28 November 2013

"You may go...I stay!!"

Masalah yang di sebut di khalayak ramai sekarang ini lebih besar dari isu-isu yang rakyat perbahaskan sebelum pilihanraya yang lalu. Isu-isu bertambah besar dan berat kerana ia melibatkan janji-janji pihak yang memenangi pilihanraya itu. Tidak usah kita kritik pembangkang jika ada lagi janji-janji mereka tidak tertunai kerana mereka tidak dapat untuk menguasai kerajaan persekutuan.

Tetapi yang menjadi isu sekarang ini ialah janji-janji BN khususnya Najib Razak, kerana janji-janji BN jika benar dilaksanakan, masakan masalah dan persekitaran politik negara bertambah meruncing? Janji-jani Najib itu bukannya janji yang susah hendak dilaksanakan jika beliau dan kabinetnya menguruskan negara dengan baik. Rakyat telah memberi lagi peluang kepada BN dalam PRU yang lepas, tetapi kali ini juga keadaan bertambah teruk dan seolah-olah negara kita sudah tiada kerajaan lagi. Semuanya tidak terurus.

Begitu cantik dan menarik segala janji-janji BN Najib. Negara akan menjadi negara termaju dan terhebat jika BN di berikan kuasa lagi. Maka rakyat tertipu lagi malahan apa yang berlaku lebih buruk dari keadaan sebelum pilihanraya lalu. Pendeknya negara kita tidak seperti negara yang mempunyai kerajaan dan pimpinan yang benar-benar bertanggungjawab terhadap negara.

Setelah pilihanraya, isu peribadi pimpinan dan juga ahli keluarga bertambah hebat dan menjadi buah mulut perbualan diantara rakyat yang ramai. Kita tidak ada masa untuk menumpukan usaha membina dan membimbing rakyat ramai tetapi segala tenaga tertumpu kepada masalah pemimpin-pemimpin. Kita berhadapan dengan sikap dan masalah pemimpin yang begitu besar dan entah bila akan dapat di selesaikan.

Sekarang kita berhadapan dengan masalah pemimpin dan keluarganya yang tidak mempunyai ‘finesse’ yang sepatutnya sebagai pemimpin dan ahli keluarga pemimpin besar. Mereka tidak malu-malu berbelanja wang yang ditagih dari rakyat melalui pencukaian dan berbangga-bangga dengan tindakan salah mereka itu.

Oleh kerana sudah menjadi ahli keluarga pemimpin utama, bagi mereka, berbelanja besar menggunakan wang rakyat itu merupakan ‘privilege’ dan tidak boleh di soal dan di tanya oleh empunya wang itu, iaitu rakyat. Apabila terbang walaupun bukan atas urusan kerajaan, mereka terbang dengan jet eksekutif dan di sokong pula oleh mereka yang mewakili rakyat bersama dalam perjalanan itu.

Masalah kewangan negara juga menjadi perhatian rakyat. Negara yang begitu kaya raya dengan pendapatan hasil buminya habis begitu sahaja seolah-olah pemimpin kita tidak mempunyai tanggungjawab moral dan agamanya. Tidak payah ditanya-tanya, kita tahu kantung kerajaan sudah tiada isinya lagi. Kerana apa? Kerana pimpinan dan kerajaan tidak membelanjakan wang secara ‘prudent’ kerana mereka tidak tahu bagaimana susahnya rakyat bekerja membayar cukai kepada kantung kerajaan.

Apabila kantung kerajaan sudah kosong kerana mereka berbelanja tanpa mempunyai ‘prudent’ itu, rakyat pula di anggap sebagai penderhaka kepada negara jika cuba mengelak dari membayar cukai. Pemimpin tidak juga bersalah, yang bersalah hanya rakyat sahaja.

Cara mereka berbelanja secara korup itu tidak pula dianggap sebagai penderhaka, sedangkan itulah sebenarnya penderhaka yang paling besar kepada negara. Jangan kita nafi-nafikan berbelanja wang rakyat secara tidak berhemah itu adalah penderhakaan kepada negara.

Jangan pula cari pemimpin lembab dan suntuk pemikiran untuk membela sebagaimana Shahidan Kassim, di gunakan oleh kaki joli negara itu. Pimpinan mesti ingat tidak semua orang seperti Shahidan Kassim, yang menganggap kerja salah pemimpin itu adalah halal dan mesti di pertahankan.

Pendeknya yang paling menyedihkan kita ialah sikap dan nilai pemimpin-pemimpin kita terlalu rendah sampai tidak mengenali yang mana satu yang bernilai dan yang mana pula yang hina dan mengaibkan. Sudah tidak tentu lagi mana yang betul dan mana yang salah. Betul nampak salah, salah pula nampak betul.

Rendahnya nilai kemanusiaan dan kepimpinan ini sebenarnya sudah bermula begitu lama dalam kerajaan dan parti pemerintah negara ini, tetapi pimpinan utama tidak sedar atau tidak mahu memperbetulkannya kerana mereka sendiri seronok dengan cara itu.

Jika mereka perbetulkan cara berbelanja itu, misalnya, maka mereka sendiri tidak akan dapat menggunakan kesempatan itu untuk berbelanja dan mendapatkan keuntungan besar dengan budaya yang kotor itu. Akhirnya mereka tergulung diantara yang menutupi kerja jahat dan tidak mengambil tindakan terhadap pesalah laku pimpinan yang ada di sekelilingnya.

Sekarang segala kerja salah mereka selama ini semakin hari semakan sukar untuk di tutupi dan dilindungi. Ianya telah menghasilkan krisis kepimpinan negara. Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan walaupun kadangkalanya betul pun, sudah tidak diyakini oleh rakyat. Pucuk pimpinan sudah tidak di hormati lagi. Setiap kata-katanya menjadi bahan ejekan dan bahan lawak oleh rakyat. Sampai bila keadaan ini akan berterusan? Sampai bila?

Apabila pucuk pimpinan sudah menjadi bahan jenaka di kedai-kedai kopi dan warung, itu merupakan petanda sahih yang pimpinan itu perlu dan wajar berundur kerana hasilnya nanti akan membawa padah kepada rakyat dan negara. Slogan-slogan yang dicanang dan dilaungkan tidak akan dapat memberikan apa-apa kepada kepimpinan negara. Pemimpin yang terlalu banyak slogan itu adalah pemimpin yang paling lemah diantara kepemimpinan yang lemah.

Penyelesaiannya amat mudah secara relatifnya. Tetapi semudah mana pun ia memerlukan pengorbanan. Dalam isu ini Najib perlu berhenti dan bersara agar negara boleh mencari pemimpin yang lebih rasional dan mengembalikan nilai politik kita kepada nilai yang di hormati yang pernah dialami rakyat sebelum pimpinan Dr Mahathir dahulu.

Tetapi jika Najib bersetuju untuk berhenti semasa berunding, takut-takut pula apabila sampai kerumah, berbunyi pula suara yang amat ditakutinya, berteriak dari dapur, “you can go if you wish to,….I stay!!”

9 comments:

jom heboh said...

Paham...paham maksud tuan.

He he he.....

Anonymous said...

Apa kejadah si pompuan tu nak stay?? Najib belah dia pun terpaksa ikut sama, mcm marcos, mcm bin ali dan lain pemimpin korup yg lain, anak bini suku sakat semua cabut.

Anonymous said...

Paham tak apa maksud 'wish'?

Anonymous said...

Sangat memalukan jika sebagai seorang pemimpin kepada rakyat tapi kedudukan dan kuasa hanyalah untuk mengaut keuntungan kepada diri sendiri.



Sepatutnya sebelum hendak menjadi seorang pemimpin, hendaklah seseorang itu mengetahui bahawa kuasa dan jawatannya hanya untuk kebaikkan rakyat, iaitu kesanggupan berkorban demi kebaikan negara dan rakyat.Peranan ini bukan sahaja terletak kepada pemimpin sahaja, malah isteri, anak dan mungkin sanak saudara serta kawan.



Kecenderungan pemimpin memenuhkan tembolok sendiri seolah-olah mereka rela martabatkan 'Jutawan politik'
dengan kuasa dan jawatan.Budaya 'jutawan politik' ini amat tidak bermoral dan akan membawa impak yang memusnahkan negara dalam era globalisasi ini.


Saya sebagai seorang rakyat biasa sangat mengharapkan setiap pemimpin harus istihar kekayaan yang dimilikinya, jika kekayaannya tidak sepadan dengan gajinya sebagai seorang menteri, harus disiasat punca kekayaannya dan jika terbukti wujud kesalahannya dengan amanah rakyat, hartanya hendaklah disita dan dikembalikan kepada rakyat.Tidak mustahil kesalahan semasa dan kesalahan lampau mereka ini tidak boleh dihukum demi kebaikan negara dan akan menjadi contoh dimasa hadapan.



Kesanggupan untuk berkorban sebagai pemimpin yang bertanggungjawab seharusnya ada pada seseorang pemimpin itu.Beringatlah kepada diri sendiri, bukan senang hendak menjadi seorang pemimpin, sebagai seorang isteri, anak, sanak saudara dan kawan kepada pemimpin.

Anonymous said...

TERIMAKASIH TUHAN

Terima kasih wahai TuhanKu
Yang sentiasa melimpahkan rahmatNya
Membenarkan aku menghadapMuTuhan
Yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap denganmu Tuhan
Mengizinkan kuminta padaMu
Memuja memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat padaMu ya Rabbi

Tapi aku khawatir ketika mengadapMu
Tidak pula pandai beradab denganMu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka dalam ketaatan
Maka, bukan rahmatMu yg kudapat
Tapi aku akan dapat kemarahanMu
Ya Rabbal alamiin..
Maafkanlah aku…

datuk M.. said...

Saya dengan rendah hati dan penuh harapan agar Tuhan akan memberikan inayahnya kepada YBM Tengku Razaliegh Hamzah sebagai seorang yang masih hidup dengan nilai politik dahulu untuk kembali memberikan khidmat kepada negara seperti tahun-tahun tujuh puluhan dahulu.

Saya berharap belau kembali membimbing rakyat untuk mengembalikan rasa cintakan negara kita ini.

Sebentar tadi saya terlihat wajah Tengku di Kota Kinabalu dan saya amat terharu melihat pemimpin yang amat kami senangi semasa beliau memegang banyak amanah negara dahulu.

Anonymous said...

Saudara Aspan,
Saudara mungkin silap kot, bukan dari dapur tapi dari bilik sedang beregek depan cermin, kalau dari dapur nanti berbau hanyir atau hamis pulak. Jenis tu tak kan masuk dapur punya.
Cadangan yang diutarakan itu sebenarnya amat mudah setakat untuk diperkatakan sahaja. Bukannya sukar bagi mereka melakukannya, tetapi mustahil sama sekali. Kita hanyalah boleh mengharap ataupun berangan untuk ianya menjadi kenyataan. Sekiranya mereka ada kesedaran itu, kemelut yang ada kini pasti tidak berlaku. Mana mungkin kesedaran sedemikian muncul tiba-tiba. Alang-alang lingkup biarlah semuanya sekali turut lingkup tapi rakyatlah didahulukan untuk terlingkup kemudian baru mereka tu.

Anonymous said...

sebab itu kena pilih pemimpin yg ada sifat tawadhuk.inilah akibat yg terpaksa rakyat tanggung

anti syaitan said...


Salam Tuan Aspan,

47% pengundi dalam PRU13 lalu telah tertipu dengan slogan lebih baik memilih "syaitan yang dikenali" yang difatwakan oleh Mantan PM Msia. Sememangnya pembaziran dan pemborosan wang rakyat itukan kerja-kerja dipengaruhi syaitan sebagaimana yang difirmankan Allah SWT dalam Al-Quran.

Adalah menjadi tanggungjawap mereka yang masih sedar dan waras untuk memperbetulkan fahaman yang memilih syaitan yang dikenali.