20 February 2013

Berjuta ahli UMNO menyertai pembangkang dalam peti undi

Sekarang tektik UMNO untuk mendapatkan ‘mileage’ politik sangat rendah tarafnya dan memalukan. Akhir-akhir ini satu ‘trend’ lama yang diperbaharui sedang berlaku, iaitu menunjukkan dalam berita dan buletin utama TV3 tentang pengisytiharan ahli-ahli PAS menyertai UMNO. Hampir setiap malam ia dilakukan oleh media perdana negara. Apabila saya melihat isu ini dilakonkan melalui TV3 dan saluran TV media perdana yang lain saya teringat semasa UMNO melakukan perang psikologi terhadap Parti Melayu Semangat 46 dahulu.

Semasa itu setiap malam kita menyaksikan kemasukkan ahli-ahli Semangat 46 dalam UMNO. Parti S46 hanya mempunyai 350,000 ahli tetapi kalau dikira jumlah ahli S46 keluar parti yang disiarkan oleh TV3 itu melebihi 1 juta orang. Tektik ini tektik lama tetapi masih digunapakai oleh UMNO yang begitu terdesak dengan gerakan rakyat seluruh negara untuk menyaksikan perubahan dalam kepimpinan negara.

Saya masih teringat cerita penyampai berita TV yang saya kenali semasa itu. Pada zaman itu pembaca berita selalunya merupakan seorang wartawan berita dalam masa yang sama. Oleh itu mereka tahu hal keadaan sebenarnya. Pembaca berita ini telah menelefon memberi tahu saya yang beliau akan membaca berita mengenai kemasukan 150 orang ahli Parti S46 ke dalam UMNO sedangkan sebenarnya hanya 10 orang sahaja yang berbuat demikian. “Semuanya bohong bro!” katanya.

Saya pun menjawab sambil berseloroh, “Tak apalah. Tapi kalau boleh semasa kau baca berita bohong itu, kau kenyit-kenyitlah mata kau tu. Orang yang menontonnya akan fahamlah yang kau baca itu berita bohong." Dia tidak menjawab hanya ketawa berdekah-dekah sahaja.

Sesungguhnya inilah cara ‘desperado’ UMNO selama ini. Tetapi mereka tidak menyedari satu perkara yang saya selalu menulis tentangnya. Dalam pilihanraya kali ini berjuta ahli-ahli UMNO akan keluar parti semasa berada di dalam peti undi nanti. Ia telah berlaku dalam pilihanraya yang lalu dalam mana lebih dari sejuta ahli-ahli UMNO telah memangkah simbol Pakatan Rakyat, dan ia akan berlaku dengan lebih hebat sekali. UMNO tahu ini akan berlaku lagi kali ini.

Itulah sebabnya Dr Mahathir meminta setiap pemimpin-pemimpin bahagian seluruh negara berikrar di hadapan beliau yang mereka tidak akan melakukan sabotaj terhadap UMNO itu.  Dr Mahathir tahu perkara ini akan berlaku dan beliau faham dengan sedalam-dalamnya isu ini kerana beliau merupakan pensabotaj UMNO yang paling terkenal. Mahathir merupakan pensabotaj UMNO yang paling hebat kerana perkara itu dilakukannya dalam pilihanraya yang lalu.

Kalau Mahathir, seorang yang telah diangkat begitu tinggi oleh partinya sanggup mensabotaj UMNO itu, apa yang boleh menahan ahli-ahli biasa yang tidak mendapat apa-apa kepentingan untuk melakukan sabotaj terhadap UMNO itu? Kalau bapa sudah kencing berdiri, apa yang boleh menahan anak-anak tidak kencing dan berak sambil berlari?

Isu ini sebenarnya isu besar. Contohnya di Negri Sembilan sahajalah. Pengerusi Perhubungannya tidak mendapat sokongan dari kebanyakan atau hampir keseluruhan Ketua-Ketua Bahagian dalam Negeri itu. Mohammad Hasan sememangnya tidak boleh menjaga UMNO NS itu, tetapi entah kenapa beliau masih berada di sana. Saya tidak tahu apakah jampi serapah yang beliau lakukan kerana beliau masih mengetuai UMNO di negeri adat itu.

Tetapi jika diketepikan Mohammad Hasan siapa pula yang hendak mengambil alih tempat beliau? Itu pun merupakan satu persoalan besar juga. Di NS semua pemimpin yang berkebolehan tidak mendapat tempat kerana permainan Ketua Perhubungan yang takut pada bayang-bayang. Isa Samad, semasa menjadi Menteri Besar, hanya mengumpulkan rakan-rakan guru sekolah beliau sahaja untuk menjadi EXCO kerana mereka pandai menggeli pundi-pundi beliau (Isa).

Puluhan orang yang berkebolehan diketepikannya kerana takut kepada bayang-bayang. Semua yang berkebolehan mati begitu sahaja. Isa pun seperti Dr Mahathir juga, takut kepada orang yang beliau anggap akan menjatuhkan beliau. Itu sebab di semua peringkat dalam UMNO itu tidak ada lagi kepimpinan.

Akhirnya Dr Mahathir sendiri mengakui yang UMNO sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi sejak kebelakangan ini beliau masih menyokong parti yang beliau anggap sudah busuk sampai ke situ. Itu sebabnya Dr Mahathir tidak boleh dijadikan ikutan kerana beliau seperti Ibrahim Ali, akan menyelekoh dengan tiba-tiba dalam hal politik ini. Mungkin itulah sebabnya Dr Mahathir dengan Ibrahim Ali, itu mempunyai ‘chemistry’ yang baik dan secocok serta saling menyandar di antara satu dengan yang lain.

Setelah Isa digantikan oleh Mohammad Hasan, orang ramai ingat akan berlaku peningkatan mentaliti dalam UMNO itu kerana semasa Mohammad mula-mula menjadi MB ramai orang Negeri Sembilan beranggapan yang beliau itu adalah pemimpin yang turun dari langit ketujuh. Tetapi akhirnya keadaan di negeri itu lebih teruk dari apa yang UMNO alami semasa Isa menjadi Menteri Besar dahulu. Lagi rendah kredibiliti wakil rakyat di negeri itu, mereka itu jugalah yang sedang dipertahankan oleh Mohammad. Kerana apa? Kerana  rasa rendah diri beliau dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Sekarang ini tinggallah pemimpin-peimpin yang pucat-pucat, seperti orang yang bercacing ‘kerawit’, untuk memimpin negeri itu. Itu sebabnya orang Melayu di Negeri Sembilan lebih mengenali Taufek, ADUN tunggal PAS, di sana dan ramai orang-orang Melayu UMNO akan berpindah randah di dalam peti undi nanti.

Lama juga saya berada dalam parti itu dahulu dan saya tahu apa yang sedang berlaku. Mungkin saya tidak tahu apa yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpinnya tetapi saya dapat merasakan yang ahli-ahli biasa dalam UMNO itu sudah lumpuh semangat nya dan tidak berdaya untuk mempertahankan arus perubahan di kalangan rakyat yang ramai. Siapa yang hendak menidakkan pandangan saya ini, mereka boleh berbuat sekendak hati mereka. Tetapi hakikatnya UMNO sudah lumpuh kerana pimpinan UMNO telah membunuh benih-benih kepimpinan sebegitu lama bukan sahaja di NS tetapi di seluruh negara.

Sekarang UMNO hanya tinggal dari kalangan yang ‘buta mata hati’ tentang politik dan siasah. Tetapi oleh kerana semuanya dalam kategori yang sama mereka menganggap mereka yang menentang seperti saya ini sebagai pengkhianat kepada negara.

Sesungguhnya pengkhianat itu akan menganggap semua yang lain itu pengkhianat seperti mereka juga. Apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Sampailah masanya UMNO itu duduk di petak pembangkang untuk mendapatkan masa bagi melakukan perubahan dalamannya.

Kalau orang besar-besar macam Dr Mahathir boleh beralih-alih perjuangannya kenapa pula orang biasa seperti kita ini takut untuk melakukan seperti apa yang beliau telah lakukan itu?

Dalam pilihanraya dulu beliau minta rakyat memilih calon, tetapi sekarang beliau meminta orang memilih parti pula. Dia ingat orang ramai ini siapa? Beliau mesti ingat pengundi-pengundi sekarang terdiri dari manusia yang berfikir, bukannnya haiwan belaan yang boleh dicucuk hidungnya.

12 comments:

Anonymous said...

Aspan Alias,

V good article on NS. I laugh and laugh while reading on Isa and Mohammad Hasan.

Your blunt opinion is fascinating.sir.


rahim din, ampangan

Anonymous said...

Is this an umno 'GAME' of desperation??

Jeffrey : “[Everything points to] an orchestrated show and drama because the other components of a real invasion are missing"

”http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/02/20/is-lahad-datu-siege-a-umno-bn-plan/

Yong :“So much money has been spent on training, equipment, logistics and manpower to face this type of intrusion, and yet when it happened, Malaysia can do little about it,”

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/02/20/yong-warns-of-copy-cat-invasions-in-future/

And watch this report: Rusuhan in KK??

http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/02/rusuhan-di-kk-part-1.html

giorgio said...

Sudara Datok Aspan,

Very good articles, and thank you very much for your frank and straight message, but as for me I am still thinking IF Pakatan can take over Putrajaya...and Datok pls bear inn mind Giorgio always on your side...God Bless your family and You

Anonymous said...

Salam Tuan,

Kita banyak membincang tentang "kuman-kuman virus" di dalam UMNO Baru BN, tapi kita mesti juga berhati-hati, tentang saki baki sifat-sifat tamak, sangsi, kurang kepercayaan yang mungkin masih bersarang di dalam hati sebahagian pejuang-pejuang PR.

Pimpinan PR kena waspada dan jangan cepat melatah dalam apa saja isu yang timbul. Pimpinan PR mesti bersikap sabar dan tidak tergopoh-gapah dalam setiap perbincangan.

Saya kata begini sebab, di akhir-akhir ini, ada saja kucing berkelahi dalam rumah PR sampai mengaum macam harimau. Apa lagi telinga puak UMNO BN sudah tentu akan menghebah perkara ini kepada umum dam mass media.

Minta maaflah, saya yang sokong PR, tak suka bila ada individu dalam PR yang suka meninggi diri dalam memberi komen kepada umum. Mereka yang terlibat ini mesti faham ada ruang untuk bersuara.

Kalau beginilah jadinya dalam perkara remeh-temeh, saya percaya pihak PR akan kempunan untuk 5 tahun lagi selepas GE13 dan lanjut sampai 100 tahun.

Pihak seperti inilah yang akan menghampakan ratus ribu penyolong PR yang sanggup penat lelah dalam setiap aktiviti PR seperti HJKL112.

Kita harap mereka-mereka ini bersifat matang dalam setiap aspek.

Sekiranya mereka-mereka ini masih bercakaran sampai mengaum kuat, maka pihak yang selama ini akan menyokong kembali kepada UMNO BN dan tidak akan dengar lagi apa-apa isu yang dibangkitkan PR.

Ahmad Mot said...

Salam Sdr Aspan,

UMNO dah tua dan ahlinya pula mula mengorak langkah untuk melarikan undi dari UMNO. Sesungguhnya UMNO sekarang adalah UMNO Mahathir bukan UMNO'46 dulu. Perjuangan UMNO sekarang adalah perjuangan pulus demi perut sendiri dimana mereka berkias dengan kata2 siapa kuat dialah raja. Tumbangkanlah saja UMNO ini kerana PRU ini akan membuat UMNO bersalin kulit.

JERLUN said...

Buatlah bagaimana pun. Buatlah strategik apa pun dalam psywar politik ini,orang tahu itu kerja stail UMNO yg dulu dulu.Strategik itu diubah sesuai ,di recycle utk diguna semula.

Orang-orang Melayu itu adalah mantan ahli UMNO.Mereka ini sudah masak sepak terajang UMNO.Mereka terlibat dalam pilihan raya yg dulu dulu sama ada 80an,90an dan th milenium.

Mereka inilah yg berubah peti undi dari UMNO ke PR dalam tidak berapa hari lagi!!.Duit BRIM itu diguna utk tambang bas, teksi ke tempat mengundi.Mengundi sudah pasti PR.

JERLUN

Anonymous said...

Bang,

Berapa ribu orang umno akan tinggalkan umno kerana Ong Tee Keat atau kekal kerana sayangkan Mr Porn Chua???

Yang saya amat pasti Ku Li bersama Ong Tee Keat!!

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Teruskan! Ibarat kata Ojang kepada emaknya: "Apo nak jadi, jadilah!" Malah, kalian boleh merujuk ulasan seorang pembaca di Harakah Daily, pada artikel terkini Surat Pembaca, mengisahkan perilaku Mahathir seperti yang saudara sebutkan.

Ya, terima kasih juga kepada rakan pengulas kita yang turut menasihati kita sekalian agar lebih berhati-hati dan berwaspada dengan permainan taktik licik musuh. Memang benar, ibarat kata, terlajak kereta boleh diundur; ... Terkadang, sedikit tersalah kata, umpamanya, apatah lagi, kalau sampai berlaku percanggahan ketara, pasti akan diperalatkan oleh musuh untuk memecah-belahkan kestabilan pakatan ini. Justeru, sarana rakan pengulas kita ini patut sekali didengari dan dihayati agar gerak kerja kesemua warga Malaysia prihatin sehingga ke saat pertempuran itu sentiasa kukuh dan tak mudah digoyah, insha Allah.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

tuan,

nampaknya sekarang, hanya ahli2 serta penyokong PR saja yg bersungguh2 untuk ke Putrajaya sedangkan pemimpin2 PR asyik bertinju sesama sendiri. Tuan ...tolonglah apa nak jadi mereka semua, tolong...akhir sekali tengok apa yg berlaku d johor.

Anonymous said...

Kalau betul UMNO jaga Melayu dah lama dah Melayu maju kerana dah lebih dari 55 tahun BERKUASA tapi melayu maseh mundur dan majoriti layak dapat BRIM.

Pemimpin UMNO telah menunjukkan dengan niat dan bukti bahawa tujuan mereka menjadi pemimpin ialah untuk menjadi PENGKHIANAT BANGSA dan PENGKHIANAT NEGARA.

Anonymous said...

Ramai yg berangan2 menjadi calon UMNO dan berangan2 menjadi PEMBESAR NEGARA melalui kemenangan dalam pilihan raya atas tiket BN'

Saya sangat kasihan dan kadangkala gelihati tengok gelagat kawan saya ini berangan2 nak jadi kaya melalui politik UMNO dan maseh berbicara tentang keinginan menjadikan RASUAH sebagai aktivitinya kalau dapat kuasa.


Anonymous said...

Kebanyakkan PEMIMPIN umno yang ada sekarang dah boleh buat UNGGUN API .

Pemimpin yg elok2 dah meninggal UMNO malah ramai ahli umno telah menjauhkan diri dari UMNO kerana bila dekat kena bersembang2.
Bila bersembang jadi tak selesa MENTALITI org umno sangat jauh tertinggal kebelakang.

Bila bercerita nak tunjuk hebat kena cerita RASIS sebab tak mampu cerita bab RASUAH.