dr Mahathir Mohammad apabila beliau telah mengubah segala-gala nilai pentadbiran dan politik yang menusuk perasaan banyak pihak. Beliau merasakan perkara itu tidak menjadi kudis kepada kerajaan dan parti pimpinannya kerana UMNO tidak pernah berusaha untuk merasakan denyut nadi dan jantung perasaan ramai. UMNO merasakan apa sahaja yang mereka lakukan itu akan di terima oleh rakyat dan tidak akan ada rakyat  menentang terhadap perlakuan kerajaan UMNO itu..

Waktu itu rakyat terpaksa melihat dan berdiam diri sahaja dengan tindakan kerajaan yang menswastakan keperluan asas seperti air, letrik, kemudahan perjalanan dan perkhidmatan kenderaan awam dan berbagai-bagai lagi. Rakyat sudah merasakan keresahan melihat kerajaan memberikan keistimewaan kepada orang-orang dan individu tertentu untuk berniaga secara monopolistik. Sekarang gula di niagakan secara monopoli oleh Syed Mokhtar, misalnya. tepung juga mempunyai kepentingan Syed Mokhtar lagi.  Proton dan berbagai-bagai lagi peluang perniagaan secara monopoli itu di perolehi oleh orang kuat pemimpin besar negara.

Air yang merupakan keperluan yang paling asas untuk manusia di peniagakan oleh nama besar dan kroni kepada parti kerajaan persekutuan dan mendapat gaji melebihi setengah juta ringgit sebulan sedangkan rakyat di biarkan menjadi mangsa politik oleh pimpinan persekutuan. Tidak cukup ruang untuk menyenaraikan salah laku pimpinan sejak tiga dekad dahulu.

Apabila berlaku pertelingkahan di antara pemimpin dan memecahkan parti dan kesatuan di antara mereka selama ini maka wujud puak-puak yang melakukan penentangan terhadap kepimpinan kerajaan. Maka keadaan dan perasaan yang ada di ‘sub conscience’ mereka tadi mula terzahir dan terburai. Segala yang tersorok menjadi terbuka dan segala kerja hina yang selama ini terlindung sudah mula terbuka dan menjadi pengetahuan umum. Rakyat mula menilai semua pihak dan kita rakyat sudah pun hampir 'conclusive' persepsi mereka terhadap kewibawaan kerajaan pimpinan parti pemerintah selama ini.

Pendeknya tindakan pihak rakyat melakukan tentangan terhadap kerajaan pimpinan UMNO pada hari ini merupakan manifestasi sebenarnya dari rakyat. Mereka (rakyat) sudah begitu lama berfikir dan terasa diperdaya oleh kerajaan terhadap mereka yang selama ini telah memberikan sokongan begitu kuat terhadap kerajaan ini. Rakyat sudah begitu kecewa, kerana kebaikan dan kelembutan mereka selama ini di ambil sebagai kelemahan oleh pihak pemerintah.  Kerajaan dan pimpinan terus-terusan melakukan segala kerja hina seperti rasuah yang keterlaluan tanpa had itu dan banyak lagi penindasan yang telah di lakukan secara sistematik itu. Jiwa dan pemikiran rakyat memberontak kerana dikecewakan oleh parti yang di berikan kepercayan secara total selama ini.   

Kini keseluruhan rakyat terbabit dengan politik samada secara aktif atau pun pasif. Rakyat tidak sabar-sabar menunggu hari membuat pilihan itu. Rata-rata rakyat samada yang sudah dewasa atau pun yang muda-muda, tidak sabar menunggu bagi melunaskan tanggungjawab untuk menyertai kegiatan dan tindakan untuk perubahan itu. Satu lagi yang ada di ‘sub conscience’ rakyat ialah tentang cengkaman media perdana yang terlalu berat sebelah yang digunakan oleh parti pemerintah untuk menghina dan menistakan usaha rakyat untuk melakukan perubahan terhadap negara yang mereka sayangi ini.

Di mana-mana pun kita akan di tanya oleh sesiapa sahaja yang kita berjumpa, ‘bila pilihanraya?’ Sememangnya secara psikologi nya, jika rakyat biasa menunggu dengan kurang kesabaran untuk mengundi itu, ia akan membawa perubahan yang drastik. Di mana-mana kita mendengar rakyat berkata, “Letih menunggu pilihanraya ini”. Ini sahaja sudah cukup untuk memberikan keputusan awalan pilihanraya itu.

Itulah sebabnya saya selalu berkata keputusan pilihanraya kali ini adalah ‘predictable’. Hanya hendak menunggu kenyataan dan keputusan rasminya sahaja.

Sudah menjadi bisikan biasa kita dengar di mana-mana, “Let’s change! It’s now or never!” kata mereka

10 comments:

ANGIN PERUBAHAN KINABALU said...

Keinginan perubahan telah lama terpendam di hati Rakyat.Bermula dalam th 80an di mana TokChai Madeiyy Kutty Mamak tongkang Kerala telah dicabar Oleh UMNO kumpulan B.Madeiyy tamak ni telah mengubah lanskap politik Malaysia.

Dia telah menggunakan sistem Kehakiman utk kepentingan dirinya!Mamak tongkang ni telah menggunakan ISA dan OSA utk menekan Rakyat dari bersuara dan menyumbat mereka di Kemunting.Berapa ramai yg telah ditahan tanpa diadili?? Ini semua kerja Madeiyy jahanam!

Semenjak ledakan IT ini telah membongkar semua kejahatan UMNO.Lebih teruk lagi bila semua basic needs telah diswastakan.

Siapakah yg kaya ? Tidak lain tidak bukan hanya kroni-kroni UMNO.Anak Felda iaitu Rozali Ismail yg asalnya org susah,sudah semestinya tahu apa itu kemiskinan.Ini tidak bila sudah bergelar Tan Sri(gabungan nama Cina dan india), dia sudah lupa diri! Rozali penyangak ni yg mengharu-harakan PR di Selangor tentang kes air.Selain dari Rozali , ada lagi iaitu Mokhtar yg pernah menyeludup beras di sempadan,ketika ini dg gelaran TS Syed Mokhtar dia telah monopoli segala-segalanya.Nasib Mokhtar berubah bila dia berkahwin dg anak Syed kecik.Syed kecik juga penyangak yg sapu semua balak di Sabah!

Pemikiran rakyat dimiskinkan dg Media perdana kepunyaan UMNO.Rakyat begitu ditindas tetapi akhirnya ledakan IT telah membongkarkan penyelewengan ini.

Rakyat hendakkan PR buat perubahan drastik. Bicarakan semua pemimpin UMNO yg telah mencuri dan menipu Rakyat. Madeiyy ini wajib dibicarakan terlebih dahulu.Kes penipuan DSAI tentang Lewat mesti dibongkarkan kembali.Bicarakan Musa Hasan dan Ghani 4 tahil!Ramai nanti pemimpin UMNO yg akan berpiknik di resort Sg.Buluh.Sebut saja mana pemimpin UMNO yg betul-betul bersih dan tidak rasuah? Sudah pasti sukar mencari jawapannya!

Angin perubahan Kinabalu

Anonymous said...

Privatisation = Piratisation.

Selling public assets to benefit a few....eventually, the country is for sale.

The new govt. must reclaim basic and good public assets as security for the country.

Rem Ba said...

Salam Tuan, apa yang tuan utarakan adalah kisah benar yang sangat susah untuk saya komen. Tuan seorang yang hebat dan saya sentiasa mengekorikanya pada setiap hari serta menunggu-nunggu ketibaanya.

Anonymous said...

gelombang penghijrahan untuk tukar pemerentahan menular keseluruh negara dan agak janggal jika kita menyokong UMNO kerana ianya mengundang bala untuk diperlekehkan jadi untuk jaga keharmonian eloklan senyum dan diam.Ini semua kehendak Allah kerana doa rakyatnya yang tersiksa telah mula dimakbulkannya.Kalau dengar cakap2 diwarung2 atau kedai kopi jelas yang UMNO akan tumbang tetapi kita sama2 tunggu dan terima keputusan dengan sabar dan penuh hikmah tak payahlah nak bergaduh.Kalau ditakdirkan PR menang Alhamdulillah atau BN kekalkan kemenangan kita ucapkan Alhamdulillah juga .Walau bagaimanapun matlamat pembangkan untuk ambil alih Putrajaya tidak berapa lama lagi janganlah terlalu yakin kerana semuanya ditangan Allah.

Anonymous said...

Bang,

Adakah Mahadei akan arahkan berahem dan budak2nya serta hassan ali dan zul kulim serta geng2 kat Felda Tenggi utk buat halangan agar Najib tak boleh hadir jemputan ini?

http://www.malaysiakini.com/news/221416#20130214210534

Saya nak tahu ja

Anonymous said...

Bang,

Masa Najib lancarkan 1Malaysia, muhideen kata dia Melayu First, Malaysian Second.

Udah dekat PRU ni dia sudah TUKAR KALER!

Ini sama jugak dikatakan sudah berubah Bang!

Anonymous said...

Pak Aspan,

SEGALA-SEGALANYA TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

Ela Nazela said...

saya pn dh xsabar rasa nyer nk menuggu pilihanraya,xsabar nk melihat tumbang nyer umno n Bend...saya dri rakyat kelas sederhana dh xssgup menaggung beban kos kehidupan seharian skrg ni...nilai rm50 skrg ni mcm rm10 jer...harap impian untuk melihat kerajaan bertukar menjdi kenyataan....kita merancang tuhan juga menentukn..takbirrrrrr....

Anonymous said...

Pak Aspan,

Who split the Malay unity?

insafdoh67 said...

lama doh tunggu.... dok sabor rasa nok tumbang bn pru13 ni.. kami anak muda akan turun kampung pujuk sedara mara tolong pangkah pakatan rakyat... insyaallah kami akan hasut hasut hasut tolak bn... biar mampusssss ini kali bah.... hidup rakyat. Kih.kih.kih.. P.T.R.