Beberapa hari yang lepas saya
telah menulis tentang sikap Najib dan sikap biasa BN yang mereka hanya
menggunakan strategi melukah di tempat yang sempit dan genting. Mereka
menggunakan strategi memulas tangan dan memaksa rakyat memilih UMNO dalam
setiap pilihanraya. UMNO selama ini tidak mampu untuk kekal jika manusia di negara
ini sedang dalam kesenangan.
Hari ini Najib melakukannya
sekali lagi di Pulau Pinang. Kalau di Kelantan
isu bekalan air bersih menjadi umpan, di Pulau Pinang
pula Najib menggunakan isu kesesakan lalu lintas di negeri itu menjadi umpan
mereka pula. Ke sana
ke sini Najib berjanji bulan dan bintang asalkan sahaja mereka mendapat undi dan
terus memerintah secara rasuah dan tidak berintegriti itu. Masakan rakyat Pulau
Pinang mahu memberikan sokongan jika mereka tahu UMNO dan BN akan terus
melakukan rasuah dalam pentadbirannya tanpa had dan rakyat hanya di berikan
sistem LRT.
BN akan melakukan apa sahaja
asalkan dapat terus melakukan rasuah dan menyalah gunakan kuasa melalui
kerajaan yang ditadbirnya. Najib percaya kepada strategi ‘kau undi aku akan aku
berikan kamu ini’. Dulu dalam beberapa ucapannya dihadapan rakyat bukan Melayu
dia bernah berkata “lu tolong gua, gua tolong lu”. Di sini kita dapat memberikan
andaian yang Najib mempunyai kepercayaan yang harta benda serta wang untuk
pembangunan itu dipunyai oleh UMNO atau BN.
Kenapa Najib tidak menyedari yang
rakyat Pulau Pinang merupakan penyumbang terbesar kepada kantung persekutuan.
Pulau Pinang dan Selangor menyumbang 44 peratus dari perolehan negara dan
kebetulannya kedua-dua negeri ini adalah negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat.
Sikap tidak malu Najib ini
membosankan dan inilah tahap pemikiran seorang pemimpin yang mengaku memimpin
negara yang sudah menghampiri tahap negara maju. Di Kelantan rakyatnya telah
menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk mendapatkan 5 peratus dari
hasil minyak dalam perairan Kelantan. Bayaran itu adalah secara tunai dua kali
setahun, itu setiap 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun. Tetapi setakat ini
Kelantan masih tidak menerima bayaran royalti minyak itu. Kerana apa tidak di
tunaikan? Jawapannya ialah kerana rakyat Kelantan menolak UMNO yang rasuah dan
penyalah guna kuasa itu.
Najib dan BN seolah-olah bersifat
seorang penculik. “Kau undi aku, aku kembalikan wang kamu!”. Ini satu tindakan
penculikan yang tidak terkira hinanya apatah lagi ia dilakukan oleh pemimpin
yang mengaku diri pemimpin sebuah negara maju. UMNO tidak sedarkan diri siapa
mereka itu. Mereka terlupa yang kuasa yang ada kepada mereka itu adalah kuasa
pinjaman dan pilihanraya itu hanyalah satu perjalanan untuk memilih siapa yang
rakyat yakini.
Maka tidak salah lagi tindakan
rakyat hari ini membuat keputusan untuk menolak pimpinan yang berlagak seperti
penculik ini. Sampai bila kita hendak di paksa membuat itu dan ini oleh
kumpulan penculik yang zalim dan tidak berhati perut itu?
Kita selesaikan masalah ini dalam
pilihanraya yang akan datang ini. Selepas pilihanraya nanti saya berharap
Pakatan Rakyat tidak akan melakukan apa yang lazim dilakukan oleh BN seperti
sekarang ini.
Kita pilih pimpinan dan kerajaan
yang lebih ‘magnanimous’ serta mempunyai unsur keadilan di dalamnya. Buat
sementara ini rakyat wajar bersabar sementara menunggu hari keramat itu.
Kita iringi doa dengan usaha yang
kita lakukan ini untuk mendapatkan pemimpin yang mengambil kesempatan di atas
keresahan rakyat. Rakyat Pulau Pinang tidak sebodoh seperti yang dianggapkan
oleh Najib dan pimpinan UMNO itu.
Kita tolak penculik dan pelukah
yang selama ini tidak berhenti memulas tangan rakyat pengundi semua.
28 comments:
Saudara AA dan para blogger
Namapaknya amat jelas duit negara kita dibazirkan dengan begitu boros sekali dengan persembahan Opa Gang Nam Psy selama 10 hingga 15 minit atas pentas. Penonton yang datang berpusu-pusu pun lenyaplah selepas itu.
Salam.
Observer
"Pulau Pinang dan Selangor menyumbang 44% dari perolehan negara". Terlalu samar. Cuba cerita sedikit sumber maklumat tuan tu.
Anon 16:35,
Itu sumber resmi kerajaan dari resmi.
Takkan segala-galanya saya nak beritahu. Membacalah sikit. bagaimana angka resmi kerajaan menjadi samar-samar kepada saudara?
Salam,
Bagi saya wak ima apakah data ataupun statistik, kebanyakan budak sekolah sekarangpun sudah pandai meluat bila melihat muka Najib sana sini.
Ini bukan masalah pengaruh media alternatif tapi hatta TV3 pun sudah jadi meluat dengan Pak Jib.
Bukan kerana pengaruh parti PR,
tapi ..... hukum tata karma sudah menunjukkan banyak yang tidak kena dengan Pak Jib.
Anak bangsa sudah menunjukkan jalan keluar untuk Pak Jib dari Putrajaya......
Tuan,
Anon 16:35 adalah contoh terbaik bagaimana sikap ahli UMNO yang paling ideal yang diperlukan oleh UMNO untuk terus berkuasa - tak tahu apa-apa, tak mahu mencari walaupun dari sumber kerajaan dan fakta yang benar adalah apa yang diberitahu oleh pemimpin UMNO.
Bukan tujuan utama saya untuk mengulas pasal Anon 16:35 tetapi mengenai 2 isu terbaru yang berlaku di Penang: pertama, Najib memberi jaminan yang kerajaan akan menimbangkan memberi taraf "BUMIPUTRA" kepada kaum Indian Muslim dan video yang menunjukkan bagaimana keberanian orang Penang menolak BN secara terang-terangan apabila Najib bertanya soalan mengenai BN.
Perkara pertama - ini adalah satu lagi agenda oleh UMNO untuk menjual satu-satunya hak orang melayu yang masih terjamin kukuh secara bertulis di dalam perlembagaan negara.
Semua hak-hak lain sudah lama dijual oleh UMNO dibawah pimpinan Mahathir. Ancaman tindakan terbaru ini samalah dengan tindakan memberi kerakyataan kepada PATI berugama Islam yang didedahkan didalam RCI Sabah.
KIMA, Kongres Indian Muslim Malaysia sudah 30 tahun berjuang untuk mendapat taraf "BUMIPUTRA MELAYU" sebenarnya. Malah KIMA adalah ahli bersekutu UMNO sama seperti Persatuan Siam Malaysia (PSM).
Dari segi perjuangan KIMA, sekiranya diberi status "BUMIPUTRA" pun sudah satu kejayaan paling besar kerana dari segi realitinya tidak ada beza status "Bumiputra" dan "Melayu".
Dimana bahayanya kepada orang melayu? Kita tahu sebahagian besar kaum Indian Muslim ini bergiat didalam beberapa sektor perniagaan tertentu sahaja. Dengan status sekarang mereka agak sukar untuk menembusi sektor-sektor lain.
Dengan status "bumiputra" dan kekuatan kewangan dan rangkaian networking sehingga ke peringkat antarabangsa - mereka boleh menggunakan Perkara 153 Perlembagaan mengenai hak keistimewaan orang melayu dan bumiputra untuk menembusi sektor-sektor perniagaan lain dengan lebih senang terutama seperti O&G, contracting projek-projek kerajaan dibawah kuota pelbagai saiz yang diperuntukkan kepada bumiputra dll yang selama ini tertutup kepada kaum mereka.
Kedua, mereka akan merampas hak-hak dan peluang perniagaan yang menjadi tumpuan orang melayu kerana mereka mempunyai kekuatan kewangan dan networking yang lebih besar. Jadi, depa bolot kesemuanya, sementara kita orang melayu sebenar dok gigit jari sahaja.
Segala bentuk bantuan kerajaan bagi meningkatkan penyertaan bumiputra dalam perniagaan, pendidikan dll semua kena bolot kat kaum depa.
Kedua, secara umumnya kaum Indian Muslim ini lebih terpelajar dan amat memahami kepentingan pelajaran kepada anak-anak mereka.
Dengan kedudukan kewangan yang lebih baik, biasanya pencapaian anak-anak mereka adalah jauh lebih baik dengan pencapaian anak-anak melayu apatah lagi jika dibandingkan dengan orang melayu di kampong-kampong dan luar bandar.
Dengan menggunakan taraf "Bumiputra" anak-anak mereka akan mengambil tempat-tempat dan peluang pendidikan tinggi yang diperuntukkan kepada bumiputra.
Jangan heran jika kumpulan Indian Muslim ini merupakan kaum bumiputra yang terbesar yang berjaya memasuki UiTM setiap tahum. Itu belum kira tempat-tempat di IPTA-IPTA lain lagi.
Jumlah kemasukan mereka ini adalah bersamaan dengan jumlah kehilangan peluang anak-anak kita orang melayu yang layak untuk mendapat tempat di IPTA-IPTA selama ini.
Dalam bahasa kasar, ini kerja gila semata-mata hendak meraih undi PRU 13 sahaja...PRU 14 nanti tak tahu apa lagi yang UMNO nak jual jika dibenarkan berkuasa selepas PRU 14. Ini kerja nak menghapuskan orang melayu oleh mereka-mereka yang mendakwa pejuang melayu!
Zack
perkara kedua tak jadi nak ulas. Sebak sangat memikirkan nasib kita orang melayu ditangan UMNO hari ini
Tuan,
sambungan,
Apa hak Najib dan UMNO untuk memberi taraf "Bumiputra" kepada kaum Indian Muslim.
Ahli UMNO kaum melayu hanya berjumlah 3 juta sahaja berbanding dengan 18 juta keseluruhan orang melayu di negara ini. Mereka adalah kaum melayu minoriti di negara ini.
Apa hak mereka untuk menjual hak kelompok majoriti yang berjumlah 15 juta orang! NAjib dan UMNO hanya mempunyai mandat nak buat apa sahaja keatas ahli-ahli UMNO yang berjumlah 3 juta itu sahaja.
Kita, kelompok majoriti orang melayu, tidak kisah jika Najib dan UMNO hendak mengadai, menjual hak-hak ahli-ahli UMNO tetapi jangan sentuh dan melibatkan dan merugikan hak kelompok majoriti orang melayu di malaysia ini.
Cerita disebalik kenyataan Najib ini cukup simple. Najib dan UMNO begitu terdesak untuk menang PRU 13 ini sahaja!....Dia tidak fikirpun PRU 14, PRU 15 dan masa depan orang melayu . janji dia selamat kali ni sahaja sudah la...apa nak jadi lepas ni lantaklah!
Bahananya dalam isu ini, bila dah diberi ia tak dapat ditarik balik untuk selamanya tanpa melibatkan risiko yang tinggi!
saya mengesa kita menentang rancangan desperado Najib dalam isu ini demi anak cucu dan masa depan negara tanpa mengira fahaman politik.
Buat orang UMNO, tepuk dada tanya selera. Anda sayangkan parti anda yang banyak mengadai hak orang melayu melebihi masa depan anak cucu, darah daging anda sendiri atau sebaliknya!
Zack
Najib ini PENAKUT....Najib cuma berani berucap berapi-berapi hingga air liur mercik keluar di TV Perdana.Selain itu PAU di PWTC.
Najib galakkan murid sekolah berdebat tetapi Najib takut berdebat!Najib..Najib...dengan bininya RM lagi dia takut.Dalam pilihan raya nanti, penuntut UM akan bertanding di PEKAN.Dia juga nak berdebat dg Najib.
Ketakutan yg amat sgt menyebabkan Najib beri duit kepada Rakyat Malaysia...BRImmm
Macam mana dia nak jadi ketua PEMBANGKANG dg character begini??
Buah kote mamak
kah.kah.kah.. kalau bodo jgn tunjuk kebodohan kita cai... baca fikir.. jgn tengok wat tolol je... molek pak.... cai...cai...cai.... tolol dlm umno ramai lg.. jual maruah melayu dgn harga rm50 je.. sedarlah sikit cai.. kih.kih.kih..
Tuan Aspan, Org UMNO totok ni kalau terang bagaimana sekalipun dia takkan atau buat2 tak faham....so takyah dilayan pertanyaan bodoh begitu.....
Stupidity can't be.cured
Stupidity can't be.cured
Menculik memeng menjadi idealogi UMNO. Pada peringkat awal awal dulu ianya cuma tabiat je kemudian berubah menjadi sikap kemudian menjadi budaya dan sekarang jadi idealogi. Semasa pemilihan dlm UMNO ramai perwakilan diculik untuk pastikan undi dpt dikawal.
Ana dapat rasakan itu shj mentaliti pengunjung blog aspan ini- tak ada fakta, membabi buta, melulu, menuduh, memfitnah.
2335 menyatakan budak u nak berdebat dgn PM, masuk akal ka? Budak u dgn tn aspan pun belum layak. 1621 pula punya tolol, yg kerajaaan Malaysia menaja puak gangnam tu, tn aspan beritahu mereka begitu ka?
Tn aspan, tn banyak bercakap tentang rasuah di kalangan pemimpin BN, berkali-kali. Boleh tn berikan fakta lengkap mengenai apa yg tn katakan itu. Setakat tuduhan melulu siapa pun boleh berkata begitu. Berita samar begini sgt layak diperkatakan di kedai2 kopi yg banyak dikunjungi oleh melayu tak sekolah, tak ada fakta. Melayu yg sekolah tak dpt menerima hesrsay begitu. Saya tidak berparti,saya akan undi pembangkang sekiranya tn dapat sertakan fakta ttg apa yg tn kata.
(Tak perlu siarkan komen saya, kerana tidak memihak kpd tn as pan, berikan saja fakta rasuah itu dlm posting akan datang, biar semua org tahu, baru padan muka Najib, Muhyidin, Tun M)
Macam dlm Deutromoni 13:13 Bible merekani sama saja " Deaf, Dumb and blind they cant see the right path "
Hanya sentuh BRiiiiiiiiiiiiim OK
UMNO menculik di sana , menculik di sini.....
UMNO singkatan kpd UNTUNG MEREKA MENIPU ORANG...
Siapakah UNTUNG MEREKA ?
Mereka yg Untung :
Mahathir..USD 44 billion
Dolah KT..Kamaludin Abdullah..berbillion.KJ menantu juga berbillion
Najib- scorpene RM500 juta, IPP rm 2.3 billion
Menteri-menteri Kabinet UMNO
Siapakah yg mereka menipu Orang ?
Duit Rakyat- duit cukai dlm peruntukan budget
KWSP
LTAT
LUTH
KODIANG
As Slm Tuan Aspan.
Beruk jantan di atas ini nak minta fakta pulak? Kalau diberi fakta baru dia nak sokong Pembangkang?
Kalu setakat seekor beruk jantan biul yang anonymous (pengecut tanpa nama) tak menyokong pembangkang maka tidak menjadi kudis atau jerawat pun kepada golongan masyarakat yang rajin membaca. Mungkin beruk jantan ini ingat blog tuan AA sebagai papan metrik di Bursa Saham atau Harian Metro dan Sinar Harian yang sekali terbit 24 muka surat? Sudahlah beruk jantan ooiii! Barua macam kamu ni hanya sesuai merujuk keputusan 4 nombor ekor kat Utusan Meloya aje.
Anon 00:16,
Anan rasa ente cuba fikir dulu perkara-perkara ini rasuah atau kehebatan mentadbir:
1. Pembelian APV oleh Kementerian Pertahanan Di bawah Zahid Hamidi
Kementeria Pertahan beli APV ini dengan harga RM 650 Ribu sebuah. Berapa buah beli ana lufer. DYMM Sultan Johor telah membeli APV yang sama untuk dihadiahkan kepada satu agensi kerajaan dengan harga RM 150 Ribu sebuah.
Kemeterian Pertahanan bayar RM 500 ribu lebih bagi sebuah! Tak masuk akalkan. Harga beli banyak mestilah lebih murah dari beli sebuah. Tetapi mengapa beli banyak ia, harga sebuah lebih RM 1/2 juta dari beli sebuah?
Akhi Zahid, menteri pertahanan dah bagi alasan tak munasabah, ibarat sama kelas dengan hujah kuching dia dah tumbuh tanduk. Akhi Zahid juga berjanji akan buat siasatan, tapi lama bebeno dah dok siasat, tak de juga-juga jawapan dari akhi kita ni.
2. Kes NFC Keluarga Shahrizat.
Ceritanya senang sahaja. Keluarga Shahrizat menggunakan kedudukan Shahrizat untuk mendapat kontrak NFC.
Bila dapat duit dia buat macam-macam seperti beli kereta mercedes, beli kondo dll kecuali buat NFC.
Ada tindakan diamabil? TIADAAAA. APA JADI DENGAN KES INI SEKARANG? ...KELUARGA SHAHRIZAT DAPAT DUIT NFC RM 250 JUTA FREEEEEEE.....
3. PUSPAHANAS Dan Raja Ropiah.
Ini cerita lebih kurang kes keluarga Shahrizat. Raja Ropiah dah makan keliling, duit Deepak dia dah sapu, duit syarikat buat bulu berus gigi dia dah sapu, duit LTAT dia dah sapu, duit Boustead pun dia dah sapu!
Projek Puspahanas mana? TAk buatttttttttt punnnnnnnnnnn......
Akhi Anon 00:16,
Ana rasa cukup le setaakat yang nampak terang benderang kat orang lain...tak tahu le kat ente. Ana rasa ana dah tahu jawapan ente...ITU LAH KECEKAPAN UMNO, Kehebatan pengurusan UMNO termasuk akhi ZAhid Hamidi.
batu lesung
Ramai org umno tak sedar yg dirinya dlm masalah kerana mereka tak faham apa yg di maksudkan masalah.
Apa beza masalah najib, mahathir, isa samad, mat hasan, shahrizat, zahid, shafii, hishamuin dan pemimpin umno.
Apa pula masalah rakyat. Antaranya harga barang naik, harga tol tak turun walaupun sudah 30 tahun samun duit rakyat untung billion2.
PR mesti ambil tindakan mahkamah yg seadilnya kpd mentri2 yg rasuah ini bila dah ambil alih. Tunjukkan pd penyokong umno totok yg semua ini adalah benar belaka.
Anon 00:16,
Mungkin anda dalam dilema sekarang. Bacalah puas-puas Utusan Melayu, BH, lihat TV3 dll.
Kemudian bacalah puas-puas Harakah, Daily Keadilan dll.
Kalau masih tidak puas dengan fakta dari kedua pihak yang bertentangan ini, maka bacalah Report dari Audit Negara, International Financial Report.
Dari sini anda dapat lihat apakah prestasi Malaysia, apakah betul ada wang bocor berbilion keluar negeri. Boleh selidik apakah harta Taib Mamut Sarawak jumlah berbilion. Semua ini ada dokumen sah. Kamu kena ingat yang mengkaji semua ini orang berpelajaran tinggi, bukannya budak-budak rempit dapat Rm20, buat bising buat kacau melolong macam monyet.
Kalau masih tidak percaya lagi, walau terang-terang siang hari ada rompakan harta negara, mungkin anda perlu pergi ke Hospital Psaikatri.
Kalau hendak happy, menari Gang Nam style dalam bilik seorang diri.
CORRECTION...UMNO...UNTUNG MEREKA NIPU ORANG !.INI BARU BETUL ADA U M N O....
KODIANG
'Dari segi perjuangan KIMA, sekiranya diberi status "BUMIPUTRA" pun sudah satu kejayaan paling besar kerana dari segi realitinya tidak ada beza status "Bumiputra" dan "Melayu".' - Zack
The Bumiputera's traditions, way of life and culture are unique to this country/region - the greatest treasure of our country.
It must be protected at all costs for the benefits of generations to come...this includes the Orang Asli.
Bila baca utusan bn sapu bersih pru 13.
Kemah kat Peneng masa sambutan pcy muat 80,000 org. Stsdium merdeka muat 45,000 org je.
Kalau dah dasar menipu tu menipu juga... Menipu dgn umno ibarat isi dgn kuku , ibarat irama dgn lagu.
Penyakit Melayu UMNO tak suka membaca selain Utusan, BH & majalah2 hiburan. Apa nak diherankan.
Memang betul bro budak U tak layak debat dengan PM. Tapi takkan komen setakat tu jer. Itu kira taraf pencacai UMNO/BN bro.
PM debat dengan ketua pembangkang camna? Kenapa tak sahut cabaran sampai sekarang?
Anon 0016 membuka pekung di dada dengan menonjolkan betapa buta mata dan hatinya. LOL
Umno ujudkan team kawal org umno yg sabotaj parti masa pru 13 ini
Penyakit baru akan timbul. Org yg ditugaskan akan guna kesempatan membunuh musuh politik . Inilah budaya dan amalan org umno. Makin lama pendokong umno makib pupus.
My 2 cents worth comment is lets get rid of UMNo fast, and never let them to recover forever and ever. Our lives shall be much better without them around.
Post a Comment