17 November 2013

Isu Perjanjian Persekutuan Malaysia - Kebenaran kata-kata Dr James Masing

Akhir-akhir ini isu perhubungan yang tidak sihat di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak semakin lantang, dan masih tidak reda. Isu ini merupakan isu yang baru sahaja di buat secara terbuka dan rakyat, terutamanya di Sabah dan Sarawak mula menyedari dan ramai juga dari Semenanjung memahami situasi sebenar yang berhubung kait dengan penubuhan Persekutuan Malaysia 1963 dahulu.

Suara yang lantang semalam datangnya dari Tan Sri Dr James Masing, seorang Menteri Kanan Kabinet Sarawak yang menuduh pemimpin-pemimpin UMNO dari Putrajaya menyebabkan perhubungan di antara pimpinan Persekutuan dan Sarawak semakin buruk. Ini tidak sepatutnya berlaku jika mereka memahami semangat yang ada dalam pernubuhan Persekutuan Malaysia 1963 dahulu.

Masalahnya pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya pemimpin-pemimpin yang muda yang berada di dalamnya tidak memahami semangat penubuhan dan perjanjian Persekutuan Malaysia yang baru itu.

Saya sendiri mengambil isu ini sebagai isu serius kerana apa-apa sahaja yang akan menyebabkan lunturnya perhubungan kerajaan Persekutuan dengan mana-mana kerajaan Sabah dan Sarawak akan menjadikan negara ini tidak aman dan tenteram. Bagi saya secara peribadi saya bersetuju dengan anggapan TS Dr James Masing yang Sabah dan Sarawak sebenarnya adalah ‘equal partners’ dengan Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk beberapa tahun sebelumnya.

Dr James Masing telah menyebut yang Sarawak adalah ‘equal partners’ dengan Semenanjung dan perhubungan di antara Sarawak dan Putrajaya tidak sepatutnya perhubungan di antara ‘master and servant’. Dr James Masing berkata di Kuching semalam yang menanda tangani perjanjian itu hanya empat orang sahaja, bukannya 11 atau 15 orang.

Maksud beliau itu ialah perjanjian itu di tanda tangani oleh empat orang pemimpin yang mewakili Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ia bukannya perjanjian di antara Sabah dan Sarawak, Singapura dengan kesemua negeri-negeri yang menjadi ahli kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Semasa Singapura masih berada di dalam Persekutuan Malaysia, Lee Kuan Yew masih bergelar Perdana Menteri. Semasa itu ada dua Perdana Menteri di Malaysia, seorang Perdana Menteri Persekutuan, Tunku Abdul Rahman Putra dan seorang lagi Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Ini sahaja menunjukkan yang ketua kerajaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu ada perhubungan ‘Equal Partners’ dan Persekutuan Tanah Melayu sebagai ‘leading Partner’ di dalam Persekutuan Malaysia itu.

Justeru apa yang di sebut oleh Dr. James Masing itu adalah isu yang sangat relevan dan ia perlu menjadi pengetahuan umum oleh semua rakyat Malaysia. Semangat ini tidak ada dalam jiwa pimpinan UMNO khususnya yang muda-muda ini kerana bagi mereka politik ini hanyalah siapa yang menang dan siapa yang kalah sahaja. Yang menang ambil semua dan kalah hilang semua. Wang di gunakan untuk menjadi pemimpin dan apabila berjaya kerana wang ringgit tadi mereka menjadi pemimpin yang keliru, tidak memahami apa yang patut dilakukan setelah di pilih menjadi pemimpin hasil belian undi-undi tadi.

Bagi pandangan peribadi saya, Sarawak lebih mudah untuk melakukan pembetulan ini kerana sekarang ini Sarawak lebih hampir kepada perlaksanaan semangat Persekutuan Malaysia itu. Ini di sebabkan di Sarawak tidak wujud UMNO dan UMNO tidak akan sampai ke Sarawak sampai bila-bila kerana negeri Sarawak adalah ‘equal Partner’ dengan Persekutuan Malaysia.

Itu sebab dalam banyak hal Sarawak lebih bebas dari Sabah kerana BN di Sarawak itu adalah BN yang tidak dianggotai oleh parti-parti yang berada dalam BN Semenanjung. Malahan Sarawak mempunyai kekuatan yang lebih dari Sabah kerana Sarawak boleh bertindak untuk mencari pembetulan itu dengan mudah dengan tiadanya UMNO di negeri itu.

Di Sabah keadaannya berbeza sedikit kerana Sabah di hinggapi oleh penyakit yang begitu ‘contagious’ UMNO kerana parti itu (UMNO) telah masuk ke Sabah dengan tergesa-gesa pada tahun 1990 dahulu untuk menghadapi pilihanraya umum yang sangat genting bagi BN semasa itu.

Jadi jika ada pengaruh dan budaya UMNO yang kuat di negeri itu, ia tidaklah memeranjatkan kerana pemimpin-pemimpin USNO yang telah berpindah-randah semasa itu mengambil tindakan untuk kepentingan jangka pendek dengan membubarkan USNO dan menyertai UMNO yang baru sampai ke Sabah semasa itu.

Kerajaan BN Sabah terpaksa tunduk kepada kehendak pimpinan UMNO Persekutuan dan dari saat itu pimpinan BN Sabah adalah pemimpin yang ‘subservient’ kepada pimpinan UMNO dan BN Persekutuan. Itu sebabnya ketahanan atau ‘resilience’ politik bagi rakyat Sabah lebih rendah kerana budaya UMNO itu menusuk dalam perihal politik negeri itu. Dengan penyertaan UMNO di Sabah telah menguntungkan sebahagian kecil pimpinan Sabah yang telah meninggalkan parti masing-masing bagi menyertai UMNO pada tahun 1990 dahulu.

UMNO dan BN Semenanjung lebih mudah menundukkan pimpinan politik Sabah kerana rakyat Sabah telah membiarkan budaya kurang sihat yang di bawa UMNO ke negeri itu sejak 1990 dahulu. Saya masih ingat yang Sabah begitu kuat kedudukannya sebelum UMNO berada di negeri itu dan segala tindakan rakyat dan parti-parti parti politik di Sabah telah memberikan ‘consequence’ yang kuat dalam politik tanahair.

Sarawak dan Sabah mempunyai sebab tidak berpuas hati akhir-akhir ini dengan kerajaan Persekutuan. Mereka tidak dianggap ‘equal Partners’ oleh pimpinan Putrajaya sedangkan nyawa politik pimpinan di Semenanjung ini di selamatkan oleh rakyat dan pimpinan politik Sarawak dan Sabah.

Ketua Menteri bagi Sabah akan lebih kuat jika Persekutuan menganggap beliau sebagai ‘equal partner’ tetapi semangat itu di bunuh oleh kerana faktor UMNO sejak 1990 dahulu. Ketua Menteri Sabah tidak mempunyai ‘consequence’ yang besar dalam politik tanahair jika di bandingkan denga kekuatan dan ‘consequence’ Ketua Menteri Sarawak yang tidak di pengaruhi oleh UMNO dari Semenanjung.

Kalau hendak di katakan Sabah telah di jajah dalam kontek kita di sini, ia sememangnya ada sedikit kebenarannya kerana UMNO mempunyai wakil di setiap kawasan di Sabah dan sebahagian dari mereka telah menjadi Menteri Kanan di Putrajaya. Orang Sabah nampaknya berpuas hati hanya dengan di wakili oleh pemimpin-pemimpin yang berjawatan Menteri sahaja.

Itulah sebabnya Sabah mudah di pengaruhi oleh Putrajaya sehinggakan banyak perkara dan isu penting sebagai ahli Persekutuan Malaysia yang berstatus ‘equal Partners’ dalam Perjanjian Persekutuan Malaysia itu tidak terlaksana.

14 comments:

Anonymous said...

Sabah patut diselamatkan dulu sebelum memulakan langkah yang lebih besar iaitu merealisasikan semangat pembentukkan Malaysia yang telah dipersetujui ataupun harus berpisah kerana pembentukkan persekutuan ini tidak membawa apa-apa faedah kepada Borneo.

Anonymous said...

Dalam isu khalimah Allah, PM Najib telah mengambil tindakan yang sangat tidak relevan dengan membuat satu lagi perjanjian baharu sedangkan perjanjian 18/20 perkara terdahulu sudah cukup untuk menyelesaikan permasaalahan tersebut.Selagi Malaysia mempunyai pemimpin yang tidak menghormati perjanjian asal pembentukkan malaysia selagi itulah ketuanan melayu tidak menghormati ketuanan peribumi negara Borneo.

Anonymous said...

Perjanjian 18/20 perkara harus dibahaskan diparlimen untuk kebaikkan negara malaysia dimasa hadapan.Sampai bila pemimpin umno bn bersikap oportunis dan tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa negara malaysia itu sebenarnya terbentuk dari penyatuan 3 buah negara sebenarnya.

Anonymous said...

umno sangat tidak menghormati semangat pembentukkan malaysia.negara juga tidak akan maju kedepan dengan skala besar rasuah, salahgunakuasa yang kronik, sikap ketuanan yang keterlaluan dan amalan penipuan dan penafian.

Unknown said...

Memang dari dulu saya menjangkakan perkara ini akan menjadi bahasan terbuka. Isu kandungan perkara 18/20 sudahpun termaktub dlm Perlembagaan Malaysia. Ianya bagi saya tidak perlu dibahaskan di parlimen. Apa yg kena buat sepatutnya taburan "layanan" hendaklah dibuat samarata. Sekiranyaa keadaan ini dibiarkan terus dijadikan baha polimik akan membuat negara kita berada dlm ketidaktentuan..

Anonymous said...

terimakasih diatas pencerahan ini.saya berharap semua rakyat Malaysia terutama penggubal undang2 memahami konsep kerajaan persekutuan 1963 INI.

Anonymous said...

Very good article and succinctly written .When I was doing my under graduate at UKM many lecturers are so naive and they just assumed that "Sarawak joined Malaysia ". There is no such thing; as "SARAWAK FORMED UP MALAYSIA TOGETHER WITH FEDERATION OF MALAYA , SABAH & Singapore ".My argument is "Sarawak & Sabah NEVER & WILL NEVER JOINED MALAYSIA BUT MENUBUHKAN MALAYSIA .JANGAN KITA LUPA SERTA BUTA SEJARAH KERANA SEPATUTNYA KITA SEMUA TAHU BAHAWA MALAYSIA ADALAH HASIL PERKAHWINAN CAMPUR PERSEKUTUAN MALAYA, SABAH DAN SARAWAK SEHINGGA KE HARI INI.BANYAK SANGATJURANG KETIDAKSAMA RATAAN DI ANTARA SEMANANJUNG DAN MALAYSIA TIMUR.SEBAGAI "EQUAL PARTNERS "PUTRA JAYA MUST ADDRESSED THIS ISSUES AND WE DON'T WANT A BREAKDOWN OF MARRIAGE BETWEEN THIS 3 NATIONSTATES.. WE BEAR IN OUR HEART THAT OUR MARRIAGES WILL LAST FOREVER IF WE CARE ABOUT OUR 18/20 POINTS.. CHEERS BRO Aspan

Naspazi said...

PENYANYI BUKANLAH LAGU

Salam penuh hormat saudara Aspan Alias, walaupun saya lantang membidas pelanggaran pihak Federation of Malaya terhadap hak-hak Sabah dan Sarawak dalam Malaysia, tetapi tidak bermakna yang bidasan saya merangkumi semua warga Federation of Malaya.

Dalam erti kata lain, semua warga Federation of Malaya yang berjiwa bagus, seperti saudara Aspan, yang seakan turut merasai denyut nadi kegetiran dan kesusahan hidup Sabahan dan Sarawakian, akibat pelanggaran melayu UMNO terhadap “Perjanjian Malaysia” bukan sasaran bidasan saya.

Saudara Aspan, Malaysia pada dasarnya adalah 4 entiti negara yang bergabung (rujuk: Agreement Relating to Malaysia 1963) iaitu dalam konteks negara-negara yang terlibat menandatangani Perjanjian Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 seperti berikut:

1. Governments of Malaya;
2. Governments of North Borneo;
3. Governments of Sarawak; dan
4. Governments of Singapore.

Sesungguhnya, diambang pertengahan penubuhan Malaysia atau ketika berlakunya proses memujuk agar Brunei, Sabah dan Sarawak bersetuju membantu Federation of Malaya membentuk Malaysia, maka pihak Federation of Malaya telah berjanji, bahawa maksud penubuhan Malaysia bukan penaklukan atau pengambilalihan kuasa dan jauh sekali dari konsep penjajahan, melainkan rakan kongsi yang sama taraf dalam Malaysia.

“Saya melihat perkara yang penting mengenai dengan Malaysia sebenarnya, adalah untuk membolehkan wilayah Borneo berubah kedudukan daripada dijajah kepada memerintah sendiri sekaligus merdeka dalam Malaysia. Hari penjajahan sudah berakhir dan bukan hasrat Malaya untuk meneruskan penjajahan, apabila wilayah Borneo menjadi sebahagian Malaysia. Ia bukan dijajah lagi tetapi menjadi sebagai rakan kongsi yang sama taraf.” - Tunku Abdul Rahman (Strait Times, October 2, 1962)

Selainnya, Tunku Abdul Rahman juga telah memberi jaminan kepada negara Sabah khususnya dengan pernyataan, bahawa “The granting of self-government too would enable Sabah to stand on its own feet as equal with Malaya, Sarawak and Singapore.” - Tunku Abdul Rahman (Sabah Times (August 30,1963).

Tetapi, hakikat urustadbir Malaysia hari ini adalah sebaliknya jika dibandingkan atau dinilaikan semula berdasarkan kepada jaminan, janji dan meterai asal penubuhan Malaysia. Justeru, gejala buruk yang tidak bermoral berlaku di depan mata dan khalayak antarabangsa juga, yang begitu amat merugikan atau terang-terang mempertolol muktamad Sabahan dan Sarawakian.

Contohnya, anggaran kasar hasil Sabah dan Sarawak pada tahun 2012 ialah sekitar RM134 bilion (Sabah RM58 bilion dan Sarawak RM76 bilion), namun dalam bajet 2014 Federation of Malaya atas nama Malaysia, Sabah dan Sarawak hanya “berkongsi peruntukan untuk pembangunan” sebanyak RM2.049 bilion. Manakala RM132 bilion lagi dari hasil bumi Sabah dan Sarawak sendiri buta-buta saja Federation of Malaya ambil atas alasan kerajaan pusat!

PENGKHIANATAN BUKAN SAHABAT KEJUJURAN!
- Naspazi (18/11/2013)

Anonymous said...

Apa lagi projek umno bn mau ?

Projek Persekutuan Negara Malaysia ( 4 negara sabah + sarawak + singapura + malaya ) suatu projek pengabungan negara yang gagal.projek apa lagi yang tidak mengalami kegagalan selama umno bn berkuasa, apa lagi projek umno bn mau ? selama ini banyak juga projek-projek dibuat oleh parti berkuasa umno bn telah berakhir dengan kegagalan yang menyebabkan kerugian bukan setakat berjuta-juta malah berbilion-bilion ringgit wang rakyat.Projek ic pun gagal kerana adalah sangat mustahil warganegara asing menjadi warganegara segera bersama-sama mentaliti pendatang mereka.Hanya orang gila kuasa saja sanggup melakukan projek ic dan sama-sama kita tunggu keputusan RCI pendatang asing haram ini.

Anonymous said...

nak blame sapah lagi??
pemimpin sabah semua beruk jer...


senang dibeli semua pemimpin kat sabah... orang sabah sendiri yg membuat sabah menjadi keadaan hari ini.,. syabas.. sampai sekarang katak pon byk.... warload kampong

kembara kelana said...

Aku pernah menitis air mata melihat sekolah di sabah, dan rakan sabah menitis air mata melihat sekolah perdalaman di semenanjung

Mmg x adil

Anonymous said...

For a start I suggest KP for Rakyat Sabah and Sarawak should be SH for Sabah and SK for Sarawak instead of 12 and 13.

Unknown said...

Selagi pemimpin-pemimpin Sabah dan Serawak masih tunduk kepada arahan penuh kerajaan pusat, selagi itulah ekonomi negeri Sabah dan Serawak akan dijajah. Jadi cara terbaik ialah jatuhkan kerajaan yang memerintah sekarang ini pada pilihanraya akan datang. Bagi Negeri Serawak tidak ada masalah besar sebab gabungan parti yang memerintah sekarang ini hanyalah komponen BN, tapi bagi Negeri Sabah yang diperintah oleh UMNO dan beberapa parti komponen BN, rakyat perlu bangun dari mimpi-mimpi indah yang ditaburkan dan perlu membuat pilihan yang terbaik untuk negeri ini. Mari kita lihat samada rakyat Negeri Sabah semakin bijak atau semakin bodoh untuk membuat pilihan pada pilihanraya akan datang.

Anonymous said...

Sabah xperlu jd pembangkang utk menyelesaikan isu ini.Adalah lbh berkesan jika USNO kembali memgambil alih pemerintahan dr UMNO.Jgn ada lg parti2 dr Malaya bertanding di Sabah termsk dr PR.USNO dan PBS blh lah membuat tuntutan semula ke atas perkara2 yg dijanjikan semasa pembentukan malaysia...EQUAL PARTNERSHIP..Sabah jgn jd pembangkang spt PBS dulu kerana impian utk jd sebuah negara yg maju akan terganggu..both dap and umno are not good for Sabahans...the situation in semenanjung is not the same as in sabah..