04 November 2013

Rasuah juga boleh membawa maut

Isu kad pengenalan palsu yang telah membuatkan setengah pihak menjadi berkuasa dengan penuh gaya selama ini telah menunjukkan akibah yang buruknya sekarang ini. Walaupun pemberian IC palsu ini telalh berlaku puluhan tahun dahulu, akibahnya dirasai oleh generasi sekarang ini. Ia melibatkan keselamatan negeri Sabah dan akibah buruknya sudah menjangkit ke Semenanjung apabila terdapat sekurang-kurangnya 20 pemegang ic palsu oleh orang dari Sabah.

Kita telah melihat kematian Norazita Abu Talib, pegawai bank di sebuah bank di Subang Jaya, hasil perlakuan jahanam seorang pengawal keselamatan yang di dapati mempunyai ic palsu. Itulah sebabnya kita tidak boleh berseronok dengan penipuan untuk kuasa untuk jangka masa pendek ini kerana hasil dan akibah buruknya akan di rasakan oleh generasi kita yang akan datang.

Itu merupakan ‘tip of the iceberg’ kata perbidalan Inggeris. Tentulah ia melambangkan jumlah yang lebih besar yang mempunyai ic palsu ini dan ia tidak dapat di elakkan yang negara akan jahanam pada suaru ketika nanti. Isu ini adalah isu yang sangat besar.

Saya di lahirkan dan di besarkan di kampung pedalaman. Saya masih ingat orang ramai di kampung di daftarkan semula dan di berikan ic yang baru. Itu sebabnya ramai orag tua-tua dahulu tidak tepat umur sebenarnya dengan apa yang tercatat dalam ic yang baru di buat itu.

Bagi Sabah cadangan Jeffrey Kitingan untuk mendaftarkan semula semua rakyat Sabah itu mungkin cara yang terbaik untuk membetulkan keadaan yang terlalu rumit ini. Jika ia boleh di lakukan sebelum merdeka dahulu tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh dilakukan kembali di Sabah bagi mempastikan kita mempunyai senarai nama rakyat yang tepat selepas pendaftaran semula itu.

Saya berharap pemimpin-pemimpin serta ‘lawmakers’ dari Sabah akan menyokong cadangan beliau itu semata-mata kerana kepentingan rakyat Sabah sendiri pada masa yang akan datang. Pemimpin-pemimpin Sabah tidak boleh mengharapkan pemimpin dari Semenanjung untuk melakukan perubahan itu kerana pemimpin di Semenanjung kurang memahami sensitiviti rakyat di Sabah.

Serupa jugalah pengawal dari Sabah yang mempunyai ic palsu itu tidak memahami  kehendak rakyat di Semenanjung itu. Apatah lagi dia itu mempunyai ic palsu dan sekali gus kita tahu yang dia itu tidak lah rakyat negara ini yang tulin. Bagaimanakah kita hendak mengharapkan orang asing ini untuk setia kepada negara semata-mata dia di berikan ic yang palsu.

Sedangkan rakyat di Semenanjung yang telah berada di sini untuk generasi ketiga sekali pun masih mempunyai ‘migrant mentality’ bagaimana pula kita hendak mengharapkan orang yang asing hendak memberikan kesetiaan semata-mata kerana mendapat ic palsu itu?

Selalunya yang mempunyai ‘migrant mentality’ ini mereka adalah tamak kepada wang ringgit, apatah lagi kuasa politik. Itu sebabnya mereka yang mempunyai ‘attribute’ yang saya sebutkan tadi, mereka akan memegang kuasa dengan begitu lama dan jika boleh mereka tidak mahu langsung menyerahkan kuasa kepada orang lain.

Kalau mereka berkuasa mereka akan memainkan peranan sebagai ‘tok kong’ yang mahu semua orang tunduk kepada kemahuan mereka sahaja. Mereka bukan sahaja menekan bangsa lain tetapi mereka juga menekan bangsanya sendiri terutamanya yag telah mempunyai keterbukaan pemikiran untuk tidak bersikap rasis yang sangat merbahayakan negara itu.

Justeru itu, pemberian ic samada secara palsu atau secara betul kepada pendatang asing itu amatlah merbahaya kepada anak watan yang asal tinggal di negara ini. Keadaan ini telah banyak terbukti dalam mana mereka dan generasi yang telah di terima sebagai rakyat negara masih mempunyai mentaliti pendatang itu sehingga sekarang ini.

Walaupun mereka telah belajar di universiti luar negara dan telah menjadi akauntan dan kelulusan iktisad yang lain masih mempunyai mentaliti pendatang ini walau pun mereka merupakan generasi ketiga dan mungkin keempat di negara ini.

Berbalik kepada cadangan Jeffry Kitingan semalam, ia elok di berikan perhatian untuk menyelesaikan isu berat ini ‘once and for all’. Daftarkan semula rakyat Sabah itu semula supaya ia dapat mengasingkan yang mana satu rakyat yang asli negara ini dan yang mana satu yang mendapat kerakyatan melalui pemberian ic secara haram dan tidak bermoral dahulu.

Orang ramai sudah mula menyedari sikap mentaliti ‘migrant’ ini dan adalah tidak menjadi kejutan jika parti yang di persepsikan sebagai parti chauvinis akan dapat mengekalkan prestasi yang mereka capai dalam PRU yang lalu.

Kalau di tanya bagaimana pengawal keselamatan yang membunuh Norazita Abu Talib, seminggu yang lalu mendapat ic palsunya, tentulah ia terbit dari tindakan rasuah yang tidak mempunyai moral dan agamanya.

Ini lah juga hasil dari sebuah pentadbiran yang rasuah yang sedang bermaharajalela di negara kita. Tidak ada siapa yang selamat lagi yang terhasil dari budaya rasuah yang tidak terkawal ini. "Orang bawahan pun hendak juga mendapatkan sesuatu melalui rasuah ini, kerana pemimpin tertinggi kerajaan pun menerima wang rasuah. Takkan lah yang di bawah ini tidak boleh menerima rasuah" sindir seorang rakan yang bercakap tentang isu pengawal keselamatan yang mempunyai ic palsu itu.

18 comments:

Anonymous said...

kalau di sabah sudah merasa kesannya, apasalahnya kalau semananjung pula merasa kesannya.....kalau didaftarkan balik sudah tentu rumpun bangsa filipina, indonesia dan pakistan menolak keras cadangan ini.Disabah menurut perjanjian 20 perkara hanya peribumi yang sama taraf @ dijamin perlembagaan dengan bangsa melayu di malaya.

Anonymous said...

sekarang ada puak yang melaungkan bahawa pernah kehilangan sabah pada 1985 hingga 1994, ini disebabkan pada masa itu sabah dipimpin oleh peribumi kristian.apakah peribumi kristian itu bukan bumiputera yang sama taraf dengan bangsa melayu seperti termaktub dalam perlembagaan.jika sebelum pembentukkan negara malaysia tiada rumpun bangsa melayu disabah tetapi kini terlebih populasi bangsa melayu, bukankah mereka menghina semangat pembentukkan negara malaysia, perkara 5 daripada 20 perkara, bukan melayu raya tetapi malaysia...

Anonymous said...

bukan subsidi yang patut dikurangkan tetapi pendatang haram di Sabah yang patut dikurangkan.Bagaimana suatu subsudi diberikan tetapi pendatang haram juga dapat menikmati shbsidi tersebut, pada masa yang sama mereka tidak perlu bayar bil elektrik dan bil air kerana mereka pakar mencuri bekalan air dan elektrik.

Anonymous said...

' I don't care...I nak you all proceed this project. Ini arahan PM. I kena make sure project ni berjalan. Ini PM yg suruh. I nak you all buat paper bagus2 convince board member. Tak de bajet, you all kena cari. I kena respond note PM ni... Ok, I tak mau sesiapa bantah. Apa2 you all contact this person...03-88888XXX....'
Hi hi....macam biasa dengar je dialog ni...

Anonymous said...

Slmat menyambut Maal Hijrah Tn Hj Najib. Hayati lah doa awal tahun. Moga terbuka pintu hati mu membenteras rasuah tanpa mengenal pangkat & darjat. Bila terhapus rasuah, maka berkat lah kepimpinan mu...

bokhari said...

Tuan yuan,

kita ada hampir 30 juta rakyat. kan ke kita ni ramai. kita bayarlah kos perjalanan pm kita tu. bukannya banyak 30 juta rgt aje setahun.

bukankah dia pm kita? kongsi kongsilah bayar bill perjalanan beliau tu.

kesian dia kalau dia naik mas kesana kemari. kena lah naik jet. sebab dia berjuang untuk islam tau?

Anonymous said...

Kenapa kita bercakap tentang my kad?. Yg jelas my kad inilah yg memenangkan UBN melalui daftar pendatang asing utk pangkah gulungan pemimpin berjiwa perompak.

Anonymous said...

Jika dilaksanakan cadangan Jeffry Kitingan itu, ada pula peluang buat rasuah lagi sebab pelaksana sedia ada cukup berpengalaman untuk mencari sebarang loop hole. Niat tu baik tapi penguasa dan pegawai yg sama mengintai peluang untuk menutup jejak disamping tambah kekayaan lagi. Selagi tiada sifat amanah dlm diri, perkara ini (hampir) mustahil dapat dibanteras.

Anonymous said...

Laut yg tenang tak menghasilkn kapitan yg bagus. Apa lg laut yg gelora.
Si Tanggang menjadi nahkoda gagah perkasa tetapi menjadi lupa & derhaka kpd ibunya kerana mendpat isteri cantik. Sayangnya ada Tanggang moden menjadi lupa & derhaka kpd rakyat jelata apabila menurut kata isteri yg tamak harta..!

Anonymous said...

kawan, kita tgk apa berlaku dalam sabah.
5 bulan jer lepas PRU13,

DNA orang sabah dah mula dah "katak DNA"
dap satu orang, lepas itu PKR 2 ekor lagi..
camna sabah nak maju ni?? DNA orang sabah.. memang macam tuh..... katak sial btul....

lagenda katak katak mmg ramai... DNA orang sabah ni memang perangai tak berubah berpuluh tahun!!

Anonymous said...

Laknat dlm Islam adalah paling keji. Laknat ini ditujukan kpd syaitan & perbuatan yg didorong syaitan termasuk rasuah. Jadi pemimpin yg rasuah adalah pemimpin yg dilaknati & sama dgn syaitan iblis.

Anonymous said...

Saya tertarik sangat dgn mentaliti migrant yang Pak Aspan sebut itu. Rasanya banyak yang rimas dgnnya walau kita cuba untuk accommodate. Dah tak tertelan dah. Macam langit pun nak ditongkatnya.

Harap orang atau golongan yang Pak Aspan sindir tu dapat ambil maklum.

Anonymous said...

Rasuah hanya bole dibenteras kalau pemimpin menghayati ajaran Islam. Mcm mane nak hapus rasuah kalau tiang agama pun diabaikan & ditinggal2kan?

Anonymous said...

memalukan apa yg berlaku dalam sabah.... ramai katak....tak malu lagi menjerit apa dia sabah utk sabahan , ini kali la........hampeh..

sabah utk KATAK kot... sabah utk FROGGE!!!!


dengan populasi lebih kurang 3 juta orang sajer... byk betul component parti kecil warload yg sedia " keluar parti" kalo menang dalam pilihan raya DUN atau pun MP.

Hidup FROGGER!!!

Anonymous said...

Setuju 1000%, UMNO laknatullah pasti masuk neraka, Tapi di orang tak percayai, Macai UMNO nanti cakap kau ini Tuhan ke?

Anonymous said...

DNA KATAK!!!

Anonymous said...

Anon 18:29, memang camnilah keadaan yang ditanggung oleh orang bawahan secara umumnya.

Mungkin Sg. Limau pun gitu. "...yang saya nak BN mesti menang dgn apa cara pun...ini arahan pihak atasan Putra Jaya....". Malang majoritinya besar... tak upayalah... kalau setakat 100 undi, kira kali ke2 undi rosak boleh mencecah 150...BN menang.

Anonymous said...

kenyataan jeffery boleh dengar ker? tuh pun satu... warload katak...

rasenya ulat+ cacing jer yg caya dier tuh.